Daisypath Anniversary tickers

10 October 2014

Kelainan Hari Raya Aidiladha tahun ni

Assalamualaikum.

Semua dah habis cuti raya ke? Aku dah start kerja semalam. Hari ni cuti balik sebab pengasuh Qaira nak cuti. Sampai ler isnin cutinya...

Raya haji anda bagaimana? (Cewah. Macam iklan dalam tv pulop)

Raya haji tahun ni, macam biasa. Rumah mak aku dulu.  Tapi macam boring sikit. Akak aku pun tak balik. Sebab suami dia ada terlibat untuk ibadah korban pagi raya tu.

So, orang pun memang takde yang beraya. Aku pun malas nak ke mana-mana sebab cuti husband pendek je. Plan nak lepak dengan family je. So tengah hari tu aku bagi idea kat husband, bawak family gi makan-makan kat kfc di Muadzam Shah yang boleh kata agak baru jugak la kat kampung aku tu. Aku yang nak belanja. Cewaaah.. 

Lagipun, Muadzam Shah tu tengah-tengah antara kampung aku dan kampung husband. Lepas makan-makan tu boleh terus gerak ke rumah mertua pulak.
Qaira entah memana merayap.. Fenin aku. 
Tak ramai pun family aku. Amik set kombo kfc yang 16 pcs tu. Adalah balance 2 ketul tak habis. Haha..

Sempat selfie dengan omak den..
Gituuuuu.. Mak pun hobi bergambor.. Siap tarik tangan aku ajak snap di sana sini sinun. Keh keh keh..

So, tu je la lainnya raya tahun ni. Bawak dorang raya kat kfc jek. Hehe..

Lepas tu terus gerak ke rumah mertua.. Semua adik beradik husband pun baru je sampai..
Qaira pulak ramai geng sebab sepupu2 belah abah dia semua kecik lagi. Sepupu qaira side aku semua dah sekolah. Paling besar dah form 3. Memang  tak berapa ramai geng la..
Mengangkut beskal sorang sebijik. Hehe..

So, ini lah masa bersama keluarga. Abah Qaira pun busy sepanjang masa. Time gini la baru nak rest. Kalau tak, sesubuh hari kerja, qaira dah tido baru dia habis kerja.

Sekian cerita raya saya untuk entry ini. Haha. So, memandangkan cuti di hari jumaat ni, jap g nak hngkut qaira bawak gi kedai jap. Beli lauk-lauk yang dah habis sikit. Beli sikit-sikit je. Yang banyak-banyak kene buat appointment dengan abah Qaira kuar gi Tesco sesama. Haks!

1 comment:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page