Daisypath Anniversary tickers

26 September 2017

Slimming Scrub Beauty Untuk Langsing

Assalamualaikum.

Hai buat apa tu? Makan apa breakfast tadi? Hari ni saya dan kawan-kawan office kekenyang bos belanja roti jala. 😋😋😋 kari daging boss masak kat rumah. Sedap pulak. Selalu saya tak makan sangat roti jala. Ini kali sampai 5pcs roti jalan saya cicah dengan kari daging tu. Hehe. 
.
Dah menternak lemak sewenangnya, moh la kita buang lemak pulak ye. Nak bagi maintain gitewww.. 😅
.
Nama produk ni Slimming Scrub Beauty.
 
🍇🍇SLIMMING SCRUB 🍇🍇
.
KEISTIMEWAAN👍👍
.
🍄MEMBUANG lemak² degil diperut, peha dan lengan 
.
🍄PROSES menurunkan berat badan
.
🍄MENGHILANGKAN #GASTRIK 
.
🍄MENGHILANGKAN #SENGGUGUT 
.
🍄BUANG angin
.
 🍄MENGHILANGKAN #Bekas² seperti selulit atau STRECTH MARK semasa #MENGANDUNG
.
🍄SANGAT bagus untuk ibu² dalam                  PANTANG, dapat mempercepatkan lagi proses pengecutan peranakan dan melancarkan peredaran darah
.
KELEBIHAN👍👍
.
🍄SANGAT sesuai untuk semua peringkat umur, hanya untuk kegunaan LUAR sahaja
.
🍄UNTUK ibu² yang masih lagi dalam kawalan ubat ubatan dari doctor
.
🍄SESUAI untuk LELAKI & PEREMPUAN
.
BAHAN² dalam kandungan👍
.
🍄SLIMMING Scrub Beauty diperbuat dari bahan utama iaitu CENGKIH, didalamnya juga diperkaya dgn VITAMIN C & E bagus juga untuk kulit.
.
🍄JANGAN risau tiada bahan #KIMIA  didalamnya kerana 100% asli  
.
Dah namanya slimming scrub, jadi struktur nya cecair dan ada pasir-pasir. Automatik sental daki-daki uols tau.
.
Harga murah je. Memang mampu milik.
.
 💰Harga RM46.00
🚛Postage RM8.00
.
📲PM atau Whatsapp 012-9628636
https://m.facebook.com/beautyandhealthbyMay/

🍓#aabeauty
🍓#teamfina
.
Kalau nak cuba jangan segan silu bagitau saya ok. Ada free gift 🎁 gift 🎁 😉

19 September 2017

PAKEJ JIMAT INNER MENYUSU HANYA RM49 UNTUK 2 HELAI!

Hari ni nak bukak online shop sikit kat sini boleh? hehe.. Just nak berkongsi untuk ibu-ibu menyusu kat luar sana yang selalu mencari inner untuk dipadankan dengan cardigan. Kalau pakai inner biasa tu, tak de bahagian untuk menyusu kan. Inner yang saya nak tunjukkan ni ialah jenis khas untuk memudahkan urusan ibu-ibu menyusu di luar sana.
.
Harga asal inner nursing ni untuk sehelai ialah RM28.00. Sekarang ni saya buat pakej kombo atas permintaan ramai. Hanya RM49 untuk 2 helai inner nursing dan tambahan RM8 untuk kos penghantaran melalui pos laju. Hari-hari kami ada buat pengeposan tau. So no worries.
.
Kat bawah ni ada warna-warna pilihan yang mommy-mommy boleh pilih. warna paling hot ialah warna hitam la. restok je habis. restok je habis. Tapi kali ni kita restok extra untuk warna hitam ni tau.


HANYA RM49 je tau untuk 2 helai sleeveless inner! (Normal Price RM56
.
1 Pakej ada 2 inner sleeveless (tiada lengan)
PILIHAN COLOR: Black, Dark Brown, Light Grey, Khaki, Light Purple, Light Beige
.
Khas untuk mommy-mommy yang nak try inner menyusu milk silk #superbest :D
.
- Sis boleh pilih size, (Regular / Big). 
.
Untuk makluman, inner dipakai elok terletak dengan badan, jadi jangan risau jika sis dapati ukuran kecil kerana kain stretchable+++
.
-Pilih regular jika sis biasa pakai size S - L / 36 -42 
-Pilih Big jika sis biasa pakai size XL- 3XL / 44 - 48
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dihasilkan dari fabric smooth milk silk, sangat selesa :)
Membolehkan ibu-ibu menyusu walaupun memakai baju yang tiada nursing cover, dan berlengan pendek.
Bukaan menyusu selak shj, tak perlu zip
Rujuk carta size ini ya:

So, mommy yang berminat tau jangan tunggu lama-lama nanti warna idaman habis! cecepat whatsapp May -0129628636. ataupun visit page FB kami iaitu ; Beauty & Health By May
.
Selamat mencuci mata uols. ~

18 September 2017

Singgah Mandi Gambang Waterpark

Assalamualaikum...
.
Lama sangat entry ni tersimpan dekat bahagian draft je. Hari tu bukan main entry keluar non stop. Bila stop, terus stop lama. Hehe.. 
.
Ni cerita singgah mandi dekat Gambang Waterpark masa cuti Raya Haji lepas. Dari rumah mak mertua ke Kuantan lebih kurang 40-60 minit perjalanan kot. Biasanya memang tak bermalam la kalau ke Kuantan ni. Hari tu saje plan ke Gambang Water Park ni since lama jugak tak bawak anak jalan-jalan. Plan nak jalan ke Sabah asyik tertangguh je. So jalan yang dekat je.
.
Tiket ke Gambang Water Park ni RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas. Untuk adik Muhammad Qayyum masuk free okey..
.
Dah banyak permainan air untuk kali ni. Dulu kali pertama datang tahun bila tah tapi masa tu saya belum kawen. Tiket pun dapat yang free dari paper je. Masa tu tak banyak sangat game. Datang lagi sekali anak dah 2 orang, macam-macam ada tapi ada anak kecik ni memang tak main sangat pun. Paling kuat pun kat kolam untuk bebudak je. 



Gambar kali ni memang tak meriah sebabnya tak bawak waterproof casing untuk handphone. Nak beli kat dalam water park ni tapi takde dijual. Yang ada beg casing je. Beli la jugak sebab nak letak handphone. Tapi tak bawak keluar sangat sebab leceh. So ada sekeping je gambar tepi pantai ni.


Seronok bebudak ni main gelongsor. Kakak berani dah main gelongsor sendiri. Lebih seploh kali jugak dia gigih turun naik tangga panjat nak ke gelongsor. Kali pertama mama teman kan. Kali kedua tu semua mama malas dah nak teman. Tunggu kat bawah je bagi lambaian mesra. heh..
.
Dalam pukul 5 macam tu, mama selaku orang paling lama nak mandi bersih-bersih, mama gi shower room dulu bersiap. Dekat 40 minit jugak kot. Haha. Keluar dari shower room tengok orang dah lengang dekat kawasan air berombak tinggal si Qaira dalam pasir menunggu mama balik sebab nak tunjuk kat mama dia main pasir. Adik pulak tengah mandi dengan abah dia kat tepi pokok.
.
Senang kerja mama bila abah mandikan bebudak 2 orang ni. Tapi...... bila abah dia gi mandi, mama pulak kena main kejar-kejar dengan si Qayyum yang suka sangat nak berguling kat lantai. Adoiiii la dik. Penat weh kejar anak yang asyik nak menghala ke tempat ada air.
.
Masuk je kereta, sekejap je semua bebudak hanyut terlena. Haha. Senang kerja mama.
.
Dah namanya balik raya, on the way ke KL jem okayyyy... Sampai pukul 930 pm je mampu meneman driver. Lepas tu sama hanyut jugak dengan bebudak ni.. Bukak mata je tengok kat highway lagi. Pejam balik mata. Bukak mata lagi, eh kat highway lagi.
.
Pukul 12 lebih tengah malam jugak baru sampai rumah. 
.
Bertabah dan redha....

12 September 2017

Pantang Larang dan Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Herbal Blend Cream Multipurpose Cream

Assalamualaikum.
.
Happy Tuesday! Saya on the way ke Melaka. Ada kursus dekat Avilion Hotel. Pergi balik hari and tak boleh bermalam untuk langkah penjimatan duit syarikat. Sobsob..
.
Okey. forget about my course tu. Ni cerita throwback atau baling belakang. Ni kisah masa bulan puasa hari tu.. Si kakak terkena chicken pox. Tak tau dari mana punca. Masa kat kampung, dia dah lemau. Malam asyik nak baring je. tak nak gerak mana-mana. Mama ingatkan sebab dia malas gerak. 
.
Esoknya tu, bila gerak balik KL, sampai rumah suruh dia mandi, tengok dah ada 1-2 bijik merah-merah ni. Dah agak mesti chicken pox. Bagitau dekat si abah dia. Terus beli air kelapa. Beli 2 biji jugak kot. Tapi kakak Qaira ni tak suka air kelapa tu. Puas paksa untuk dia minum sebiji air kelapa.


 
Saya ni takde pengalaman lagi jaga budak kena chicken pox. Pagi isnin tu , saya ke office dulu dan bawak dia pergi klinik, Doktor bagi ubat sapu-sapu yang macam biasa tu. Saya tengok dia pun cergas je.. Mama pun tak boleh ambik cuti lama-lama. Takde replacement dan takde assistant nak ganti kerja saya yang banyak. Jadi hangkut dia pergi office sekali.

 
Tengok, pergi office pun cun walau demam. ;') . macam-macam bekas air ada. Kat office takde budak-budak, so takde la risau nak berjangkit kat sesiapa. Mama pun duduk dalam bilik. Bila dia tak larat, bawak dia ke surau, lapikkan towel untuk dia baring. Kadang dia tidor, kadang dia melompat-lompat dalam surau tu sesorang. Bila dia tak larat sangat, mama dukung la dia. Datang mengada dia, mintak dukung dari parking kereta sampai rumah.
.
Hubungan dia dengan adik, saya sekat sikit tapi last sekali bergabung jugak main sama-sama. Cuma saya tak bagi dia kongsi air dan makanan. Kadang-kadang menjerit jugak namapk dia share botol air masak dengan adik. sabor je la.. Kena explain banyak kali kenapa dia tak boleh share makanan dan minuman. Kakak faham, adik tak faham,. Kalau dia nak tu, nak jugakkkk... 
.
Ramai yang kata potensi adik beradik untuk berjangkit tu tinggi. Saya pun naik risau jugak sebab si adik tu kuat korek luka-luka kalau ada. Tapi alhamdulillah, hampir 2 minggu jaga kakak chicken pox, tak berjangkit dekat adik.
.
PANTANG LARANG DEMAM CHICKEN POX
.
Sepanjang si kakak chicken pox, saya masak rebus-rebus je. Sebab kawan-kawan bagitau budak chicken pox tak boleh kena asap gorengan. sebab nanti badan dia semakin gatal. Ada sekali tu saya tak tau, saya buat mee goreng, tapi memang nampak dia macam tergaru-garu sikit. So lepas tu memang elakkan la menggoreng.
.
Tak boleh terkena air hujan. Boleh pulak ada satu petang tu hujan. Gigih saya cari payung dan payungkan si kakak ni ke kereta. Sampai bawah bangunan rumah, saya tumpang parking jiran kejap, sebab parking saya agak jauh dan terbuka. Saya turunkan si Qaira dan pesan dia duduk diam-diam jangan ke mana-mana. Tunggu mama sampai. Lepas je saya parking kereta, redah hujan la kejap, ambik dia kat bawah bangunan. Nasib baik dia dengar cakap. Memang dia statik duduk kat kerusi tak gerak-gerak.
.
Maklumlah, kami niduduk rumah tinggi di langit.
.
Pantang larang makanan, macam biasalah.. Elakkan makanan yang gatal. Punca gatal.
.
CARA MANDIKAN KANAK-KANAK TERKENA CHICKEN POX
.
Saya reffer kepada jejiran yang ada pengalaman dekat area rumah saya. Ramai yang suggest sabun daun semambu dan daun semambu. Kemudian ada seorang jiran saya sarankan pakai Pinetarsol
.
Saya pun tak tahu apa tu pinetarsol. Tapi jiran cakap anak-anak dia kena chicken pox memang guna gel ni je. Yang saya tahu saya nak yang terbaik, saya gi beli 2 jenis yang jiran recommende tu., waktu lunch hour, dengan si Qaira ikut gi kerja, saya angkut dia pergi ke pharmacy. Tapi dia tak boleh keluar dari kereta. Saya pesan mintak dia kunci kereta dan jangan bukak selain dari mama yang suruh. Dia cakap 'Ok mama.' 
.
Kalau saya bawak masuk pharmacy, nanti orang akan cakap saya ni tak prihatin dengan orang sekeliling. Sanggup bawak anak terdedah kepada masyarakat luar dan mungkin menyebabkan mereka berjangkit sekali kan. Sebab tu la saya cecepat nak selesaikan urusan barang anak je kat pharmacy tu.
.
Cecepat saya gi pharmacy. Takde survey-survey.. Terus ke kaunter tanya sabun semambu dan tunjuk gambar pinertarsol. Staff tu cari terus saya bayar. Tak sampai 3 minit pun. Lega campur risau anak dalam kereta sesorang.

 

So ni gambar 2 jenis barang utama yang saya guna untuk mandikan kakak Qaira. Memula saya sabun kan badan dia sampai kepala. Kemudian, saya bilas bersih. Lepas tu saya sapu gel tu kat seluruh badan dia. Bau memang busuk sikit. Kemudian saya biarkan dalam 15 minit nak bagi gel tu serap kat kulit dia. Qaira duduk kat bilik air tu sampai kering badan dia. Baru saya bilas dengan air bersih dan sapu ubat dari klinik.


.
Lagi sikit je ubat sapu dari klinik tu nak habis. Kakak Qaira request tak nak pakai lagi sebab badan dia rasa berhangin. Adoi. Banyak songeh pulak. Nak bagi cepat baik punya pasal, Terus saya ambik herbal blend cream shaklee. Sapu kat  1 badan dia. Mama dia kan dealer sah Shaklee. Terus saya ambik stok herbal blend cream dan nutriferon. Saya share dengan Qaira half sachet sorang. Saya makan sebab nak salur kepada si adik yang masih menyusu badan. Nutriferon ni untuk kuatkan imun badan seseorang. Saya nak imun badan adik kuat lawan virus chicken pox. Hehe..

 

Ni beza masa memula dia pakai herbal blend krim dalam tempoh 6 hari. Alhamdulillah.. Mama ni memang garang macam singa lapor kakak, tapi bila anak mama sakit, mama la paling risau. Dulu masa kecik kerap demam sampai tak tido malam menjaga suhu badan. Bila dia dah besar jarang-jarang demam. Tapi sesekali demam, mama pulak yang sedih. Rasanya biarlah sakit tu datang dekat mama je.
.
Saya cukupkan tempoh 2 minggu jaga dia dalam chicken pox walaupun minggu kedua tu macam dah ok. Tapi tetap buat macam memula dia demam tu. Jaga makan, mandikan dan perap dengan gel daun semambu. Malam makan nutriferon. Alhamdulillah seminggu je sebenarnya dia dah pulih.
.
Kalau nak cuba Herbal Blend Krim Multipurpose Shaklee RM37.90 dan Nutirferon RM180.00 boleh  contact 012-9628636 okay. Hik. Sempat lagi mama korang ni promot kan. Ni namanya sambil menyelam minum ayak.
.
Okay la uols. Saya pun dah rasa panjang bebenor entry ni. Nak rehat kejap
.
Thanks sudi baca. bye~

11 September 2017

Nak Sangat Makan Burger Korea McD! Tengok Apa Jadi?

Assalamualaikum.
.

Ada lagi tak iklan burger korea kat TV? Saya pun tak ingat sebab dah jarang tengok tv. Sibuk sangat multitasking. Kerja, uruskan anak-anak, rumahtangga, update blog, berniaga online. Kadang bila bukak tv pun mata ke handphone. Sungguh tak sihat rasanya. Lepas ni akan buat penambahbaikan untuk masa dalam pengurusan anak-anak dan rumah. Hee..
.
Oh ye. Saya baru je mencuba sekali burger korea ni. Katanya pedas amat. Masa lunch dengan officemate, pergi makan dekat mcD Rahman Putra ni.  Tu paling dekat dengan office.
 
Makan punya makan, saya cakap dengan kawan, biasa je tak pedas sangat..
Dorang pun tengok muka saya dengan muka terkejut. 
.
Pada saya tahap kepedasan biasa je. Sebab burger lain takde rasa pedas kan. Cuma rasa daging, ayam... Yang ni tambahan pedas sikit je.
.
Saya makan dengan relaks je. Dorang kata saya kuat pedas ni.
.
Dah try sekali, jadi lepas tu dah boleh duduk diam-diam. At least rasa sekali la kan.. Habis dengan roti melekat celah gigi nampak gigi warna hitam. Ohmaii..hehe.. Nasib baik perasan tau.
.
Korang dah cuba ke burger Korea mcD ni?

Tatami Karpet di Lazada Hanya RM105! Free Delivery!

Assalamualaikum.
.
Dah lama sangat teringinkan karpet tatami yang tebal tu. Bila pijak je kaki pun terbenam.. Macam best je. Survey la dekat fb page.
.
Rata-rata harga RM190.00. Rasa macam mahal la pulak sebab nanti tak tau lagi bila sampai macamana rupa parasnya kan..
.
Saya pun pendamkan aje dulu rasa tu sebab ini bukan keperluan penting tapi kehendak diri yang mengada-ngada macam duit terlebih sangat kan.
.
So suatu hari tu saya macam biasa nak beli sesuatu kat lazada ternampak karpet ni hanya RM105.00. Saya klik tengok besar-besar, buat perbandingan dengan online seller sebelum ni tengok, wow harga memang berbeza. Terus masuk troli online shopping.Hehe..

 

So far best je. Boleh buat baring. Sebab memang terbenam kaki bila pijak. Bebudak pun seronok bukan main bergelongsor kat karpet ni. Sebelum ni lapik tilam nipis sebab risau kat si kecik tu. Takut dia tersasar dari gelongsor.

 
Ni kalau gambar dari facebook la.. Saya try buat perbandingan gambar dekat FB dengan yang kat Lazada tu. Hehe.. 
.
Officemate cakap harga saya beli memang murah sebab dia pernah beli harga dalam RM150 macam tu. So i is rasa berbaloi-baloi beli karpet ni dekat lazada.
.
Masa shopping tu pulak ada voucher lagi dalam RM15.00 Berganda-ganda penjimatan nya.
Pe lagi, terjah tengok kat lazada nun. Free delivery okey.. tak payah gegaduh isi minyak start kereta cari karpet. Hiks..

9 September 2017

Bila Mengidam Western Food Je Pergi A&J Grill Sg Buloh

Assalamualaikum...
.
Kengkadang tekak ni mengada nak makan chicken chop. dan tetiba boleh bertukar nak makan lambchop. Dah namanya wanita, keputusan boleh berubah-ubah mengikut masa.
.
Nasib la ada A&J Grill ni. Dekat jugak dengan rumah. Menyediakan masakan western dalam bentuk talam dengan harga yang murah. Memang murah bagi saya. Biasanya spend lebih kurang RM50 untuk kami sekeluarga. Dah kenyang over load.
.
Setiap kali datang biasanya, saya dan suami akan order Rasta Mix kot nama set talam untuk 2 orang makan. Hanya RM34.90 je dalam tu ada Lamb Grill, Chicken Grill, Big Sosej, Beef Patty, Fries dan coslow. Yeke eja coslow macam ni?? Kalau salah tolong betulkan.

 
Gambar hidangan sikit je. Gambar tuan blog dengan anak-anak serta suami je bersepah. Hehe. Maafkan saya. Nanti ada gambar full makanan kat A&J Grill ni dalam entry lain. Untuk entry dinner bersama pengasuh anak saya.

 

Cak! Adik buat mulut duck face.. Hehe.. Tak lama masa kami makan tu ada live band kat belakang tempat kami duduk. So sambil makan, sambil dengar lagu romantik, rasa macam tengah bercuti ok..
.
Yela.. lagu beralun di belakang, kami makan sambil bergurau senda. Macam takde masalah dunia. Bersuap-suapan. Amboih. Tapi si kecik ni biasa lah. Terteleng-teleng kepala tengok orang menyanyi.
.
Mana gambar orang menyanyi?Hehe... Ada dalam video je. Berat pulak nak bawak video tu dalam blog ni..
.
Hehe..
.
Eh korang kalau nak makan western food, berdekatan dengan Sungai Buloh, datang la sini. Memang sangat recommended. Harga murah, kuantiti banyak, sos dia sedap, air pun menawan.
.
Memang tak tipu tau.

8 September 2017

Raya Haji Serba Sederhana

Assalamualaikum wbt.
.
Salam Aidiladha. Dah terlewat ke nak ucap selamat hari raya ni? Mohon ampun. Sibuk sangat dengan entry sebelum raya haji.
.
Raya haji saya macam biasa setiap tahun biasa-biasa aje. Tak meriah macam aidilfitri. Tapi raya tahun ni mak saya buat korban. Tu je yang lain sikit dari raya haji tahun lepas. Sudahkan anda berkorban?
.
Untuk raya haji saya takde pun sarung baju baru. Sarung je mana yang ada.. Hiks.. Suami berbaju melayu raya 2tahun sudah kot. Saya dengan Qaira berjubah sedondon yang raya puasa lepas. Adik Qayyum? Dia special. Mama malas bagi pakai baju melayu. Dia pakai baju bertali leher terus. hehe..

 
Gambar ni dorang dok snap bertiga kat beranda rumah while menunggu mama bersiap. Masa ni nak gi Segamat. Jenguk abah saya yang dah berkahwin dengan orang sana. So menetap pun di sana. So far, tak jauh mana. Lebih kurang 45-60 minit perjalanan.

 
Gambar raya secara official pun takde. cewah. Official la konon. So semua gambar ala-ala tak siap macam ni je la... Janji ada gambar bersama. Kekonon.... Hehe.. Sibuk dengan anak kecik. Mama makan, abah jaga adik. Abah makan, mama pegang adik. Risau dia tarik alas meja rumah tu kang habis berterabur rendang lontong sekalian makanan atas meja.

 
Kakak Qaira sorang je paling cun dalam cerita ni. Tengok dia dok belasah mekap mama. Nasib baik comel mekap tau.. Kira dah pandai la ni buat sendiri. Tak payah mama sesusah nak mekap kan dia. Jimat masa mama nak conteng muka sendiri je.
.
Liptint mama pun dah berapa botol habis. Dia sorang yang rajin apply sebab mama suka pakai lipbalm je.
.
Saya tak risau sangat dia pakai liptint ni sebab liptint ni jenis homemade. Dalam tu guna aloevera. So kandungan likat je. Tak cair. Bila pakai tu, warna terus meresap kat bibir. So saya panggil cantik sambil merawat. 
.
Dulu pernah buat entry pasal homemade liptint/jellytint ni kat sini --> Homemade Jellytint/liptint <--
.
Nanti bila berkelapangan lagi akan buat lebih terperinci lagi. hehe. 
.
Okey Salam Aidiladha, Selamat Hari Raya!
.
Bye~

First Giveaway By Blog Buku Pinky!


Hai selamat pagi.. Berpagi-pagian mencari rezeki yok..
.
Pepagi hari je dah tengok reading list nak blogwalking sekejap sebelum mulakan kerja. So ternampak ada bloger join Giveaway Bloger Sarawak. Saya pun dah lama tak join contest dan giveaway ni.. Bukan apa, jarang-jarang bernasib baik. sebab tu la malas nak join. Hehehe..

Tapi ini kali, hati terdetik nak join Giveaway dari Buku Pinky Sarawak. Jauh orang nya di sana nun.. Tengok bloger baru buat Giveaway, terpikir, kalau saya buat giveaway ada ke yang nak join? Nanti krikkrik je.. ;D
.
JOM JOIN GIVEAWAY BY BLOG BUKU PINKY!


Kalau terdetik jugak nak join dan memeriahkan lagi Giveaway ni, boleh la klik gambar ataupun tulisan berwarna pink purple kat atas tu. Nanti korang akan di bawak terus ke blog Buku Pinky.
.
SYARAT-SYARAT GIVEAWAY

Mudah je syaratnya.. Tak heavy pun ..
.
1.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog saya Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.
5.Copy & paste URL entry korang ke dalam ruang komen di entry Buku Pinky tu
.
Giveaway ni sebulan ye. Sempat la kumpul idea nak buat entry menarik kalau nak menang entry paling kreatif.
.
Saya dan entry kreatif? Hehe. Saya punya entry biasanya paling cepat nak buat sebab kejar masa. Haa.. gituuu... hehe.. Kalau ada rezeki dengan entry paling ringkas ni ada lah kan..
.
Okay.
.
Nak mengundur diri dulu. Good luck semua.. bye..~

Sayur-sayuran Hijau Pemberian Dari Jiran

Assalamualaikum.
.
Habis cuti raya haji baru-baru ni, jiran kat rumah hantar sayur. Bukan main banyak siap bawak 2 orang pembantu tolong angkut. Ni nak suh makan atau nak suruh kami meniaga kat pasar tak tau laa....

 

Yang tak kenal, kat atas ni sayur pucuk paku. Bukan paku pakis ye..

 
Ni jantung pisang. Lepas je saya post gambar saya masak jantung pisang kali pertama (pun orang yang sama hantar jantung pisang kat rumah) dia mai hantar lagi 2 ketul jantung pisang. Boleh rujuk entry jantung pisang kali pertama tu dekat sini --> Jantung Pisang Versi Tumis <<--

 
Ni katanya pisang kelat siam. Sedap katanya. Dia suruh bagi jejiran sebab ada dalam 4 sikat kot. Tapi dia pesan, jangan bagi rang semua. Ko kena rasa jugak.Hehe.. Baik kak..

 
Yang atas ni pulak namanya kangkung.
.
Lain sikit pulak saya tengok dengan versi kangkung saya biasa beli dekat kedai sayur. Tapi belasah la.
.
Semua sayur saya bagi orang. Saya tinggalkan sikit je untuk saya makan. Lebih kurang sekali hadap atau sekali masak je sebab saya je pemakan tumbuhan hijau dekat rumah ni. Kalau simpan bebanyak untuk diri sendiri takut tak termakan pulak kan... 
.
Rasa tak boleh nak memberi kesenangan kepada orang lain, kita beri sayur. Boleh buat makan. Boleh dapat pahala jugak. Kan?Senang je nak cari pahala ni. Tak susah. Cuma nak dengan tidak je..
.
Itu saje untuk entry ni. Terima kasih sudi baca.~

7 September 2017

Durian Musang King Sempena Birthday Lunch

Assalamualaikum..

Anda pantang dengar pasal durian?Terus mengidam tak tentu hala? Okay sama la kita tapi kadang buat tak heran je sebab saya punya mengidam tu setakat makan 2 biji durian dah rasa cukup. Bukan 2 ulas tau.. nononono..
.
Nak dijadikan kisah, birthday officemate, dia request durian. Amboi teruk tekak ko kak.. Orang mintak kek. Hehe. Nasib baik permintaannya dimakbulkan. Alhamdulillah. Kawan-kawan sepejabat dapat merasa. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan di cari. Naya nanti.

 
So, ni jela budak office saya untuk site office. Actually ada 5 orang. Tapi sorang lagi MC. So anggap takde rezeki ko ye.. Sambil gelak jahat dan tayang banyak gile gambar kitorang makan durian dalam whatsapp group.
.
Makan kat kedai viral area Kepong. Ramai jugak artis datang sini. Tapi masa kami datang tu takde sesapa pun. Mungkin sebab weekdays. Orang tengah kerja nak makan nasik. Kami je buat kerja gila lunch makan durian.

 
Perasaan dapat makan musang king ni tak dapat nak digambarkan. Betapa enaknya durian tu melalui anak tekak. Nyummy sangat.
.
Kitorang try beberpa biji durian jugak la. Musang king, kunyit merah. D24,.. Yeke nama kunyit tu?Entah la saya main belasah je nama durian ikut tekak sendiri. 
.
Eh tengok gambar je dah teringat-ingat ni oi.
.
Balik kampung baru ni mak beli anak pokok durian musang king sebab dia kata mahal sangat nak beli. So dia nak tanam, nanti bila cucu dia besar boleh makan. Haa. gitu pandangan orang tua untuk masa depan makanan anak cucu nya.
.
Saya dengan kakak pass kat suami memasing untuk bawak mak gi kedai yang jual pokok tu. Kononnya masa ni la menantu nak tunjuk kan mereka adalah menantu atau hantu. hehehe..
.
Jangan marah cik abang sayang. =p
.
Okey dah dulu mengences durian ni. bye...~

Makanan Celop Tepong di Terengganu

Assalamualaikum...
.
Mohon jawab salam.. Hehee..
.
Sebelum ni saya ada la sejenis tekak mengada-ngada. Bukan sebelum ni je. Sekarang ni pun ada..hehe.. Hari tu teringin la sangat nak bercuti kat Terengganu katanya nak Jalan Jalan Cari Makan. Siap petik dekat suami, saya tanggung perjalanan ke sana. Ecewahhh.. Hahaha... 
.
So sambilnya balik kampung hari tu, cuti pun panjang tak tau nak ke mana, kita create sehari perjalanan ke Terengganu. Tapi tak jauh pun. Pergi Kemaman je. Rumah mertua pulak kat Pekan. So dari Pekan ke Kuantan dalam sejam. Dari Kuantan ke Kemaman tu entah berapa jam. Dalam sejam lebih kot. Husband malas nak layan tekak saya nak tido hotel kat Kuala Terengganu. Hahaha..Siot je kan.. So kitorang pergi balik hari je lah..

 
Gambar kat atas ni sekitar pukul 10;30 am kot. Baru nak gerak dari rumah. Melaram baju seluar baru memasing. Sempat shopping kat One Utama sebelum gerak balik Pahang. Dengan tudung bawal yang herot tu. Dekat setengah jam adjust tudung je. Sampai cakap kat husband, nak tukar pakai shawl lah. Dia cakap bersiap pun lama tak payah la g jalan..Sob sob sob... terpaksa rela berjalan dengan bawal herot tu.

 
Sampai je Kemaman terus cari port best nak makan. Duduk je kat kedai tu, terus order sotong celop tepung, ikan celop tepong, keropok lekor, sata. Fuhh heaven betul. siap menambah lagi. Memang time sampai tu perut pun lapar dah tengahari kan..Apa lagi.... Berat badan lepas makan macam di pam-pam la.
.
Tapi memang sedap.. Total semua sekali adalah RM50 lebih kot. Bukan banyak sangat pun makan. Nafsu banyak. Tapi perut tu takat tu je la makan. Haha...Gigih nak makan sambil berjalan katanya...

 

On the way balik harusla singgah beli keropok lekor punya banyak, lepas tu borong nanas madu. gambar takde. Lepas tu singgah dekat Black Stone. Eceh...Nama melayunya Pantai Batu Hitam. Sedap berangin duduk tepi pantai.
.
Si Qaira main layang-layang kejap. Bawak 2 keping layang-layang, 2 keping tu semua sangkut dekat pokok. Nak gelak kan dia marah. Hehehe...

 
Singgah dekat warung kat pantaiminum ABC dengan Leicikang je. Menarik kan warna-warna ABC tu. Order 1 je pun tak habis makan share dengan mama abah.
.
Walaupun sekejap-sekejap je perjalanan bercuti tapi bebudak ni seronok manfaatkan masa bermain. Mama diorang ni macam biasa la berat nak berjalan ke sana sini. Duk terpacak je kat tepi tu. Mata ngantuk. Memang berat nak ke mana-mana. Terlebih makan celop tepong agaknya.3
.
Sampai dekat rumah semula lebih kurang pukul 5;30 kot. Memasing dah berlengas badan main kat pantai.
.
So habisla seharian berjalan. Dan mama boleh tido tersenyum dah dapat celop tepung. kikiki..
.
bye

6 September 2017

Padahnya Pergi ke Bukit Malawati Kuala Selangor Tengok Monkey

Assalamualaikum...
.
Pemula bicara. Cewah..
.
Cerita seminggu sebelum raya haji. Pergi ke Pasar Penambang Kuala Selangor carik telur ikan mayong. Pak mertua mengidam-idam. Habis semua telur ikan mayong suami saya beli. Sekilo RM35. Selesai memborong, on the way balik tu singgah pulak dekat Bukit Malawati. Bawak anak naik train tengok monyet kat sana.
.
Untuk saya, biasa-biasa je. Kalau ikutkan malas nak pergi, tapi mengenangkan anak-anak pun jarang berjalan-jalan. kita bawak je lah dorang pusing-pusing kawasan Bukit Malawati ni.
.

 

Ceria je dapat naik keretapi takde pintu ni. Adik Qayyum pulak biasa memang sporting bila ajak ambik gambar anddddd muka dia tu biasanya muka nervous. Tapi dia memang tak banyak kerenah kalau bawak berjalan-jalan macam ini. Baik je.
.
Kakak pulak biasala. Becok like mama. masa nak naik Bukit Malawati, dia la paling kecoh seantero. Bila dah sampai atas, dia pulak menanges. Takutttttt dia cakap. Kalut ajak balik.
.
Oh ya.. untuk tren ni kena bayar tiket ye. RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Total tiket kami sekeluarga RM8 sahaja.

 
Adik tengok kakak merengek, merengus ajak balik cepat. Mesti dia cakap dalam hati apa-apa la kakak aku ni. Hahaha.. Dah besar tapi penakut. Adik steady aje dok tepi monkey tu.. Adik pun tengok je monkey tapi dia diam je.

 
Lepas tu angkat si Qayyum letak dekat sikit dengan monkey. Pun steady je lagi. Haha... Monkey pun tak heran dengan budak comel tepi dia. Monkey tu nak makan je keledek kat tangan. Adik Qayyum pulak terus peace nampak nak tangkap gambar.

 
Peluh jugak ketiak duduk atas bukit ni walaupun berangin. Manusia ramai jugak nak tengok monkey. Bukan pasal monkey je. Tapi nak tengok pemandangan dari atas bukit ni. So ni kawasan sejarah jugak. Yang mana suka sejarah ni mesti ingat nama tempat ni sebagai kawasan persembunyian British kan. Eh yeke?Sukati aku je men belasah.. hahaha. lupa la sejarah Bukit Malawati ni. Nanti kena study semula.
.
Gambar mama abah adik ni mintak kakak snap kan. Gambar mama dah agak-agak ke bucu hujung frame dah tapi mujur masih ada lagi gambar mama. Hehe..
.
Nampak tak track pejalan kaki kat bawah gambar kami bertiga tu? Hurm semua tragedi bermula kat situ. Mama ajak gi bawah tu nak ambik gambar OOTD kononnya..So letak Qayyum berdiri kat bawah sat. Abah pegang henfon. Kakak dok jauh sebab takut. Adik pulak menapak selangkah-selangkah menghampiri monkey tepi jalan tu.
.
Adik berdiri berhadapan monkey yang lebih kurang sama tinggi je dengan dia. Tidak diduga, monkey tu melangkah setapak dua dekat adik terus carass je dahi adik. 

 
.
Lepas monkey tu cakar dahi, dia undur balik ke belakang. Adik pulak masih statik di situ berdiri tengok lagi monkey. Menangis pun idokkkk.. Hero sungguh anak bujang mama sorang ni.
.
Ambik gambar kesan cakaran ni nak tunjuk dekat Ma Anie pengasuh dia. Siap pengasuh cakap, Qayyum boleh senyum lagi keee.....
.
Si kakak pulak tengok adik kena cakar, bebel-bebel je salahkan mama dengan abah tak ikut cakap dia gerak balik tinggalkan bukit tu..
.
Kakak dah bising-bising, mama pun takde mood terus ajak balik.Bila turun bawah je terus mood kakak oke nak selpie.. Hurm.. saborje la kan dengan anak dara ni.
.
Sampai rumah je terus bersihkan luka adik dengan dettol and mandikan dia dengan dettol. Habis semua bau dettol. Yang penting bersih ye dik. 
.
So far dah lebih kurang seminggu ni, luka dia pun dah ok. Tinggal parut sikit je. Dah tak berdarah lagi.
.
Okay la...bersua lagi di lain entry okey..
.
Tq sudi baca.
.
bye.

Singgah Makan Cendol Durian Mels Corner Batu Caves

Assalamualaikum.
.
Rajin hari ni buat entry Jalan Jalan Cari Makan. Entry macam ni jarang ke udara sebab sekarang ni banyak memerap je.. 
.
Ni cerita 31hb Ogos lepas. On the way balik kampung, singgah sekejap dekat Batu Caves. Husband ajak makan Cendol Durian. Ni pengaruh rakan-rakan pilot darat dia la ni kot.
.
Mama is oke sajoooo... lepas dah pelahap cendol, baru teringat, i is sedang melatih diri tak makan ice. sob sob sob... dah langgar pantang larang kecantikan diri mama.. sob sob sob..
.
Tapi benda dah jadi nak buat macamna. telan je la kan. Haha..

Nama kedai ni Mel's Corner.. Agak senang nak jumpa sebab dia ada durian sebiji besar tergantung. Masa sampai tu agak awal, so manusia belum ramai lagi. So, kita tengok menu dan harga. Selaras tak dengan duit yang di bawak.
.
Ehem. i am wearing Melissa Mix form HayatHijab.
.
Cendol biasa Rm5. Cendol special ikut jenis durian yang ada. Biasanya RM20 semangkuk. Kalau Durian Musang King RM30 semangkuk. Masa kami datang tu, yang ada hanyala durian siam untuk RM20 semangkuk.
.

 
So, kami ambik 1 mangkuk cendol durian, 1 mangkuk cendol biasa dan 1 mangkuk Durian Shake dan kudapan Roti John. Total semua sekali RM46.00.  Nasib baik tak ambik 2 mangkuk cendol durian. Haha. sebab kang rasa lagi baik beli durian je terus.
.
Dalam cendol durian tu dia letak 3 ulas durian. So, saya mama yang penyayang, bagi abah seulas, kakak seulas. Cukup seulas sorang.. Hehe.. Tapi tu pun dah agak kenyang sebab seulas durian tu isinya agak tebal. Lepas tu ditambah pulak dengan santan cendol tu, lagi rasa kenyang amat.

 
Anak bujang sorang ni memang sekarang nak makan sendiri je. Semua nak buat sendiri. So bagi je la dia suap sendiri dalam mulut. Pekena benda manis lagi la suka sangat dia. Lapik tisu sikit kat baju sebab for sure menitis-nitis di situ. Memang kalau bagi tisu sebungkus, dia sorang la paling banyak guna.

 
Kedai cendol ni dekat Taman Bolton Batu Caves. Masuk area ni korang pakai Google Maps je laa. Mesti jumpa punya. Simbolik paling besar, tu durian sebutir atas bumbung.
.
Tak jumpa jugak tak tau laaaa.. ;)
.
Okey. itu sahaja la nak story-mory hari ni.. 
.
Thanks sudi baca..
.
bye.~

5 September 2017

Penderitaan Bila Terkena Sentuhan Cik Melissa Mix

Assalamualaikum.
.
Hai. Selamat kembali bekerja selepas 5 hari bercuti daripada Hari Merdeka, sambung pulak cuti Sukan Sea semalam kan. kan. So hari ni kembali kepada kerja hakiki. bekerja mencari rezeki. 
.
Sebelum tu, nak bagitau penderitaan yang terpaksa saya alami selepas menggunakan Melissa Mix Instant Shawl ni. Memula dulu saya joint untuk jadi menjadi dealer je. Tapi dah jadi dealer, tak kan nak promosi je tanpa apply sendiri material Melissa Mix tu kat diri sendiri kan. Sama macam membongak je la namanya. haha.. 
.
So, saya cuba dulu sarungkan Melissa Mix Instant dengan warna orchid plum ni. Tengok, sila tengok..

 

Ya ampun. cantiknya diriku ini..bila pakai Melissa Mix Instant Shawl. Aw....perasan kan. ;p
.
Dari segi material kain, memang super. Lembut, beralun, terletak cantik dan tidak jarang. Dari segi awning pulak, sesuai untuk yang berkacamata ataupun tidak. Tengok saya pakai spek mata pun masih cantik je tersarung. Serius jatuh hati. 
.
Menderita tau dak???? menderita sebab terpaksa restok warna-warna lain sebab best best best. Nak nanges rasa tengah-tengah bulan nak beli tudung banyak-banyak tau.
.
Kalau nak tengok pilihan warna lain boleh click ni --> Pilihan Warna Melissa Mix Instant <--
.
Ada kisah lain jugak antara saya dengan Cik Melissa Mix ni. Masa balik kampung baru ni, saya sarung la Melissa Mix ni. Bila dah sampai kampung, saya gantung la dekat penyangkut belakang pintu. Bukan hanger tau. Tempat yang sangkut seluar jeans tu.
.
Tetiba esoknya tu ada kawan datang rumah nak self collect item penjagaan bibir yang saya jual secara homemade.
.
Saya pulak dah lama tak menggunakan bertudung sarung kebelakangan ni, so memang takde bawak balik tudung terus sarung. Lebih kepada ber'shawl' je setiap hari. Tengok dalam beg, semua shawl nak kene iron pulak sebab dah berlipat. Jadi dengan selamba malas, saya ambik je la Melissa Mix yang dah pakai seharian masa balik kampung tu masa kawan sampai rumah.
.
Eh. Sarung je kat kepala, pusing second loop dia tu masuk kat kepala, dah siap terletak cantik macam tu je. Tanpa pin. tanpa iron semula. ok saya kagum sebab bila 'lepak' dengan member selesa dan yakin tanpa perlu risau adakah wajah hodoh main sarung shawl je. hiks.. 'Lepak' dalam rumah je pong... sebab ada 1 rasa yakin je bila pakai Melissa Mix ni.
.
Nak tau harga?? click link ni --> Harga Melissa Mix Instant Shawl <--
.
InsyaAllah memang mampu dimiliki dan berbaloi sangat-sangat dengan harganya.
.
Ya, memang agak labuh Melissa Mix ni, tapi kita boleh adjust tahap labuh nya tu. Melissa Mix ni direka khas untuk semua lapisan masyarakat golongan wanita.
.
Ada antara kita suka bertudung labuh, ada yang suka berniqab, ada yang suka labuh sedang-sedang sahaja. Jadi dengan Melissa Mix ni semua boleh IN.
.
Sebolehnya, saya nak Melissa Mix ni memenuhi syariat yang ditetapkan mengikut Islam. =)
.
Sambil pakai, sambil tu kumpul pahala kan?
.
Nak cuba tak?nak nak nak?
.
Click sini www.wasap.my/60129628636
Click sini www.wasap.my/60129628636
Click sini www.wasap.my/60129628636
.
Rugi kalau tak cuba.
.
bye~ 
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page