6 July 2014

Puding Caramel Simpel Tapi Enak!

Assalamualaikum...

Tengah belek-belek gambar, jumpa gambar puding caramel ni.. Teringin pulak.. Bila nak buat ye?? Si Qaira suka sangat makan puding caramel ni..

Dulu, aku tak makan puding caramel ni. Sebab pernah termakan yang hanyir.. Sumber utama kan telur.. So,aku memang tak suka... Sampai la ke detik, aku dapat tau cara buang punca hanyir di telur tu.

Caranya adalah dengan membuang titik putih kat telur tu.. Memang sedap rasa puding caramel ni lepas di buang titik putih..

Cara buat puding caramel ni pulak, sangat mudah..

Bahan-bahan perlu ada:
Untuk puding
1)telur 3 bijik
2)gula 5 sudu
3)1 sudu kecil esen vanila
4)400ml susu cair

Untuk gula hangus
1)5 sudu gula
2)2 sudu air

Cara-cara:
Buat gula hangus tu dulu.. Kacau dan kacau sehingga perang. Bukan sehingga hangus ye? Kalau hangus, nasib korang la...

Bila dah perang, baru aku transfer gula hangus tu ke dalam loyang..

Untuk buat puding, gula,telur,esen vanila dicampur dan dikacau dengan perlahan-lahan.. Jangan kacau macam buat telur dadar pulak!

Lepas tu baru campur susu cair yang dah disuamkan tadi... Kacau perlahan, dan curah ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi..

Dan kukus lah di atas pengukus anda...

Siap..!

Senang kan?

Cepat lah gi dapur buat!

posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. aduh...tersalah masa buka....rasa macam nak cari la petang ni di bazar..

    ReplyDelete
  2. menu arini la ye?

    kite plak x makan puding caramel. tp sangat suka puding marble!!

    ReplyDelete
  3. Wow knor pun suka tau puding caramel ni,tip tu mmg betul,, tapi klu bli telur yg berkualiiti gred A..
    mmg tk ada titik putih tu..

    ReplyDelete
  4. Titik putih tuh cemane kak? buang mase mentah tuh ker?

    ReplyDelete
  5. Malas nak buat sbb nak makan sikit je. X lalu pulak kalau mengadap benda yg sama hari hari. Rajin ciksu buat desert bulan pose ni ye

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page