Daisypath Anniversary tickers

24 February 2016

Dolla Cantik Krim Pelangsing Zaman Berzaman

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu! Hari ni hari ke 57 after delivered baby Qayyum. Nak kerja dah aku. Jadi super momma la pulak! Dulu uruskan seorg je. Sekarang 2 orang anak.. Pfft.. Semoga aku diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk menguruskan mereka.

Ok! Kembali ke topik asal, sape pernah dengar pasal Dolla Cantik???? Angkat tangan angkat.... Dolla Cantik ni dah glemer zaman mak-mak kite dulu... Dorang berpantang dulu guna Dolla Cantik la untuk hapus lemak & scretch mark kat perut. Tak percaya? Lihat ape kata mereka.. 
Hurm.. Bila aku publish pasal Dolla Cantik kat fb, ramai jugak yang pm bagitau dah lama mencari.. 

Dolla Cantik ni boleh menghapuskan lemak di badan.. Yang paling penting kesan tu boleh dilihat seawal seminggu penggunaan yang konsisten. Woww.. Seminggu je beb? Paling cepat 2 hari pun dah nampak kesannya. Ini lagi wowwww!!!
Selain lemak di perut, masalah dagu berdouble, peha besar, lengan besae pun boleh guna Dolla Cantik. Sapu je.. Setiap hari..
Okei, cite banyak pasal Dolla Cantik ni memang tak habis. Sape berminat boleh email aku. Email address ada kat tepi blog ni je..

Harga??? Harga jualan RM65.90. Tapi sekarang ni aku ada buat promosi istimewa.. Nak tau offer apa tu? Kena la emel.

Beli 2pcs lagi banyak special offer! Wowwwiii..

Nak tau detail Dolla Cantik?? Berat 100 gram. Size lebih kurang tapak tangan aku ni haa..

Yang paling penting ada kelulusan KKM.. Kalau takde, takkan Dolla Cantik ni dah wujud zaman berzaman kan??

Ok do pm me now for the best offer!!! Daaaaaaaa...





22 February 2016

Hari ke 55 selepas bersalin

Assalamualaikum...

Hari ni dah 55 hari umur baby Qayyum. My 2nd baby.. 

Minggu depan dah kena kerja.. Oh noooo.. Tak boleh bayangkan situasi kesibukan awal pagi menguruskan 2 orang anak. Kalau husband kerja lambat lega la sikit... Kalau dia kena kuar sebelum subuh?? Aku la yang selamat.... Pffttt...

Takpe la.. Kehidupan perlu diteruskan..
Wajah-wajah kesayangan... Walaupun selalu mendidih dengan budak berbaju pink tu..

Sape tak sayang anak kan..

21 February 2016

Cup cake princess untuk si kakak

Assalamualaikum

Hai hai. Berkeudara sambil bersantai hari ni. Si kecik tengah tido. Si kakak berkepit dengan abah. Bila abah dia ada, rasa lega. Dapat la rehat sikit. Kalau idok, memang non stop la.

18hb feb baru ni, genap si kakak Qaira berumur 3 tahun. Plan asal nak buat birthday celebration kat taska. Tapi dia tak nak pulak gi taska sebab aku masih cuti berpantang. So, aku orderkan cup cake princess untuk birthday kakak ni. Sambut sesorang dia je la. Heheee.. Kesian.. Sebab aku pun masih berpantang. Abah dia pun baru balik kerja tengahari tu.
Jadi la kan ada belon sesikit. Hikhik..  Seronok dia tengok cup cake sampai tidak menyabo nak makan.
Tiup kek pun eksaited. Ni pestime dia tiup lilin. Selalu bawak g makan kat secret recipe je. Tu pun mak pak dia habiskan kek. 
Muka happy tak hengat. Tapi lepas tu kek tak makan sangat punnnnn. Rasanya lepas ni mama buat kek pisang je buh lilin kat atas tuh. Senang..
Adik pun kene paksa bergambar! Haha..

Sian adik. Muka terpaksa sangat.

Btw, happy birthday to my dear doter. I love u so much.. Walaupun selalu marah kakak, sebab tidak tertahan kadang dengan sel otak dia yang sedang berhubung.. Mama doakan kakak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang solehah..

Andainya blog ini masih wujud masa mama dah tak wujud lagi, kalau kakak baca tulisan ni, mama nak kakak tau mama sayaaaaaang sangat anak mama ni.. 

Eh tetiba rasa mata bertakung. Dah kenapa aku ni...



17 February 2016

Jam Tangan Baru Dari Zalora

Assalamualaikum...

Hari tu dapat invitation dari team Zalora untuk buat entry produk Zalora. Boleh tengok entry kat bawah ni ha kalau nak tau. Pakai henpon ni susah pulak nak letak link..

Entry dah tepek. Zalora bagi la voucher sebagai token. Ehehe.. So dari voucher tu aku shoping jam tangan. Kekonon nanti boleh la tukar jam masuk keje lepas cuti bersalin 60 hari ni..

Semalam pilih jam. Sebelum pukul 11am tadi dah sampai. Terkejut mak noq..
Kotak bukan main besar. Hehe.. Dalam kotak ada kotak jam.. Cantik.. Tapi tak sempat ambik gambar. Anak dah ambik kotak jam buat main.

So, ini la jam nye..
Lama dah tak pakai jam tali gini. Selalu pakai jam bertali besi tu je.

So boleh la bertukar-tukar jam tangan setiap hari. Hehe..


10 February 2016

Tips Memilih Polo Shirts for Men


Assalamualaikum...

Buntu nak hadiahkan apa untuk encik boyfren/encik tunang/encik suami???

Meh sini hakak bagi idea untuk bagi hadiah kepada pasangan anda.. Apa kata bagi sehelai,2 helai,3 helai atau berhelai-helai tshirt untuk pasangan korang tu.

Tapi, nak bagi hadiah tu jangan la pi beli tshirt bundle pulak. Kot ye pun asal ikhlas ye dok? Biarla yg ada memory terindah dengan jenama mengikut trendy terkini.

Jom hakak share tips nak pilih t-shirt!

Walaupun tshirt dikenali sebagai pakaian lelaki yang paling gemar dipakai dan versatile, terdapat juga ramai lelaki yang menggemari koleksi polo shirts atau tshirt polo. Apa yang membezakan tshirt dan polo shirt adalah;

1. Material yang digunakanBiasanya koleksi polo shirts diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal.

2. Tshirt tidak mempunyai kolar dan koleksi polo shirts pula direka dengan berkolar

3. Koleksi polo shirts direka dengan rekaan berbutang tiga pada bahagian leher

Selalunya polo shirts ini kerap dipakai oleh lelaki yang gemar bergaya smart casual di mana ia tidaklah terlalu formal dan pada masa yang sama tidaklah terlalu casual.

Berikut merupakan beberapa gaya pemakaian polo shirts for men  sebagai panduan anda :

                   
Seperti yang disebut sebentar td, anda boleh menggayakan polo shirts ini bersama pemakaian seluar slacks untuk ke pejabat atau majlis-majlis yang memerlukan anda untukberpakaian kemas
                   
Untuk para pelajar kolej yang tidak dibenarkan untuk memakai tshirt sewaktu ingin menghadiri kuliah pula, tampil kemas dan santai dengan memadankan baju polo anda bersama jeans yang anda gemari.
                    
Dan untuk gaya santai di hujung minggu pula adalah dengan pemakaian baju polo tersebut bersama seluar pendek anda

Anda masih kekal selesasantai tetapi pada masa yang sama kelihatan ‘smart’ berbanding gandingan seluar pendek bersama t-shirt biasa

Okei.. So tips dah share. Jangan lupa klik link di atas untuk tengok the best price untuk t-shirt polo for men! Boleh la hadiahkan untuk yang tersayang! Muahciked! Heheee

7 February 2016

Berpantang day 40 Offer dari Zalora

Assalamualaikum..

Semalam bukak blog selepas berhari-hari lupe pasal blog. Bizi dengan anak kecik tak habis pantang lagi. Hari ni baru hari ke-40. Lagi 20 hari kene kerja. Oh noooo!

Oh ye.. Semalam bukak blog. Dapat komen dari Zalora.. Ajak bercollaboration dengan zalora.
Ni kali ke-2 Zalora ajaka bekerjasama biay review produk dorang. 

Tengah tunggu free-free nak up produk Zalora. Ada voucher free menanti. Yippiieee!

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page