5 March 2017

DINNER TREAT DI WINDMILL, JUSCO SHAH ALAM

Assalamualaikum.

 A dinner treat from husbnd. Sebenarnya nak belikan hadiah birthday anak. Hari tu birthday dorang tak beli hadiah pun. 

Sejujurnya saya belum try lagi makan kat Restoren Windmill ni walaupun selalu jugak datang sini.

Malam ni order menu signature je lah.. kuantiti banyak jugak. Dekat 2 jam tercanguk nak habiskan makanan.

Untuk anak, dia sendiri pilih menu ni. 👇🏻👇🏻
 

Nasi goreng dalam kereta. Hurm.. lepas tu ayam sweet-sweet tu boleh tahan sedap. Set ni ada air vitagen & sumi. RM15.90.

Set ni ada air vitagen je. So saya pesan, jimat air. Nanti tak cukup. Tak sangka dia memang menggunakan air vitagen sejimat yang mungkin. Hahah..

And nasik tu dia makan habis! Tapi kene la berdrama sikit. Kalau tak, memang tak habis..

Untuk mama & abah pulak, order menu untuk kapasiti 2 orang makan.
 

Ni set apa tah. Tapi ada nasik goreng pineapple. Dengan ayam grill blackpaper sauce. RM39.90.

Share berdua makanan ni. Sedap.. Mintak plate tambahan so senang nak ambik nasik dari bekas claypot ni.
 
Dan yang ini namanya golden set.

Yang ni tak larat nak habiskan sebab plate terlaluuuuu besar. Husband la order. Lepas tu suruh kite habiskan pulakkkk...

Harga tak pasti. Sebab saya tak telek menu ni..

So far menu nasik semua sedap.

 

Ni lead baca doa. Habis je berdoa, dia jemput makan. "Jemput makan mama, jemput makan abah, jemput makan adik."

Alhamdulillah.. banyak surah hafazan dia hafal walaupun baru 4 tahun.
 
Dah kenyang makan, kita sambung jejalan cari hadiah mainan kakak.

Balik je bebudak semua pengsan tertido kepenatan.

😁

2 comments:

  1. Kereta tu boleh bawa balik tak? Hehe... makan sambil main kan... kalau sedap memang berbaloi lah dengan harganya...

    ReplyDelete
  2. comel lah keta tu, tapi kalau dpt bawa balik lagi best. nasib baik rasa sedap, berbaloi dgn harga kan

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page