Daisypath Anniversary tickers

15 December 2014

Cadar Patchwork Warna Block Murah

Assalamualaikum...

Nak bukak kedai kecik sikit.. Sesiapa tang berminat, nak dapatkan cadar patchwork warna blocking..


So, ada 3 warna sahaja.. Boleh pilih cek mai pilih..

Tak payah susah payah nak tegangkan cadar pepagi hari. Sebab dia x mudah berkomot.. Haa.. Gituuu..

Harga?? RM130 sahaja.. Penghantaran?? Percuma sahaja..

Cepat selagi stok masih adooo..


Kek pisang & resepi simpel

Assalamualaikum..

Hai semua! Rindu sangat nak buat entry resepi. Cewah.. 

Semalam, hari terrrrr rajin.. Buat kek pisang yang marvelessss.. Kejap je buat.. Amik masa lebih kurang sejam sampai bakar tu.. So, kalau ada orang datang umah, sempat la buat kek ni. Hidang panas-panas gituuu.

Tanpa membebel panjang, nah resepi nye... 
Resepi dari pak google je kooo.. Screenshot simpan dalam henpon..  Kredit tu owner jintanmanis.com.

Memang terbaik resepi ni. Menjadi even percubaan pertama buat kek. Hihihi.. L
Ni la sesatunya loyang yang banyak berjasa untuk mini oven ku.. Buat pizza,agar-agar,puding roti,macaroni cheese, ape-apa pun lah resepi masuk oven, semua pakai loyang ni.. Iluvu much2 lah.
Aku ikut semua sukatan tu. Kecuali minyak.. Aku pakai suku cawan je. Cam tak yakin nk pakai minyak sampai setengah cawan. Hihi..
Gambar susun cecantik tak amik.. Dah susun lelawo, terus hantar umah jiran.. Bukan ape, nak pulang pinggan dia. Hari tu dia hantar cucur udang kat umah. Ni baru nak balas balik.. 
Si anak dara aku ni. Kerja mamaaam je semalam.. Sebab semalam jugak ada buat agar-agar milo. 

Hari ni nak buat apa ye untuk lauk tengahari??? Urm.....

1 December 2014

Rambut Baru

Assalamualaikum..

 3 minggu sekali update entry. Aci?? Malas ada.. Penat ada.. Sibuk pun ada.. Tapi, selalu teringat kat blog yang bersawang ni. Teringat zaman kegemilangan update 1 hari paling koman 1 entry. Tu kejadian sebelum kawen.. Nampak di situ? Kesibukan jadi isteri, mama, pekerja, part time biz online.

Semua benda nak buat. 

Semalam, bawak Qaira pi gunting rambut depan. Sebab rambut depan dia tu dah menusuk lobang idung anak dara ku. Hehee.. Punye la tak nak potong rambut dia. Motif? Nak ikat supaya nampak cute.. Cute ke? Kalau mak dia sendiri tak puji, sape lagi nak puji kan...
Terpaksa riba budak kecik ni sebab tak nak duduk sendiri..
Dah siap. Kejap je.. Lucky me, Qaira takde pulak mengamuk-ngamuk. Cuma tak reti dok tegak.
Siap. Kembang kempis lubang idung mama Qaira nak snap pic. Heehee.. 😝😝

P/s: update entry dari dalam KTM.. Dari termenung, bagi entry se!

19 November 2014

Crocodile pool!

Assalamualaikum..

Untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan pool dengan harga mampu milik, pool crocodile jawapannya..

Murah,murah,murah je .

Cepat dapatkan sebelum habis stok!! Boleh emel ye untuk dapatkan 1 pool di kediaman anda.. mayzura@ymail.com

17 November 2014

Kinetic Sand : jom bina istana pasir

Assalamualaikum.

Jom main pasir. Hehe. Eksaited bawak anak gi taman untuk main basikal, bola & pasir. 

Pagi semalam, seawal pagi gerak ke taman nak keluarkan peluh. Sampai port best sikit, terus keluarkan perkakas..
Haa.. Tu dia.. Bersungguh-sungguh Qaira main pasir. Mama dia makan takoyaki sambil snap gambar. Haha.. 

Tapi budak-budak besela. Main kejap lepas tu nak main benda lain. Terpaksa la kite menjadi kreatif kan. Aku kecik dulu bebas je main pasir. Bawah umah, belakang umah. Hehee.. Buat lobanv congkak kat tanah.

Berminat nak dapatkan pasir kinetic ni? Jom emel saya ye! Harga mampu milik.. Moulud diberi percuma..

Apa tu moulud?? Ala.. Yang tools Qaira pegang tu. Nak buat istana, buat ketam, penyodok pasir bagai tu..

Harga RM65/kg include poslaju & free 1 set moulud.
Bila Qaira bosan, terus dia gi cari sumber ilham tempat lain.
Anak la anak.. :)

12 November 2014

Mandi-manda Desa Water Park KL

Assalamualaikum..

Fuh fuh fuh.. Tiup sawang kat blog ni. Bukan main lama terbiar. Busy bebonar tuan blog! Tapi memang busy sampai selalu off internet data kat opis. Nak fokus! Fokus bekerja..

Ini cerite 2 minggu lepas. Saje testing bawak budak kecik ni gi main air. Kat KL aje pun.. 
Nampak tak sape yg hover? Cer komen! Heee!

Sampai je kat Desa Waterpark, beg galas aku bawak tu kene godek dulu dengak mak guard. Mujur mak guard tau! Sebab atas 1x dalam beg adalah pakaian dalaman! Ops!

Lepas tu, harusla sandwich yang cuba aku seludup dari umah kantoi! Mak guard tanya, apa dalam bekas? Aku jujur jawab sandwich je... Dia bukak tengok.. Sambil tengok Qaira dia cakap, untuk baby? Aku jawab, ya ya. Dia pun lepaskan sandwich aku. Fuhh.. Lega..

Lepas tu bayar tiket.. Untuk tiket, RM35 dewasa. RM25 bebudak. Qaira free berdasarkan ketinggian. 😊

Masuk je dalam, shopping pelampung dulu.. 
Haa.. Nampak? Nak yang ada stereng hokeiii.. Pelampung RM35. Harus 2x ganda mahal untuk tempat begini. Sobsobsob..

Aku sebagai mak budak, harus la main kat bahagian kedalaman air 0.3m je. qaira pun jalan je dalam tu. Relax je. Tapi memula tu dia takmo jugak masuk air..

Dah lama berendam, bawak Qaira naik recharge bateri. Bukan main selera dia makan. Tak pernah tengok dia makan penuh kesungguhan macam tu..
Dari tengahari bawak ke petang, Qaira tak nak tinggal air pullak.. Ades.. Nanges-nanges dia bila nak bawak mandi..

Masuk kereta, terus tido kepenatan.. Sampai dukung bawak masuk kedai makan pun tak sedar.. 

Bila dah bangun, air mama,abah,acu dia, dia habiskan..
So, happy tengok anak seronok nooo main.. Next trip, gi Melaka pulak la ye Qaira.. Hehe.. Nampak tak tinggi angan-angan mama awak nak bawak awak bercuti..

*mak ke anak yang excited nak jejalan?? Haha!


16 October 2014

Breakfast kat kerabu bakar Bob Lokman


Assalamualaikum.

Hari ni, bos suruh teman breakfast. Sebelum keluar ke site.

Dia nak try nasi kerabu bob lokman. Kebetulan, kedai ni dekat dengan opis aku. Kira seberang jalan je.. 
So here we go.. 

Aku order nasi kerabu daging bakar. Dengan tea o ais. Air standart.
Tapi kecewa sikit dengan daging bakar yang agak lembab tu masih terasa bau bau lembu tu. So, aku tak boleh habiskan daging tu. Just makan dengan telur asin. Pun dah sedap..

Tapi u ols jangan takut nak try. Sebab mungkin ari ni je dagingnya kurang sikit. Esok mungkin ok. Kan..

Sebelum balik, sempat ambik gambar dengan abg bob lokman ni.
Ramah. Bila kita pandang dia, (besala..Pandang retis kan, beria sikit. Kalau pandang siti nurhaliza lagi langsung tak nak kelip mata) terus dia senyum. 

Aku pun terus ambik gambar dengan abg  bob lokman.

Sempat dia tanya kami ni dari mana. Terus aku cakap dari tasik depan tu je. Hehe.. Office dekat tasik kan..

Magrib. Jom solat. ^_^

13 October 2014

Shopping Pampers Qaira di Lazada.

Assalamualaikum.

Segalanya mudah di jari anda. Touch sana sini bayar je.. 

Kalau dulu, duit selamat di bank. Tapi sekarang, duit dalam bank tak selamat selamanya. Dah klik sana sini bayar. Barang pun sampai depan pintu. Huhu..

Tadi call abah Qaira cakap pampers Qaira habis. Cewah.. Biasa bila pek terakhir tu dah bukak, consider habis stok la. Hehee..

Abah Qaira cakap kat Lazada murah. Gi beli sana je. Okei.. Aku pun bukak Lazada.. Terus order.. Tapi  guna kekdah cash on delivery. 
Dah settle. Tunggu je la barang sampai depan opis.

Lagipun murah kot. Normal price RM36/pack. Kalau ada offer pun RM33.90/pack. Mesti borong sampai 3 pack..

Korang shopping pampers kat mana?

Banjir buffered earning

Assalamualaikum..

Punye lama tak update entry. Bila bukak acc nuffnang ada 13 ketul buffered earning!
Tu dia bak hang..

Saje la tu nak seru aku.. "Update blog.. Update blog.." Kata nuffnang admin.

Maceh nuffnang bagi kite banyak sumber inspirasi. Cewah..

Muah ciked. 😅

Korang dapat hujan buffered earning jugak??

Shopping nursing wear di Zalora memang superb!

Assalamualaikum..

Ekcelli dah lama nak buat entry ni. Tapi sampai dah 2,3x repeat shopping kat Zalora, 1 entry pun tak terbit lagi. Hehe.. 

Sebelum ni memang tak pernah shopping kat Zalora sampai dorang offer buat entry pasal Zalora dengan gift voucher RM150. Masa tu baru cuci mata kat Zalora.

So, kali ni untuk order terbaru kat Zalora, aku order nursing wear brand Wafiyyah warna hitam menawan.
Semenang takde gambar zoom in masa aku pakai baju ni. Sebab tak terfikir nak jadikan baju tu sebagai watak utama entry aku. Haha.

Ni size S. Before this aku beli size M. Tapi terlalu besar & lebar. Kalau ikutkan, Zalora memang ada bagi envelope pos laju untuk return balik barang yang tak kena size dengan kita. Tapi, aku ni spesis malas nak kepoh sangat sebab baju tu bukan tak muat, cuma besar sikit. So, aku tak return balik baju tu kat Zalora pun.

Btw bila pakai size yang S ni, feeling better.. 

Harga pun standart jugak kalau beli kat online shop kat Fesbuk tu. RM59 tapi ada voucher kod diskaun 10%. Jimat di situ.. 

Material pun cotton yang sedap di badan..

So, korang masih mencari tempat shopping? Zalora juga trusted seller untuk anda anda dan anda..

Wah, bila buat entry ni rasa maxam duta Zalora pulak! Haha! Tapi ini bukan entry berbayar pun! Heee

My homemade satay

Assalamualaikum..

Hari ni, pestime buat satay. Sebab nak perabiskan perut yang mertua bagi masa korban ari tu..
Haa.. Gitu.. 

Lepas tu bahan perap ada lagi. Perap isi ayam pulak.. Qaira suka satay ayam.

Aatay ayam pun dah cucuk kat lidi, so esok luaa boleh la bakar. Saje cucuk terus dan simpan dalam peti beku. Bila nak makan terus bakar. 

Tak sangka senang je bahan perap satay ni.. Cewaah.. Hehe.. Bukan riak.. Saya budak masih belajar. Tengok resepi via google je.. 😋😝

Sape nak masuk dalam bloglist CIK MAY??

Assalamualaikum.

Aku bercadang nak update bloglist kat sidebar aku ni.. Rasa macam banyak yang tak up to date. Tapi masih ada yg updated. Hehe.. Marah pulak blogger yang sentiasa update entry, tapi aku cakap tak hapdet.. 

Senang je nak masuk bloglist aku..

Tak payah bersegmen bagai.. Sebab aku memang tak sempat nak memantau setiap entry. (Kalau ramai join.. Kalau ramai ye.. :) ) nak blogwalking pun mana dan je.. 

Yang penting, follow la tuan umah dulu.. Dan Letak je komen 'saya nak masuk bloglist CIK MAY'.


Zassss.. Sepantas kilat aku masukkan link korang bila aku online pakai pc.. Hehe.. Kalau online pakai henpong ni, susah la sikit kot.. 

Lepas tu, mestila nak korang kredit sikit @ iklankan sikit link blog aii ols ni kat entry korang. (Macam publisiti murahan kan?) watever la. Hehee.. Janji ianya mendapat sambutan gitu..

Jom jom tengok instagram aku.. Cewah.. Promot diri sendiri. @mayzurakhudori

Sudi-sudikan diri join bloglist aii ols te..

11 October 2014

Survey pakej percutian ke A Famosa

Assalamualaikum.

Ada sesiapa sudi share link-link pakej percutian ke A Famosa Resort,Melaka??

Kalau boleh package inc semua taman yang ada kat sana.

Yang pernah pergi tu, share la entry menarik korang.

Tq in advance.

10 October 2014

Kelainan Hari Raya Aidiladha tahun ni

Assalamualaikum.

Semua dah habis cuti raya ke? Aku dah start kerja semalam. Hari ni cuti balik sebab pengasuh Qaira nak cuti. Sampai ler isnin cutinya...

Raya haji anda bagaimana? (Cewah. Macam iklan dalam tv pulop)

Raya haji tahun ni, macam biasa. Rumah mak aku dulu.  Tapi macam boring sikit. Akak aku pun tak balik. Sebab suami dia ada terlibat untuk ibadah korban pagi raya tu.

So, orang pun memang takde yang beraya. Aku pun malas nak ke mana-mana sebab cuti husband pendek je. Plan nak lepak dengan family je. So tengah hari tu aku bagi idea kat husband, bawak family gi makan-makan kat kfc di Muadzam Shah yang boleh kata agak baru jugak la kat kampung aku tu. Aku yang nak belanja. Cewaaah.. 

Lagipun, Muadzam Shah tu tengah-tengah antara kampung aku dan kampung husband. Lepas makan-makan tu boleh terus gerak ke rumah mertua pulak.
Qaira entah memana merayap.. Fenin aku. 
Tak ramai pun family aku. Amik set kombo kfc yang 16 pcs tu. Adalah balance 2 ketul tak habis. Haha..

Sempat selfie dengan omak den..
Gituuuuu.. Mak pun hobi bergambor.. Siap tarik tangan aku ajak snap di sana sini sinun. Keh keh keh..

So, tu je la lainnya raya tahun ni. Bawak dorang raya kat kfc jek. Hehe..

Lepas tu terus gerak ke rumah mertua.. Semua adik beradik husband pun baru je sampai..
Qaira pulak ramai geng sebab sepupu2 belah abah dia semua kecik lagi. Sepupu qaira side aku semua dah sekolah. Paling besar dah form 3. Memang  tak berapa ramai geng la..
Mengangkut beskal sorang sebijik. Hehe..

So, ini lah masa bersama keluarga. Abah Qaira pun busy sepanjang masa. Time gini la baru nak rest. Kalau tak, sesubuh hari kerja, qaira dah tido baru dia habis kerja.

Sekian cerita raya saya untuk entry ini. Haha. So, memandangkan cuti di hari jumaat ni, jap g nak hngkut qaira bawak gi kedai jap. Beli lauk-lauk yang dah habis sikit. Beli sikit-sikit je. Yang banyak-banyak kene buat appointment dengan abah Qaira kuar gi Tesco sesama. Haks!

9 October 2014

Family lounge pool ready stok

Assalamualaikum.

Untuk update terkini, nak bagi info , kita dah restok family lounge pool!! 2 minggu lepas, ramai emel nak pool, tapi habis stok. Permintaan banyak sebab jual murah-murah aje..

Harga asal RM260. Harga terkini? Penjimatan lebih tinggi?? Jom emel cepat.. Kalau lambat habis la..

Free gift diberi:
•bola 5 biji
•repair kit
•pam elektrik
•foam pumpgun

Cepat ye. Pool ni memang terlajak laris!

8 October 2014

Tips menurunkan suhu badan yang panas

Assalamualaikum.. 

Sebelum share tips, nak share gambar qaira yang tah pape di pagi hari ni..

Tak tau le hangen apa. Tak nak tdo atas katil. Aku angkat naik, dia turun balik. Sukeati la qaira.. Boleh mama bolot 1 katil!

Ok, kembali kepada tips!

Bila badan anak panas, cecepat mandikan dia dengan air asam jawa.

Bese aku guna air suam. Tapi kalau malas , guna air biasa je..

Biasa guna kaedah ni dekat Qaira.. Selalunya berkesan..

Quantity tu agak-agak sendiri. Biasa aku pakai lebih kurang 3 sudu asam jawa. Ramas-ramas dalam air. Buang bijik asam tu untuk elak salur bilik air tersumbat ye.

Lepas tu aku jirus dari kepala Qaira.. Satu badan mandi air asam.

Then, terus keringkan dengan towel.. 

Aku jarang ajar Qaira makan ubat-ubat..

Hurm, repeat cara ini sehingga suhu badan betul-betul reda ye.. Sehari 3x ke...

Selamat mencuba!



3 October 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha!


Lama tak ke udara di sini.. +____+

Kesibukan melanda-landa diriku ini..hurm....

Just nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Nanti bila iols free sesikit cube nak luang masa bw pulak..

Sebenarnya bukan nak sombong, tapi, kadang tu sempat publish entry je.. Lepas tu busy yang hazabedah!

hurm.. 

Kepada yang pulang berhari raya di kampung tu, hati-hati memandu ye...  Take Care!

28 September 2014

Kenapa dengan Anonymous ni??

Assalamualaikum...

Nak tanya kepada yang tahu... 

Meh hakak screenshot emel yang dah delete ni..

Cube tengok yang from anonymous ni.. 

Pelik la. Tiap hari ada drop komen kat blog hakak yang 6 bulan bersawang tu.. 

Memula tu baca la jugak.. 'Iam interesred wif ur blog.. Blalala.. Kindly visit our page for new business,our blalala..'

Sampai dekat 30 emel masuk, malas la aku nak bukak.. Dia siap bagi link.

U ols rasa, virus ape ni?? Nyampah pulak tengok sampah2 ni..

24 September 2014

Diy frozen cube offer!

Assalamualaikum..

Ada yang berminat dengan diy cube ni???
Harga ni valid sehingga 30hb September 2014 je..

RM195 beserta postage & free gift storage box bersaiz 80liter!!!

Cepat emel ye sebelum habis! Emel ada saya letak di sebelah kanan ni..

23 September 2014

My 1st homemade pizza

Assalamualaikum..

Semalam hujan lebat.. Tak ke mana-mana pun. Hanya di rumah.. Seawal pagi masak nasik lemak. 

Husband pulak balik kerja awal. Dalam pukul 2:30pm gitu sebab ada kontraktor nak datang rumah pasang aircond.

So bila husband cakap nak balik dah, terus buat sambal udang untuk dia.

Lepas tu, prepare bahan untuk buat pizza homemade! Haha.. Siap screenshot lagi resepi kawan opis akuni.
 Dia ada blog jugak..
Tak tau nape tapi memang teringin nak try buat pizza. Tak sangka jadi pulak walaupun derhaka resepi. Hehee..

Contoh derhaka 1, aku pakai tepung gandum. Kes derhaka 2, aku pakai 2 sudu minyak masak. Heheee.. Jadi je!
Intinya aku pakai sosej,daging kisar,nanas,sos cili,sos lada hitam &keju kisar. 

Sebab kan ada 2 doh, aku buat lagi 1 pizza. Kali ni tambah udang..
Habis kedua-dua keping pizza. Heppiiii! Hehe

17 September 2014

Menu dinner paling mudah!

Assalamualaikum...

Rasa malas nak masak untuk makan malam.. Tapi dan-dan pulak pukul 9 lapor.. Lepas tidokan Qaira, terus gi dapo. Panaskan minyak.. Pecah telur sebijik.. Hasilnya...
Taraaraaraaaa...

Gile pemalas kan?? Haha.. Sebab husband pun kerja, so makan untuk perut sendiri je, ni la hasilnya.. Ngeeee..

Ala, takkan bila buat menu gempak je nak post kat blog kan? Menu yang dipandang remeh tapi sedap ni kenalah publishkan jugak kann..

Haha!

Sedap kot! Nyamnyamnyam... 

Jom rapatkan silaturrahim

Assalamualaikum..

Tetiba..

Nak buat entry ngengada ni..

Jom eratkan silaturrahim di instagram!

Ini acc instagram iols.. Jom follow..

@mayzurakhudori
@mayzurakhudori

Hehe.. Peace !!! 

16 September 2014

Qaira 1 tahun 7 bulan.

Assalamualaikum.

Happy Malaysia Day u ols! Malaysia Day aku kat rumah sahaja.. Husband kerja, cuma dia keluar lewat sikit dari biasa.

Anak aku yang sorang ni, dah pun setahun 7 bulan.. Kerenah bermacam-macam...

Bila kena marah, pandai buat lawak cairkan marah mama..

Ada benda yang dia dah paham & buat sendiri tanpa suruh..

Antaranya bila bukak baju dia, aku sengaja letak baju dia kat lantai. Nak tengok apa Qaira buat.. Qaira kutip baju tu masuk dalam bakul baju kotor. Tapi, dah memang habit dia dari dulu. Semua dia nak campak dalam bakul baju.. 😭😭 kalau ada benda hilang, carik dalam tu.. Kadang tu nyaris henpon masuk mesin basuh.. Nasib baik aku pulak jenis masuk baju satu per satu dalam mesin.. Kalau yang jenis humban sebakul... Tak tau la nasib. Tapi sekarang habit Qaira tu dah takde. Dia cuma masukkan baju kotor je kat bakul. Heehee..
Satu lagi, kalau dia tengok ada pampers dia kat tepi toilet, laju je dia angkat hantar dapur.. Dia nak masukkan dalam bakul sampah tak sampai, so kene dukung la sebab nak ajar buang sampah kat tempat yang betul. Kena letak kat tempat tinggi bakul tu.. Kalau idok dia memunggah sampah pulak!
Aku pernah marah qaira suka sangat ambik penyapu buat main. Lepas tu dia buat la muka comel, mata kedip2, bontot tonggek sikit.. Bila aku tergelak tengok aksi dia, mula la ngade repeat benda tu banyak kali..

Tapi, paling tak larat bila nak pakaikan pampers! Penat tengok dia telanjang bogel lari atas katil.. 😂😂
Itula Qaira.. 

Eh, patut cite pasal Malaysia Day. Ni cite pasal anak pulop. Haha.. 

Sukatila nak cite pasal anak aku.. Heheee..
Good nite all!
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page