Daisypath Anniversary tickers

18 September 2016

Resepi donut choc dari chef

Assalamualaikum.

Hari-hari pikir nak update blog. Hari ni baru terlaksana. Hehe

Sebelum subuh hari merancang nak buat donut dengan choc. Bukan yang salut choc tu. Tapi mungkin di ubah suai sebab nak habiskan choki-choki anak dara. 

Sempat google kejap dan terjumpa resepi chef ni. Ye k tak chef. Tak sempat nak selidik blog tu. 

I try follow sebab bahan mudah. 

Disebabkan pakai philips breadmaker, kerja lebih mudah. Tapi kene setting sekarang supaya boleh makan pukul 8am nanti. 

Sekarang pukul 5:05am. 

Kalau guna breadmaker, masa 1 jam 30 minit diperlukan untuk uli doh.

Sebelum lupa, tepek resepi sini sesiap untuk panduan bila anak-anak besar nanti. Haha!

Bahan-bahan donut choc!!
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu butter 
Bahan A:
  • 2 sudu teh yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sudu teh gula

Cara cara:
  1. Satukn bahan A dan biarkn berbuih. Ketepikn.
  2. Masukkn tepung, gula, garam dan susu tepung ke dalam mangkuk. Gaul sekata dan lubangkan di tengah tepung. 
  3. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau  menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  4. Tumbuk doh untuk keluarkn angin. Bentukkn menjadi donut.
  5. Biar sebentar donut naik sekitar 15 minit kemudian bolehlah digoreng. 
  6. Celupkan donut dengan coklat cair.
  7. Selamat mencuba.
Gambar takda lagi. Nanti saya sis upload lain selepas selesai ok. ☺️

29 August 2016

Wakil agent serta dropship diperlukan untuk product homemade beauty

Assalamualaikum.

Hai semua. Welcome back to me! Hehe..

Saya tengok balik blog saya.. Entry terakhir bulan julai. Sekarang ni hujung Ogos. Oh.. Sebok nya saya.. :p

Memang sibuk jadi supermama dan berniaga online sebagai suka-suka je.. Kena pulak memang ada kerja hakiki 8:30-5:30pm.

Ok. Gambar posing ala-ala duta resort hakmilik saya. 🙄🙄

Rindu nak menaip di sini. Tapi melihat pembesaran anak-anak depan mata adalah lebih utama. 

Demi keadaan semasa, perlu korbankan la kekerapan berbloging ni. Persaingan untuk kehidupan lebih selesa nampak kian melonjak. Rata-rata orang yang tak suka berniaga pun dah mula berniaga.
Masing-masing cuba bersaing secara sihat.

Apa-apa pun bisnes yang kalian buat, saya tetap sokong! 

Kalau ada yang berminat untuk berniaga secara online dan dropship boleh la emel saya. Saya sedia membantu.

Sebenarnya point saya hanya yang terakhir. Saya mencari mereka yang berminat untuk berniaga product kecantikan yang di buat secara homemade, selamat tanpa kimia. Emel saya : mayzura@ymail.com.

Tak perlu modal kalau buat dropship. Modal kecil diperlukan untuk yang berminat buat stok sendiri.

Income duit tepi ni boleh la buat tabungan percutian familyy!! Yeay!!
Jom bercuti & rehatkan minda letih bekerja!!!

20 July 2016

Baju inner menyusu murah


Assalamualaikum..

Alhamdulillah. Untuk pagi ni.

Done packing baju inner longsleeve & sleeveless super selesa. Kain sejuk & tak melekap kat badan.

Selesa untuk ibu-ibu breastfeeding.😊

Ada lagi yang nak cube inner nursing super selesa ni?


Longsleeve RM35.00
Sleeveless RM28.00
Postage RM7

Ada diskaun untuk yang beli min 2 helai tau. 😊 sementara hakak bermurah hati bagi disc musim raya ni je ye!

Sementara stok masih ada ni, cepat grab.

28 June 2016

MASCARA NORAFURLA MURAH

MASCARA NORAFURLA 
RM49

*Kelebihan* 
✅Mascara Fiber dengan hanya 1stick sahaja 
✅Melebatkan bulu mata ✅Memanjangkan bulu mata ✅Melentikkan bulu mata 
✅Waterproof 
✅Wudu' friendly  
✅Mudah di cuci (hanya menggunakan air) 
✅Anti PANDA eye 
✅Mempunyai Vitamin B5 (menjaga bulu mata original) 
✅Mampu memanjangkan bulu mata original dengan penggunaan yg kerap. 

Item ready stok!!


29 May 2016

Terapi sonotron kaedah sesuai untuk buang kahak baby tanpa sakit

Assalamualaikum..

Tu dia tajuk bak angggg.... Macam karangan dah.. (^~^)

Nak story mory kaedah sonotron ni dengan uols yang ad baby kecik haluih belum cukup setahun.. 

Kisahnya baby qayyum batuk berjangkit dengan si kakak.. Biasalah kakak duduk taska ramai kawan. 

Yang jadi risau bila pengasuh cakap qayyum kurang minum susu. Jiwa tak tenang. Mungkin sakit tekak dah batuk tu.. Jadi tak selera nak minum susu lagi..

Bawak gi klinik.. Doc suruh share ubat dengan kakak cuma kurangkan dos. Saya tanya doc, takpe ke baby bawah setahun  makan ubat? Dia cakap ok.. Tak de masalah. Tapi kat botol tulih jangan bagi ubat kepada budak bawak setahun. Ah sudah. Kompius pulak mama..

Google- google.. Ingat nak bawak sedut kahak kat klinik dr nadir yang glemer sangat dari review-review bloger kita. Tapi takut tak tahan tengok dia masuk wayar dalam hidung baby pulak..

Carik info lagik.. Kaedah sonotron pulal katenye. So copy paste link tunjuk ke husband.. Husband decide sonotron je sebab dari semua penulisan cakap tak sakit..

So, lokasi paling hampir dengan rumah ialah di Klinik Dr Fauziah di Sg Tua, Batu Caves. Nasib baik aku buat called dulu ke sana.. Kene buat appoiment rupanya..

Aku buat appoinment malam. Pukul 9. Tapi tetiba husband kene hantar orang ke Melaka. So kitorang sampai klinik pukul 9:30pm. Jadi orang terakhir buat terapi.

So, bila masuk bilik tu, baju baby kena bukak dulu..

Benda alah macam hair dryers tu akan di hala ke bahagian dada, leher, tepi badan, hidung & belakang badan baby. Tak sakit pun mommy.. Tak kene badan pun. Baby akan rasa warm-warm je.

Yang terujanya, baby lain semua menanges-nanges. Qayyum ni tengok je orang yang buat terapi tu.. Tapi muka takde perasaan habis.

Buat sonotron ni ambil masa 15 minit per sesi. So dalam 1 jam terapi tu boleh buat 4 orang.

Kalau nak tau, arus terapi tu berfungsi tolak ke tepi kahak-kahak & dikeluarkan melalui najis atau pun muntah. Arus tu akan ada dalam badan selama 8 jam.

Cukup 8 jam esok subuh tu Qayyum berak selambak habis..

Dalam 2x rasanya Qayyum ada muntah kahak. Tapi tak nanges. Dia kenyang minum susu, then terbatuk, kahak keluar.

Rawatan tu disarankan buat 3hari berturut-turut. Kalau korang nak buat sekali pun boleh. Depends. 

Untuk anak saya ni, saya buat 3x. Bayaran dikenakan ialah RM30/sesi.. 3x maknanya RM90.

So far, batuk Qayyum berkurangan. Takde bunyi sangat kat dada. Minum susu pun dah kembali normal macam biasa. Takde datang lagi pusat sonotron ni lepas rawatan 3x tu.

Kakak the happy sister. Tunggu turn adik dipanggil, dia boleh main kuda-&kuda. Abah nya pulak tido kepenatan penat kerja siang hari.

So, kalau korang pun nak buat booking, boleh terus call no ni: 03 6187 0757

Ahad tutup ye. Beroperasi dari Isnin-Sabtu sampai pukul 10pm je.

Semoga perkongsian ni bermanfaat. ^^

26 May 2016

Pantang Larang Untuk Bayi atau Anak Berkahak

Assalamualaikum...

Lama betul tidak ke udara. Tipu betul Cik May ni kan. Tiap kali post entry bagitau lepas ni cuba update entry seminggu sekali. Tapi lepas tu ke lauttttt.. Lepas tu janji lagi. Kemudian, ke laut dalam lagi..

Okey la. Back to topic ye. Entry ni entry pendek sahaja..

Bulan lepas saya ada bawak baby Qayyum saya berumur 4 bulan ke pusat Rawatan Terapi Sonotron. Hujung May ni baby dah 5 bulan la di kala saya up entry ni. Untuk masalah kahak dia yang berjangkit dari kakak yang batuk & selsema. Masa buat rawatan terapi sonotron tu, pembantu terapi tu share makanan apa yang perlu pantang sepanjang anak berkahak ni. 
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, ibu-ibu mestilah berpantang 3 jenis makanan iaitu ;

1) kentang- ubi kentang, kentang kepsi, kentang putar, kentang goreng, karipapa kentang. Apa-apa mengandungi kentang!. Di sini saya amat kecewa keraba tidak boleh makan karipap kegemaran. Huwaaaaaaa... Tapi saya memang kuat gile makan kentang. Patut la kahak dia tak surut.

2) chocolate - segala jenis choc! Milo pun choc kan? Dari pantang, hampir setiap hari saya minum milo/ tamar cocoa. Dan patutlaaaaaa.... Kahak qayyum tak reda jugak..

3) buah! - omg.. Buah pun tak boleh.. Saya sedih.. Saya suka makan buah oren sunkist lately ni. Siap blend lagi buat fresh owen. Katanya buah ni sejuk & akan membuat kahak melekat serta pekat.

Saya tanya why? Why? Why??

Menurutnya, 3 sumber makanan tersebut boleh menyebabkan kahak semakin pekat. Oh.. Begitu.. Anak dah 2 orang baru saya tahu..

So demi kesihatan anak, saya berpantang lah untuk 3 jenis makanan tu. Bertabah je gorengkan kentang untuk si kakak tanpa saya menjamahnya.. 

Tapi, kita positifkan balik. Bukan selamanya berpantang kan? Since baby kecik ni je demi kesihatan dia sepanjang full breastfeed! Tapi kalau nak pantang terus pun bagus jugak! Orang yang jaga makan-minum ni insyaAllah kesihatan lebih terkawal!

Ok. Senyuuuuuum je tak boleh minum choc.. (^____^)


10 April 2016

Kebab Sultan Best In Town

Assalamualaikum...

Sape yang suka follow tempat makan sedap kat fesbuk???

Kalau ada yang suka follow mesti pernah baca pasal kebab sultan yang glemer kat Sg Buloh..

Baru ni dapat try sekali.

Itupun kiriman kepada runner a.k.a jiran kami. Dia balik kerja lalu gerai kebab ni. So dia p belikan. Harga up 5 kupang la.

Up harga atas kepenatan dia beratur & bawak balik kebab banyak.

Gigih kalau nak pi beratur panjangggggg oiii..

Ok.
Aku order inti daging.

Memang super duper sedap oii.

Daging dengan cheese melelelelehhhh..

Harga RM3.50. Kalau pi beli sendiri.

Lokasi Kampung Melayu Sg Buloh.

Selamat mencuba!

3 April 2016

Manggo Cheese Cake Torrbaik di Kula Cakes Kuantan

Assalamualaikum..

Ini entry mengiurkan. Sambil taip telan ayaq lioqq.. Slurpppp

Semalam pi Kuantan. Sempat singgah Kula Cakes. Beli hot menu dia Manggo cheese. Nyum3.. Sumpah sedap...
Ni menu wajib hokei kalau korang gi Kuantan. Please, i sanggup beratur gi beli..

Then ada beli jugak kek lain.. Pavlova, redvelvet & tobleroin cake. Bungkus je makan kat umah. Lepas bungkus sempat posing kat area kedai dengan my sis in law. 
Tempat tu memang cantik untuk bergambar.

So korang jangan lupa try makan kat Kula Cakes ok!

1 April 2016

Tukarkan Lipstik Kepada Jellytint Merawat Bibir

Assalamualaikum..

Suka lipstik tak?? Suka? Suka??

Lipstik cepat ilang warna atau melekat warnanya di cawan??

Kalau suka lipstik, jom try jellytint homemade ni.


JELLYTINT

RM10 Exc postage
Fb:May Zura
Insta : @mayzurakhudori

PENGGANTI LIPSTICK !
.
🌼Cantik sambil merawat
🌼Love red
🌼Sapu2 ja terus kering kat bibir
🌼Penggunaan secara berterusan tidak akan menyebabkan bibir hitam,malahan bibir akan jadi merah seperti baby2 dulu 🐤🐤
🌼Tak comot,Warna tak lekat kat cawan
🌼Bibir nampak natural dan segar
🌼Warna tahan lama (long lasting)
🌼Selamat 100% bahan organik
🌼Bau strawberry nyamnyammm 😋
.

Jom tukar sekarang!

Komfem puas hati.

30 March 2016

Mascara Duoya Bulu Mata Ala CheTa

Assalamualaikum..

Suke mekap-mekap mata??

Suka? Suka? Suka???

Jom dapatkan Mascara Duoya. Dengan harga offer.

Apa yang buat saya jatuh cinta dengan Mascara Duoya ni?

1. Mascara + Fiber in 1 stick
2. Tidak bergumpal
3. Memberi kesan Double WOW kepada mata 
4. Semakin disapu, bulu mata jadi semakin panjang dan semakin melentik (disebabkan fiber)
4. Mudah utk dicuci (wudhu friendly)
5. Waterproof (NO PANDA EYES)
6. Terasa ringan pada mata
7. Mengandungi Vitamin B3 yg memberi manfaat pada mata
8. Kesan seperti memakai bulu mata palsu! Macam Che Ta je uolssss! 😃😃😃




-  Harga 1 pcs mascara now is only RM55, free COD and Postage dear
- Mascara ni bukan sekadar masara, ianya 2 in 1, mascara plus fiber in one stick ! Sebab tu la mascara ni memberi kesan Double WOW kepada pemakai!
-  Kalau u suka pakai Mascara, dgn sekali cuba, pasti u akan jatuh hati! Dah la senang nak pakai, senang cuci pula tu 😃😃😃

Nak try?? Boleh emel : mayzura@ymail.com

Boleh follow page: may vitamin @ beauty shop

Boleh follow instagram : @mayzurakhudori @mayzurakhudori

29 March 2016

Ujian Saringan Influenza

Assalamualaikum.

Hari ni tutup kedai kejap.

Semalam aku emergency leave. Bawak anak gi bt ujian saringan influenza.

Sebab?

Kat taska dia dah ada beberapa orang yang positif influenza A.

Ok. I is risau sebab Qaira ada selesema.

Tapi tanda lain macam muntah, demam panas, cirit birit, batuk takde..

Bawak pergi KPj Damansara.

Sejam tunggu result swab. 

Alhamdulillah..

Qaira punya resultn negetif.. Non reactive.

I is happy.. Balik KPJ singgah IKEA sekejap.

Hehe..

26 March 2016

Scrub bibir homemade OR LIPSCRUB

Assalamualaikum..

Pernah scrub bibir? Tak pernah?? 

Bibir pun perlukan penjagaan jugak. Bukan jaga muka je tapi bibir kering & kusam serta pucat.

Meh sini nak kenal kan dengan my homemade lipscrub. Murah dan berbaloi-baloi.

Kandungannya pulak tiada bahan kimia. So selamat utk uols girlsss! Eh boboiboi yang smoking bibir hitam tu pun boleh pakai tau. Ingat boboiboi tak payah jaga bibir ke??? Kena la. Baru bibir pinkiy macam hero cite korea tuh. :)

Okeh2. Sebelum jauh menyimpang.. Meh nak tunjuk lipscrub homemade kite.


Harganya hanya RM8 uolss. Lapan hengget je nak pulihkan masalah bibir kering, pucat, hitam & menggelupas.. Tak percaya????? 

Biasa la rakyat Malaysia ni kalo tak tengok kejayaan orang lain depan mata mesti tak mo pecaya dengan produk murah buatan orang Malaysia sendiri kan. Nak jugak dia gi beli produk obesi yang ratusan ringgit tu.. :) tipikal Malaysia. Eh ye ke word tipikal tuh? Haha. Belasah je uolss.

Meh nak share testimoni dari customer-customer yang baik hati share dengan kami kesan lepas pakai lipscrub homemade ni..


Tu la sikit testimoni yang boleh dikongsikan setakat ni. 

Berminat? Boleh emel kami untuk dapatkan set penjagaan bibir anda. Atau? Tinggalkan no fon & kami akan hubungi semula. Tq. ;)





20 March 2016

Jellytint Homemade, kering dan melembabkan bibir

Assalamualaikum...

Sekarang memang tengah sibuk mempromosikan produk homemade kami..

Yang terlaris kini Jellytint a.k.a liptint. 

Testimoni pun boleh tahan... Harga pun murah. Hanya RM10 je tidak masuk kos pos.

Jom tengok testimoni jellytint kami.

Comel kan warna bibir? Fresh!

Bibir memang look pinkish!

Alahai i syg u ols share dgn i gbr u ols. Sporting habis!


💄Jellytint💄

Pengganti lipstick! LONG LASTING,SELAMAT,CANTIKKKKK...

colour jellytint kami langsung tiada bhn kimia..ekstrak aloe vera tau..walaupun effect wrna kering kat bibir,tp dlm diam aloe vera melembapkan kulit tauu..

RM10 je..exc pos..

Sape nak try tinggalkan fon no. Nanti i wasap. Atau emel je : mayzura@ymail.com

Lepas tu baru u ols boleh save no i once i contaxt u.. Oo.. Muaahh.. 



19 March 2016

Bibir Pinkish Dengan Lipcare Homemade

Assalamualaikum...

Hari ni nak maiiiii promote sikit.... Product homemade kami.. Murah-murah aje...

Yang penting boleh pakai ratus kali!

Kami share testimoni dulu ok. 😍

Nak bibir pinkish-pinky macam ni?? Meh kami ajar step by step penggunaan product homemade kami okeyh!

1) Scrub bibir dgn lipscrub kami. Hanya RM8 sahaja. 
2) oleskan lipbalm di bibir untuk bibir sentiasa lembab gitu.. Hanya RM14..💋
3) sapu jellytint a.k.a liptint kami. Liptint hanya RM10.
*nak apply no.3 dlu then baru buat no.2 pun boleh.

Okey. Dah siap boleh g dating! Kejap je! Tapi kesannya long lasting. Makin lama pakai bibir akan jadi pinky. 💄💋

24 February 2016

Dolla Cantik Krim Pelangsing Zaman Berzaman

Assalamualaikum...

Selamat hari rabu! Hari ni hari ke 57 after delivered baby Qayyum. Nak kerja dah aku. Jadi super momma la pulak! Dulu uruskan seorg je. Sekarang 2 orang anak.. Pfft.. Semoga aku diberi kekuatan & kesihatan yang baik untuk menguruskan mereka.

Ok! Kembali ke topik asal, sape pernah dengar pasal Dolla Cantik???? Angkat tangan angkat.... Dolla Cantik ni dah glemer zaman mak-mak kite dulu... Dorang berpantang dulu guna Dolla Cantik la untuk hapus lemak & scretch mark kat perut. Tak percaya? Lihat ape kata mereka.. 
Hurm.. Bila aku publish pasal Dolla Cantik kat fb, ramai jugak yang pm bagitau dah lama mencari.. 

Dolla Cantik ni boleh menghapuskan lemak di badan.. Yang paling penting kesan tu boleh dilihat seawal seminggu penggunaan yang konsisten. Woww.. Seminggu je beb? Paling cepat 2 hari pun dah nampak kesannya. Ini lagi wowwww!!!
Selain lemak di perut, masalah dagu berdouble, peha besar, lengan besae pun boleh guna Dolla Cantik. Sapu je.. Setiap hari..
Okei, cite banyak pasal Dolla Cantik ni memang tak habis. Sape berminat boleh email aku. Email address ada kat tepi blog ni je..

Harga??? Harga jualan RM65.90. Tapi sekarang ni aku ada buat promosi istimewa.. Nak tau offer apa tu? Kena la emel.

Beli 2pcs lagi banyak special offer! Wowwwiii..

Nak tau detail Dolla Cantik?? Berat 100 gram. Size lebih kurang tapak tangan aku ni haa..

Yang paling penting ada kelulusan KKM.. Kalau takde, takkan Dolla Cantik ni dah wujud zaman berzaman kan??

Ok do pm me now for the best offer!!! Daaaaaaaa...





22 February 2016

Hari ke 55 selepas bersalin

Assalamualaikum...

Hari ni dah 55 hari umur baby Qayyum. My 2nd baby.. 

Minggu depan dah kena kerja.. Oh noooo.. Tak boleh bayangkan situasi kesibukan awal pagi menguruskan 2 orang anak. Kalau husband kerja lambat lega la sikit... Kalau dia kena kuar sebelum subuh?? Aku la yang selamat.... Pffttt...

Takpe la.. Kehidupan perlu diteruskan..
Wajah-wajah kesayangan... Walaupun selalu mendidih dengan budak berbaju pink tu..

Sape tak sayang anak kan..

21 February 2016

Cup cake princess untuk si kakak

Assalamualaikum

Hai hai. Berkeudara sambil bersantai hari ni. Si kecik tengah tido. Si kakak berkepit dengan abah. Bila abah dia ada, rasa lega. Dapat la rehat sikit. Kalau idok, memang non stop la.

18hb feb baru ni, genap si kakak Qaira berumur 3 tahun. Plan asal nak buat birthday celebration kat taska. Tapi dia tak nak pulak gi taska sebab aku masih cuti berpantang. So, aku orderkan cup cake princess untuk birthday kakak ni. Sambut sesorang dia je la. Heheee.. Kesian.. Sebab aku pun masih berpantang. Abah dia pun baru balik kerja tengahari tu.
Jadi la kan ada belon sesikit. Hikhik..  Seronok dia tengok cup cake sampai tidak menyabo nak makan.
Tiup kek pun eksaited. Ni pestime dia tiup lilin. Selalu bawak g makan kat secret recipe je. Tu pun mak pak dia habiskan kek. 
Muka happy tak hengat. Tapi lepas tu kek tak makan sangat punnnnn. Rasanya lepas ni mama buat kek pisang je buh lilin kat atas tuh. Senang..
Adik pun kene paksa bergambar! Haha..

Sian adik. Muka terpaksa sangat.

Btw, happy birthday to my dear doter. I love u so much.. Walaupun selalu marah kakak, sebab tidak tertahan kadang dengan sel otak dia yang sedang berhubung.. Mama doakan kakak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang solehah..

Andainya blog ini masih wujud masa mama dah tak wujud lagi, kalau kakak baca tulisan ni, mama nak kakak tau mama sayaaaaaang sangat anak mama ni.. 

Eh tetiba rasa mata bertakung. Dah kenapa aku ni...



17 February 2016

Jam Tangan Baru Dari Zalora

Assalamualaikum...

Hari tu dapat invitation dari team Zalora untuk buat entry produk Zalora. Boleh tengok entry kat bawah ni ha kalau nak tau. Pakai henpon ni susah pulak nak letak link..

Entry dah tepek. Zalora bagi la voucher sebagai token. Ehehe.. So dari voucher tu aku shoping jam tangan. Kekonon nanti boleh la tukar jam masuk keje lepas cuti bersalin 60 hari ni..

Semalam pilih jam. Sebelum pukul 11am tadi dah sampai. Terkejut mak noq..
Kotak bukan main besar. Hehe.. Dalam kotak ada kotak jam.. Cantik.. Tapi tak sempat ambik gambar. Anak dah ambik kotak jam buat main.

So, ini la jam nye..
Lama dah tak pakai jam tali gini. Selalu pakai jam bertali besi tu je.

So boleh la bertukar-tukar jam tangan setiap hari. Hehe..


10 February 2016

Tips Memilih Polo Shirts for Men


Assalamualaikum...

Buntu nak hadiahkan apa untuk encik boyfren/encik tunang/encik suami???

Meh sini hakak bagi idea untuk bagi hadiah kepada pasangan anda.. Apa kata bagi sehelai,2 helai,3 helai atau berhelai-helai tshirt untuk pasangan korang tu.

Tapi, nak bagi hadiah tu jangan la pi beli tshirt bundle pulak. Kot ye pun asal ikhlas ye dok? Biarla yg ada memory terindah dengan jenama mengikut trendy terkini.

Jom hakak share tips nak pilih t-shirt!

Walaupun tshirt dikenali sebagai pakaian lelaki yang paling gemar dipakai dan versatile, terdapat juga ramai lelaki yang menggemari koleksi polo shirts atau tshirt polo. Apa yang membezakan tshirt dan polo shirt adalah;

1. Material yang digunakanBiasanya koleksi polo shirts diperbuat daripada fabrik yang lebih tebal.

2. Tshirt tidak mempunyai kolar dan koleksi polo shirts pula direka dengan berkolar

3. Koleksi polo shirts direka dengan rekaan berbutang tiga pada bahagian leher

Selalunya polo shirts ini kerap dipakai oleh lelaki yang gemar bergaya smart casual di mana ia tidaklah terlalu formal dan pada masa yang sama tidaklah terlalu casual.

Berikut merupakan beberapa gaya pemakaian polo shirts for men  sebagai panduan anda :

                   
Seperti yang disebut sebentar td, anda boleh menggayakan polo shirts ini bersama pemakaian seluar slacks untuk ke pejabat atau majlis-majlis yang memerlukan anda untukberpakaian kemas
                   
Untuk para pelajar kolej yang tidak dibenarkan untuk memakai tshirt sewaktu ingin menghadiri kuliah pula, tampil kemas dan santai dengan memadankan baju polo anda bersama jeans yang anda gemari.
                    
Dan untuk gaya santai di hujung minggu pula adalah dengan pemakaian baju polo tersebut bersama seluar pendek anda

Anda masih kekal selesasantai tetapi pada masa yang sama kelihatan ‘smart’ berbanding gandingan seluar pendek bersama t-shirt biasa

Okei.. So tips dah share. Jangan lupa klik link di atas untuk tengok the best price untuk t-shirt polo for men! Boleh la hadiahkan untuk yang tersayang! Muahciked! Heheee
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page