Daisypath Anniversary tickers

28 November 2012

BERMULA LAH!!BALIK TENGAH MALAM!!

 
MULAI  PETANG TADI, AKU AKAN BALIK TENGAH MALAM SEPANJANG MINGGU INI..BEST SANGAT!
 
 
sambung buat keje....
 
 
p/s: jadi, terpaksa la anda memahami kenapa dah tak nampak muka aku bw..

27 November 2012

Spontan Selasa Akhirnya

Assalamualaikum...




Kene dapatkan yang baru setelah 8bulan dekat 7 bulan menabur bakti..kihkihkih....masak pun bukan setiap hari...kadang-kadang (dekat selalu) balik keje pun dah pukul 9@10pm...aterrr..keroje gile lebih 8 jam hadap keje opis tak penat2??huhu...

kalau sampai umah lepas magrib atau weekend la dapur selalu berasap pun.. =)


Mujur masa kejadian tu,lauk terakhir sempat masak..takde la makan masakan separuh masak untuk dinner tadi...
posted from Bloggeroid

♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥

 
♥ Petua Merapatkan Hubungan Suami Isteri ♥

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh,satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang. WOW!

25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.

26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari. I Love u too..

27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

31. Basuhkan kereta yang dipakainya.

32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.

33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya. Yeay!

35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.

36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

48. Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

54. Solat bersama dan berdoa bersama.

55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau.Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.

63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.

75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

25 November 2012

Just lunch at secret recipe

Assalamualaikum...


Last friday,we all makan kat Secret Recipe Wangsa Maju...

Saje nak try makan tomyam kat sana...ari tu ada bloger kate tomyam situ sedap...tu yang terhengen nak try..tapi macam indah khabar je..huhu..dalam buku menu tulis ada king prawn..so,rasa okeila kot dengan harga rm13.50 tu..

Tapi,anak udang pun tak jumpe..ayam pun ada berape ketoi je..


Hm...

posted from Bloggeroid

24 November 2012

Kenduri durian dengan manggis lagik

Assalamualaikum...


Halu.. Kembali ke udara di tengah malam gini...ada lagj ke yang belum tidur??


aku sedang menunggu ni...menunggu si suami menyiapkan projek FIL...ngantok gile ni..tak siap-siap lagik..


Tadi family mertua baru sampai..siap bawak buah durian dengan manggis lagi..



Durian dari kampung ni memang sedap..puas makan...


Kate MIL ada lagi manggis dalam kereta.nak suh kitorang bawak gi opis. Sebab last week bawak gi opis sekejap je licin!!hehe...rezeki korang la kan dapat makan manggis puas-puas..:)

posted from Bloggeroid

21 November 2012

12 Panduan Atasi Masalh Tidur Bagi Ibu Hamil (copy paste)

Hari ni entry copy paste je..bukan WW hokei...untuk panduan bersama..ramai M2B kan..kan..kan...now aku pun dah lebih kurang 26 minggu kot...sakit bahagian tulang tu dah dirasai dari awal preggy lagi...sakit bile nak baring atas katil lagi la...selalu memang aku tidur mengiring ke kanan...tapi lepas baca panduan ni semalam, malam tadi aku tidur mengiring ke kiri pulak..hehe...jom bace sama-sama.. ;)
 
 
****************
 
Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
 
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
 
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
 
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur/speaker pillow yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
 
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.
 
12 Panduan Atasi Masalah Tidur
 
1. Posisi tidur mengiring ke kiri
 Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
 
2. Mandi air suam
 Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
 
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
 Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
 
4. Minum Susu Suam
 Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
 
5. Amalan Tarik Nafas
 Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
 
6. Bersenam
 Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
 
7. Bantal Yang Menyangga
 Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
 
8. Suhu Bilik
 Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
 
9. Katil Yang Selesa
 Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
 
10. Rutin Tidur
 Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
 
11. Pakaian Tidur
 Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
 
12. Suasana Bilik Tidur
 Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.
 
 
Sumber : cherishMama

19 November 2012

Shopping persediaan untuk baby nanti

Assalamualaikum...


Halluuu...dah beberape hari ni tinggal blog bersawang-sawang...moh gotong royong cuci sawang yang ada ni....



Last week tersangat la bizi walau keje dan cuti berselang-seli..pada masa kini,memang 'dok dang' arr nak update blog time keje or lunch hour or after 530pm pun..



Last friday jugak MIL datang umah..die cakap boleh dah nak buat tilam baby ni...eh...my MIL nak buatkan tilam baby...tilam beli tak sedap katenye...



Terus ajak my MIL gi carik kain cotton kat Nagoya Wangsa Maju...ekceli macam nyesal sikit gi sane sebab tak banyak choice untuk kain cotton kalau nak compare dengan Jakel Masjid India...tapi;sebab nak gi tempat yang senang parking,aku redha je gi Nagoya Wangsa Maju..lagipun,FIL cakap 1 jam je boleh jalan-jalan sebab dia tak nak gerak lewat nak balik Pahang..huhu..kitorang pun cepat-cepat masuk dalam..



So,ni je yang mampu menarik perhatianku dan my SIL...

Hitam itu menawan!hihi...plan nak kaler terang,MIL cakap nanti mata baby berpinar..oooo....



Harge kain tu semeter rm9.80 je.tak la mahal sangat..untuk warna tanah hitam ambik 2meter and warna tanah putih pun ambik 2 meter je...so,ada la contra sikit nanti kat bantal ke...kan..



Ada jumpa jugak cotton yang bercorak kartun,my MIL cakap kain tu berbulu bila dah pakai lame...harge?op koz la murah ckit.dalam rm5.80 semeter kot...so,tengok dari jauh je la.hihi..



Hasilnye??tunggu MIL siap jahit lah!!



Oh...aku beli eli cotton putih jugak..bukan nak buat baju sekolah anak sape-sape..tapi MIL cakap nak buat barut baby.katanya ada banyak lebih gi stok tali barut tu...aku pun cakap, 'ikut mak la...' hihi...taknak nyusahkan..tapi..dah offer..ku terima dengan lapang di dada..



Buat masa ni,ini la barang pertama beli untuk baby..hihi..baju dan sebagainye yang lain belum dijengah lagik..



Ni bukan cucu 1st ye..ni cucu no.7 untuk my MIL and no.7 jugak untuk my mommy...hihi...

posted from Bloggeroid

15 November 2012

Hasilnya dari minyak panas

Assalamualaikum...



Ngeh ngeh ngeh..orang lain masak jugak.tapi takda la sampai menggelembong jari tu kan...


Hasil daripada minyak panas yang melompat masa aku goreng jemput-jemput ikan bilis pagi tadi..


P/s:orang lain kene minyak panas jugak..tapi aku je koya gi publish kat blog kaaaaannnnnn.......

posted from Bloggeroid

Aurat kite

Assalamualaikum...




Di peringkat manakah kite berada sekarang ni???



salam maal hijrah...:)

posted from Bloggeroid

13 November 2012

Short entry

Assalamualaikum...


Tengah syok tido dapat call suh masuk opis...


Adoiyaaiii...


Betulla cakap my hubby semalam...hm..

posted from Bloggeroid

11 November 2012

Sambungan fakta tentang air gula dan aku 6 month

Assalamualaikum...


Untuk entry sebelum ini sila tengok kat sini..



So,checkup baru ni aku minum air gula dengan jayanya...fuh..berjaya jugak aku menghabiskan 1 cup air gula tu..kuantiti air gula tu bersamaan dengan 1 cup air yang jual kat pasar malam tu...banyak gilos!!



Apekah fakta pasal air gula di kalangan ibu mengandung??


Sebelum minum air gula,kene puasa malam sebelum minum air gula tu..sebelum minum air gula,darah kene ambik dulu..baru la nurse tu bagi minum air gula tu..lepas tu kene tunggu 2 jam...then nurse ambik darah balik..


Ramai yang tau air gula ni kene minum untuk detect penyakit kencing manis sepanjang mengandung...biasanye mommy yang kene minum air gula ni mommy yang berat badannya naik mendadak dalam sebulan...masa kat klinik tu aku tanye mommy kat sane..majoriti berat dorang naik 4kg dalam 2 minggu..wawwwiii..so,golongan macam ni memang diwajibkan minum air gula...



Tapi,untuk kes aku ni pulak kene minum air gula bukan sebab berat badan naik mendadak..sebab berat aku naik teratur gitu..eceh...kes aku ni pulak adalah sebab mengandung pada umur melebihi 25 tahun...jadi secare otomatiknye memang kene minum la...



Tapi,ada akak opis aku tu ngandong umur 32 tahun,tapi nurse tak suruh minum pun..nasib die baikla pegi klinik yang tak terlalu strict dengan patient..


Hm..tadi sempat jalan kat Jusco.tengok-tengok barang baby..hikhikhik..

Tengok-tengok je ye..awal sangat kalau nak beli pon..kan..kan..


Sebelum balik,sempat la aku meng'enterframe' kan diri sendirik!!huhu..saje buat kenangan aku di kala 6 month!

Peyot dah moncit!hihi..berat sekarang ni same dengan berat aku di kala study kat Kelate dulu...gemoknye aku dulu...lala..~
posted from Bloggeroid

9 November 2012

Check up for the 6 month

Assalamualaikum...


Beberape hari tak update entry..dan beberapa hari jugak la aku tak bw...maaf ye..dan maaf semua...


Kerja aku sangat banyak..nak nak pulak sekarang kene pikul banyak tanggungjawab...kerap pulak balik keje malam...aku dah buat keje laju-laju..tanpe membuka blog di waktu opis hour.menjadi pendiam dan statik duduk di meje tak ke mane kecuali lunch hour.tapi masih banyak yang harus dikerjakan..



Oh ye..back to our topic...semalam bersamaan 08.11.12 adalah appoiment aku di klinik untuk minum air gula...

Aku dah pun melalui detik penting itu dengan tenang...


Nak tau pe rasa air gule tu??kenape aku kene minum sedangkan aku bukan la suspek kencing manis?berat aku pun tak de naik sampai 4 kg sebulan macam orang lain yang majoritinye kene minum air gula sebab peningkatan berat secare mendadak..


Ada yang tau kenape kenape kenape??


kalau tau tinggalkan komen anda..sebab...ini entry bersambung..nak tido laaa..penat sangat..esok kene g opis kejap!haish!!
posted from Bloggeroid

7 November 2012

Sup tulang malam ini

assalamualaikum...


Hi!dah makan..malam ni dinner kami sup tulang..

Tapi tak sempat nak ambik gambar dari posisi yang cun..hihi...dah siap makan baru ambik gambar tulang..hihi

Ekcelli,my MIL yang masak.hihi..kalau aku nak masak tulang ni,tunggu wiken la kot..



Sedapnye la sup tulang my MIL masak..nyummy....

posted from Bloggeroid

Bantal Panas Untuk Di Jual!!Lai lai lai.. =)

 
Lai lai lai lai...



Hari ni nak bukak kedai semula..eceh...product baru dari kedai aku..erk..kedai ye...hehe..meh nak perkenalkan bantal panas...



Pernah dengar bantal panas?kalau tak pernah, fungsinye adalah lebih kurang macam batu tungku tu..bezanye di zaman kala yang serba canggih ni, batu yang comel-comel untuk dibakar atas dapur api, dah sukar diperolehi...jadi,dah dimodernkan menjadi bantal panas yang perlu di cas sahaja untuk memanaskannye...

 
 
Fungsi bantal garam :
  • Mengelakkan artritis. 
  • Baik untuk pesakit strok. 
  • Mengurangkan sakit servikal vertebra. 
  • Mengurangkan sakit kepala, sakit gigi 
  • Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan. 
  • Melegakan masalah sengugut (period pain) 
  • Membantu mengurangkan berat badan. (jika diamalkan selalu)
  • Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang 
  • Mengurangkan masalah perut kembung. 
  • Melegakan bahagian tulang patah

Berat = 1.7kg++ setiap satu.. berat gak ni...

Siapa yang sesuai memakainya?
* orang dewasa 12 tahun dan ke atas. 
* wanita yang baru lepas bersalin dan menghadapi senggugut. 
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin. 
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.

Cara-cara penggunaan:
Caj tungku selama 5 hingga 8 minit dan lampu khas akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan ia akan bertahan di antara 2 - 3 jam
 
Ciri-ciri:Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.


Sangat sesuai utk wanita yang lepas bersalin @ dlm pantang (seeloknya bawa bersama ke hospital,boleh digunakan selepas sahaja bersalin)


Membantu melancarkan peredaran darah

Membantu mengurangkan membuang angin dlm badan.
Membantu mengecutan peranakan

Membantu memanaskan badan di waktu kesejukan.

Membantu mengurangkan lenguh2 badan @ sakit badan @ sakit lenguh pinggang


Dapatkan bantal panas ni dengan harga RM25 untuk pembelian 1 unit..


Dan harga RM20/pcs untuk pembelian minimum sebanyak 5 unit...


Tambahan RM10/pcs untuk penghantaran pos laju..



p/s : emel kepada saya mayzura@ymail.com jika berminat..terima kasih.. =)


 

5 November 2012

Jaga la bahasa kita

Assalamualaikum...




Betul tak??budak zaman sekarang kalau tengok ayat mesej or facebook...memang macam ni kan?



Mane la dapat idea tu...




Awas ye..jangan sampai terbawak dalam karangan bahasa melayu pulak...

posted from Bloggeroid

3 November 2012

Lega ada kawan bekeje di farmasi KKM

Assalamualaikum...


Hari ni demam aku makin teruk..kepale makin berdenyut-denyut...suhu semakin tinggi...



Punce??since aku preggy ni memang aku tak pernah makan ubat bile demam...sebab?ada kawan berpesan...masa preggy tak boleh makan ubat sebarangan...doc pun akan suruh bertahan selagi boleh..tapi bile kandungan dah membesar,baru boleh makan ubat mengikut dos yang diberikan..ok..paham..???



so,sepanjang aku preggy ni bile aku demam,aku minum 100 plus dengan air cap badak je..klinik tu tetap pegi...sebab nak MC...hihi...(buat-buat senyum walaupun towel melekat kat dahi sebab nak turunkan suhu badan)



Bile gi klinik panel comp tu op koz la die bagi ubat kan???bagi antibiotik,ubt batuk,selesema,demam..tapi,dah 2x aku gi klinik tapi aku tak makan-makan ubat tu..kire kat umah ni dah macam klinik jugak r..ada stok ubat..



Bukan aku saje-saje tak nak makan ubat tu..tp takut ada side effect..macam kes sesetengah orang yang staff klinik tersalah bagi ubat...wooo..takut okei...nanti meroyan kesakitan...



Tapi,hari ni aku dah tak tahan...sakit sangat rasanye sampai aku terbaring dan berbungkus dalam selimut je..



terus aku berwhats app dengan kawan aku yang kerja di klinik gov..dah sah-sah die memang ada diploma pasal ubat ni.(sebenarnye hari-hari kami berwhats app untuk tau perkembangan perut masing-masing..tapi bile demam aku dah teruk baru teringat nak tanye pasal ubat)nak tau ubat pe blh mkn since preggy...die bagi la name ubat yang aku boleh makan..terus blurr hokei.ape name tah die bagi..panadol tu tau lah..aku tunjuk gambar ubat dari klinik..

Die suruh ambik gambar dari belakang..ada nama ubat...



Lepas tu die pun cek jauh dari Johor nun.hihi..die cakap ok..semua safe untuk aku...



Lega...sebenarnye aku bukan takut makan ubat...tapi since preggy ni aku takut dorang tersalah bagi ubat...macam kes-kes orang lain yang aku bace...



Berdasarkan rekod aku kat klinik,doc pun tau aku preggy almost 5 month..so die cakap die akan bagi ubat yang sesuai untuk preggy mommy..aku bukan tak percaya dekat doc tu.cume tak percaye dengan staff die...



Masa ambik ubat kat kaunter tu,aku tanye lagi..."ubat ni boleh makan untuk orang mengandung??"



die jawab pulak.."tadi ada bagitau doc tak mengandung??"


aku pulak jawab.."ada..."


die balas pulak..."kalau macam tu ubat ni boleh la makan time ngandong.."



Hadoiii..tak konfiden terus aku nak makan dengar jawapan beliau..aku pun tak makan ubat tu..bile dah tak tahan sakit tekak,beli gula-gula strepsils..ok la jap.lepas tu tekak sakit balik..



Now aku dah makan antibiotik,ubat demam dan selesema..jap gi mungkin mata aku layu...hopefully esok akan berkurangan kesakitan ini...



Tengah demam pun boleh buat entry panjang gini kan...boring..dari petang tido..ini la entry dari atas katil.



Sambil taip ayat untuk entry ni,baby menendang-nendang dalam perut..selalu aku akan pasangkan surah yusuf dan maryam untuk baby..since demam ni aku selalu missed untuk pasang dua surah tu..




Mate dah layuuu.....

posted from Bloggeroid

2 November 2012

Strepsils perisa orange melegakan tekak

 
Dah beberapa hari demam..tapi sehari je ambik MC...hari ni rasa makin menjadi-jadi sakit tekak...masa MC ari tu suara memang tak terkeluar dah...datang keje esok tu macam okei sikit...tapi hari ni rasa kepala semakin memberat, hidung makin tersumbat, tekak semakin perit...dugaan apakah??
 
 
 
Waktu malam adalah paling sukar untuk aku...sejuk...ditambah pulak hujan yang tak nak benti-benti...mesti aku terjage sebab hidung aku mula sakit..tekak aku perit..nak batuk...batuk tu kalau batuk yang biasa takpe..ni sampai aku kene bangun dari tempat aku baring..hadui...penat tau batuk seperti ini..mencucuk-cucuk rasanye...
 
 
 
Sampai je opis, macam biasa singgah kedai runcit kat bawah opis untuk membeli stok roti...terus carik gula-gula sakit tekak...tapi tak tau yang mane okei sebab rasanye 1st time beli gula-gula untuk tekak ni...nak ambik Woods ke...Strepsils ke...and ape-ape tah ade lagi kat kedai tu....tapi terus ambik yang ni..
Aku pun tak sure aku beli yang ni sebab betul-betul berkesan atau aku beli sebab dah selalu tengok iklan kat tv..hekhekhekhek....



Try & error je la...semoga sakit tekak aku berkurangan....lagipun, aku dah tau dah...walaupun aku demam, kerja-kerja aku tak pernah demam...dan orang kat sekeliling pun tak kan berhenti-henti mencari aku seperti biasa...walaupun aku buat muke menahan kesakitan dan nyampah bile nama aku di carik-carik..



eceh..ni luahan perasaan ke ape???
 

1 November 2012

Download Borang BR1M 2.0 Di Sini

 
Klik gambarajah di bawah untuk download borang BR1M 2.0
 
 
Sekian Time kasih.. =)
Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page