Daisypath Anniversary tickers

18 September 2016

Resepi donut choc dari chef

Assalamualaikum.

Hari-hari pikir nak update blog. Hari ni baru terlaksana. Hehe

Sebelum subuh hari merancang nak buat donut dengan choc. Bukan yang salut choc tu. Tapi mungkin di ubah suai sebab nak habiskan choki-choki anak dara. 

Sempat google kejap dan terjumpa resepi chef ni. Ye k tak chef. Tak sempat nak selidik blog tu. 

I try follow sebab bahan mudah. 

Disebabkan pakai philips breadmaker, kerja lebih mudah. Tapi kene setting sekarang supaya boleh makan pukul 8am nanti. 

Sekarang pukul 5:05am. 

Kalau guna breadmaker, masa 1 jam 30 minit diperlukan untuk uli doh.

Sebelum lupa, tepek resepi sini sesiap untuk panduan bila anak-anak besar nanti. Haha!

Bahan-bahan donut choc!!
  • 3 cawan tepung gandum
  • 4 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 2 sudu susu tepung
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu butter 
Bahan A:
  • 2 sudu teh yis mauripan
  • 1/4 cawan air suam
  • 1sudu teh gula

Cara cara:
  1. Satukn bahan A dan biarkn berbuih. Ketepikn.
  2. Masukkn tepung, gula, garam dan susu tepung ke dalam mangkuk. Gaul sekata dan lubangkan di tengah tepung. 
  3. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga llicin atau tidak melekat ditangan. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau  menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
  4. Tumbuk doh untuk keluarkn angin. Bentukkn menjadi donut.
  5. Biar sebentar donut naik sekitar 15 minit kemudian bolehlah digoreng. 
  6. Celupkan donut dengan coklat cair.
  7. Selamat mencuba.
Gambar takda lagi. Nanti saya sis upload lain selepas selesai ok. ☺️

1 comment:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page