Daisypath Anniversary tickers

8 May 2012

Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak


Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Kalau musykil, klik SINI..

Aku ni....henna kat tangan tu dah selamat hilang dari tangan pun...baru nak buat entry pasal penggunaan henna..huhu..~

6 comments:

  1. oo br tau..ingt lki mmg tak blh pkai lngsung..hehe ayu singgah jenguk cik may tumpang ada masa..hehe

    ReplyDelete
  2. byk percanggahan pendapat pasal ni sbnrnya....aku pun ada buat entry pasal ni dlu..

    =)

    ReplyDelete
  3. asslamualaikum May...x apa lah buat panduan bakal2 pengantin yg akan dtg kan...:)

    ReplyDelete
  4. suka pakai inai . skrg pun inai yg pakai ari tu xhilang lagi :)

    ReplyDelete
  5. zera suka pakai inai taw. :)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page