Daisypath Anniversary tickers

31 July 2017

Diskaun 50% Bayaran Duit Setem Untuk Proses Strata

Assalamualaikum.
.
Hai. Hari ni saya nak kongsikan sedikit ilmu dari pengalaman saya membuat urusan strata title ataupun geran individu bagi rumah bertingkat-tingkat.
.
Sebenarnya ini jugak salah satu pengalaman kerja harian yang saya buat setakat ni. Tapi untuk proses rumah bertingkat je la. Untuk proses geran rumah atas tanah / landed saya kurang arif. Maaf.. 

Kebetulan pulak saya pun beli rumah bertingkat-tingkat atas kayangan, so belajar jugak menguruskan strata ni dari  job scope saya yang memang lari dari bidang belajar.. hehehe...
.
Berdasarkan pengalaman saya, rata-rata pemilik rumah ni takut nak buat strata sebab katanya charge peguam mahal. Lepas tu mereka ni suka dengar apa orang kata. Itu yang saya nampak. Mereka tak nak mendapatkan info sendiri melalui google search ataupun pandangan dari wakil-wakil badan berkanun ataupun kerajaan. Dengar orang sana sini bercerita terus buat conclusion sendiri. 
.
Untuk urusan strata sebenarnya terdapat 2 pecahan iaitu Proses Pindahmilik Nama dan Proses Gadaian kepada bank.
.
Untuk proses pindahmilik nama memerlukan pemilik untuk ke pejabat peguam bagi menandatangani Borang 14A ataupun dikenali sebagai borang pindahmilik. Tandatangan borang ni free je. tapi mesti peguam akan minta sedikit fee bagi memudahkan proses tersebut.
.
Kenapa peguam mintak fee dulu?
.
Bagi proses pendaftaran borang 14A tu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri, terdapat bayaran duti setem yang perlu dibayar kepada LHDNdan bayaran tersebut ialah tanggungjawab pemilik sendiri. Ingat beli rumah ni beli je?Lepas tu tak payah buat apa-apa?heh.
.
Macamana nak kira anggaran kos kepada LHDN??? Macam ni...
Untuk RM100,000.00 pertama akan di kenakan caj 1%. Yang selebihnya dicaj 2%.
.
Tak paham? Saya bagi contoh ye untuk harga rumah RM230,000.00.
Cara kiraan : 1% x RM100,000.00 = RM1,000.00
2% x RM130,000.00 = RM2,600.00
Jumlah ; RM3,600.00 ialah caj yang perlu pembeli bayar bagi Duti Setem LHDN.
.
Tapi, korang kena tahu, sebagai pembeli rumah pertama dan buat pembelian rumah dalam tahun 2013 ke atas (betulkan saya jika salah maklumat) layak untuk mendapat diskaun sebanyak 50% ke atas duti setem.
.
Ha.. tau dak?Saya pun baru tahu, sebab bila saya uruskan pengeluaran geran asal kepada peguam, saya tengok sijil duti setem yang dilampirkan dalam jumlah berapa ratus sahaja. Terus saya call peguam untuk pengesahan kenapa murah?
.
Jadi peguam pun lampirkan borang untuk dapatkan diskaun tersebut.




 
.
Nama borang ni SD Remit 2015.
.
Tapi.. ada tapi lagi ye.. Diskaun ni hanya layak untuk digunakan sekali seumur hidup dan pembelian rumah pertama je dengan harga tak melebihi RM500,000.00.
.
So, kalau awak yang baca ni ada banyak rumah, hanya 1 rumah je layak untuk dapatkan diskaun 50% duti setem ni ok.
.
So lain-lain charge peguam tu macam biasa lah... Charge runner mereka ke sana ke sini bawak borang korang ni nak register, kos printing, paper dorang pun dikira sebagai kos.
.
So, rasanya takde la isu peguam tu mahal ke, peguam ni murah ke.. ok? 
.
Untuk kos gadaian geran tu kepada bank pulak.. Saya akan ceritakan dalam next entry ye.. Tapi cerita ni base kepada pengalaman saya menguruskan strata rumah saya la ye. Tidak ada kena mengena dengan strata rumah orang lain. ;)

Touch Up Rak Kabinet Dapur

Assalamualaikum.
.
Hai.
.
Idea rak dapur ni kita cedok-cedok dari idea Ikea sajooo. Nak murah dan jimat ruang serta sen katanya..
.
1 set berharga RM69.00. Husband kasik angkat 3 set rak. So total RM207. 
.
 
Asalnya, masa memula renovate rumah ni, saya tempah table top kitchen kabinet je. Upgred sikit je sebab rumah ni untuk sewa sebab masa tu budget pun dah habis ke 10% deposit rumah. 
.
So rak besi yang kat atas tu asalnya takde. Selepas 2 tahun, penyewa pertama yang duduk rumah ni nak pindah balik kampung asal. Jadi saya pun bercadang untuk retouch up balik rumah ni untuk penyewa baru.
.
Cat baru untuk dinding, tambah rak kat bahagian atas kabinet tu. Dan tambahan ampaian tuala dan rak letak shampu kat 2 toilet rumah tu.
.
Nak tengok rupa asal sebelum tambah rak ikea tu? Jom saya tunjukkan.. taraaa..

 Kosong cemgitu je asalnya bahagian atas.
.
Cat dinding nanti kita tunjukkan gambar lepas kerja mengecat dah siap ye.
.
Dari Jumaat lepas, tiap pagi je husband ke rumah ni untuk buat kerja. Petang dia pergi kerja hakiki dia. Dia mengecat sesorang dia je. Bawak anak nanti tak siap cepat. Saya dok rumah je dengan anak-anak. Rumah sewa tu dekat je dengan rumah yang duduk sekarang. Tu la boleh ngulang alik hari-hari.
.
Tq sudi  baca corat-coret hari ini.
.
Bye~

30 July 2017

Menu Simple Ikan Goreng, Telur Dadar Bersarang dan Sayur Tumis

Assalamualaikum.

Saje share menu lunch! Tapi bukan lunch hari ni. Ni menu lunch kelmaren! Hehehe...
.
Tengahari Jumaat yang berkat balik rumah untuk masak. Sebab husband ada kat rumah. Sebelah pagi dia pergi pasang rak-rak beli kat Ikea untuk rumah yang kami sewakan. So, lepas Jumaat dia gi kerja. So saya dah tau mesti dia lapaq baq angggg sangat. Saya terus pergi kedai beli ikan sebelum keluar dari office.
.
Sebab husband jarang ada kat rumah, selalu saya mesti pikir nak masak something special. Tapi sebab hari tu hari kerja, maleh la nak heavy cook sangat. Masak simple-simple sajoooo..
.
 
.
Kikiki... 
.
Bila masak menu simple cenggini banyak pula dia makan nasik. Hehe.. makan berdua le pulak macam lunch date. Anak sorang kat Day Care Tadika, sorang lagi kat rumah asuhan.
.
Selamat menjamu selera.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

28 July 2017

Resepi Kueteow Goreng Cara Mama May

Assalamualaikum.
.
Anak dara saya si Qaira, hari-hari merengek nak makan kueteow.. Akhirnya mama buatkan jugak la sebungkus kueteow goreng untuk anak tersayang. Sebab bukan semua budak suka nak makan kan? So, bila anak suka makan, kita raikan makanan yang dorang minta.
.
Cara saya masak kueteow goreng ni yang pastinya simple! Sebab ibu bekerja mesti nak yang simple dan cepat!
.
 

Bahan-bahan untuk sebungkus kueteow.
.
Bahan tumis :
~ 3 - 4 biji bawang putih diketuk
~ 3 - 4 biji lada diketuk
~1-2 sudu cili boh
~ minyak masak
.
Tumis je bahan-bahan tumis kat atas sehingga pecah minyak. Bila dah pecah minyak bahan-bahan tu saya masukkan :
.
~1 sudu sos tiram
~ 2-3 sudu kicap pekat
~sedikit air
~hirisan daging ayam
~ bebola ikan yang dipotong 2
~ sedikit udang
~ sedikit sotong jika ada
~ sayur taugeh / sawi / taugeh / tauhu
.
Bila lauk-lauk tu nampak dah masak, masukkan kueteow yang dah di basuh ke dalam bahan tumisan tadi. Kacau-kacau sehingga warna sebati semuanya... siap!
.
Untuk kueteow ni biasanya saya masukkan dalam air panas dan saya tapis dulu. Kemudian saya bilas dengan air pipe.
.
Kaedahnya dah macam basuh mee pulak.
.
Tapi terpulang kepada uols nak follow tak cara saya basuk mee dan kueteow tu. =)
.
Anak saya suka betul makan kueteow goreng ni.
.
Selamat mencuba!
.
Bye~

Tragedi Julai, Bila Adik Tertonggeng Dari Basikal.

Assalamualaikum...

Kisah mama anak dua ni.. Kalut.. Baru anak dua je kan. Bukannya dua belas! pfftt~
.
Ni kejadian menimpa si anak bujang... Waktu kejadian ialah waktu malam lepas magrib macam tu... Ada jiran datang rumah hantar barang. Si anak bujang sorang ni, tak bagi tutup pintu pulak lepas jiran tu dah balik.. Bila mama tutup pintu, dia punya tantrum pun datang laaaaa....
.
Mama pujuk kejap makin menjadi pulak dia punya tantrum so mama biarkan sebab si kakak pula dah bising lapar nak makan. So, mama pun ke dapur la nak isi makanan kakak dalam mangkuk.
.
Tetiba dengar suara si anak bujang ni makin kuat menanges. Bila keluar tengok, dia dah tersembam dekat lantai...

 

Ya Allah. Tuhan aje yang tahu tengok adik dah tersembam. Cepat-cepat angkat dia tengok mulut hidung habis berdarah! Terus panik. Dia menangis kuat. Cecepat mama angkat dukung dia ke sofa. Mama dah nak menangis. Abah pulak kerja.. Call abah dia tak boleh nak cakap sebab kalut adik tengah menangis. So snap gambar ni terus whatsapp kat abah dia dan pengasuh.
.
Mama ambil towel nak lap luka berdarah tu tapi adik tak bagi..
.
Mungkin sakit sangat la tu... 
.

 
Bila tangisan dah reda, bagi adik susu baru dia diam. Kesiannya anak bujang sorang. Rasanya masa tu mesti dia tengah duduk kat basikal kecik dia sambil nangis dan hentak-hentak basikal tu macam biasa dia buat. Cuma mungkin tengah tantrum kuat, kali ni hentak lebih sikit sampai terbalik tuan badan. Agaknya laa.. Sebab masa tu mama pun kat dapur.
.
Si anak bujang sorang ni, walaupun belum cecah  2 tahun, tapi rasanya ni kali kedua kot dia berdarah bibir macam ni. Cuma yang dulu takde seteruk kali ni.


 
Abah dia sibuk la bertanya, mulut ke hidung berdarah. Tu yang bila adik lepas susu, ambik gambar dia tengok bibir dah muncung cam ni haa... 
.
Marah la dia nak susu lagi.. Bagi susu lagi sampai la tertidur kat riba..
.
 
Baru nak angkat dari riba dia dah celik mata terus main macam biasa.
.
Anak bujang memang macam ni agaknya. Macam lupa kesakitan dia tadi. Tapi bibir ada seksi sikit kan?
.
Tengok dia kembali aktif, kurang la risau mama.
.
Ma dengan ayah asuhan dia datang la jenguk sekejap. Tolong cucikan luka kat hidung adik ni. Sebab mama is macam seram je nak buat sendiri. Kalau cuci pun ala-ala je agaknya... Tak sampai hati.
.
Bila cerita kat kawan, katanya budak laki kalau tak jatuh luka berdarah, tak cukup lelaki katanya. Tersenyum je la dengar. Sebab anak bujang sorang ni je banyak kali sangat jatuh. Risau jugak especially tang kepalanya tu. Dari mula nak imbangkan badan nak duduk, berdiri, memang banyak kali dia jatuh. Belum lagi yang kena tolak dengan kakak dia secara sengaja.
.
Mama ni dah tak tau nak jerit tara apa lagi dah.
.
Habis sabar dah rasanya...
.
Eh terluah rasa puleks!
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

27 July 2017

Riang Ria Raya Pertama


Assalamualaikum.
.
Dah terlambat kot nak cerita pasal hari raya yang dah habis. Sekarang ni pun dah masuk 2 Zulkaedah.. Mood nak update cerita raya baru nak sampai.. 
.
Macam biasa raya tahun ni saya kat sebelah husband. Sebenarnya macam setiap tahun pun raya kat kampung suami. Bukan tak nak beraya di kampung saya, cuma sebelah petang macam tu kami akan bergerak ke kampung family saya.
Bergaduh? Takde lah.. Bagi saya raya sebelah mana pun sama je. Cuma bila petang raya pertama gerak ke kampung saya tu, masa dengan adik beradik saya lama la sikit. Tiap tahun pun macam tu.
.
Raya tahun ni kat rumah mertua sunyi sikit sebab adik ipar yang last beraya di rumah mertua. Biasa dia sibuk-sibuk cuci cawan kaca. So tahun ni takde sibuk cuci barang kaca sangat sebab semua malas cuci. Mak mertua cakap guna cawan pakai buang je. Senang. Hihihihihiiiii... I setuju mak! Dasar menantu hantu kan.

 
Gambar kat atas tu gambar di halaman rumah. Ni sebenarnya baju nikah kami 5 tahun lepas...Hehehehe... Saja mencabar diri sendiri raya pakai baju 5 tahun sudah. Nasib baik okay lagi.. Kikikiki.. Anak-anak je pakai baju baru. 

 
Raya tahun ni si adik Qayyum pun dah cecah setahun lebih. Boleh pakai baju melayu dah. Kopiah pun pakai dah. Tapi asyik nak baling je kopiah tu kat lantai. Nampak tu tangan kene pegang sebab nak elak dia buang kopiah sebelum snap gambar!
.

 
Ni gambar semua adik beradik belah husband. Lengkap takde yang tertinggal. Si adik ipar bongsu baru kawen berbaju biru turqoise kot kan tu. Hehe.. Rumah mertua dia dekat sangat. Sebab tu la dia boleh balik semula kat rumah ni untuk sesi bergambar. Lepas tu dia sambung balik gi beraya dengan family husband.
.
Saya dan keluarga berbaju kelabu 4 beranak. Si Qaira tak tau apa angin kus-kus tak nak bergambar. Mama paksa jugak bergambar. Nampak belakang kepala je kena dukung.
.
Sebelah husband saya Mak dan abah mertua. Selalu mak nak sedondon. Tapi abah akan sarung apa je dia berkenan.. Hehe.. Mak pun bersabar aje lah.. 
.
Serba purple tu family kepada abang ipar saya iaitu abang sulung kepada husband. Dorang tersalah raya sebenarnya.. Haha.. Sepatutnya dorang beraya kat Kuantan. Bila telek semula gambar raya tahun lepas, ada gambar raya kitorang sama-sama. Kitorang?sebab saya kan tiap tahun memang kat sini je..hehehe...
.
Yang duduk kat bawah tu, kakak ipar saya yakni (cewah) kakak kepada husband saya. Yang ni takde dondon sangat. Anak-anak kak ipar saya sedondon dengan atuk dia.
.
Pak mertua saya seronok sangat sebab katanya tahun ni dalam sejarah semua berkumpul secara tak sengaja. Biasanya adalah yang takde sebab beraya di rumah mertua kan.
.
Anak-anak mama dah besar sikit tahun ni, semua pakat ikut abah dengan atok dia g baraan. So mama kat rumah boleh berehat sambil makan sate tengok tv. Saya pulak tak de mood nak raya sangat sebab baju nikah ni takde ruangan nursing. Jadi susah saya nak breastfeed Qayyum. So dok rumah je layan tamu datang.
.
Petang lepas asar macam tu baru bergerak balik rumah mak saya.Kebetulan ada kawan nak cuba precious serum anti aging  yang saya jual. Sambil nak cod barang kita beraya la yek. Saya tak tukar baju lagi. Hahaha.. 
.

 
Ni kawan lama sangat ni dari zaman sekolah rendah lagi.. Dia pun nak promot Femilac Milkbooster yang dia jual tu.
.
Duduk sekampung pun tak jumpa. Dah kawen memasing dok negeri Selangor pun tak jumpa jugak. Raya pun belum tentu tiap tahun jumpa. Betapa sibuknya memasing kannnn..
.
Okei lah. Nanti saya sambung cerita raya kedua pulak. hiks.
.
Tu pun tunggu mood sampai jugak..
.
Thanks sudi baca.
.
bye~

23 July 2017

SPAMMER DARI MUDAH.MY NAK BELI NURSING BRA KATANYA

Assalamualaikum..

Hari ni nak sharing pengalaman saya dapat seorang pelanggan yang rupa-rupanya scammer! Sakit betul hati kite.
.
Tarikh kejadian pada 20 Julai 2017. Waktu lunch hour saya ada post iklan kat Mudah.my. Dalam pukul 2pm macam tu scammer dah whatsapp nak beli nursing bra.
.
Saya pun seronokla kan.. perasaan dapat customer baru!
.
Masa tu saya reply lambat sikit sebab tengah charge handphone.
.

Then dia confirmkan nak 5 helai nursing bra. iols ni seronok la stock bra nak keluar dari simpanan kan. Sape tak happy. Reply jugak whatsapp in English walaupun ayat bersepah habis!

 

Dah sampai ke tahap bagi nombor akaun la. Si scammer ni siap risau sebab dia tak pernah shopping online. So dia takut la saya ni nak pedajal dia lepas dapat duit dia.
.
Then scammer ni cakap dia kat Sweden melawat suami dia. So dia pakai oversea transaction la katanya.
.
So saya buat la muka surprise sebab tak pernah dapat International customer khannnn!
.
Dia pulak asyik cakap, "what? What?"
.
Kat situ saya dah nampak macam orang jenis kasar je ni. Tapi tengok profile pic whatsapp macam orang Malaysia kita je.
.
Tengok nombor telefon pulak rasa macam bukan nombor oversea.
 
Dalam sejam setengah macam tu scammer ni update done with payment tapi tak bagi apa-apa screenshot transaction. 
.
Bia saya tanya payment ke akaun mana tak nak jawab. Tapi sibuk push suruh tengok emel.
.
Then , saya check akaun cimb & mbb tapi tak de apa-apa transaksi duit masuk.
.
Masa tu spammer ni dah jalankan tugas dia untuk buat saya stress dengan whatsapp call bertalu- talu..

 
Sambil scammer ni push saya, saya call kakak saya kat  Kuantan sebab dia ada bagi hint entah-entah scammer. So masa saya discusa dengan kakak saya, scammer ni call saya non stop.
.
Kebangangan paling abadi, saya save image gambar whatsapp scammer ni nak tunjuk kat akak saya gambar si scammer. Tapi saya tersend gambar tu dekat scammer ni pulak. Hahahahaha!!!! Kantoi kat situ. 

Kakak saya punya gelak besar bila saya cakap," wey aku nak hantar gambar dia kat ko, tapi tersend kat dia!"
.
Sengal betul rasanya.
 
Bila saya cakap takde duit masuk acc lagi, dia cakap emel tu masak kat spam.
.
Saya pun macam hairan, kenapa masuk spam? Selalu okei je ke inbox!
.
Tapi saya tengok jugak emel spam tu sambil berhati-hati tak nak terklik sebarang link.
.
 
Saya check semula mbb takde duit. So kakak saya cakap, bagitau dia barang pos kalau duit masuk je.
.
Then si scammer ni pun push la through wasap & call. Tapi memang saya tak angkat pun call dia.

 
Dia pikir dia punya surprised je. Saya punya serabut otak masa tu dia tak pikir. Siap bukak google translate lagi. 😅😅
.
Modus utamanya bukan nak sangat dengan bra tu! Dia nak bagi tau dia nak balik duit dia yang dia kata duit dia dah kena potong dari akaun then kita kata takde duit masuk!
.
Banyak cantik muka hang nooooo! 
.
Saya block terus nombor tu demi keamanan jiwa dan ragaku.
.
Puas hati.
.
Sampai hari ni pun mana ada duit masuk!
.
Saya syak ni macam manusia negro punya kerja je.
.
Jadi uols, berhati-hati ok! Jangan sampai terpedaya dengan helah dorang ni.
.
Alhamdulillah saya block dia cepat so saya tak tau dia bebel apa kat saya. Hahaha!
.
Boleh kongsikan kalau rasa ia bermanfaat.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

14 July 2017

Sekali Cuba Gentle Deep Foaming Cleanser Shaklee Terus Puas Hati!


Hai! Lama tak ke udara ni. Suka bagi janji-janji manis tauuuuu Mama May ni.. Nyampah..
.
Maaf la.. tersibuk sikit.. Banyak sangat my scope of work everyday. Pos barang la dan sebagainya. Maafkan saya ya... heeee...
.
Sebenarnya.. beberapa lama menyepi ni, saya sedang mencari skincare yang sesuai dengan saya lepas saya stop satu product tahun lepas. Wah.. Lepas stop je makcik jerawat naik non stop wey... Sedih ahkak dilanda kemurungan sebentar mencuba berbagai jenis produk yang bebas kimia demi mencari kesesuaian untuk wajahku ini. sobsobsob...
.
Ada la cuba beberapa product di pasaran. Mungkin disebabkan ianya bebas kimia maka ia lambat berfungsi?? Sedih tau. Biasa muka saya ni jenis flawless je. Sampai satu tahap jeragat jenis macam tahik lalat tu makin bersepah dekat muka.. Malu sangat rasa.. Kulit saya jenis kering. So jeragat memang cepat naik.. Akhirnya tekad kembali kepada Skincare Shaklee.
.
Rata-rata pun tahu, Gentle Deed Foaming Cleanser Shaklee ni mahal. Harga ratusan sayang oi.. Memang menangis nak beli. Yela dulu set skincare saya 1 set hanya RM50 sajoooo.. Tapi, demi kulit yang sihat gigih jugak menabung..
.
Tapi serius berbaloi dengan harganya sebab kalau takat pakai sesorang diri jek, setahun lebih pun tak habis! Pakai la sampai lebam. ^__^

Fungsi Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite Shaklee ni :- 

» Kulit akan lebih bersih, licin, lembut, segar dan berseri, sekata.
» Menyingkirkan sel kulit mati tanpa meninggalkan sisa.
» Kulit kurang berminyak
» Liang pori rapat sebab kotoran celah pori disingkirkan

Bila liang pori besar, kotoran pada wajah tak dapat ditanggalkan dengan sempurna dengan pencucian biasa. Sebab tu kita rasa kulit makin berminyak walaupun dah cuci.

Lagipun, Cleanser Nutriwhite Shaklee ni bebas dari sebarang bahan kimia. Sebab tu dia takde bau langsung. Nutriwhite Shaklee ni 100% terhasil dari sumber semulajadi.
 


Bahan bahan dalam Cleanser Nutriwhite Shaklee yang gojes ni:-

1) Rumpai laut berfungsi membuang kekotoran, sel-sel mati dan menegangkan kulit.

2) Alga Hijau membuang toksin dan mengekalkan kelembapan kulit.

3) Strawberi Begonia menyeragamkan warna kulit. Takdelah muka kita ada zon warna berbeza. 

4) Melembut dan menyegarkan kulit. Sebab tu rasa segar sangat walaupun hanya dengan satu cucian je tau.

Jadi, In shaa Allah... Cleanser Nutriwhite Shaklee ni selamat untuk digunakan. 
Tapi, nak ingatkan, Set Nutriwhite ni sesuai untuk kulit normal dan kurang berjerawat.

Untuk yang ada masalah kulit berminyak atau kering yang kritikal dan berjerawat teruk dan kronik, Set Nutriwhite ni tak sesuai. Tapi ada set lain untuk anda. Nak tau??  Saya ada jawapannya..



Best sangat tau guna cleanser Nutriwhite ni... 
Kulit kita juga memerlukan makanan yang berkualiti untuk memastikan ianya sentiasa sihat dan cantik. Pilihan terbaik jika anda gabungkan Suplement Set kecantikan dan juga Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite ni..:)

Berminat nak cuba cleanser terbaik ni? Boleh contact saya..


“Berkongsi Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik”

Mayzura
SID : 882638
Call/ SMS/ WhatsApp : 012-9628636
FB : Mayzura Khudori
Email : mayzura@ymail.com

 [Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit]

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page