Daisypath Anniversary tickers

30 March 2017

Penyelesai Masalah Resdung Dengan IV Mist

Assalamualaikum..

Selamat Pagi.. Mulakan pagi ni dengan senyuman.

Jom la baca pasal resdung ni semoga memberi sedikit manfaat serta pengetahuan kepada kita semua. Sebab semua orang ada resdung. Cuma tidak dapat dikenal pasti resdung itu di tahap mana sekarang kan?


Ramai yang mengidap masalah resdung tetapi tidak tahu bagaimana mereka boleh melegakan resdung tanpa mengambil ubat.

Adakah anda salah seorang daripada pengidap resdung?

80% daripada mereka yang ada resdung tidak sedar yang mereka sebenar mengidap resdung

Cuba semak, adakah anda mengalami salah satu atau lebih simptom2 berikut?

1. ๐Ÿ˜ญHidung Berair & Tersumbat
2. ๐Ÿ˜งKerap Bersin Di Waktu Pagi
3. ๐Ÿ˜ฉGatal Mata
4. ๐Ÿ˜ทNafas & Mulut Berbau
5. ๐Ÿ˜ชTidur Berdengkur
6. ๐Ÿ˜–Hilang Deria Bau
7. ๐Ÿ™†Rambut Mula Ada Kelemumur
8. ๐Ÿ˜กNaik Jerawat
9. ๐Ÿ‘ผSakit Kepala
10. ๐ŸœBertindakbalas dengan Makanan diperap 
11. ⛄Bertindakbalas Dengan Suhu Sejuk

Jika anda mengalami salah satu ataupun lebih simptom2 diatas.. anda sebenarnya mempunyai #RESDUNG

Untuk melegakan resdung, cuba tips yang saya berikan ni.

1) Spray ivmist pada tapak tangan
2) Sapu disekitar kawasan resdung
3) Sedut dalam-dalam bau ivmist sehingga anda rada di pangkal hidung dan tekak.

Lakukan sekurang-kurangnya 3x sehari atau mengikut kesukaan anda.
Nak, cuba!!! Whatsapp 
www.wasap.my/60129628636

#ivmist
#ivkids
#ivsoap

 

Jangan segan silu kalau nak bertanya ye.. ;)

Terima kasih sudi baca.. ~

27 March 2017

Fattah Anas 2nd Birthday Giveaway


Hai.. Lunch hour hari ni sempat join Giveaway setempat. Hehe.. Join la kot-kot ada rezeki anak-anak.

Giveaway ini adalah sempena birthday anak seorang blogger yang diberi nama Fattah Anas. Happy birthday sayang. Semoga kamu membesar dengan sihat. Takmo naughty-naughty okei...


Kalau ada yang nak join Giveaway ni jugak, klik gambar baby syomel kat atas ni.. Baby syomel ni akan terus bawak ke direct link mama dia..

Good luck.. ;)

27MAC 2017 = 1 REJAB

Alhamdulillah.. dikhabarkan hari ini ialah 1 Rejab ye?

Kalendar saya ni takda pulak disertakan dengan bulan Islam. Tapi melalui whatsapp, saya tengok ramai share yang hari ini ialah 1 Rejab.

Secara kebetulan, semalam saya berniat untuk puasa pada hari ini.

Tak sangka pulak hari ni ialah 1 Rejab.

Patutla ringan je badan ni bangun panaskan lebihan lauk malam tadi untuk bersahur pukul 5 pagi tadi.

Hehe..

Ada yang berpuasa jugak ke hari ni?

21 March 2017

IDEA BAJU SEDONDON DI MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum.

Throwback story je. Untuk majlis persandingan adik ipar pada 18 Mac 2017. Tarikh sibuk. Takde langsung gambar dengan pengantin. ๐Ÿ˜‚

Sempat posing masa belum sibuk je..


Ni je gambar yang ada.. 

Tetamu memang agak ramai. Family saya pun semua datang... abah datang dari Segamat, mak, abang & adik serta family datang dari Keratong..  

Husband pulak memang sibuk. Ke depan ke belakang. Memang dia pun tak de bergambar langsung.

Dengan cuaca agak panas.

So boleh kata gambar saya pada majlis tu hanya yang atas tu je lah.

Baju sedondon ni sponser by. Family member pun tak ramai. So adik ipar beli. Mak mertua saya jahit. Buat jubah je senang. 

Sebelah kanan saya tu kakak ipar saya. Kecik molek je orangnya.

Kat tengah-tengah tu anak-anak kitorang.

Memang semua orang kepenatan sangat. Saya je kurang penat sebab sibuk dengan anak bujang yang nak berdukung je dengan saya. ๐Ÿ˜…

Apa pun majlis selesai alhamdulillah...

18 March 2017

MAJLIS NIKAH ADIK IPOR 17 MAC 17

Assalamualaikum.

Short entry.

Sedang sibuk sekitar majlis persandingan adik ipar hari ni.

Malam tadi dah selamat nikah..

Saya bukan sibuk tolong apa pun.

Sibuk jaga si Muhammad Qayyum yang memang nak dukung je bila ada orang ramai ni. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

12 March 2017

CARA HILANGKAN ANGIN DARI BADAN

Assalamualaikum.

Bila badan penuh Angin, penuh bisa, beginilah Cara saya menghilangkan Bisa dalam badan, lenguh sendi, Sakit belakang, Sakit kepala, susah tidur malam Dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan Gangguan makhluk halus..

Cara nya mudah sahaja..

1)Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2)Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4ke 5 biji dalam baldi

Sebelum Mandi Anda baca:
Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca Mandi 

.Sebaiknya Mandi ini buat bilasan terakhir,Mandi dulu dgn Air biasa baru Mandi Air limau ini..Mula Mandi Dari kepala ,lebih kan siram  di belakang tengkuk Dan bahu.

Sekiranya anda Ada gangguan,anda akan rasa seperti angin keluar Dari belakang tengkuk anda..Badan ,kepala akan menjadi ringan..Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas Mandi ,nasihat sy dapatkan rawatan Islam berhampiran...

Mandian ini hanya Alternatif dalam merawat Pesakit,buang angin bisa dalam badan.Di sarankan Mandi sebaiknya waktu selepas Subuh Dan selepas Maghrib...Izin Allah inshaaAllah sembuh..Sy baru pas Mandi ,cubalah...Anda akan rasa kesegarannya..

Silakan Share Agar bermanfaat untuk anda semua Aamiin.

~ Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
.
.

Sumber. 

7 March 2017

BILA ANAK CAMPAK WRISLET MAMA KAT BAWAH BANGUNAN

Assalamualaikum.

Hai! 

Semalam hari kekalutan sedunia untuk saya seorang. Fuh.

Anak buang 2 ketoi wrislet ke bawah rumah.

Memula tak expect dia akan buang. Saya ingat dia sorok atau simpan di mana-mana. Puas carik seisi rumah. Hadui.. sampai call husband tanya ada tak sorok atau ternampak barang ni.

Lepas tu masuk dalam whatsapp grup jiran blok. Bila ada yang cakap memang ternampak wrislet tu kat bawah terus rasa macam huwarhhhhhh.. habisla hilang semua.....


Kami jumpa bear je yang kene campak ke bawah jugak . ๐Ÿ˜ญ

Akhirnya saya call bank untuk block kad saya. Takut la tak tau sapa pegang.

Tetiba, cikgu tadika anak saya cakap cleaner blok yang jumpa. Ada duit katanya dalam tu.

Saya pergi pejabat pengurusan apartment, dorang cakap cleaner tak hantar pun barang.

Pusing balik kat blok saya cari cleaner tu. Lepas tu ada la sorang cleaner bagi contact number kawan dia yang jumpa barang saya tu. 

Kami bertemu.

Alhamdulillah. Acik ni simpankan barang saya tu dalam store. Terima kasih sangat. Tak payah la saya sesusah bt mykid,mykad baru. Tapi still kene ke bank sebab dah block kad saya. Nasib baik baru block 1 kad je. Sebab kad tu je ada duit. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

 Basah lencun keduanya ni. Anak saya campak petang ahad.

Sabor je la.

Anak pulak rasa bersalah sebab kene soal siasat sebab musabab dia campak barang ke bawah.

Tunduk je dia.

Lepas tu dia belikan mama cheese tart buah. Haha..

Mintak maaf la tuh...

Anak-anak.. ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

5 March 2017

DINNER TREAT DI WINDMILL, JUSCO SHAH ALAM

Assalamualaikum.

 A dinner treat from husbnd. Sebenarnya nak belikan hadiah birthday anak. Hari tu birthday dorang tak beli hadiah pun. 

Sejujurnya saya belum try lagi makan kat Restoren Windmill ni walaupun selalu jugak datang sini.

Malam ni order menu signature je lah.. kuantiti banyak jugak. Dekat 2 jam tercanguk nak habiskan makanan.

Untuk anak, dia sendiri pilih menu ni. ๐Ÿ‘‡๐Ÿป๐Ÿ‘‡๐Ÿป
 

Nasi goreng dalam kereta. Hurm.. lepas tu ayam sweet-sweet tu boleh tahan sedap. Set ni ada air vitagen & sumi. RM15.90.

Set ni ada air vitagen je. So saya pesan, jimat air. Nanti tak cukup. Tak sangka dia memang menggunakan air vitagen sejimat yang mungkin. Hahah..

And nasik tu dia makan habis! Tapi kene la berdrama sikit. Kalau tak, memang tak habis..

Untuk mama & abah pulak, order menu untuk kapasiti 2 orang makan.
 

Ni set apa tah. Tapi ada nasik goreng pineapple. Dengan ayam grill blackpaper sauce. RM39.90.

Share berdua makanan ni. Sedap.. Mintak plate tambahan so senang nak ambik nasik dari bekas claypot ni.
 
Dan yang ini namanya golden set.

Yang ni tak larat nak habiskan sebab plate terlaluuuuu besar. Husband la order. Lepas tu suruh kite habiskan pulakkkk...

Harga tak pasti. Sebab saya tak telek menu ni..

So far menu nasik semua sedap.

 

Ni lead baca doa. Habis je berdoa, dia jemput makan. "Jemput makan mama, jemput makan abah, jemput makan adik."

Alhamdulillah.. banyak surah hafazan dia hafal walaupun baru 4 tahun.
 
Dah kenyang makan, kita sambung jejalan cari hadiah mainan kakak.

Balik je bebudak semua pengsan tertido kepenatan.

๐Ÿ˜

4 March 2017

LAYAN ABJ DI FREDOO ABC SPECIAL SHAH ALAM

Assalamualaikum.

Baru-baru ni buat urusan kerja kat Pejabat Tanah dan Galian Shah Alam. Lepas selesai urusan kerja hakiki, member opis sibuk terkenang ABC dekat area UITM ni.. 

So layankan je la walaupun tak suka sangat makan ABC sebab selalu makan tak habis pun...

 

Haa.. tu Freedoo ABC. Tempat ni macam food court. Ramai jugak orang.

Untungnya datang awal kat sini, orang tak ramai sangat.

So, saya order ABJ je.. Ais Batu Jagung. Hehe.. tengah member ambik lauk, saya menikmati ABJ saya. Orang kat kedai depan tu offer masakan panas.

Saya pun ala-ala malas nak makan nasik terus order char kuey teow.

 
So far semuanya kene kat tekak. Habis licin i makan. ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

Lepas makan kita sambung perjalanan ke KL pulak. Pergi ibu pejabat submit document kerja.

Cepat-cepat setel kerja kat Hq, ajak member g JLN TAR cari tudung sedondon untuk kenduri adik ipar 18hb ni.

Bajet masa berjalan kat JLN TAR ialah lebih kurang 45 minit. Saya bagitau member, pukul 4 kita kene gerak balik Sg Buloh takut sesak nanti lambat sampai opis. 

Saya cari shawl. Kawan cari perfume kat Sogo. Kami berpecah gerak sendiri sebab nak jimat masa.

Haha.

Selamat sampai opis kat Sg Buloh pukul 4:45pm.

๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

1 March 2017

NILAI RM100 DI MALAYSIA KINI

Hai!

Hari ni babysitter anak saya whatsapp.

Sabun mandi habis,  minyak berubat herba habis, pampers tinggal 20 keping.

Cikgu tadika kakak pulak whatsapp sabun mandi Qaira habis.

So lunch hour tadi pergi speedmart bawak duit RM100.

Ni je dapat dari RM100.๐Ÿ™„๐Ÿ™„

Baki RM30 nak beli pampers si adik pulak. Tu pun tak cukup. Pampers RM32.90.

Mujur si kakak dah tak nak pakai pampers start umur dia 3 tahun. Jimat sikit kat situ.

Ni belum lagi nak nyoping barang lain. Duit dah macam air. Bawak duit RM50 ke speedmart 99 pun malu sebab sure tak cukup. Dulu steady je kalau ada RM50 je.

Dengan ekonomi sekarang, tak tau macamana nak meneruskan hari-hari mendatang.

Kena kerja keras lagi nampaknya.
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page