Daisypath Anniversary tickers

29 April 2014

Nasik Ayam Pak Mal Shah Alam is not bad..

Assalamualaikum..


Banyaknye nak cerita.! Tapi sibuk sangat. Dan badan pun penat sangat.. Tak dan nak pikir blog.

Hari ni,aku bawak diri untuk inspection projek kat Shah Alam..

Sesatunya projek SPNB siap ada swimming pool! Rugi aku tak beli.huhu.. Dah habis dijual pon..

Dah habis kerja,perut lapo. Gi makan kat Seksyen 11.. Nasik ayam ni dorang cakap gelemer tauuu...

Boleh tahan kesedapannya. Sampai order nasik tambah 1 set..

Tapi semua pinggan memang licin..

Nampak tak..sedap hingga jilat jari. Haha..

Sempat jugak posing sekeping gambar dengan member opis yang tolong buat inspection ni.

Okei.semua muke hepi sesangat buat kerja kat luar. Kebanyakannya dorang buat kerja opis,jarang outstation.

Eh,aku baru siap masak sup ayam untuk dinner. Resepi ibu mertuaku..hihi. Ok..stop now. Magrib. :)

25 April 2014

Minggu sebok sepanjang hari.

Assalamualaikum..

Wah..minggu ni langsung takde entry kan.. Punye sibuk mak jemah minggu ni..

Sepanjang hari untuk minggu ni,aku ada local trip. Kejap kat kuala langat,kejap kat ijok,kejap kat kuala selangor.haish.. Fenatttt..

Hari ni,kene gi site terbengkalai yang disiapkan oleh spnb buat inspection je. Tapi nak gerak tadi sempat berselfie.

Muke ceria je kan. Tapi badan tak siapa yang tau. Sob3..

Minggu depan, inspection projek yang aku jaga. Haish! Penatnye diriku ini wahai bosssss!!!!

21 April 2014

Wedding - birthday - shaklee biz

Assalamualaikum...

Semalam,ahad. Penuh aktiviti family.. Huhu..

Seawal pagi,abah Qaira join gotong-royong kat kawasan apartment kami.. Lepas tu bersiap-siap gi wedding kat Sentul.. Pukul 1.30pm sampai kat Dewan Komuniti Polis Fasa 2 Sentul..

Sempat ber selfie dalam kereta. Wahaha.. Qaira tengah tido. Macam geli-geli je nak berselfie. Kene gelak dek orang je.. Sampai kat Dewan, baru kejut Qaira bangun tido..

Sampai kat dalam dewan terus carik member opis.. Dah jumpa,pi makan.. Lepas tu bergambar la...

Gambar family is wajib...

Lepas tu,ada pulak tarian zapin.. Sayangnya aku tak amik gambar depa menari.hehe.amik gambar anak yang eksaited je..


Dalam pukul 3 kot..terus gi Desa Pandan. Hantar stok order shaklee dari customer.

Lepas tu, gi umah akak ipar... Singgah kedai kek. Beli kek birthday utk MIL dan pizzaaaa..

Lepas tu,Qaira main dengan cousin sampai tak nak tido..

Bile nak balik je umah lepas magrib,baru la dia tido dalam kereta.. Lena betul.penat sangat lah tu..

Hari ni hantar qaira awal gi umah pengasuh. Waaa.. Sedih hantar dia awal.. Amik lambat...

18 April 2014

Hasil susu perahan selepas anak berusia 1 tahun 2 bulan

Assalamualaikum...


Tengahari tadi, makan kat rumah member opis. Buat housewarming masuk rumah baru.. Ekceli rumah dia sebaris floor dengan umah aku je.. Memang dekat la.. So,bila staff laki gerak gi masjid untuk solat Jumaat, yang pompuan-pompuan ni amik kesempatan untuk bermalasan sambil meluruskan urat terlentang di depan tv..


Aku pulak, terus mintak izin balik rumah sendiri.. Nak basuh periuk dan pinggan yang aku tinggalkan kat sinki pagi tadi.. Pepagi memang tak sempat nak mencuci..


Lepas tu nak pam susu pulak.. Sebab stok dalam peti kian menyusut.. Risau jugak.. Hasil pam hari ni..


Alhamdulillah. Agak banyak dari biasa.. Mungkin sebab pagi tadi Qaira tak banyak df sebab lena sangat tido kan....

Bangun pukul 3am buat kerja sendiri. Keluar masuk almari baju. Hadui... Upah susu ingat nak bagi tido, lepas dia nyusu,panjat pulak badan mama.. Bila tak bagi merayap, mengamok sampai abah dia bangun..


Tu kisah malam tadi..


Ni kisah susu.. Bila pam susu je,teringat dulu.. Masa memula berpantang.. Susu memang sikit. Rasa down sangat..

Haa.. Terjumpa gambar susu masa pantang.. Sikit je kan.. Bila pam, amik gambar.. Hantar kat abah Qaira. Cakap susu sikit. Frust.tension.semua ada.. Hari-hari stress pikir..


Mula pikir nak bagi susu formula..


Mujur abah Qaira tenangkan fikiran.. Mak mertua yang hari-hari buat jus daun pegaga.. Kawan-kawan yang pernah alami turut bagi semangat supaya jangan bagi susu tepung.. Dan vitamin shaklee yang setia di sisi.. Hari-hari berdoa,semoga dimudahkan olehNya. Sebab sehingga menitis air mata bila pam dan tengok muke Qaira..

Muke Qaira version dalam tempoh 44 hari pantang. Hehee..


Memula habis pantang, masuk kerja,gigih pam pukul 8am,10am,1pm,430pm,1030pm.. Penat sangat rasa masa tu..


Alhamdulillah.. Niat yang baik di mudahkan jalan. Dengan usaha tak putus minum air masak,makan suppliment, makan nasik banyak.. Haha.. Kejap je peti penuh dengan stok susu. Sampai peti tak muat nak buh lauk basah.



Pernah dapat sampai 3 botol penuh sekali pam. Dalam tempoh singkat.


Masa ni memang every weekend kene kemas peti.. Sebab kena susun balik susu lama dan baru..


Setiap kali pam,memang teringat kisah sendiri. Sebab tu aku rase frust dengan orang yang takde usaha nak bagi anak susu badan..


Jadi, ibu muda yang bekerja kat luar sana,try your best for your baby ok!!!


Pesal aku touching touching petang gini. Tetibe je. Haha!

Housewarming tengahari Jumaat

Assalamualaikum.

Murah rezeki hari Jumaat.. Budak opis buat makan-makan kat rumah baru..

Murah rezeki..

Eh..mana gambar makanan?? Haha... Takde amik gambar makanan pun...kihkihkih...

Menu masakan pantai timur.. Nasik dagang, laksam, laksa..

Okei. Tu je nak cite. Dorang bebising sebab aku tak buat housewarming lagik. Haha.. Nanti la aku buat pakej dengan raya terus.hikhik..

17 April 2014

Nasik goreng planta untuk qaira qaisara

Assalamualaikum..


Hari ni hari lovely sangat. Eceh! Haha.. Buat nasik goreng untuk budak kenit.. Hari ni dia bangun lambat,bolehla aku mengcooking kat dapur..



Memikirkan nasik malam tadi ada lebih sikit je. Biasanya aku balik lunch kat rumah. Tapi semalam tak buat lauk lebih. Setakat seekor ikan bawal sweet sour.. Hehee..



Pukul 7am,gigih buat nasik goreng planta untuk anak.



Sekejap je setel. Masuk dalam tupaware. Saje bagi lebih nasik tu.. Boleh qaira kongsi dengan kakak Ain dia tu...



Hehe.. Suka sangat tengok dorang ni. Size lebih kurang sama je..



Tapi kakak Ain besor sikit. Umur 2 tahun lebih..


Dok memikir, nak buat pajeri nanas.. Nanas bawak dari kampung ari tu tak kupas lagi.. Tapi, nak buat malam ni ke malam esok ye... Hurm......

Projek Memikat Suami-Ikan Bawal Masam Manis Sedap!

Assalamualaikum..


Baru ni, aku ada beli ikan bawal hitam 2 ekor. Size agak besar.. Mula berkira nak setelkan ikan tu malam tadi... Google resepi.. Kekonon nak try resepi lain walhal dah banyak kali buat resepi sweet sour ni..


Banyak-banyak resepi, aku suke follow resepi Dapur Tanpa Sempadan Mat Gebu.. Ringkas,senang,cepat.. Lagipun,semua bahan dalam list tu ada kat rumah..


Aku print out dan akan simpan dalam 1 file. So,nanti boleh belek semula resepi ni... File pun takde lagi. Haha.. Selit kat kabinet je. Hahaa...


Aku ikut betul step dia bagi, walaupun cili kering tu kurang hancur sebab blend sikit sangat. Heheee.. Nak tumbuk pakai lesung malas pulak.. Kikikiki....


Bila dah tumis,campur semua bahan, wow! Nyummy nye! Sedap!



Siap lapik daun pisang kawwwwww... Haha.. Baru rasa kampung sangat menu dinner tu. Hewhewhew....


Memang puas ati.. Masak sekor je.. Sebab besar.. Lagi sekor tunggu saat kau kan tiba.. Hahaa..


Tapi,aku ada derhaka resepi sikit.. Aku campur mix vegetable dan sehelai daun limau.. Sedap sangat.. Bau haruuummmm....


P/s: korang sarapan dah ?? Makan aper??

16 April 2014

Kerja mengecat bilik my little house done!

Assalamualaikum...


Semalam,selasa. Aku & hubby cuti sebab ada hal.. Siap ambik adek ipar kat kampung masa balik last week. Tapi,last minit pulak dorang cancel program.


Untuk tidak men'sia-sia' kan cuti, hubby mintak adek dia a.k.a acu Qaira tolong cat 2 bilik.. Sebab,aku kene jaga Qaira.. Lincah sangat si kenit.. Penat aku 'tangkap' budak baru dapat kaki ni..


Garang tak buat mata macam tu?? Ni mengikut anak Mama Niza dia la.. Tergelak mama dia tengok Qaira buat mata..


So,semalam hubby & acu cat bilik ketiga dulu. Bilik tu buat bilik iron, bilik solat, tempat simpan baju yang berlipat..


Lepas siap cat bilik tu,hubby pasang wall rack kat dinding.. Cecepat aku susun stok shaklee aku kat situ.. Haha!


Hubby cakap,amboii..


Kat bawah rak tu letak komputer hubby. So,bilik tu jugak akan jadi mini opis aku a.k.a SOHO aku.. Hiks.. Nanti nak beli kerusi kat ikea!


Lepas tu,dorang cat bilik kedua. Bilik untuk Qaira.. Aku dah bagitau awal. Nak pink!



Bilik kedua dah ada katil. Untuk family datang boleh tido dalam tu... Baju-baju Qaira pun dah letak dalam bilik tu.. Hee. Eksaited..


Sementara dorang mengecat, aku masak untuk tengahari.. Ikan cencaru bakar dalam daun pisang dan gulai lemak telur asin...



Buat kuah asam nak cicah dengan ikan bakar. Tapi takde pulak gambar! Haha..


Okei. Malam tadi semua orang tido awal. Qaira je berlegar-legar kat umah. Aish...~

Sponsored Posts??apakah?


Semalam aku cuti.. Hari ni masuk kerja.. Lepas sarapan, baru bukak pc.. Tengok Nuffnang acc.. Tengo-tengok, ada sponsored posts..

Err..apekah itu sponsored post?? yang buffered earning pun ada jugak.. Semalam ada masuk 1 lagi buffered earning yang baru..



Sape tau dan pandai.. cer cite kat hakak ni yang tak updated..sob3...

p/s: kak Diana a.k.a senyum-senyum , saya beli ikan tu sikit-sikit je.. hehe..takde la beli bebanyak.. beli ikan bawal hitam 2 ekor... ikan tongkol sekor... ikan cencaru 3 ekor. hehehe.. untuk 2 orang makan je... tak dan la pi nak pi beli ikan hari-hari...hehe.. ni pun dah tinggal ikan bawal je kat rumah... ;p 

14 April 2014

Pasar ikan pasir penambang

Assalamualaikum..

Ini entry kesinambungan dari part pergi makan mee udang kat Bagan ari tu.. Walaupun takde yang request nak bace entry sambungan,tetap aku terus sambung cerita ari tu. Haha!


Lepas je setel kerja dan makan, aku pun gerak ke Pasar Ikan Pasir Penambang.. Nak beli ikan fressshhhh...



Eh,takde gambor. Dah terdelete hurm..


Masa kat pasar ni aku beli ikan tenggiri, tongkol,cencaru,bawal hitam.. Beli sikit-sikit je. Sebab tak nak simpan lame-lame.. Nanti datang pasar ni lagi bile kuar site..


budak opis aku yang bagitau. Kat sini ikan murah dan baru naik.. Pes time datang aku tak bawak peti ikan.. 2nd time datang aku bawak peti ikan yang kecik tu.


Cukup la untuk 2 orang makan kan...

Hasil rembatan tumbuhan hijau dari kampung..

Assalamualaikum...


Ehem.. Buat ape tu? Takde mood nak keje ye.. Jom baca celoteh aku. Hiks..


Last week we ols balik kampung.. Kali ni kampung abah Qaira . sebab ada wedding exschoolmate kami zaman sekolah dedolu.. Tahun 1999-2001..



Ini jugak sebagai membalas kehadiran dorang masa wedding kami 2 taon lepas.. Siap bawak lesung batu tau. Hakhak.


Balik kenduri just rehat kat umah. Sebab penat sangat..


Hari ahad, macam bese mak mertua tanya nak bawak balik kelapa tak.. Aisey.. Sebab kat kampung pun tak habis guna kan.. So,mak memang selalu bawak bila datang rumah anak menantu.


Tetiba aku cakap nak serai,lengkuas,daun pisang,daun limau. Haa. Sekali bagi listing.. Mak cakap gi cari sendiri kat tanah..


Aku pun gi korek serai.. Petik daun limau.. Mak pulak korek serai lengkuas.. Abah Qaira amik daun pisang. Ni kengkonon projek memasak la. Nak buat ikan bakar dalam daun pisang katenyeeee... Haha..


Hasil duduk belakang umah.. Dapat la ini. !!!



Haa. Stok sebulan ni.. Lalala.. Kebetulan,durian belanda sedang meranum. Mak tanya nak ke? Aku cakap boleh je... Lepas tu ada belimbing buluh.. Mak dah petik sesiap.. Aku ambik.. Haha..


Sempat la mak bagi tips nak kekalkan semua tumbuhan tu segar.. Almaklumlah... Niat nak masak memang ada. Takut lambat pulak guna,rosak pulak tumbuhan hijau tu.heeee..



Ok,dok kampung memang best dapat tanam menanam ni.

10 April 2014

Mee udang Pantai Bagan Nakhoda Omar pulak..

Assalamualaikum...

Lately ni banyak sangat kene buat kerja luar kawasan.. Penat memang penat.. Pergi balik hari lagi la penat...

Paling jauh aku rasa nak gi Sabak Bernam ni.. Buat site visit 2 bijik rumah je pun.. Tapi perjalanan pergi lebih kurang 2 jam.. Buat keje,g makan,sampai opis dah pukul 5pm.

Tapi,sempat la aku menghirup udara pantai jap lunch hour tu.. Sebab tempat lunch ari tu kat Pantai BNO a.k.a Bagan Nakhoda Omar.

Sempat berpotoshoot!ahakz!

Menu lunch pulak, Mee Udang. Hari tu makan,rasa sedap sangat. Ni datang lagi, order lagik.

Harga rm6.50 semangkuk.. Member opis siap suruh 'tapau' 2 bungkus..

Perut dah kenyang, sambung kerja balik...

Dalam pukul 3:00 pm gerak balik Kuang.. Fenaaattttt......

Tapi sempat singgah pi beli ikan fresh! Kat mane?? Next entry okeiiiii!

9 April 2014

Call dari Vacation Club, Offer Percutian 3h2m di Swiss Garden Resort Hotel.

Hari ni aku kene masuk meeting dengan our contractor.. Tengah pom pang pom pang dalam bilik meeting tu (aku tukang dengar je) aku dapat call dari nombor yang tak dikenali..Terus aku keluar dari meeting room. Ingat orang jual insurans. Memang nak cantas je segala percakapan beliau sebelum dia offer memacam..


Tup-tup he said (sepiking tawwww) dia dari Vacation Club Swiss Garden Resort Hotel. Aku pun dengar la apa dia nak cakap. Dia menawarkan percutian 3hari 2malam dengan nilai voucher RM900.00. Banyak kan? Secara percuma pulak tu.. Tapi, aku masih rasa macam saspen. Ekcelli aku tak percaya sangat benda-bende free ni.. Mana ada orang nak bagi memenda free wei... Logic la sikit kan...


Aku pun tanya la pulak, dari mana dia dapat detail nama penuh dan no telefon aku ni. Katanya dari Matta Fair bebaru ni kat PWTC.. Lagi la aku rasa macam tak kena sebab aku takde gi Matta Fair pun.. 
Aku memang tengah berfikir nak pergi bercuti dengan my small family, tapi tak terlalu beria sampai nak gi Matta Fair tu.. Mamat tu pun bagitau yang dia dapat details aku daripada pengunjung Matta Fair a.k.a kawan-kawan aku yang letak contact aku untuk orang-orang Vacation Club ni hubungi.. Mungkin 'kawan a.k.a pengunjung' tu dapat some rewards  dari mereka dengan meninggalkan nama dan no telefon kengkawan mereka kat sana.


Aku still was-was tapi masih nak dengar lagi offer ni.. Aku tanya macam ne nak mengesahkan ni bukanla panggilan yang menipu atau apa-apa lah. Dia bagitau la opis dia kat Level 7 Swiss Garden Hotel, berhadapan dengan Pudu Jail, near dengan IPD & blalalalalala.. So, dia tanya aku balik, untuk ape dia nak tipu aku sedangkan dia nak offer voucher percutian percuma.. Dan kalau aku rasa dia tipu, boleh la bawak ke IPD berdekatan.. Then, dia cakap dia akan hantar detail pasal voucher ni dengan menggunakan henpon peribadi dia sendiri. So, in case nak datang ambil voucher tu boleh terus call / text je dia.. Voucher tu kene datang ambil sendiri kat Swiss Garden Hotel KL. Tapi, untuk percutian boleh pilih Swiss Garden Hotel Kuantan ataupun Swiss Garden Damai di Lumut.. Valid selama 3 bulan..


Dalam sejam lepas dia letak phone, baru mesej masuk...


JEMPUTAN KHAS : EKSKLUSIF PRIVIU DAN HOTEL TOUR (60MIN) MPDEN MODEN KONSEP DAN PENGINAPAN PERCUMA 3H2M DI SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN ATAU SWISS COURT HOLIDAY APERTMENTS DAMAI LAUT PERAK (GOLF RESORT) VOUCHER NO : SRMV1 & LOKASI ; TKT 7 SOUTH TOWER SWISS GARDEN RESIDENCES INTERNATIONAL HOTEL JLN GALLOWAY 50150 KL. & SYARAT TERTAKLUK KUNJUNGAN YANG BELUM PERNAH HADIR SAHAJA.DARIPADA : H**** & SWISS GARDEN INTERNATIONAL VACATION CLUB BHD (A member of PJD Group)


Lepas tu aku pun menggoogle dan call Swiss Garden Hotel.. Nak kepastian pasal offer ni.. Dorang pun bagi aku 1 no tepon untuk hubungi pasal voucher tu.. Aku suruh budak opis aku yang call on behalf aku.. Hahaha.. Tapi dia tak dapat bercakap dengan sesiapa pun. Sebab operator tu cakap, "Hello, TQ for call Vacation Club blalalala.... Please call after lunch hour". Hehe..


Aku tak de call balik pun.. Maleh..


Jap tadi, aku google pulak tengok sesapa pernah dapat call / offer dari Vacation Club ni... Tetibe jumpa entry kak Rai.. Dan aku tengok jugak review-review dari blog dan forum orang lain.. 


Hasilnya, ramai yang cakap dorang (Vacation Club) nak promot kita untuk jadi Member Club dorang.. hurm...


Sapa pernah dapat offer macam ni? Korang accept tak? Boleh caya ke benda gini?
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page