Daisypath Anniversary tickers

15 December 2014

Cadar Patchwork Warna Block Murah

Assalamualaikum...

Nak bukak kedai kecik sikit.. Sesiapa tang berminat, nak dapatkan cadar patchwork warna blocking..


So, ada 3 warna sahaja.. Boleh pilih cek mai pilih..

Tak payah susah payah nak tegangkan cadar pepagi hari. Sebab dia x mudah berkomot.. Haa.. Gituuu..

Harga?? RM130 sahaja.. Penghantaran?? Percuma sahaja..

Cepat selagi stok masih adooo..


Kek pisang & resepi simpel

Assalamualaikum..

Hai semua! Rindu sangat nak buat entry resepi. Cewah.. 

Semalam, hari terrrrr rajin.. Buat kek pisang yang marvelessss.. Kejap je buat.. Amik masa lebih kurang sejam sampai bakar tu.. So, kalau ada orang datang umah, sempat la buat kek ni. Hidang panas-panas gituuu.

Tanpa membebel panjang, nah resepi nye... 
Resepi dari pak google je kooo.. Screenshot simpan dalam henpon..  Kredit tu owner jintanmanis.com.

Memang terbaik resepi ni. Menjadi even percubaan pertama buat kek. Hihihi.. L
Ni la sesatunya loyang yang banyak berjasa untuk mini oven ku.. Buat pizza,agar-agar,puding roti,macaroni cheese, ape-apa pun lah resepi masuk oven, semua pakai loyang ni.. Iluvu much2 lah.
Aku ikut semua sukatan tu. Kecuali minyak.. Aku pakai suku cawan je. Cam tak yakin nk pakai minyak sampai setengah cawan. Hihi..
Gambar susun cecantik tak amik.. Dah susun lelawo, terus hantar umah jiran.. Bukan ape, nak pulang pinggan dia. Hari tu dia hantar cucur udang kat umah. Ni baru nak balas balik.. 
Si anak dara aku ni. Kerja mamaaam je semalam.. Sebab semalam jugak ada buat agar-agar milo. 

Hari ni nak buat apa ye untuk lauk tengahari??? Urm.....

1 December 2014

Rambut Baru

Assalamualaikum..

 3 minggu sekali update entry. Aci?? Malas ada.. Penat ada.. Sibuk pun ada.. Tapi, selalu teringat kat blog yang bersawang ni. Teringat zaman kegemilangan update 1 hari paling koman 1 entry. Tu kejadian sebelum kawen.. Nampak di situ? Kesibukan jadi isteri, mama, pekerja, part time biz online.

Semua benda nak buat. 

Semalam, bawak Qaira pi gunting rambut depan. Sebab rambut depan dia tu dah menusuk lobang idung anak dara ku. Hehee.. Punye la tak nak potong rambut dia. Motif? Nak ikat supaya nampak cute.. Cute ke? Kalau mak dia sendiri tak puji, sape lagi nak puji kan...
Terpaksa riba budak kecik ni sebab tak nak duduk sendiri..
Dah siap. Kejap je.. Lucky me, Qaira takde pulak mengamuk-ngamuk. Cuma tak reti dok tegak.
Siap. Kembang kempis lubang idung mama Qaira nak snap pic. Heehee.. 😝😝

P/s: update entry dari dalam KTM.. Dari termenung, bagi entry se!

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page