Daisypath Anniversary tickers

6 September 2017

Singgah Makan Cendol Durian Mels Corner Batu Caves

Assalamualaikum.
.
Rajin hari ni buat entry Jalan Jalan Cari Makan. Entry macam ni jarang ke udara sebab sekarang ni banyak memerap je.. 
.
Ni cerita 31hb Ogos lepas. On the way balik kampung, singgah sekejap dekat Batu Caves. Husband ajak makan Cendol Durian. Ni pengaruh rakan-rakan pilot darat dia la ni kot.
.
Mama is oke sajoooo... lepas dah pelahap cendol, baru teringat, i is sedang melatih diri tak makan ice. sob sob sob... dah langgar pantang larang kecantikan diri mama.. sob sob sob..
.
Tapi benda dah jadi nak buat macamna. telan je la kan. Haha..

Nama kedai ni Mel's Corner.. Agak senang nak jumpa sebab dia ada durian sebiji besar tergantung. Masa sampai tu agak awal, so manusia belum ramai lagi. So, kita tengok menu dan harga. Selaras tak dengan duit yang di bawak.
.
Ehem. i am wearing Melissa Mix form HayatHijab.
.
Cendol biasa Rm5. Cendol special ikut jenis durian yang ada. Biasanya RM20 semangkuk. Kalau Durian Musang King RM30 semangkuk. Masa kami datang tu, yang ada hanyala durian siam untuk RM20 semangkuk.
.

 
So, kami ambik 1 mangkuk cendol durian, 1 mangkuk cendol biasa dan 1 mangkuk Durian Shake dan kudapan Roti John. Total semua sekali RM46.00.  Nasib baik tak ambik 2 mangkuk cendol durian. Haha. sebab kang rasa lagi baik beli durian je terus.
.
Dalam cendol durian tu dia letak 3 ulas durian. So, saya mama yang penyayang, bagi abah seulas, kakak seulas. Cukup seulas sorang.. Hehe.. Tapi tu pun dah agak kenyang sebab seulas durian tu isinya agak tebal. Lepas tu ditambah pulak dengan santan cendol tu, lagi rasa kenyang amat.

 
Anak bujang sorang ni memang sekarang nak makan sendiri je. Semua nak buat sendiri. So bagi je la dia suap sendiri dalam mulut. Pekena benda manis lagi la suka sangat dia. Lapik tisu sikit kat baju sebab for sure menitis-nitis di situ. Memang kalau bagi tisu sebungkus, dia sorang la paling banyak guna.

 
Kedai cendol ni dekat Taman Bolton Batu Caves. Masuk area ni korang pakai Google Maps je laa. Mesti jumpa punya. Simbolik paling besar, tu durian sebutir atas bumbung.
.
Tak jumpa jugak tak tau laaaa.. ;)
.
Okey. itu sahaja la nak story-mory hari ni.. 
.
Thanks sudi baca..
.
bye.~

2 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page