Daisypath Anniversary tickers

16 October 2014

Breakfast kat kerabu bakar Bob Lokman


Assalamualaikum.

Hari ni, bos suruh teman breakfast. Sebelum keluar ke site.

Dia nak try nasi kerabu bob lokman. Kebetulan, kedai ni dekat dengan opis aku. Kira seberang jalan je.. 
So here we go.. 

Aku order nasi kerabu daging bakar. Dengan tea o ais. Air standart.
Tapi kecewa sikit dengan daging bakar yang agak lembab tu masih terasa bau bau lembu tu. So, aku tak boleh habiskan daging tu. Just makan dengan telur asin. Pun dah sedap..

Tapi u ols jangan takut nak try. Sebab mungkin ari ni je dagingnya kurang sikit. Esok mungkin ok. Kan..

Sebelum balik, sempat ambik gambar dengan abg bob lokman ni.
Ramah. Bila kita pandang dia, (besala..Pandang retis kan, beria sikit. Kalau pandang siti nurhaliza lagi langsung tak nak kelip mata) terus dia senyum. 

Aku pun terus ambik gambar dengan abg  bob lokman.

Sempat dia tanya kami ni dari mana. Terus aku cakap dari tasik depan tu je. Hehe.. Office dekat tasik kan..

Magrib. Jom solat. ^_^

13 October 2014

Shopping Pampers Qaira di Lazada.

Assalamualaikum.

Segalanya mudah di jari anda. Touch sana sini bayar je.. 

Kalau dulu, duit selamat di bank. Tapi sekarang, duit dalam bank tak selamat selamanya. Dah klik sana sini bayar. Barang pun sampai depan pintu. Huhu..

Tadi call abah Qaira cakap pampers Qaira habis. Cewah.. Biasa bila pek terakhir tu dah bukak, consider habis stok la. Hehee..

Abah Qaira cakap kat Lazada murah. Gi beli sana je. Okei.. Aku pun bukak Lazada.. Terus order.. Tapi  guna kekdah cash on delivery. 
Dah settle. Tunggu je la barang sampai depan opis.

Lagipun murah kot. Normal price RM36/pack. Kalau ada offer pun RM33.90/pack. Mesti borong sampai 3 pack..

Korang shopping pampers kat mana?

Banjir buffered earning

Assalamualaikum..

Punye lama tak update entry. Bila bukak acc nuffnang ada 13 ketul buffered earning!
Tu dia bak hang..

Saje la tu nak seru aku.. "Update blog.. Update blog.." Kata nuffnang admin.

Maceh nuffnang bagi kite banyak sumber inspirasi. Cewah..

Muah ciked. 😅

Korang dapat hujan buffered earning jugak??

Shopping nursing wear di Zalora memang superb!

Assalamualaikum..

Ekcelli dah lama nak buat entry ni. Tapi sampai dah 2,3x repeat shopping kat Zalora, 1 entry pun tak terbit lagi. Hehe.. 

Sebelum ni memang tak pernah shopping kat Zalora sampai dorang offer buat entry pasal Zalora dengan gift voucher RM150. Masa tu baru cuci mata kat Zalora.

So, kali ni untuk order terbaru kat Zalora, aku order nursing wear brand Wafiyyah warna hitam menawan.
Semenang takde gambar zoom in masa aku pakai baju ni. Sebab tak terfikir nak jadikan baju tu sebagai watak utama entry aku. Haha.

Ni size S. Before this aku beli size M. Tapi terlalu besar & lebar. Kalau ikutkan, Zalora memang ada bagi envelope pos laju untuk return balik barang yang tak kena size dengan kita. Tapi, aku ni spesis malas nak kepoh sangat sebab baju tu bukan tak muat, cuma besar sikit. So, aku tak return balik baju tu kat Zalora pun.

Btw bila pakai size yang S ni, feeling better.. 

Harga pun standart jugak kalau beli kat online shop kat Fesbuk tu. RM59 tapi ada voucher kod diskaun 10%. Jimat di situ.. 

Material pun cotton yang sedap di badan..

So, korang masih mencari tempat shopping? Zalora juga trusted seller untuk anda anda dan anda..

Wah, bila buat entry ni rasa maxam duta Zalora pulak! Haha! Tapi ini bukan entry berbayar pun! Heee

My homemade satay

Assalamualaikum..

Hari ni, pestime buat satay. Sebab nak perabiskan perut yang mertua bagi masa korban ari tu..
Haa.. Gitu.. 

Lepas tu bahan perap ada lagi. Perap isi ayam pulak.. Qaira suka satay ayam.

Aatay ayam pun dah cucuk kat lidi, so esok luaa boleh la bakar. Saje cucuk terus dan simpan dalam peti beku. Bila nak makan terus bakar. 

Tak sangka senang je bahan perap satay ni.. Cewaah.. Hehe.. Bukan riak.. Saya budak masih belajar. Tengok resepi via google je.. 😋😝

Sape nak masuk dalam bloglist CIK MAY??

Assalamualaikum.

Aku bercadang nak update bloglist kat sidebar aku ni.. Rasa macam banyak yang tak up to date. Tapi masih ada yg updated. Hehe.. Marah pulak blogger yang sentiasa update entry, tapi aku cakap tak hapdet.. 

Senang je nak masuk bloglist aku..

Tak payah bersegmen bagai.. Sebab aku memang tak sempat nak memantau setiap entry. (Kalau ramai join.. Kalau ramai ye.. :) ) nak blogwalking pun mana dan je.. 

Yang penting, follow la tuan umah dulu.. Dan Letak je komen 'saya nak masuk bloglist CIK MAY'.


Zassss.. Sepantas kilat aku masukkan link korang bila aku online pakai pc.. Hehe.. Kalau online pakai henpong ni, susah la sikit kot.. 

Lepas tu, mestila nak korang kredit sikit @ iklankan sikit link blog aii ols ni kat entry korang. (Macam publisiti murahan kan?) watever la. Hehee.. Janji ianya mendapat sambutan gitu..

Jom jom tengok instagram aku.. Cewah.. Promot diri sendiri. @mayzurakhudori

Sudi-sudikan diri join bloglist aii ols te..

11 October 2014

Survey pakej percutian ke A Famosa

Assalamualaikum.

Ada sesiapa sudi share link-link pakej percutian ke A Famosa Resort,Melaka??

Kalau boleh package inc semua taman yang ada kat sana.

Yang pernah pergi tu, share la entry menarik korang.

Tq in advance.

10 October 2014

Kelainan Hari Raya Aidiladha tahun ni

Assalamualaikum.

Semua dah habis cuti raya ke? Aku dah start kerja semalam. Hari ni cuti balik sebab pengasuh Qaira nak cuti. Sampai ler isnin cutinya...

Raya haji anda bagaimana? (Cewah. Macam iklan dalam tv pulop)

Raya haji tahun ni, macam biasa. Rumah mak aku dulu.  Tapi macam boring sikit. Akak aku pun tak balik. Sebab suami dia ada terlibat untuk ibadah korban pagi raya tu.

So, orang pun memang takde yang beraya. Aku pun malas nak ke mana-mana sebab cuti husband pendek je. Plan nak lepak dengan family je. So tengah hari tu aku bagi idea kat husband, bawak family gi makan-makan kat kfc di Muadzam Shah yang boleh kata agak baru jugak la kat kampung aku tu. Aku yang nak belanja. Cewaaah.. 

Lagipun, Muadzam Shah tu tengah-tengah antara kampung aku dan kampung husband. Lepas makan-makan tu boleh terus gerak ke rumah mertua pulak.
Qaira entah memana merayap.. Fenin aku. 
Tak ramai pun family aku. Amik set kombo kfc yang 16 pcs tu. Adalah balance 2 ketul tak habis. Haha..

Sempat selfie dengan omak den..
Gituuuuu.. Mak pun hobi bergambor.. Siap tarik tangan aku ajak snap di sana sini sinun. Keh keh keh..

So, tu je la lainnya raya tahun ni. Bawak dorang raya kat kfc jek. Hehe..

Lepas tu terus gerak ke rumah mertua.. Semua adik beradik husband pun baru je sampai..
Qaira pulak ramai geng sebab sepupu2 belah abah dia semua kecik lagi. Sepupu qaira side aku semua dah sekolah. Paling besar dah form 3. Memang  tak berapa ramai geng la..
Mengangkut beskal sorang sebijik. Hehe..

So, ini lah masa bersama keluarga. Abah Qaira pun busy sepanjang masa. Time gini la baru nak rest. Kalau tak, sesubuh hari kerja, qaira dah tido baru dia habis kerja.

Sekian cerita raya saya untuk entry ini. Haha. So, memandangkan cuti di hari jumaat ni, jap g nak hngkut qaira bawak gi kedai jap. Beli lauk-lauk yang dah habis sikit. Beli sikit-sikit je. Yang banyak-banyak kene buat appointment dengan abah Qaira kuar gi Tesco sesama. Haks!

9 October 2014

Family lounge pool ready stok

Assalamualaikum.

Untuk update terkini, nak bagi info , kita dah restok family lounge pool!! 2 minggu lepas, ramai emel nak pool, tapi habis stok. Permintaan banyak sebab jual murah-murah aje..

Harga asal RM260. Harga terkini? Penjimatan lebih tinggi?? Jom emel cepat.. Kalau lambat habis la..

Free gift diberi:
•bola 5 biji
•repair kit
•pam elektrik
•foam pumpgun

Cepat ye. Pool ni memang terlajak laris!

8 October 2014

Tips menurunkan suhu badan yang panas

Assalamualaikum.. 

Sebelum share tips, nak share gambar qaira yang tah pape di pagi hari ni..

Tak tau le hangen apa. Tak nak tdo atas katil. Aku angkat naik, dia turun balik. Sukeati la qaira.. Boleh mama bolot 1 katil!

Ok, kembali kepada tips!

Bila badan anak panas, cecepat mandikan dia dengan air asam jawa.

Bese aku guna air suam. Tapi kalau malas , guna air biasa je..

Biasa guna kaedah ni dekat Qaira.. Selalunya berkesan..

Quantity tu agak-agak sendiri. Biasa aku pakai lebih kurang 3 sudu asam jawa. Ramas-ramas dalam air. Buang bijik asam tu untuk elak salur bilik air tersumbat ye.

Lepas tu aku jirus dari kepala Qaira.. Satu badan mandi air asam.

Then, terus keringkan dengan towel.. 

Aku jarang ajar Qaira makan ubat-ubat..

Hurm, repeat cara ini sehingga suhu badan betul-betul reda ye.. Sehari 3x ke...

Selamat mencuba!



3 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Lama tak ke udara di sini.. +____+

Kesibukan melanda-landa diriku ini..hurm....

Just nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Nanti bila iols free sesikit cube nak luang masa bw pulak..

Sebenarnya bukan nak sombong, tapi, kadang tu sempat publish entry je.. Lepas tu busy yang hazabedah!

hurm.. 

Kepada yang pulang berhari raya di kampung tu, hati-hati memandu ye...  Take Care!
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page