Pink Diamond

21 March 2017

IDEA BAJU SEDONDON DI MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum.

Throwback story je. Untuk majlis persandingan adik ipar pada 18 Mac 2017. Tarikh sibuk. Takde langsung gambar dengan pengantin. 😂

Sempat posing masa belum sibuk je..


Ni je gambar yang ada.. 

Tetamu memang agak ramai. Family saya pun semua datang... abah datang dari Segamat, mak, abang & adik serta family datang dari Keratong..  

Husband pulak memang sibuk. Ke depan ke belakang. Memang dia pun tak de bergambar langsung.

Dengan cuaca agak panas.

So boleh kata gambar saya pada majlis tu hanya yang atas tu je lah.

Baju sedondon ni sponser by. Family member pun tak ramai. So adik ipar beli. Mak mertua saya jahit. Buat jubah je senang. 

Sebelah kanan saya tu kakak ipar saya. Kecik molek je orangnya.

Kat tengah-tengah tu anak-anak kitorang.

Memang semua orang kepenatan sangat. Saya je kurang penat sebab sibuk dengan anak bujang yang nak berdukung je dengan saya. 😅

Apa pun majlis selesai alhamdulillah...

18 March 2017

MAJLIS NIKAH ADIK IPOR 17 MAC 17

Assalamualaikum.

Short entry.

Sedang sibuk sekitar majlis persandingan adik ipar hari ni.

Malam tadi dah selamat nikah..

Saya bukan sibuk tolong apa pun.

Sibuk jaga si Muhammad Qayyum yang memang nak dukung je bila ada orang ramai ni. 😂😂 

12 March 2017

CARA HILANGKAN ANGIN DARI BADAN

Assalamualaikum.

Bila badan penuh Angin, penuh bisa, beginilah Cara saya menghilangkan Bisa dalam badan, lenguh sendi, Sakit belakang, Sakit kepala, susah tidur malam Dan banyak lagi khasiatnya antaranya menghindarkan Gangguan makhluk halus..

Cara nya mudah sahaja..

1)Beli 1pack Ais, masukkan ke dalam baldi Dan di campurkan Air sedikit dalam baldi tersebut..
2)Perahkan Limau Nipis@Limau purut dalam 4ke 5 biji dalam baldi

Sebelum Mandi Anda baca:
Al-Fatihah 3x
Al-Ikhlas 3x
Dan Selawat 3x..
Sebaiknya baca ayat suci ini angkat baldi di luar bilik air dahulu selesai baca Mandi 

.Sebaiknya Mandi ini buat bilasan terakhir,Mandi dulu dgn Air biasa baru Mandi Air limau ini..Mula Mandi Dari kepala ,lebih kan siram  di belakang tengkuk Dan bahu.

Sekiranya anda Ada gangguan,anda akan rasa seperti angin keluar Dari belakang tengkuk anda..Badan ,kepala akan menjadi ringan..Sekiranya anda sedawa @ muntah selepas Mandi ,nasihat sy dapatkan rawatan Islam berhampiran...

Mandian ini hanya Alternatif dalam merawat Pesakit,buang angin bisa dalam badan.Di sarankan Mandi sebaiknya waktu selepas Subuh Dan selepas Maghrib...Izin Allah inshaaAllah sembuh..Sy baru pas Mandi ,cubalah...Anda akan rasa kesegarannya..

Silakan Share Agar bermanfaat untuk anda semua Aamiin.

~ Pusat Perubatan Islam Al-mujahidin
.
.

Sumber. 
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page