30 November 2017

Tiga hari dua malam di KPJ Rawang


Assalamualaikum.

Selamat pagi Khames yang mendung di Sungai Buloh ni.. Lama rasanya tak check in blog ni. Busy sikit anak tak sihat. Macam musim pulak anak tak sihat ni kan.
.
Anak saya keduanya selesema. Cuma yang teruk sikit ialah si adik tu. sebab dia tak pandai buang hingus tu. Memandangkan dorang ni aktif, saya takde bawak ke klinik. Badan pun tak panas. Kononnya saya nak bagi antibodi dorang kuat. Tak nak la sakit sikit gembeng je nak gi makan ubat.
.
Si adik ni makin kerap muntah. Dia minum susu muntah. Maybe ada kahak dia tersangkut. ada satu malam tu badan dia panas. Tapi tak tau suhu badan berapa sebab termometer habis bateri pulak. Hurm..Tengah-tengah malam saya call nurse sebelah rumah mintak ubat bontot. So anak boleh tido lena kejap.
.
Esok pagi tu saya bawak terus pergi hospital KPJ Rawang. Sebab nak check kot-ada jangkitan kuman ke apa. tapi mintak dijauhkan la. Doc check siasat-siasat ciri-ciri demam yang si adik alami ni. Dia cakap nak tahan wad dulu nak cek darah sebab dah bagitau muntah,panas on off, berak cair.
.
Mujur ada insurans. Bagi je kad insurans. Nurse semak dengan bahagian panel insurans, adik bole duduk single bed room dengan kelayakan RM250/malam. Mama lega tak payah sharing. Senang nak buat apa je dalam bilik.
.
Sambil tunggu bilik, adik kena xray dulu nak tengok ada apa-apa tak kat paru-paru dia. 



Nak masuk wad harusla kena cucuk tangan ambik darah masuk air kan. Tengok tangan comel kena bungkus dah. Dia punya tahap meraung memang kalau mama memang tak sampai hati la. Sebab tu mamanya awal-awal kena dok luar. Adik tengok mama tinggalkan dia dengan nurse je menjerit-jerit menangis. Sayu mama. Mama ni tak pernah masuk spital seumur hidup dik. Masuk wad bersalin kakak dengan adik je memasing 1 malam mama kat hospital. Masa adik kena kuning pun mama dok hospital 1 malam.
.
Masuk wad lebih kurang pukul 2pm rasanya. Doktor datang tengok bagitau paru-paru adik ok takde jangkitan kuman, cuma bacaand arah putih tinggi sangat sampai 39. untuk umur adik tu sepatutnya bacaan sel darah putih dalam 15 ke bawah je. Doktor tengok tekak adik bengkak dan ada putih-putih. So dia cakap no wonder darah putih terlalu tinggi.
.
Petang check in tu, mama memang tak boleh kuar mana-mana la sebab adik masih breastfeed. Mama buat senarai baju nak suruh abah bawak g hospital. Petang tu abah dia amek kakak kat taska terus bawak balik rumah pack baju. Sempat kakak video call dengan adik.
.
'Mama, mana adik ma?'
.
Mama pun tunjuk adik dengan tangan berbungkus.
.
'Ala..siannya adik..adik tunggu ye kejap lagi kakak sampai dengan abah' sambil buat muka simpati sangat..
.
Sebelum kakak dengan abah sampai hospital, adik kena puasa 2 jam sebab nak buat fisio buang kahak tu. adedeh... 2 jam tu umpama apa tak tau sebab dia tengah tido nurse datang. Dah bangun tu menangis la tak dapat candu dia.haha.. Berlipat sana sini menanges.
.
Pukul 4:30 naik tingkat 7 buat rawatan fisio. Macam precussion kot. dengar dia tepuk-tepuk badan budak tu sampai menanges. Kali pertama mama dengar sedih je. Kali kedua ketiga keempat, mama relax dok kat sofa tengok henfon je sebab tengok ada ramai lagi budak yang lagi kecik dari Qayyum pun kena buat rawatan yang sama.



Sepanjang demam ni memang adik kurang selera sikit nak makan. Tapi bila dia habiskan sekeping biskut tu pun mama dah happy sesangat dik... Seronok mama. So tiap 2 jam memang ada lawatan khas lah. Bila adik terjaga dari tidur memang ngamuk.



Day 2 kat sepital, malam dapat makan mcD. menu untuk dinner pun mama dah order bubur ayam untuk adik dengan dietian. Bubur hospital dengan bubur mcD sama sedap. Haha. Kakak Qaira seronok sangat makan kat hospital sebab menu semua sedap. Kejap ajak gi turun bawah beli jajan. Dia rasa macam duduk hotel pulak! Walaupun dia hanya tido di sofa panjang dengan abah.. kahkahkah. Tapi sebab dah biasa tido dengan mama, kengkadang malam dia bangun gi panjat katil tido kat kaki mama.



Day three, untuk breakfast mama order susu dengan cereal. Alhamdulillah adik nak makan, nak turun katil, nak bergaduh dah dengan akak dia. Pening jugak sebab mama banyak sangat pantang larang. Day three ni suspen sikit sebab pukul 6am nurse ambik darah. Meraung tahap apa la adik nak lepas kan tangan. Pukul 10am doc bagitau bacaan darah putih 13 dah cantik. terus mama mintak balik!
.
Doc cakap ok la. boleh  balik. seronok tak terhingga la mama. Mama cakap dengan adik kita rest kat rumah je.



Sebelum balik kakak sibuk ajak singgah dekat stesen keretapi ni suruh ambik gambar dia. Layankan je.



Check out pakai insurans ni, pukul 10am doktor cakap boleh balik, pukul 5:30 lepas ambik bill kat kaunter discaj baru boleh hangkut beg akademi fantasia ni,. Haha.. Punya lama nak tunggu cek insurans semua kan.
.
Total bil? Menangis bucu katil kalau takde duit saving okeh. Nasib baik insurans bayar.
.
next entry nanti saya share bil hospital dan apa yang insurans bayar dan tak bayar.
.
Thanks sudi baca cerita panjang lebar ni. =)

4 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page