Daisypath Anniversary tickers

25 April 2015

Aktiviti anak beranak cycling taman botani

Assalamualaikum..

Hari Jumaat, abah qaira cakap esoknye nak bawak kami gi Taman Botani Shah Alam...

Esok pepaginya aku goreng samosa sedap Desa Pandan untuk kunyah-kunyah while rest. Qaira pun suka samosa ni... 

Pukul 1130am gitu aku sampai Taman Botani.. Terus gi servey basikal sewa..
Qaira paling huntong. Jadi big boss. Haha.. Siap jerit-jerit masa basikal tengah turun bukit.. Kihkihkih..


Jenuh jugak mengayuh nak ke animal garden. Sebab berbukit tinggi. Terkejut urat-urat saraf tunjang aku.

Lepas tu singgah ke rumah iklim.

Masa ni tengah musim bunga. 

Masa ni qaira dah yakyak. Tak sanggup dok lama-lama dalam rumah iklim tu. Terus kuar pi cari toilet untuk Qaira..
Lepas tu pergi laman sawah.. Rasa angin sepoi-sepoi bahasa..

Tak larat dah nak ke rumah cendawan. Sebab penat kayuh basikal tengahari buta.. 

Lepas tu pekena aiskrim jap sebelum pulang basikal.
Lepas tu terus pulang home sweet home.. Tired.. Fuhh..






23 April 2015

Berbasikal di Taman Metropolitan, Kepong

Assalamualaikum..

New aktiviti baru kami anak beranak di zaman GST sekarang.. Berbasikal hujung minggu.. Bagi berpeluh. Bagi peha mak-mak orang ni kecik... :p. Kekonon je la boleh kecik kan...
Lama tak bagi peluh keluar... 

Bila naik basikal ni, baru tau taman ni besar giler!

Siap jumpa ikan keli yang baaanyakkk sangat. Tak tau la orang bela untuk jual ke atau memang kepunyaan Kerajaan. Sebab ada orang DBKL buat rondaan kat situ..
Pusing-pusing jumpa banyak bangau tengah lunch ikan hidup-hidup. Gile meeah makanan dorang. Tak payah nak terbang atas air usha ikan sebab ikan memang banyak kat tepi-tepi air tu..
Kami siap rehat bawah pokok kelapa nak bagi Qaira tengok bangau. Cewah. Padahal dah semput kayuh basikal.. Hihihi.. 

Sejam je kami cycling.. Sewa basikal sejam RM10. Ada banyak pilihan basikal untuk sewa. 

Kali kedua cycling, kami sewa basikal kat Taman Botani Shah Alam pulak. Yang tu entry nanti-nanti ye!

La ni, laki aku dok survey basikal kat kedai pulak.. Boleh tahan mahal basikal sekarang arrrr.. 



22 April 2015

Penjagaan Anak. Dari Pengasuh Ke Taska

Assalamualaikum.

Lama tak menaip di sini. Rindu rasanya. Alasan tak buat entry baru yang biasala.. Kesibukan bekerja. Balik kerja sibuk dengan anak. Eh, sibuk anak je ke? Bapak tak sibuk? Hehe.. Bapak sibuk bekerja. Tengah malam baru sampai rumah. So, si mak ni la hantar anak, jemput anak hari-hari. Mane tak terkejar setiap pagi kan. Just sometimes, bila si bapak keluar kerja lambat, dia la hantar si anak ke Taska dekat rumah kami ni.

Taska? Bukan hantar rumah orang ke dedolu..?

Masa memula pindah sini Qaira turn 1 year. Hantar pengasuh. Sebab aku tak konfiden nak hantar Taska yang ramai budak ni.. 

Tapi, bila pengasuh aku kerap sakit, aku pun tak mampu nak bertahan lagi. Sekali dia demam, aku kene cuti 2,3 hari. Lepas tu kekerapan demam tu tinggi pulak. Selalu aku amik EL. Kekawan pejabat pun dah bising. Bila aku EL, reason pengasuh demam. Dorang pun dah muak.. Dalam sebulan mesti aku EL! Sebab cuti banyak, aku tak kisah la sangat..

Biasanya aku sedapkan hati dorang.. Aku cakap, sakit tu bukan kite mintak.. Dah nak sakit, nak buat macamane...

Tapi, ada sekali tu, aku cuti straight seminggu, pergi bercuti & rehat kat rumah.. Hari 1st day aku bekerja lepas cuti, pengasuh Qaira cakap dia sakit mata.. Terus aku macam hilang sabar. Sakit pulak hati kite ni.. Tak kan baru habis cuti seminggu nak cuti lagi? Cammon la... Esoknya terus aku hantar Qaira gi trial kat Taska bawah rumah aku..

Nama Taska tu Naluri Bestari.

So far, aku memang dah riki-riki taska ni dari FB dia 2,3 bulan sebelum kejadian aku hilang sabar tu. Taska ni ada sediakan aktiviti ikut kumpulan umur kanak-kanak. Takkan yg baby2 nak diajak mewarna kan.. Hihi.. Macam umur 2-4 tahun ada aktiviti dia, baby pun ada aktiviti dia.

So 1st day tinggalkan Qaira, dia menanges bagai nak rak dekat setengah jam. Lepas dah penat baru dia reda sikit. Aku dengan abah qaira, duduk kat luar taska sambil dengar je la dia melalak. 2 hari gitu qaira tak nak join sangat aktiviti. Lepas tu, dah ok. 









So tu la aktiviti-aktiviti dorang. Cikgu-cikgu pun rajin update ibu bapa.. Hantar gambar anak-anak. So, we know they are happy every day.

So, pengasuh lama anak aku pun dah lancar perang dingin dengan aku. Bila jumpa buat tak kenal. Aku wasap tak reply. Masa awal februari aku ada cakap dengan pengasuh nak hantar Qaira ke Taska. Dia tak bagi. Bila aku hantar jugak, perang dingin dari dia la yang aku nampak.

Apa pun aku dah mintak maaf dekat dia & aku dah explain kenapa aku tukar Qaira gi Taska dengan short notis. Aku mintak dia halalkan makan minum Qaira sepanjang setahun Qaira dijaga.

But then, dia tak reply. Marah kot.

Kalau korang jadi aku, pe korang buat ??







Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page