Daisypath Anniversary tickers

10 May 2012

Kebaikan Kulat Mekah / Cendawan Mekah / Teh Kombucha

Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan melalui proses pembentukkan/pembiakan dari ‘Bacterium lylinum’. Teh Kombucha ini secara semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti ‘cuka sider epal’, ia sedikit manis, sedikit masam.

‘Biochemist’ banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik (dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).

Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan menjurus kepada ‘Hypoxia’, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan asid DL-Laktik yang tidak diingini.

Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.

Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga adalah pembina kepada sekumpulan penting ‘mucopolysaccharides’.

Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.

Mucoplysaccharides mengandungi:

1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. ‘Chondroitin Sulfate’, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors mata.
4. ‘Heparin’, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu mengelakkan pembekuan darah.

Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan ‘hyperacidity’ di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.

Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.

Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan. Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4) auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.
Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia adalah pelembab kulit
Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan keagamaan.
Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.

Antara lagi kebaikkan yang ditemui:

Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah ceret-beret.

p/s: ada yang nak tak?cendawan aku dah membesar dan banyak..sila emailkan detail...TQ..

27 comments:

  1. cambest je CM, nak try la minum..
    nk bg mama minum skali sbb ma ade drh tinggi..kte lak drh rendah..hehe

    ReplyDelete
  2. haa bwk mai banting, leh buat demo sket..

    p/s @CIK MAY: jgn kena masa cuti sklh..kami blk kpg ...

    ReplyDelete
  3. dlu kecik2 mak aku ada minum ni..tp xtau la ada lg ke tak...

    ReplyDelete
  4. Salam. Mohon sikit untuk mengubat mak yang kena strok.
    Ini email saya adawiyahzainal@yahoo.com.sg
    mummyeda@blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam, saya baru dua bulan buat teh ni...tapi kulatnya nipis-nipis je..tak tebal2 mcm kebanyakkan org buat..sebab apa eh? dan kalau boleh nak jugak sikit blh? hehe. ni alamat email:
    marwahsaari@gmail.com

    ReplyDelete
  6. Salam, bole x kalau sy nak dapatkan sedikit untuk dibiakkan.. nie untuk mak sy yang menghidap darah tinggi dan kencing manis.. Ayah sy pula gout.. sham_2088@yahoo.com... tq ye

    ReplyDelete
  7. Salam.blh tak sy nak mintak cendawan mekah hi sikit. oryza_sativa02@yahoo.com

    ReplyDelete
  8. Blh x sy nk mintak cendawan ni sikit? oryza_sativa02@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. first time dengar..hihi.. but really interesting! :)

    ReplyDelete
  10. berminat sgt...jual ke? pm sya damia_diea@yahoo.com

    ReplyDelete
  11. Bolehkah anda jualkan cendawan mekah kepada saya? Tolong PM saya at shuwen_123@hotmail.com Terima Kasih~~

    ReplyDelete
  12. Salam, Saya berminat untuk buat teh ini. Alamat email saya: Shuwen_123@hotmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam...mcm berminat dgn teh ni..bole aja x..mana bole dpt dan cara membuat nye..pm harga

    hmhadz@gmail.com

    ReplyDelete
  14. Saya berminat. Boleh emailkan detail tak.
    mjohanazmi@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Saya berminat. Boleh email kpd saya.
    mjohanazmi@gmail.com

    ReplyDelete
  16. Dh 3 bln amlkn dn bela kulat ni anak dia dah 3...sgt sedap rs nya mcm zapple... mula2 dpt dr kdai dhab sinai trgnu.. krim ke labuan.... baik utk kuruskn bdan..... dn tenaga

    ReplyDelete
  17. Nk sikit bole??nk rawat knser sy ni...ni no sy 0137422857

    ReplyDelete
  18. Nk sikit bole??nk rawat knser sy ni...ni no sy 0137422857

    ReplyDelete
  19. Salam sejahtera, saya pun berminat nak minta sedikit untuk benih. macam mana nak dapatkan ya dan harganya? boleh email pada saya @ usinmy@gmail.com? terima kasih

    ReplyDelete
  20. salam saya baca blog awak boleh tak dapat lagi benih cendawan tu? abah saya dah 3 bulan kena stroke

    ReplyDelete
  21. adalagi ke sis benihnya, berminat nak sikit email saya mawarbiruairlaut@gmail.com

    ReplyDelete
  22. assalam ada lagi ke ibunya....berminat nak beli jika jual

    syiela_f@yahoo.com
    whatsapp/wechat 012 4003624

    ReplyDelete
  23. Ada terbaca yg ia jg ada kesan buruk..risau plk nk minum..dah ternak 10 ari dh tu tp selamat ke nk minum ni

    ReplyDelete
  24. ADA LAGI KE JUAL CENDAWAN MEKAH

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page