Daisypath Anniversary tickers

30 June 2014

DIY Tikar Alas Makan Qaira

Assalamualaikum...

Bila ada anak kecik, kene lah rajin sapu dan cuci lantai kan.. Kalau tak, itu tanda-tanda pijak lantai rasa nasik @ something keras-keras halus. Rimas ok.

Nak-nak pulak kalau budak tu perasan dah cukup besar nak makan sendiri, takmo bersuap. Lagi haruuu... Macam budak kecik nan sorang neh!

Aku baru je siap lap lantai tu pukul 12. Pukul 2 dah jadi begini... Tengok je mampuuu...

Lepas tu saje share kekreatifan anak aku ni kat member aku.. Dia suggest suh letak paper sebelum Qaira makan. Err.. Kat umah takde paper. Kantoi tak bace paper.. Dia suh cari tikar untuk alas bawah meja Qaira..

Tetiba teringat tikar getah ada balance lagik.. Masa buat dapo dedolu.. Terus aku gunting..

Jadi la begini.. Taraa..

Ahaaa.. Kreatif dop?? Tak sangat kan. Biasa-biasa je.. Hahaa. Tapi bila Qaira makan nasik,tabur-tabur macam zaman mama&abah dia tabur gegula nak sanding dulu, nasik tu banyak kat tikar je..

So,senang keje ngelap!

Anda bagaimana? Haha.. Untuk yang ada anak kecik bajet dewasa macam Qaira tu,boleh la share kekdah korang supaya tak banyak kje nak ngelap lantai je.hehee

posted from Bloggeroid

Perubahan Waktu Bekerja Bagi Bulan Puasa & Onde-ondenye.. ;)


Ni emel dari pihak pengurusan..


PER : PERUBAHAN WAKTU BEKERJA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1435 HIJRAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan telah meluluskan waktu bekerja di sepanjang bulan Ramadhan 1435 Hijrah seperti berikut:-

Hari
Waktu Bekerja Pada Bulan Puasa

Isnin hingga Khamis
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga 4.30 ptg
Waktu Rehat    : 1.00 tgh hingga 1.30 tgh

Jumaat
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga  4.30 ptg
Waktu Rehat    : 12.30 tgh hingga 2.30 ptg










Sehubungan itu semua kakitangan adalah diminta untuk mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan selaras dengan SPNB Code of Conduct.

Bagi pihak pengurusan, adalah diucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Balik pukul 430 pm! yeay!!!!! Sempat la nak buat onde-onde kan? Haks! Giler tekak aku ni di bulan puasa..tu nak buat..ni nak buat...Nak buat tau??? Bukan nak pi tunjuk kat gerai bazaar... ;p

Cadangnya nak buat onde-onde ni lebih,nak bagi kat jiran sebelah.. Nak rasa nikmat puasa macam kat kampung zaman aku kekanak dolu.. Bertukar-tukar makanan.. Hehe.. Tak nak tukar dengan aku pun tak pe... Niat aku je nak hantar kat umah jiran.. Dah 4 bulan pindah, baru nak bagi salam perkenalan.. hadeh.....

So, ni untuk pindaan waktu bekerja di opis kami... Bagaimana dengan opis kamu??? ;)

28 June 2014

Susun atur : simpan cadar & beg galas!

Assalamualaikum..

Siang semalam , lunch hour, aku pi ikea.. Plan nak beli berus murahan tu je. Hehee.. Dan nak beli comfirter untuk bed sheet yang aku beli ari tuh..

Tetibe,terbeli macam-macam.. Kalau tak 'ter' tu macam tak berapa nak pompuan kan? Bahahaahaa.

Antaranya terbeli kotak bersaiz gajah ni.. Harga RM20.90/2pcs.. Harga before sale RM26.90.. So,dah rasa murah sangat.. Amik 1 set yang ada 2 pcs kotak ni..

Bila dah siap pasang,terhasil laaaa... Kotak! Heeeeheee..


So,aku try acu-acu kat bahagian tingkat paling bawah kat almari.. Tapi sebelum tu nak tunjuk gambar kejadian dalam almari sebelum ada kotak ni.

Dasar pemalas susun kan.. Hehee..

Bila dah isi kotak,nampak macam suwit je..

Ngam-ngam. Tak boleh isi penutup kotak pulak..hurm.. So,penutup kotak simpan dulu..

Terus aku susun beg dengan cadar dalam kotak-kotak tu...



Sebenarnya.. Tak pandai lipat cadar cantik-cantik.. Hukhukhuk... Kalau anda ada cadangan yang boleh membantu untuk mengemaskan lagi lipatan ni,roger i ols k!

Apa pun,bahagian bawah almari dah kelihatan kemas sikit... Heheee..

Korang semua yang sedang membace ni... Selamat berpuasa esok!!! :)

posted from Bloggeroid

27 June 2014

Pencarian car seat untuk Qaira : setahun empat bulan.

Assalamualaikum..

Hai! Aku sedang survey car seat.. Untuk Qaira.. Sebelum ni, tak pernah teringin nak beli car seat..

Jadi teringin sebab, husband sekarang dah busy tak tentu masa. So,aku kene la independent.. Bawak anak gi jalan sendrian bhd!

Dulu berkepit je 3 beranak.

Sekarang, susah la sikit nak berkepit.. Kalau terperap je kat umah tunggu husband bawak jalan,takut Qaira pun tak berkembang..

Eceh. Sebenarnya mama dia yang suka bawak dia jejalan!

Qaira now.. Setahun 4 bulan. Berat 9.5kg sudah...

Btw,korang ..please share experience yek! Dan tips jugak.. I need ur help! TQ.. :))

posted from Bloggeroid

Aroma ikan bakar Jeram

Assalamualaikum...


Entry bersambung untuk entry birthdayout hari tu..


Husband belanja makan ikan bakar dekat Jeram. Dia pun tak bagitau nak bawak pi sana. Kalau tak,boleh jugak servey kedai yang ngetop-ngetop kat sana.. Sebab tak tau pape sangat pasal kedai menarik kat sana,kami terus singgah di Aroma Ikan Bakar.


Boleh tahan besar dan ramai customernya yang tengah beratur pilih ikan,udang,ketam,sotong dan macam-macam lagilah!


Aku & adik ipar terus beratur.. Mak dengan yang lain pi duduk je kat meja.. Pilih punye pilih.. Kami amik ketam..


Ketam masak berlado... Rasa? Boleh tahan lah..

Lepas tu pilih sotong.. Sotong buat goreng tepung. 2 ekor sotong besar bersamaan 1 pinggan je bila dah siap goreng.. T_T


Tapi gambar sotong takde sebab sotong sampai lambat. Aku tengah dok mencekik time tu, tak lalu dah nak amik gambar. Haha..


Next menu,ikan siakap 3 rasa. Macam menu wajib je ikan neh. Yang ni sedap!

Lepas tu kupang ke kepah kot namanya. Aku pun tak tau. Haha.. Yang ni masak tumis serai.. Rasanya? Biasala.macam masak kerang tumis tuuuuuu...

Lepas tu ikan pari bakar.. Yang ni pun tak de gambar sebab sampai lambat sangat. Nasik dah nak habis,baru ikan pari bakar sampai. Rasanya? Dengan warnanya pun failed! Hitam macam kene bakar terus sampai rentung! (Bila aku share cite ikan pari bakar aroma ikan bakar ni dekat bos aku,dia pun sependapat dengan aku part ikan bakar tu)


Air,tembikai sejug! Pueh hati minum perabih sejug.

Muke hepi adik aku dapat makan besar! Kebetulan sangat la dia datang umah aku ari sabtu,ahd pulak birthday aku. Langkah kanan. Adik ipar aku pun,kebetulan datang umah aku petang sabtu sebab tak jadi pi umah akak dia kat Ampang. Akak dia,a.k.a kak ipar aku la. Hehee. Kalau tak,harus la aku pi makan dengan Qaira & abahnye je..


Malam tu memang kenyang sesangat. Balik umah je,semua orang pengsan!
posted from Bloggeroid

23 June 2014

Birthday out! 22 jun 14! 28 yo olredi!

Assalamualaikum...

Semalam,birthday i ols! Hehe.. Tenkiu kat semua kengkawan yang wish.. Ada bloger yang share the birthday date together. Antaranya, mama maszul dengan Anak en.Yusni!

Heppi birthday semua! Semoga kite semua dirahmatiNya dan dibawah lindunganNya.

So semalam,birthday out dengan family.. Kebetulan,mak aku datang.. Adik ipar pun datang.. So,keluar together lah..

Memula gi Jusco. Tengok barang nak beli.

Bawak semua bermassage.. Ala.. Seat massage yang seringgit tu je.. ;) nak sedap,lepas habis singgit,tambah singgit gi.haha!


Aku pulak tukang masuk duit je..

Lepas tu pi pekena cendol bakar kat Kuala Selangor..

Gambar cendol takde. Adoii. Ni pun gambar ehsan adik aku candid.. Ada jugak la gambar kat cendol bakar.

Rupenye,abah Qaira nak bawak pi makan kat Jeram Ikan Bakar..

So,beratur la pilih lauk.. Baru duduk..

Me & daughter! Hiihi. Tunggu lauk sampai..sempat posing..

Qaira peace! Sampai tak nampak muka. Ahaaa!

Nanti pulak buat entry makanan kat aroma ikan bakar ye!

Btw,ada jugak rakan fb yang menitipkan ucapan birthday kat inbox fb dan wasap. Sebab? Aku tak mengizinkan orang menconteng status di wall aku. Hehee.. Pape pun,kegigihan mereka menyampaikan ucapan in private amat dihargai.luv u ols..

Happy me! Old me! Hukhuk..

posted from Bloggeroid

19 June 2014

Dah pandai pilih baju sendiri di Jusco.

Assalamualaikum.

Hari tu,saje bawak si Qaira pegi Jusco Anggun dekat Rawang. Nak bawak dia pi main je..

Lepas tu pusing-pusing kat mall.. Qaira dah mula nak berjalan sendiri.. Mujur ada Acu peneman.. Hehee..





Lepas main,bawak Qaira pusing-pusing. . dia lepas tangan aku. Jalan laju menonong! Haish.

Jalam menonong ke depan - buat lencongan - u turn - pergi ruangan baju baby..

Lepas tu pilih baju. Amboi amboi... Baru je beli baju , ni nak baju lagi? Bukan main ye Qaira!

Bawak budak baru dapat kaki,gini lah! Penat sikit layan.. :) Dulu masa dia kecik, nak dia cepat besar. Dah besar, rasa bestnye dulu dia kecik tak banyak perangai! Haha.. Manusia ni gini lah..

Apa pun, mama nak Qaira membesar dengan sihat.. :)

posted from Bloggeroid

18 June 2014

Menyorok sambil memunggah.

Assalamualaikum..

Sekarang si kecil ni sudah mula mengembangkan sayap. Dah pandai punggah.. Dah pandai keluarkan baju dari kotak bajunya. Dah pandai bukak drawer dan susun barang dari drawer ke lantai..

Huwaaaa.. Menanges mama!!

Aku memang belum beli almari untuk Qaira. Just pakai kotak comel yang beli kat Jusco. Konon nak pakai box ni masa berpantang je. Tapi, dah terlajak pakai sampai setahun lebih! Haha!

Memang senang kerja si Qaira ni munggah sebab box tu bukan boleh kunci pun!

Sabar je lah tengok dia bangun tido terus 'bekerja'..

Lepas tu.penat..

Hehe.. Macam tengah menyorok je pulak kan. Mana baju mana orangnye ni..hehee..

Kata sahabat aku.. Biasa la.ada anak kecik memang kucar kacir ckit umah. Tapi anak itu kan penyeri. Eceh.. Sweet je.. :)

posted from Bloggeroid

17 June 2014

Hasil susu yang tidak dijangka.

Assalamualaikum..

Cerita semalam.. Tengahari tak balik pam susu untuk Qaira. Gara-gara lunch di luar.


Bila petang, terus balik rumah dan pam susu.. Qaira? Lepas selesai mengepam selesai baru aku jemput..


Tak sedar,masa pam tu sebotol dah mula penuh.. Yang sebelah lagi baru separuh penuh..


Aik aik aik!! Banyak!


Sekarang ni memang aku pam sekali je sehari.. Sebab sibuk buat kerja luar.. Selalu ada luar opis je.. Biasa pam pun,ibarat kais pagi makan pagi. Hee..


Tapi stok still ada.. Cuma takut out of stock la so, aku still keep in pump! Hee.


Cuma,biasanya tak la sebanyak ini.Qaira pun dah setahun 4 bulan... besar dah anak dara sorang ni.. hehe..


Hehe. Apa pun.. Happy me! Happy mommy! Alhamdulillah. ;)
posted from Bloggeroid

4 June 2014

Shopping furniture di Courts Mammoth

Assalamualaikum..

Last weekend i ols pergi Courts Mammoth Sri Damansara. Shopping furniture. Nak beli meja makan je sebenarnye dengan voucher hadiah.

Tapi terbeli banyak barang budak kenit ni..

Khusyuk sangat tengok katalog nak pilih barang ape lagi kan katenyeee...

Hepiiiii.. Ada sofa kecik dia. Ada meja study dia. Kan main !!!

Lepas tu, secara kebetulan,ada pulak game kat ground floor untuk para pembeli di Courts Mammoth. Kebetulan pulak, bil kitorang ni layak pulak untuk join gama game kat ground floor tu. Pe ke nama game tu eh..

Kene pakai spec besar..Masuk dalam bilik.. Lepas tu  kertas terbang-terbang.haha..Tangkap sebanyak mungkin!

Abah Qaira yang masuk bilik tu. Dia dapat banyak jugak kertas cabutan hadiah tu.. Tapi boleh pilih 1 je dari bebanyak tu.. Abah Qaira pilih backpack Lenovo..

Jeles tengok orang sebelum tu dapat DVD player Sony. Stress!!

Tapi,takpe la..benda alah tu bukan beli pun kan.. Free je.. Ehehe..terima la dengan seadanya. Eceh.

2 June 2014

Santai sangat tido..

Assalamualaikum..

Ahaaaa.. Sape yang santai sangat tido ni. Harusla anak aku.. Takkan la aku pulok.hihi..

Lately ni aku selalu tido lambat.. Bila tengah malam masuk bilik,tengok Qaira baik punye tido wooo...

Haa.. Ko hadooo???

Gelak sesorang jap tengok anak ni..

Tapi,kalau tak tido pun dia memang suka letak kaki macam tu.

Tu tandanya apa tu.. Heeee
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page