18 September 2017

Singgah Mandi Gambang Waterpark

Assalamualaikum...
.
Lama sangat entry ni tersimpan dekat bahagian draft je. Hari tu bukan main entry keluar non stop. Bila stop, terus stop lama. Hehe.. 
.
Ni cerita singgah mandi dekat Gambang Waterpark masa cuti Raya Haji lepas. Dari rumah mak mertua ke Kuantan lebih kurang 40-60 minit perjalanan kot. Biasanya memang tak bermalam la kalau ke Kuantan ni. Hari tu saje plan ke Gambang Water Park ni since lama jugak tak bawak anak jalan-jalan. Plan nak jalan ke Sabah asyik tertangguh je. So jalan yang dekat je.
.
Tiket ke Gambang Water Park ni RM35 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas. Untuk adik Muhammad Qayyum masuk free okey..
.
Dah banyak permainan air untuk kali ni. Dulu kali pertama datang tahun bila tah tapi masa tu saya belum kawen. Tiket pun dapat yang free dari paper je. Masa tu tak banyak sangat game. Datang lagi sekali anak dah 2 orang, macam-macam ada tapi ada anak kecik ni memang tak main sangat pun. Paling kuat pun kat kolam untuk bebudak je. 



Gambar kali ni memang tak meriah sebabnya tak bawak waterproof casing untuk handphone. Nak beli kat dalam water park ni tapi takde dijual. Yang ada beg casing je. Beli la jugak sebab nak letak handphone. Tapi tak bawak keluar sangat sebab leceh. So ada sekeping je gambar tepi pantai ni.


Seronok bebudak ni main gelongsor. Kakak berani dah main gelongsor sendiri. Lebih seploh kali jugak dia gigih turun naik tangga panjat nak ke gelongsor. Kali pertama mama teman kan. Kali kedua tu semua mama malas dah nak teman. Tunggu kat bawah je bagi lambaian mesra. heh..
.
Dalam pukul 5 macam tu, mama selaku orang paling lama nak mandi bersih-bersih, mama gi shower room dulu bersiap. Dekat 40 minit jugak kot. Haha. Keluar dari shower room tengok orang dah lengang dekat kawasan air berombak tinggal si Qaira dalam pasir menunggu mama balik sebab nak tunjuk kat mama dia main pasir. Adik pulak tengah mandi dengan abah dia kat tepi pokok.
.
Senang kerja mama bila abah mandikan bebudak 2 orang ni. Tapi...... bila abah dia gi mandi, mama pulak kena main kejar-kejar dengan si Qayyum yang suka sangat nak berguling kat lantai. Adoiiii la dik. Penat weh kejar anak yang asyik nak menghala ke tempat ada air.
.
Masuk je kereta, sekejap je semua bebudak hanyut terlena. Haha. Senang kerja mama.
.
Dah namanya balik raya, on the way ke KL jem okayyyy... Sampai pukul 930 pm je mampu meneman driver. Lepas tu sama hanyut jugak dengan bebudak ni.. Bukak mata je tengok kat highway lagi. Pejam balik mata. Bukak mata lagi, eh kat highway lagi.
.
Pukul 12 lebih tengah malam jugak baru sampai rumah. 
.
Bertabah dan redha....

2 comments:

  1. bestnya mandi kolam.. hehe sy pun ada kat highway jammed tu masa balik dari jengka.. kehekeh

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat mandi tapi yang tak bestnya kena hadap jam tu haaa memang hanyut jugak lah cerita dia

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page