Daisypath Anniversary tickers

20 April 2012

:: SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!! ::entry copy paste

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.


p/s: best tak bace cite ni?haha..ni entry autopublish..aku tengah cuti kawen..esok hari nikah dah?neves2.. T__T lepas balik cuti kawen aku akan terjah blog korang yang tinggal jejak kat sini oke..

18 comments:

  1. haiyooo...punya la excited baca, sabo jer lah..

    ReplyDelete
  2. SELAMAT PENGANTIN BARU.
    Kawin dengan AHMAD ALBAB ke..??
    ha...ha...ha....

    ReplyDelete
  3. aduh..baru nak feel seram..hehe..

    selamat menjadi pengantin baru..:)

    ReplyDelete
  4. selamat berkahwin...best la lawak tu...hehehe....

    ReplyDelete
  5. yeke ni ? haha...uhuk

    http://spudinpunya.blogspot.com/2012/04/entri-aku-kena-cilok.html

    ReplyDelete
  6. sabar jelahhh..semangat nak tau last2..ahmad albab jugak..ciss.. hahaha..
    tahniah cik may, selamat menjadi seorang isteri :))

    ReplyDelete
  7. suke bace entry nie...ekekeke...

    ReplyDelete
  8. suke bace entry nie...ekekeke...

    ReplyDelete
  9. mase bace kt ats skali , mcm penah bace benda nih , tape2 troskan membaca , da smpai las, yes , baru ku sedar ,meme ak penah bace , cmne leyh tertipu 2X nih , aiyak !

    ReplyDelete
  10. Sioottt je cik may ni.. bukan main lagi serius nurul baca, sekali terkena..

    InsyaAllah kitaorang mggu depan bebudak office pergi mnggu depan..

    ReplyDelete
  11. hahahah...tekono den...buleh pulak hade gua bagai kat dalam penjare...adesss!!!!tahniah kerna berjaya...wakenabeb!!!!hakhakhak...

    ReplyDelete
  12. mula2 seram jer baca...
    bila hujung... ahmad albab yg punya... ;p

    p/s : Selamat pengantin baru may... semoga jodoh kekal bahagia dunia dan akhirat... :)

    ReplyDelete
  13. Please vote for Www.danielzaidi.com in MITBCA2012 : Malaysia International Tourism Photography/Art Blog

    Vote for www.eqbalzack.com in DiGi WWWOW Awards 2012 : Blogger of The Year

    Thanks guys for your helps...really appreciate it! LOVE U lah..:p

    ReplyDelete
  14. hehe...apala cik may neh,baru nak feeling seram2:)

    ReplyDelete
  15. dulu pernah baca dan terkena. kali ni baca lagi dan terkena jugak gara-gara lupe ending cerita ni.

    barakallah may! semoga berkekalan..

    ReplyDelete
  16. Nurul tag may..

    http://ciknurulsiezuka.blogspot.com/2012/04/blog-alyzafisolcom-giveaway.html

    ReplyDelete
  17. esok nak kawin pun boleh kenakan kita ye. hehehe

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page