Daisypath Anniversary tickers

20 April 2012

:: SEBAB-SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP...???!!! ::entry copy paste

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur
di suatu ketika dulu. Hanya
boleh disebarkan pada orang2
tertentu sahaja...

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu
pernah diceritakan bahawa terdapat
satu bilik dipanggil "Bilik
Terakhir". Dibilik inilah seringnya
berlaku kejadian pelik sejak Penjara
Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK
TERAKHIR " adalah kerana dulu ia
merupakan bilik kediaman terkahir
bagi si pesalah jenayah berat
sebelum menjalani hukuman gantung
sampai
mati pada keesokan harinya dibilik
gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah
dikatakan akan meratap,menangis,
menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana
menyesali kesalahan mereka yang
lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat
menghadapi maut keesokan harinya yang
telah diketahui mereka.

Menurut kata
warden-warden yang masih ada di
Penjara Pudu sewaktu proses
pengosongan Penjara Pudu dijalankan,
mereka sering terdengar suar a-suara
sayu meminta tolong, suara orang
menangis dan bermacam-macam lagi
dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang
terlihat seekor kambing hitam
sering masuk menembusi pintu bilik
itu tanpa dibuka dan kemudian tidak
pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang
dipanggil bagi memulihkan bilik
tersebut
mengatakan bahawa suara-suara yang
sering kedengaran diwaktu malam
dari Bilik Terakhir itu adalah
akibat roh-roh pesalah yang mati ditali
gantung tersebut tidak tenteram
kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu
malam Jumaat ketika hujan
renyai-renyai seorang warden telah
ditugaskan mengawal kawasan yang
berhampiran dengan "Bilik Terakhir"
itu. Ketika sedang berkawal
kira-kira lebih kurang pukul 01:00
pagi beliau terdengar seperti tapak
kaki sedang berlari-lari berhampiran
bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk
melihat apakah bendanya itu.Sedang
ia mengamat-amati maka terlihatlah
dalam kesamaran seekor kambing
hitam sedang menuju kearah Bilik
Terakhir itu lalu lesap begitu saja.
Ia berasa harian bagaimana seekor
kambing boleh ada dikawasan itu?
Oleh kerana ingin tahu ia beranikan
juga diri menghampiri Bilik
Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati
pintu bilik itu telah bertukar
menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa
gementar, seram serta menggigil
ketakutan namun diberanikan juga
diri memasuki pintu gua yang
samar-samar itu sambil meninjau-
ninjau didalamnya jika terlihat akan
kambing tadi. Apabila sampai
je kedalam gua tersebut alangkah
terperanjatnya ia bila didapati
banyak harta karun dalamnya. Ia cuba
mengambil harta itu tetapi tiba-tiba
hilang dari pandangan lalu
menjelmalah satu lembaga yang
mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak
sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan
kauuu yang punyaaaa " " ahmad albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha
Ha " Yaaaaaaa, ahmad albab yang
punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.


p/s: best tak bace cite ni?haha..ni entry autopublish..aku tengah cuti kawen..esok hari nikah dah?neves2.. T__T lepas balik cuti kawen aku akan terjah blog korang yang tinggal jejak kat sini oke..

19 April 2012

:: BERMANDI LULUR DI HEAL & BEAUTY SPA ::

 
B2B sekalian..dah ambik pakej untuk memanjakan badan di SPA??urut badan..mandi lulur...mandi susu.mandi bunga..ecewah..

Aku dah..hehe..Aku amik pakej untuk Lelaki & Perempuan..incek tunang tak nak pun berSPA-SPA sebenarnya..aku yang paksa beliau..sebab aku ada dapat special disc dari owner SPA tu...so, berbaloi-baloi la aku amik pakej kat situ..

Kalau korang ada nak try jugak buat treatment, boleh la kontek no kat atas tu..tu kontek nombor kak emi..boleh terus buat appoiment dengan kak emi..die sangat-sangat lah friendly..luv u lah.. =)
Nak cite panjang-panjang ke proses yang aku buat masa tu?tak kan nak cite kot..malu la..hehe..

tapi aku buat untuk pakej 1 badan la..last week aku datang buat rawatan muke dan sauna je dah dekat 4 jam..incek tunang pulak?sampai berdengkur masa die buat facial tu..hadei..kak emi yang tengah urut muke aku tu pun gelak je..

Tapi pakej untuk pompuan lebih sikit dari lelaki..bile incek tunang dah habis buat facial, muke aku tengah buat scrub..incek tunang g sambung tido kat katil tempat dorang buat massage..nasib baik la customer tak ramai time tu..boleh la dia berselubung dengan selimut dalam bilik tu..
Lepas tu untuk minggu kedua baru aku buat full body..ada massage,lulur dengan scrub, masker..lebih kurang 4 jam jugak..haa..part ni aku pulak yang nak tido..last sekali berendam dalam susu..lepas tu, rase bestnye badan..rasa nak datang lagi buat body pakej ni haa....

Untuk pengetahuan korang, dorang sentiasa buat promosi setiap bulan..pe kate korang kol dan tanya pakej ape untuk bulan ni..

p/s: entry autopublish..cuti kawen..lalala..~

17 April 2012

::BILE NAK KOMEN TANPA KAJI ASAL USUL, JADI MACAM NI LA ::


Jelas tak gambar di atas?boleh baca komen-komen yang dalam kotak?kalau yang kurang jelas..meh aku nak explain...

Aku tag gambar kad jemputan kawen di FB untuk member masa study dulu..tiba-tiba ada gerangan hamba Allah yang aku tak kenal (member kepada member aku) komen suruh pos kad jemputan...aku pun biar je la..Hamba Allah tu tak sedar sebenarnya dia dah komen tanpa membaca empunya nama kad tu..main belasah je komen kat gambar kad kawen tu..

16 April 2012

:: ENTRY COPY PASTE Cara terbaru menyebar Virus HIV ::

Cara terbaru menyebar Virus HIV

Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya... Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau
telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati... Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi 'Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat
virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati... ...

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman... jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling... .mungkin terdapat jarum penyuntik di
dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya
meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda.

Sila SEBARKAN maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja...


LIKE JE KALAU NAK SHARE KAT FB KORANG..

15 April 2012

:: KOMITMEN KERJA BERTAMBAH!! GRR~ ::


Grr..!! kenapa bila marah kene letak *grr..!* kenapa tak letak *lala..* ke..tak pun *erk!* hoho..kenapa aku membebel ni..haha...nak marah pun tak boleh..kerja tetap kerja..
Di saat-saat aku sebok membuat persediaan nak kawen, ade la pulak kerja pangku-memangku ni..bukan pangku di riba okei.harap maklum..
baru-baru ni ada reshuffle staff lagi..secara automatic kerja aku bertambah bile aku diberikan 2 orang staff..kene didik dorang sampai jadi macam aku!kihkihkih..~ hebak sangatkah aku ini..poyo ade lah..
Salah satu dari kerja yang aku pangku sekarang ni, aku kene buat semakan ke atas kerja adik-adik yang baru masuk keje ni haa..letih mak..~  patutla tak boleh jadik cikgu..baru semak memo dorang ni pun aku dah bosan tahap gaban melihat kesalahan ketika membuat memo..

abaikan tulisan huduh aku masa tu.
Sebelum ni, aku macam dorang la jugak..buat kerja dan asyik kene amend.naik nyampah rasenye.ade je pembaharuan dari mereka yang di atas..haha..bile dah ada anak buah ni, kena la tunjukkan contoh yang baik dan bagus!huh~ terasa macam palsu je..dan aku kene menjadi seorang yang sangat teliti walaupun realitinye tidak begitu..

Tapi, aku cube menjadi seorang 'akak' yang baik dan sporting untuk dorang supaya dorang enjoy dan tak rasa menyampah buat keje dengan aku..nanti aku jugak yang susah...

Kebaikannya..mungkin aku akan jadi lebih bertanggungjawab untuk pikul semua kepercayaan dorang kat aku dan menurunkan ilmu (cewah..macam ilmu ape dah ni) kepada staff baru..Keburukannye pulak, gaji aku tak naik walaupun kerja yang aku buat ni bukan lah untuk level position aku sebenarnya..sebab tu aku marah!Grr~ sekian!

p/s:entry autopublish je..sekarang tengah cuti-cuti nak kawen!lagi seminggu..DUBDABDUBDAB..hehe..pas aku habis cuti aku terjah korang okei??

14 April 2012

:: COUNTDOWN ::

 
 
 
!!ENAM HARI LAGIK!!

!!DUB DAB DUB DAB!!

13 April 2012

:: TAZKIRAH : SANGGUL TINGGI PENGHALANG BAU SYURGA? ::

REALITI UMAT AKHIR ZAMAN..

MasyaALLAH.. Mengapa? Walaupun kita tahu hadis Nabi akan SANGGUL yang TINGGI ni, namun masih tetap dilakukan.. Mengapa?? Mengapa?? Cantik ke sanggul?? Nak dapat perhatian yang bukan muhrim?
masyaALLAH,.HENTIKAN SANGGUL!!.Mungkin berasa ''yakin'' apabila menyanggulnya.. La Ba'sa ayuh kita baca pengertian tabarruj di sini.. Tabarruj dikatakan sebagai berjalan dgn berlenggang-lenggok atau memperelokkannya.

Ada juga yg mengatakan bahwa tabarruj ialah melepaskan tudung kepalanya tetapi tidak mengikat/mengetatkannya lalu terlihatlah rantai leher, anting2 & lehernya.

Pendapat lain pula mengatakan, tabarruj ialah memperlihatkan keelokkan/kecantikkannya yg sepatutnya wajib ditutup.

Firman Allah: "Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu & jgnlah kamu berhias & bertingkahlaku (tabarruj) spt org2 jahiliah dahulu." [Al-Ahzab:33]

p/s:ISLAM melarang sesuatu ada KEBAIKANNYA bukannya untuk menyekat sesuatu yang umatnya suka..waallahulam..


(sumber :copy paste FB)

**entry autopublish je..tengah cuti kawin..^_^ **

12 April 2012

:: CUTI KAWEN ::


Dengan rasminya aku bercuti selama 3minggu bermula hari ni...

yeba yeba yeba...

blog ni akan berabuk selama 3 minggu..phew..lepas balik bercuti aku akan kembali berkunjung kat blog korang!!

11 April 2012

:: PASEMBUR SPECIAL KG.BARU ::

Baru-baru ni aku ada pegi makan kat kedai makan Mee Rebus dan Pasembur Special kat Kampung Baru..Kedai ni berdekatan je dengan opis aku..Jalan kaki pun sampai..
 
Yang specialnye, kedai ni dah masuk tivi untuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan..tapi dah lama dah kuar tivi..Zaman anak Chef Wan jadi pengacara rancangan Jalan-Jalan Cari Makan..
 
Incek tunang sampai je kedai tu terus order air asam boi..harga? RM4.50...sangat tak munasabah rasanye..sebab selalu gi mana-mana kedai, bile air tu tak sampai pun RM4..dengan size glass yang macam tu, nothing special sampai harga RM4.50..
 Kat bawah ni pulak mee rebus..harga RM5.00..ni yang biasa je..bukan Mee Rebus special..rasenye pedas-pedas..
 Aku pulak order Pasembur biasa..RM5.00 jugak..bukan Pasembur Special...pun rase pedas-pedas gitu..
Aku order air biasa je..limau suam..so, malas nak snap gambar air yang biasa-biasa tu..hehe...Total bil?hampir RM16 untuk menu sedemikian rupe....

Pada aku, tak berbaloi-baloi pun makan kat situ...bukan nak kata harga mahal sangat dan bukan nak berkira harga makanan..tapi dengan harga macam tu, dan presented food yang 'biasa' je, macam beli kat pasar malam..Rasanye beli kat pasar malam lebih sedap dan lebih murah..

Tapi ni adalah citarasa masing-masing kan..lidah lain-lain...hehe..jadi, jangan la marah dengan komen dari aku tu..tekak aku dan si tunang kata, biasa je..tak la sedap sangat..hehe..sekian...

p/s: ni entry autopublish je..rasanya aku tengah bercuti kawin time ni dan bizi dengan persediaan wedding aku minggu depan..lepas habis cuti aku bw kat korang-korang yang tinggal jejak di sini okei.. =)

10 April 2012

::DIALOG MENJELANG CUTI KAWEN ::

Seperti yang aku hebahkan sebelum ni, aku akan start balik kampung malam ni untuk cuti kawen..stret sampai bulan Mei nanti..

Otak dah lemau, jasad dah feeling macam hari ni hari Jumaat sebab aku nak balik kampung..huhu..~

Situasi pagi tadi masa on the way nak pegi keje dan di dalam kereta..

Aku : ish..asal hari Jumaat je mate ni mesti sakit..nak MC lagi la tu kot...
Incek tunang : mengigau ke pe?ni hari selasa lah.
Aku : Ea?eh..ingat Jumaat dah..sebab malam kang nak balik kampung..hehe..(buat muke tak malu)

Lepas tu pura-pura buat macam tak ada ape-apa berlaku..sekian!

:: HADIAH KAHWIN IN ADVANCE!! ::


Fuhh..~ kembang kuncut lobang idung ni bile dapat hadiah di pejabat hari ni..hadiah kawen kaww..~ Awalnye akak ni bawak adiah..belum bersanding lagi la...hoho..~
Hadiah ni datang jauh dari Johor..wow..~ Johor ye..hehe..buat-buat jakun pulak..nyampah!! ekcelli hari ni ada miting dengan staff branch..dorang semua datang HQ..so, alang-alang dah dia sampai KL, terus bawak adiah..tak dapat datang wedding aku nanti katenye..terima kasih kak..luv la..muah..~

Cube teka isi kandungannye?hehe..~ berdasarkan paper beg tu, aku macam dah tau hadiah ape di dalam..hihi..tapi tak nak bukak lagi..nak tinggal kat umah baru..lepas kawin nanti baru bukak..surprise la kunun kan..kui3...

:: JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN MAY & WAN ::

(sticky post sehingga hari peristiwa bersejarah..scroll ke bawah untuk entry terbaru)
 

Dengan rasa rendah dirinye, CM nak menjemput semua kawan-kawan blogger yang tengah baca entry ni untuk datang makan nasik minyak free pada 21hb April 2012 kat umah CM..

Sudilah kiranya korang mengemelkan alamat secepat yang mungkin untuk CM pos kan kad jemputan ye menghadirkan diri ke majlis ni ye..kalau nak printout kad dari gambar di atas pun boleh..takde masalah.nak mintak alamat korang untuk pos kan kad, dah tak sempat dah ni..untuk yang tak dapat datang tu, pos hadiah pun boleh...hehe...

9 April 2012

Kemas umah baru

Barang-barang x boleh bawak keluar semua lagi..

Kumpul kat tengah-tengah dulu.bungkus dengan plastik.sebab tuan umah nak cat baru..so,lepas cuti kawen la kot baru boleh kemas all out..tak gitu??

p/s:tajuk entry mcm x de kene mengene dgn isi je kan..hoho..

:: GUEST BOOK DAH SAMPAI ::

 

Hari tu kan aku ada update sikit pasal Guest Book untuk wedding aku yang akan menjelma beberapa hari lagi..DUBDABDUBDAB..neves maaakkkk...hadoih..sakit perut aku memikirkannye..
Pada hari Isnin bersamaan 2hb April 2012, Kak Shikim dah pun poskan Guest Book yang dah disiapkan tu..Dan pada hari Selasa bersamaan 3hb April 2012, Guest book tu dah selamat sampai kat opis aku..
Eh, cepat pulak ye pos laju dari Sabah?sehari je..pantas dan efisyen sungguh pekerja POS MALAYSIA ni..
So, tu la die Guest Booknye...selamat mencuci mata ye...tak sempat nak snap gambar banyak-banyak..sebab keje banyak..lepas tu dicampur pulak dengan mood yang agak ke lauuuuttt ni..bese la..tarikh hari besar aku dah dekat kan..risau den ni haaa...zaman bujang aku dah nak ditamatkan...walllaaaaa...

p/s : nak tengok lagi handmade Guest Book, box, dan macam-macam lagi?tengok kat entry INI..ada link beliau... =)

7 April 2012

:: FOOT DETOX UNTUK SLIMMING ::


Hari ni nak perkenalkan kepada korang semua kepada Foot Detox Slimming Patch..Ini adalah salah satu cara yang aku gunakan untuk mengurangkan berat badan aku di saat-saat akhir menjelang perkahwinan..hehehe..misi aku nak kurangkan berat badan je kan..bukan nak kuruskan badan...hehe...
Foot detox slimming patch ni aku dah pernah pakai sebelum ni..memang berkesan pun...dengan penggunaan setiap malam, berat memang kurang..
Tampal kat kaki macam tu je..lepas tu tido..so,toksik-toksik dan lemak-lemak yang tak berguna kat badan tu akan diserap dalam herba yang korang tampal kat kaki tu...

Aku memang selalu amik stok dengan banyak untuk kegunaan sendiri disamping tu, ada jugak kawan-kawan yang tempah jugak untuk dorang pakai..sebab, kalau aku yang beli komfem la aku dapat murah kan..hehe..

BERMINAT TAK NAK JUAL FOOT DETOX SBG SITE INCOME??

Aku nak buat offer ni..haha...kalau sesiapa di antara anda yang berminat nak buat site income dengan menjual Foot Detox ni boleh roger aku..di mayzura@ymail.com

Aku jual secara borong je..tapi , kalau ada yang berminat nak beli untuk pakai sendiri pun aku layan jugak..

Untuk harga pulak, emel ye..aku layan pertanyaan korang melalui emel..bukan ape..aku tak mau ada orang mengambil kesempatan dengan harga yang aku offer..tapi dijamin harga aku bagi memang murah la..memang aku tak nak pamerkan harga kat sini sebab takut ada peniaga lain yang rase tergugat..

Buat masa ni, ramai cikgu-cikgu yang ambik stok dari aku untuk jual kat sekolah..so, kalau korang ada niat nak jual secara online, jual kat kolej / opis atau nak pakai sendiri je pun boleh...

:: SIAPAKAH PALING POPULAR ABPBH 2011? ::

 

Siapakah yang korang vote dalam Top 5 di atas???

Aku vote untuk Zizan Raja Lawak la..tapi, yang lain-lain pun glemer jugak...Dato' Siti Nurhaliza menten glemer kawww..~ hehehe..

Nak tau aku vote kat mana?kat Rotikaya je..saja menggediks di situ..lala.~

6 April 2012

Bubur nasi special kg baru


Nyummy...br kuar opis..lapar sgt.belasah bubur nasik...

:: JUARA SOTO?? SEDAP KE?? ::

Baru-baru ni aku pergi kat kedai makan Juara Soto kat Ampang..erm..hari tu masa pusing-pusing cari rumah sewa, ternampak kedai makan ni..orang pun ramai jugak yang mengisi perut kat situ..menu  kat kedai tu yang paling special tentulah Soto..ada soto special lagi..

So, sebagai orang jawa (yang tak berape terer speaking jawa) dan pencinta soto..(cewah...) aku pun gi la kedai tu nak try menu soto tu..

Macam bese,pegi bersama tunang tersayang.. (hukhukhuk..jangan muntah darah..ni bukan entry jiwang..) kami berdua order soto..yang bezenye, dia order mi soto..aku pulak bihun soto special..tak nak kalah tu..order nak yg special je.. =)
Untuk bihun soto special harganye RM6.50 je.haa.yang specialnye kat dalam tu die tambah lebih ayam dan ada begedil.air yang berbuih bukan main meriah lagi tu adalah air Nescafe Ais 3 layer.incek tunang kate air tu sedap...

Tang soto tu pulak...erm..nak aku komen ke?kalau aku komen kang, takut ada yang tersinggung hatinye..lala..~ aku rasa sedap lagi soto kat Pasar Malam Pandan Jaya yang harganye RM3.50..hihi...

erk..~ tapi lagi sedap kalau mak aku yang buat soto...hihi..~

:: 1st TIME REJEK MC! ::

Ape aku nak mengarot pepagi ni kan..lala..Ni entry basi je..kejadian berlaku pada 30hb Mac baru ni..~ Baru nak hupdate sebab baru perasan aku ada gambar untuk entry berkaitn ini rupenye..hehe..
Pernah MC tak?Pernah mohon diberi MC tak?mesti pernah kan..kan..dengan jujurnya, dulu aku pernah jugak gi klinik mintak MC..sakit sikit je..bile jumpa doktor aku tanye, boleh MC tak esok?hehe..~

kadang-kadang baru je nak demam..cepat-cepat jumpa doktor sebab takut suhu panas tu jadi sejuk semula...susah la nak dapat MC nanti..hehe..~

Bukan aku ni kemaruk sangat nak MC..Tapi,sebab company bagi kitorang 14 hari untuk MC..kadang-kadang untuk setahun aku gunakan 3 hari je..kalau MC tahunan ni dapat carry forward macam cuti tahunan okei jugak..tapi, kalau tak habis, memang burn aje la....

Akak senior kat opis aku ni kata, rugilah tak guna MC company dah bagi peruntukan..tapi, akak tu memang sentiasa 'sakit'...MC die mesti hampir habis setiap tahun..Aku pulak?puas nak habiskan MC tu haa...bile hujung tahun, ada balance 11 hari lagi MC...belum tengok cuti tahun lagi yang membuatkan Munn dengki dengan aku..hahaha....

Uihh..panjangnye mukadimah!perisisan sebenar adalah, pada 30hb Mac tu doktor bagi aku MC..katanye aku ni sakit mata..tapi, disebabkan aku dah pakai baju keja dan dah inform kat bos aku masuk lewat sebab gi klinik, terus aku tolak 'tawaran' MC dari doktor tu..wah..kagumnye aku pada diriku sendiri..haha...

Tapi doktor kata.. 'no no no..u kene cuti hari ni. nanti u tak boleh focus buat kerja sebab mata u sakit..' Oh..sungguh prihatin dan berjiwe rakyatnya doktor ni..lepas ni nak datang klinik beliau lagi la pada hari dan waktu yang sama tapi di bulan yang lain..

Jadi, aku pun terdiam dan berpikir sejenak...em..okei jugak..boleh aku kemas barang-barang untuk pindah dengan senang hatinye..sebab, time tu kawan-kawan serumah keje..so, boleh la aku guna ruang tamu untuk buat keje dengan tenang tanpa mengganggu privacy dan ketenangan orang lain..hehe..
Bilik berjaya dikosongkan...yihaaaa...~ malam ni akan angkut lagi barang ke rumah baru...minggu ni penat banyak...huhu..~ tapi keputusan untuk tambah cuti dari 2 minggu kepada 3 minggu telah dipertimbangkan oleh diri aku..hehe.mungkin rabu atau kamis depan aku terus balik kampung dan bercuti sampai awal bulan Mei..rasanye balance cuti 17 hari untuk dihabiskan sampai hujung tahun nanti, cukup kot..~

Munn...boleh jeles lagik...hahaha...~

5 April 2012

:: KORANG SEMUA HEBAK-HEBAK BELAKA! ::

Wah..terror-terror kan korang semua yang menjawab dengan tepat gambar buah yang aku bagi semalam..tak ada yang salah pulak tu...

Dengan itu, aku nak belanje korang semua...makan limau bali dari Tambun ni haaaa..jom makan..jom..

Meh nak kupas limau bali..sebenarnye ni adalah kali pertama aku mengupas buah limau bali ni...selalu tengok je mak buat..pastu aku ngap ngap...~ hehe...sebab mak tinggal berjauhan dariku, kene la kupas sendiri kan...berdikari la sikit..


Hasilnye...wow..~ manis amat kawww...~

p/s: saje nak buat korang terliur..lala...~

4 April 2012

:: PINDAH-PINDAH ::

 

Tengah prepare untuk pindah ke rumah baru untuk minggu ni..separuh dari barang-barang, aku dah dipacking pada hari Jummat lepas..siap dapat MC lagik dari klinik.alang-alang dah dapat MC, aku kemas terus barang-barang dengan tenangnye sebab semua housemate gi keje..

malam ni nak pergi amik kunci rumah..mungkin akan berulang-alik dari umah sewe bujang ke umah sewe baru minggu ni..sampai la semua barang siap diangkat..

p/s : sekarang ni mood nak update entry agak ke laut....harap maaf..

:: JOM MAIN TEKA-TEKA ::



p/s: tau tak?kalau tau, sila lah drop comment.. =)

2 April 2012

:: DAH ISI BORANG CUTI KAHWIN..WIHUU.. ::

Hari-hari orang kat opis tanya kat aku....

Dah apply cuti? Bile start cuti? Berapa hari cuti?

Haduiii..rimas jugak dengan soalan bertalu-talu tu..sebab aku pun tak pikir lagi berapa hari nak cuti..cuti tahunan aku banyak kan..bese la..berlagak sikit.hikhikhik...ni dah berjangkit dengan perangai incek tunang yang tak suka merancang sangat..semua nak buat on the spot je...

Back to topic..

Lepas tu, aku tengok bos kecik aku dah isi form cuti untuk balik kampung bulan Mei nanti..aik!!aku yang nak kawen lagi 3 minggu pun tak isi form cuti lagi!!Die nak balik Kelate AJE pun dah isi form cuti???

Bile dah tengok macam tu terus aku amik form cuti yang dah lama duduk dalam tray ni, tapi aku tak isi-isi..hehe..
Untuk 3 hari sebelum kawen, aku pakai special leave..company bagi 3 hari special leave untuk wedding..hikhikhik..save cuti aku lagik..lepas tu, aku terus cuti direct sampai labour day..so, masuk keje bulan Mei la kan? lalala..~
Nak dapatkan Special Leave tu kena attach kan kad jemputan kawen..baru la bahagian HR luluskan aku punye special leave tu..~

So,aku bercuti kawen selamat 9 hari....tidak termasuk cuti sabtu ahad dan public holiday 1 Mei..Kalau campur sabtu ahad dah jadi 2 minggu lah!!kan?kan?

Bile ditambah dan ditolak bilangan cuti aku untuk tahun ni, ada 21 hari lagi balance cuti nak bawak lepas kawen..yeay!

1 April 2012

:: LEBAM STUDY ::

Hari tu aku ada cerita pasal insurans Prudential sikit kan...

akak agent tu datang je, bebel-bebel blablabla pasal insurans, aku pun terus ON..hehe..sebab aku memang dah aim untuk amik insurans Prudential..cume tunggu agent-agent Prudential datang menyerah diri kat aku je..haha...

So, akak tu kate aku ni agak LUCKY sebab urusan aku untuk dapatkan Medical Card senang je..tak macam orang lain..mungkin sebab aku ni tak ada rekod kuar masuk hospital kot...
Bila dah lulus dan setel semua, akak tu datang opis hantar Certificate Document seperti gambarajah di atas..Dalam tu ada lah note-note yang aku nak kene bace lagi..akak tu pesan suruh aku baca..tapi ni dah seminggu lebih kat meja aku..tak sempat-sempat nak bukak lagi..hoho...

p/s:macamane nak continue study ni.bku sebijik tu pun tak terbaca-baca...lala..~
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page