Daisypath Anniversary tickers

12 September 2017

Pantang Larang dan Cara Hilangkan Parut Chicken Pox Dengan Herbal Blend Cream Multipurpose Cream

Assalamualaikum.
.
Happy Tuesday! Saya on the way ke Melaka. Ada kursus dekat Avilion Hotel. Pergi balik hari and tak boleh bermalam untuk langkah penjimatan duit syarikat. Sobsob..
.
Okey. forget about my course tu. Ni cerita throwback atau baling belakang. Ni kisah masa bulan puasa hari tu.. Si kakak terkena chicken pox. Tak tau dari mana punca. Masa kat kampung, dia dah lemau. Malam asyik nak baring je. tak nak gerak mana-mana. Mama ingatkan sebab dia malas gerak. 
.
Esoknya tu, bila gerak balik KL, sampai rumah suruh dia mandi, tengok dah ada 1-2 bijik merah-merah ni. Dah agak mesti chicken pox. Bagitau dekat si abah dia. Terus beli air kelapa. Beli 2 biji jugak kot. Tapi kakak Qaira ni tak suka air kelapa tu. Puas paksa untuk dia minum sebiji air kelapa.


 
Saya ni takde pengalaman lagi jaga budak kena chicken pox. Pagi isnin tu , saya ke office dulu dan bawak dia pergi klinik, Doktor bagi ubat sapu-sapu yang macam biasa tu. Saya tengok dia pun cergas je.. Mama pun tak boleh ambik cuti lama-lama. Takde replacement dan takde assistant nak ganti kerja saya yang banyak. Jadi hangkut dia pergi office sekali.

 
Tengok, pergi office pun cun walau demam. ;') . macam-macam bekas air ada. Kat office takde budak-budak, so takde la risau nak berjangkit kat sesiapa. Mama pun duduk dalam bilik. Bila dia tak larat, bawak dia ke surau, lapikkan towel untuk dia baring. Kadang dia tidor, kadang dia melompat-lompat dalam surau tu sesorang. Bila dia tak larat sangat, mama dukung la dia. Datang mengada dia, mintak dukung dari parking kereta sampai rumah.
.
Hubungan dia dengan adik, saya sekat sikit tapi last sekali bergabung jugak main sama-sama. Cuma saya tak bagi dia kongsi air dan makanan. Kadang-kadang menjerit jugak namapk dia share botol air masak dengan adik. sabor je la.. Kena explain banyak kali kenapa dia tak boleh share makanan dan minuman. Kakak faham, adik tak faham,. Kalau dia nak tu, nak jugakkkk... 
.
Ramai yang kata potensi adik beradik untuk berjangkit tu tinggi. Saya pun naik risau jugak sebab si adik tu kuat korek luka-luka kalau ada. Tapi alhamdulillah, hampir 2 minggu jaga kakak chicken pox, tak berjangkit dekat adik.
.
PANTANG LARANG DEMAM CHICKEN POX
.
Sepanjang si kakak chicken pox, saya masak rebus-rebus je. Sebab kawan-kawan bagitau budak chicken pox tak boleh kena asap gorengan. sebab nanti badan dia semakin gatal. Ada sekali tu saya tak tau, saya buat mee goreng, tapi memang nampak dia macam tergaru-garu sikit. So lepas tu memang elakkan la menggoreng.
.
Tak boleh terkena air hujan. Boleh pulak ada satu petang tu hujan. Gigih saya cari payung dan payungkan si kakak ni ke kereta. Sampai bawah bangunan rumah, saya tumpang parking jiran kejap, sebab parking saya agak jauh dan terbuka. Saya turunkan si Qaira dan pesan dia duduk diam-diam jangan ke mana-mana. Tunggu mama sampai. Lepas je saya parking kereta, redah hujan la kejap, ambik dia kat bawah bangunan. Nasib baik dia dengar cakap. Memang dia statik duduk kat kerusi tak gerak-gerak.
.
Maklumlah, kami niduduk rumah tinggi di langit.
.
Pantang larang makanan, macam biasalah.. Elakkan makanan yang gatal. Punca gatal.
.
CARA MANDIKAN KANAK-KANAK TERKENA CHICKEN POX
.
Saya reffer kepada jejiran yang ada pengalaman dekat area rumah saya. Ramai yang suggest sabun daun semambu dan daun semambu. Kemudian ada seorang jiran saya sarankan pakai Pinetarsol
.
Saya pun tak tahu apa tu pinetarsol. Tapi jiran cakap anak-anak dia kena chicken pox memang guna gel ni je. Yang saya tahu saya nak yang terbaik, saya gi beli 2 jenis yang jiran recommende tu., waktu lunch hour, dengan si Qaira ikut gi kerja, saya angkut dia pergi ke pharmacy. Tapi dia tak boleh keluar dari kereta. Saya pesan mintak dia kunci kereta dan jangan bukak selain dari mama yang suruh. Dia cakap 'Ok mama.' 
.
Kalau saya bawak masuk pharmacy, nanti orang akan cakap saya ni tak prihatin dengan orang sekeliling. Sanggup bawak anak terdedah kepada masyarakat luar dan mungkin menyebabkan mereka berjangkit sekali kan. Sebab tu la saya cecepat nak selesaikan urusan barang anak je kat pharmacy tu.
.
Cecepat saya gi pharmacy. Takde survey-survey.. Terus ke kaunter tanya sabun semambu dan tunjuk gambar pinertarsol. Staff tu cari terus saya bayar. Tak sampai 3 minit pun. Lega campur risau anak dalam kereta sesorang.

 

So ni gambar 2 jenis barang utama yang saya guna untuk mandikan kakak Qaira. Memula saya sabun kan badan dia sampai kepala. Kemudian, saya bilas bersih. Lepas tu saya sapu gel tu kat seluruh badan dia. Bau memang busuk sikit. Kemudian saya biarkan dalam 15 minit nak bagi gel tu serap kat kulit dia. Qaira duduk kat bilik air tu sampai kering badan dia. Baru saya bilas dengan air bersih dan sapu ubat dari klinik.


.
Lagi sikit je ubat sapu dari klinik tu nak habis. Kakak Qaira request tak nak pakai lagi sebab badan dia rasa berhangin. Adoi. Banyak songeh pulak. Nak bagi cepat baik punya pasal, Terus saya ambik herbal blend cream shaklee. Sapu kat  1 badan dia. Mama dia kan dealer sah Shaklee. Terus saya ambik stok herbal blend cream dan nutriferon. Saya share dengan Qaira half sachet sorang. Saya makan sebab nak salur kepada si adik yang masih menyusu badan. Nutriferon ni untuk kuatkan imun badan seseorang. Saya nak imun badan adik kuat lawan virus chicken pox. Hehe..

 

Ni beza masa memula dia pakai herbal blend krim dalam tempoh 6 hari. Alhamdulillah.. Mama ni memang garang macam singa lapor kakak, tapi bila anak mama sakit, mama la paling risau. Dulu masa kecik kerap demam sampai tak tido malam menjaga suhu badan. Bila dia dah besar jarang-jarang demam. Tapi sesekali demam, mama pulak yang sedih. Rasanya biarlah sakit tu datang dekat mama je.
.
Saya cukupkan tempoh 2 minggu jaga dia dalam chicken pox walaupun minggu kedua tu macam dah ok. Tapi tetap buat macam memula dia demam tu. Jaga makan, mandikan dan perap dengan gel daun semambu. Malam makan nutriferon. Alhamdulillah seminggu je sebenarnya dia dah pulih.
.
Kalau nak cuba Herbal Blend Krim Multipurpose Shaklee RM37.90 dan Nutirferon RM180.00 boleh  contact 012-9628636 okay. Hik. Sempat lagi mama korang ni promot kan. Ni namanya sambil menyelam minum ayak.
.
Okay la uols. Saya pun dah rasa panjang bebenor entry ni. Nak rehat kejap
.
Thanks sudi baca. bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page