Daisypath Anniversary tickers

28 March 2014

1st time in my life,masak ikan keli..

Assalamualaikum...

Semalam memikir-mikir nak masak apa untuk dinner.. Asyik masak ayam je.boring pulak.. Ingat nak masak ikan.. Google-google resipi ikan...

Jumpa resepi mudah ni.. Ikan cencaru tumis asam.. Terus mesej abah Qaira suruh beli ikan cencaru.. Yang barang kecik-kecik macam serai,asam keping tu aku beli kat kedai dekat dengan opis je..

So,petang semalam lepas amik Qaira dari rumah pengasuh,rehat jap. Lepas tu tengok barang basah kat sinki.. Bukak-bukak plastik tengok ikan keli!oh maiiiiii...

Laki aku ni tau dah aku tak pernah masak ikan keli.. Saje nak menguji aku ni..

Terus aku tabur tabur tepung kat ikan keli tu.. Entah mana sumber aku dapat ni aku pun tak tau.haha..lepas tu aku cuci ikan keli dan rendam dalam asam,garam,tepung.. Haa..amekaww.. Nak hilangkan hanyir ikan katanya.. Ni aku petik sikit tips dari mak mertua,mak aku,search google dedulu...so,aku combine semua menjadi satu. Hekhekhek..

Lepas tu aku google resipi ikan keli masak lemak ni... Internet lembab pulak nak loading.... pakai henpon kan menggoogle.. so, tahap kesiputan internet amat dikesali.. Terus call mak nak komfemkan semula betul ke ingredient yang aku nak guna nak masak ni.. Lepas tu nak komfem cara memasak pulak.. Lega.. Mak cakap gitu gini...hahaha... Aku pun terus buat persiapan nak setelkan menu dinner..

Lepas tu,aku panggang dulu ikan keli tu dalam pemanggang ajaib.. Baru la digulaikan.. Hasilnya...


Okei jugak rasanya untuk percubaan pertama ikan keli.. Takde hanyir atau rasa kurang enak makan ikan sungai. Abah Qaira menambah nasik.. Seronok je tengok..

Ini menambah semangat untuk memasak.. Hehe.. Balik kerja penat pun gigih memasak..

Korang lunch apa hari ni??

27 March 2014

Puding Koktail Sos Kastard ni not bad jugak..

Assalamualaikum...

Semalam,sampai detik terrajin nak buat dessert untuk bekal si kecik...

Lepas masak sup ayam untuk dinner,terus buat projek dessert... Bahan pun mudah sangat...

Ni masa sos kastard dalam proses masak.. Hihi.. Eksaited nak ambik gambar..

Untuk mamam kat rumah, aku letak dalam glass berkaki tu.. Kekonon nak feel macam makan kat kedai! Untuk Qaira, aku letak dalam tuppaware bentuk love.. Muah gitu..haha.. Ingat mama dalam dessert mu..

Bila sos dah siap,curah je kat dalam glass.

Taraaaa..

Lepas suam-suam,baru masuk dalam fridge..

Tadi, babysitter Qaira wasap bagitau puding tu terbaeekkk... Haha..

Alhamdulillah.. Nanti boleh buat lagi....ehem.. kak Nor, ni semangat kitchen baru...heheee .;p kene selalu godek blog kak nor kidnap resipi masakan!

26 March 2014

Qaira & Abah rajin teman mama kat dapur sekarang

Assalamualaikum...

Kitchen Cabinet kat rumah baru je siap. Hari pertama rasmi, goreng ikan siakap! Haha.. Eksaited memasak dengan dapur baru..

Ni la dapur ku...

Ni gambar masa 98% siap.. Yang terkini tak amik gambar..

2,3 ari ni kalau memasak untuk dinner, Qaira dengan abahnya rajin duduk kat dapur.. Dapur tu sekangkang kera je.. Takde la besar pun..

Mama masak,Qaira duduk kat stepchair tu..bukan main..

Tak lama tu dia start nak memanjat atas.. Kalau takde sesape jage sebelah Qaira, memang terus tolak tangga kat bawah kerusi tu naik atas. Risau dia memandai panjat naik..

Eksaited untuk new kitchen!hikhikhik..

20 March 2014

Kerja-makan Sembilang Asam kat Dinding Gelas Besar,Tg.Karang

Assalamualaikum...

Hari ni kene ikut site visit kat Tg.Karang. untuk tengok rumah yang dah siap..

Setel je tengok beberape bijik umah,perut dah mintak di isi..

Kitorang pi singgah kat kedai makan Dinding gelas besar. Spesel kate orang kat Tg.Karang.. Padahal dah banyak kali aku lalu kedai ni nak balik kampung. Pernah ajak husband singgah.. Tapi dia malas layan. Huhuhu... Kalau tengah ngandong,komfem dia layan. Hikhikhik...

Kat kedai ni special menu sembilang/pari asam claypot.. Kami order 5 set menu ni..

Lagi yang special,air gelas besar.. Memang besar glass air.. Besar lagi dari muka.. Hui.. Mau sejug tu.opismet aku order air kelapa,dia x bagitau size,terus dapat sejug air.haa,amekaww..

Tapi aku order coconut shake glass biase.. Tak mampu nak habiskan air glass besar sesorang. Kalau sharing ok kot..

Aktiviti makan sampai licin pinggan mangkuk..

Yang bestnye toilet kedai ni bersih sangat!!

Surau pun disediakan.. Lupe pulak nak amik gambar surau. Surau pun bersih sangat. Cume takde ekon.. Panassss.. Huhu...

So far environment kat area kedai memang best..

Kat mana kedai ni???

Kalau korang dari Kuala Selangor nak ke Tg.Karang/Sekinchan memang lalu kedai ni..

So,selamat mencuba!

Psst! Korang makan pe tengahri tadi?

19 March 2014

MD Putu bambu world best!

Assalamualaikum...

Pernah dengar MD Putu Bambu?? Aku baru dengar.. Budak opis aku cakap paling sedap.. Lepas je setel lunch terus singgah kat MD Putu Bambu.. Jual dalam lori putih tu je.. Tepi jalan..

1 bungkus rm3.. Kami dok reramai beli 10 bungkus dapaf free 1.haha..

Dalam kereta dah melantak 2 bungkus putu.. Sedap kawwww...

Tengah pepanas.. Memang layan.. Lembut.. Awww... Memang sedap je lalu kat tekak..

Aku bungkus 1 extra.. Benda sedap,mestilah nak bagi incik laki dengan anak aku makan sekali.. Baru nikmat hidup.. Heeeheee..

Sebelum sampaj opis ni nak nyinggah kat coconut shake pulak.!

Banyak betul makanan sedap kat kawasan Kuang,Paya Jaras,Sg.Buloh ni.huh!lepas ni kene makan omega guard dengan alfafa untuk serap keluar balik lelemak tadi.hik3... Kang naik pulak berat badan!

Saja nak tayang,gambar stok shaklee baru sampai tadi.. Hehe... Kalau korang nak,bagitau ye!

Pst!lunch pe

17 March 2014

Finally,umah saya ber'langsir'!!!dan tinted??

Assalamualaikum...

Hai.. Update pasal rumah kami.. Dah sebulan pindah.. Tapi tak berlangsir.. Kau hadooo?? Haaa...hahaa..

Ekcelli,hari tu dah mencari langsir.. Tapi takde yang berkenan di hati.. Yang tak berkenan di poket pun iye jugek... Mahal rupenye nak buat langsir umah ni.. Pffftt!!

Semalam,baca 1 post kat grup deco-deco fesbuk,ada sale curtain sehingga 70% di Fella Design.. Terus aku ajak abah Qaira gi sana.. Banyak pilihan.. Bayangkan,dari rm80/meter terus jatuh ke harga rm20/meter. Tapi,curtain yang kami berkenan tinggal 5m. Mane cukup yeop... Buat baju kurung banyak la lebih... Huhuhu...

Aku ajak abah Qaira pi cari kat kedai langsir. Nak jugak beli langsir tuh! Kekonon tak nak la balik dengan tangan kosong.. Kami pi kedai langsir dekat 'The Store'.. Dekat je dengan rumah.. Pusing-pusing ada 2 type yang berkenan di hati...

Warna silver plain.. Nak konsep simpel.. Sebab umah kami dah bertema white&purple. Jadi, langsir silver. Ok x??

Kat atas ni gambar sebelum.. Masa abah Qaira pasang kayu langsir.. Cermin sliding tu ber'tinted' hitam je... 'Tinted' pun abah Qaira buat sendiri.. Sebab dah tinted la tu yang lambat cari langsir. Haha!

Sebelum dan selepas tinted. Hehee.. Kos tinted ni RM250 selepas tawar menawar dengan tokei untuk semua tingkap dan pintu sliding.. Tapi,penat kot sebab abah Qaira buat sesorang.. Kami beli material 'tinted' ni kat Jalan Pudu,KL..

Eh..cite 'tinted' pulak.. Continue pasal langsir.

Ni la dia langsir pilihan...

Mahal kan main aku rasa.. RM396.. Siap harga benda bulat kat atas tu.. Kire seketul-ketul tau.... Siap dengan upah jahit...

Siap budak kedai tu tanye,betul ke akak nak langsir ni??

Amboi....ko hengat hakak tak mampu.. Eceh! Kan maiiinnn pandang sebelah mate..haha.. Ni rasa nak beli langsir paling mahal! Hakhak..

Tu baru harga langsir untuk sliding door 3 panel pintu je.. Ingat nak terus beli sesiap untuk bilik.. Tapi kain dari material sama tak cukup.. So,simpan balik duit untuk tabung langsir akan datang.. Mahal beli langsir,tahu???

Nasihat dari aku,untuk kekawan yang baru nak cari langsir dengan penjimatan maksimum, tak payah la pakai style kayu ni... Pakai yang rail bese je.. Murah sikit dari pembuatan & penggunaan bahan. Bende bebulat tu mahal kot kalau nak beli banyak..

Tak payah nak trendy sangat macam kak ton ni.. Haha! Kak ton ni terhengen.. Ala ngidam gitu. Haha.. Tu yang pejam mata kak ton bayar duit langsir. Haha..

14 March 2014

Qaira 1y1m

Assalamualaikum.

Coretan untuk anak...

Dah setahun sebulan...

Alhamdulillah.. Full breastfeed again...

Sekarang... Aktif..

Keluar masuk almari...

Turun naik sofa...

Pandai berlakon...

Hai la si kenit...

Sekarang tengah sebok memerhati ape aku buat..

Contoh,aku pakai blusher, sat gi dia pun ambik brush tu sapu leher dia..

Dia ambik henpon, letak kat telinga.. Sambil berborak.. 'Haa..ar..blablabla..'

Gelak je tengok gelagat si kecik ni..

Tak sabar nak jemput Qaira kat umah pengasuh dia petang ni..
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page