Daisypath Anniversary tickers

24 December 2011

:: CARA PENJAGAAN HANDPHONE DAN BATERI H/P ::


**klik SINI untuk dapatkan perfume Golden DKNY Delicious secara percuma**

Malu la sebenarnye nak buat entry ni..hikhikhik..(gelak-glak gedik)..tapi nak share tips ni dengan korang....memandangkan aku baru je pakai henpon baru (sebab henpon lame dah rosak..) aku pun google la cara penjagaan bateri henpon...hehe..baby baru kan..kene la jage lebih siket..dan ni henpon touch skrin yang 1st time aku guna..petang semalam siap beli kan baju untuk baby aii ni lagi..kaler pink gitu..lala..~

So, meh aku share dengan korang cara nak jaga henpon dan bateri henpon korang tu!!jom tengok kat bawah..

Tips memanjangkan hayat bateri handphone:
  • Jangan guna handphone sampai bateri abis langsung atau terpadam terus! tak baik untuk kesihatan bateri tu.
  • Jimat menggunakan bateri handphone dengan mematikan features yang jarang di gunakan.Anda ingat bahwa bateri handphone anda ada umur berdasarkan kitar hayat pengecasannya? Semakin banyak anda menggunakan kuasa bateri anda, maka semakin kerap anda perlu mengecas bateri berkenaan, bereti kitar hayat cas bateri handphone anda akan cepat habis. Untuk mengelakkan hal tersebut, anda perlu berjimat dengan mematikan features yang tidak atau jarang anda gunakan.
Ada beberapa features yang banyak menggunakan tenaga yang biasa terdapat dalam handphone canggih/smartphone, yang terkadang kita sendiri tidak begitu sedar kewujudannya, namun tetap aktif meskipun kita tidak ingin menggunakannya seperti Bluetooth, Wi fi, 3G, screen saver dan lain-lain. Matikan features tersebut jika ia tidak digunakan.
  • Jangan biasakan menelefon sambil mengecas handphone anda.Ini juga termasuk kebiasaan buruk beberapa pengguna handphone. Selain tidak baik untuk kesihatan (kerana ketika mengecas tahap radiasi dan suhu bateri bertambah), menelefon sambil mengecas handphone juga akan menggunakan kuasa bateri, sehingga secara tidak disedari, ini akan memanjangkan proses pengisian tenaga di dalam bateri.
  • Biasakan untuk mematikan hand phone atau sekurang-kurangnya mematikan vibrate features ketika sedang mengecas.
    Mematikan handphone ketika mengecas adalah tindakan yang bijak, tujuannya adalah untuk melancarkan proses pengecasan tanpa adanya gangguan dan tidak membebani bateri yang sedang di cas.
  • Jangan sesekali terlebih tempoh cas bateri.
    Ini juga salah satu kebiasaan buruk yang sering dipraktikkan. Terkadang kita malas atau lupa untuk segera menghentikan proses mengecas, walaupun sebenarnya bateri handphone kita sudah penuh. Paling dahsyat, kita biasanya suka melakukan proses mengecas ketika hendak tidur. Proses mengecas normal untuk bateri modern biasanya sekitar 2-4 jam, bila kita membiarkannya semalaman dalam kondisi cas (anggap kita tidur sekitar 6 jam), maka bateri akan mengalami “overcharge” selama 2 – 3 jam, dan ini bukanlah baik untuk bateri kita. “Overcharging” bateri adalah salah satu pembunuh tersembunyi yang dapat mempercepat kematian umur bateri.
  • Jangan menelefon dalam keadaan bergerak.
    Menerima atau membuat panggilan dalam kenderaan memerlukan tenaga yang tinggi. Ini kerana handphone berusaha untuk mencari signal dari BTS yang terdekat. Aktiviti inilah yang memakan tenaga bateri yang banyak. Apatahlagi jika anda menggunakan sambungan internet dalam keadaan bergerak. 
  •  Jangan letak handphone anda di tempat yang panas.
    Suhu udara yang panas adalah musuh utama setiap komponen gadget/peralatan elektronik. Baik panas atau sejuk yang berlebihan boleh merosakkan komponen tersebut, termasuk juga bateri handphone. Tertinggal di dalam kereta di cuaca panas terik, bermakna anda perlu bersedia untuk beli bateri baru. ( Inilah situasi kekembungan bateri handphone tunang aku).
  • Gunakan original charger.
    Charger yang original direka dengan aliran arus yang sesuai untuk mengecas bateri handphone tersebut. Charger orang lain atau menggunakan charger yang tidak sesuai akan mempengaruhi aliran daya ke bateri dan dalam jangka panjang boleh merosakkannya.
  • Jangan sesekali biarkan handphone anda terjatuh (handphone NOKIA terutamanya- mentang-mentanglah NOKIA terkenal dengan kehebatannya, saja je bagi jatuh nak testlah konon.haha).
    Mungkin hanya orang yang kurang waras atau duitnya banyak yang suka menjatuhkan HP sendiri dengan sengaja. Lainlah kalau jatuhnya secara tidak sengaja, tetapi situasi inilah yang sering kita alami. Selain dari mempengaruhi komponen yang lain, ketika jatuh bateri boleh saja mengalami litar pintas, dan bila keadaannya parah, bateri boleh saja rosak serta merta.
  • Elakkan cas handphone dalam kereta.
    Seperti yang dijelaskan sebelum ini, arus daya yang tidak stabil dalam proses cas bateri boleh merosakkan bateri dalam jangka panjang. Arus daya yang dihasilkan oleh kereta melalui lubang “cigarette lighter” sangatlah tidak stabil, terutama ketika kenderaan sedang berjalan.
  • Bersih itu asas kesihatan.
    Pastikan bateri handphone anda sentiasa bersih daripada habuk dan bendasing yang tidak diingini..
p/s : peringkat awal henpon baru, rajin la off henpon bile cas..tapi sebulan lepas tu...yang hadooooo....

9 comments:

  1. ssh nk off hp ble csni..huhu..

    ReplyDelete
  2. Thanks 4 sharing! baru taw tak bole cas dlm kereta erk..heee :D

    ReplyDelete
  3. adoi...seme tu mmg selalu buat.... patot tak sampei setahun tepon da ke'ok...~

    ReplyDelete
  4. good tips

    http://ellismelia.blogspot.com/2011/12/30-pcs-ticket-maharaja-lawak-goes-to.html

    ReplyDelete
  5. tips yg Sgt brguna, thnks 4 sharing...

    ReplyDelete
  6. ASSALAMUAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA SEMUA…
    SAYA NAK MEMPERKENALKAN ANDA SEMUA UNTUK MENGGUNAKAN
    PELEKAT CY2000 YANG SANGAT MENJIMATKAN
    BETERI HP ANDA DENGAN HANYA RM30 SAHAJA…
    SEACRH DI YOUTUBE, ADA TESTIMONI MENGENAI
    CARA MENGGUNAKAN & KEBAIKANNYA :
    LEKATKAN PELEKAT CY2000 PADA BELAKANG BETERI
    HP ANDA, CAS BETRI HP HINGGA PENUH,
    DAN GUNA SEPERTI BIASA, ANDA AKAN PELIK
    TENGOK BETERI HP ANDA SUSAH NAK LOW…
    PELEKAT CY2000 AKAN BERFUNGSI SEPERTI BIASA
    SELAGI TAK KOYAK & TAK DIROSAKKAN…
    MENJIMATKAN BETERI HP ANDA SEHINGGA 10% - 85%
    DAN DAPAT JIMATKAN MASA UNTUK CAS HP 50% LEBIH CEPAT…
    TAK PAYAH PENING DAH KALAU TAK BAWAK CHARGER
    MASA PERGI TEMPAT KERJA @ KEMANA-MANA
    BILA DAH PAKAI PELEKAT CY2000 NI…
    POWERBANK PUN RASANYA TAK PANDANG DAH…
    SAYA SENDIRI MENGGUNAKAN PELEKAT INI DAN
    SAYA AMAT BERPUAS HATI DENGAN HASILNYA!!!
    CUBALAH SEKARANG & RASAI HASILNYA !!!
    PM SAYA DI FACEBOOK “ Acik Extravaganza “ ATAU WHATSAPP DI 0125071690 UNTUK KETERANGAN LANJUT…
    TERIMA KASIH ADMIN...

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page