Daisypath Anniversary tickers

19 November 2015

Ok. Blog ini sepi. Blog mak buyong.

Assalamualaikum...

Sepi sungguh blog ni. Ke mane la tuan tanah ni kan. Huhu..

Kagum betul dengn kekawan bloger yang masih aktif dengan blog walaupun anak ramai. Aku ni baru anak sorang je mood update blog terus ke laut dalam.

Terkini, aku sedang pregnant. Sudah 8 bulan. Menanti masa nak bersalin..
Ni gambar masa kat JB bulan lepas. Melawat hello kitty town..

Qaira pun dah dimaklumkan dia bakal dapat adik. Hari-hari dia tanya adik tengah buat ape..

Kakak Qaira prektis tidokan baby.. 😊

Sekarang pun Qaira bahasakan diri dia kakak. Bila borak dengan dia dia panggil diri sendiri kakak.
Contohnye..
"Mama, kakak dah bangun.."

Dah bersedia kot nak dapat adik. Ehehe.. 

Aku dah pesan dengan dia, bila adik keluar dari perut nanti, mama tak nak tdo dengan kakak. Si kakak ni jerit-jerit cakap eh.. Tak boleh.. Mama kene tido dengan kakak.. 

Susah jugak ni nak berpisah katil dengan mama dia.

So, plan bersalin nanti... Aku decided untuk bersalin di Putra Medical Centre. Dekat Rahman Putra. Sekarang ni dah start checkup dengan doc pakar kat sana. Hopefully dipermudahkan.

Amin..



21 June 2015

Layan steak kat Steak Sempang Paya Jaras

Assalamualaikum..

Entry versi mengidam gerenti nanges kalau tak dapat! Hahaha...

Ada banyak kedai makan sedap kat kawasan rumah aku tinggal ni. Siang kampung sunyi bila malam meriah dengan kedai makan enak.

Alkisah member cakap kedai steak sempang ni sedap sangat. Aku pun ajak husband pi try..

Aku order beef rib steak..
Daging lembut. Kenyang gile sampai tak mampu nak habiskan ia. Hohoho.. 

Incek husband pulak order chicken chop.
Husband cakap sedap sampai licin dia makan.

Qaira pulak aku order kan mushroom sup dengan drumstick ayam..

Lepas tu untuk pencuci mulut order sloce choc cake.

Aku yang dah kenyang sangat tak lalu dah nak makan kek. Tak boleh g la makan macam-macam..

So totally sedap. Cume perut aku tak boleh nak masuk banyak makanan. Huhu..

Sesiapa nak try boleh la pi kedai ni kat trafik light simpang 3 paya jaras. Sebab tu nama kedai steak sempang. Lokasi betul dekat simpang.

Last sekali..
Wefie dari iols yang dah lama tak ke udara di blog ni. Muah ciked! Selamat berpuasa day 4!

20 June 2015

Salam Ramadhan!

Assalamualaikum.

Salam ramadhan semua!! 

Selamat menunaikan ibadah puasa untuk tahun ni. 
Qaira belum puasa pun baru 2 tahun. Hehee...

19 May 2015

Sambutan Hari Ibu Tadika & Taska Naluri Bistari

Assalamualaikum...

Baru-baru ni tadika & taska tempat Qaira school buat sambutan hari ibu. So ibu-ibu yang berkelapangan dijemput hadir memeriahkan majlis.

Aku datang sekejap nak bagi support. Cewah. Pestime kot attend aktiviti parent kat school ni. Padahal anak aku kat taska jea. Hihi.. Pepagi bute dah mandikan Qaira dan pakaikan baju sedondon dengan mama. Gitewww. Nampak tak keeksitedan seorang emak? Hewhewhee..

Dalam pukul 10:15am aku gerak dari opis menuju ke tadika. Sebab majis buat kat tadika je. Aku tengok Qaira dengan otainye dok atas kerusi tengok budak lain dengan mak dorang. Bila dia nampak aku, dia buat dek je tapi muka blur kot. Kenapa mama datang school cepat sangat ni.. Hehe..

Lepas tu baru dia tersengih-sengih lompat datang kat aku. 

Aktiviti memula potong kek.. Dan si anak suapkan kek kat mulut mama.


Untuk kes aku, aku paksa tolak tangan qaira suap kek kat aku sebab dia tengah kesedapan makan kek yang ada ice cream tu.
Aktivit makan-makan je lepas tu. Teman qaira makan kejap lepas tu aku balik bekorje. 

Mujur opis dekat! Hehe..

Selamat hari ibu semua ibu yang sedang baca entry ni!



25 April 2015

Aktiviti anak beranak cycling taman botani

Assalamualaikum..

Hari Jumaat, abah qaira cakap esoknye nak bawak kami gi Taman Botani Shah Alam...

Esok pepaginya aku goreng samosa sedap Desa Pandan untuk kunyah-kunyah while rest. Qaira pun suka samosa ni... 

Pukul 1130am gitu aku sampai Taman Botani.. Terus gi servey basikal sewa..
Qaira paling huntong. Jadi big boss. Haha.. Siap jerit-jerit masa basikal tengah turun bukit.. Kihkihkih..


Jenuh jugak mengayuh nak ke animal garden. Sebab berbukit tinggi. Terkejut urat-urat saraf tunjang aku.

Lepas tu singgah ke rumah iklim.

Masa ni tengah musim bunga. 

Masa ni qaira dah yakyak. Tak sanggup dok lama-lama dalam rumah iklim tu. Terus kuar pi cari toilet untuk Qaira..
Lepas tu pergi laman sawah.. Rasa angin sepoi-sepoi bahasa..

Tak larat dah nak ke rumah cendawan. Sebab penat kayuh basikal tengahari buta.. 

Lepas tu pekena aiskrim jap sebelum pulang basikal.
Lepas tu terus pulang home sweet home.. Tired.. Fuhh..






23 April 2015

Berbasikal di Taman Metropolitan, Kepong

Assalamualaikum..

New aktiviti baru kami anak beranak di zaman GST sekarang.. Berbasikal hujung minggu.. Bagi berpeluh. Bagi peha mak-mak orang ni kecik... :p. Kekonon je la boleh kecik kan...
Lama tak bagi peluh keluar... 

Bila naik basikal ni, baru tau taman ni besar giler!

Siap jumpa ikan keli yang baaanyakkk sangat. Tak tau la orang bela untuk jual ke atau memang kepunyaan Kerajaan. Sebab ada orang DBKL buat rondaan kat situ..
Pusing-pusing jumpa banyak bangau tengah lunch ikan hidup-hidup. Gile meeah makanan dorang. Tak payah nak terbang atas air usha ikan sebab ikan memang banyak kat tepi-tepi air tu..
Kami siap rehat bawah pokok kelapa nak bagi Qaira tengok bangau. Cewah. Padahal dah semput kayuh basikal.. Hihihi.. 

Sejam je kami cycling.. Sewa basikal sejam RM10. Ada banyak pilihan basikal untuk sewa. 

Kali kedua cycling, kami sewa basikal kat Taman Botani Shah Alam pulak. Yang tu entry nanti-nanti ye!

La ni, laki aku dok survey basikal kat kedai pulak.. Boleh tahan mahal basikal sekarang arrrr.. 



22 April 2015

Penjagaan Anak. Dari Pengasuh Ke Taska

Assalamualaikum.

Lama tak menaip di sini. Rindu rasanya. Alasan tak buat entry baru yang biasala.. Kesibukan bekerja. Balik kerja sibuk dengan anak. Eh, sibuk anak je ke? Bapak tak sibuk? Hehe.. Bapak sibuk bekerja. Tengah malam baru sampai rumah. So, si mak ni la hantar anak, jemput anak hari-hari. Mane tak terkejar setiap pagi kan. Just sometimes, bila si bapak keluar kerja lambat, dia la hantar si anak ke Taska dekat rumah kami ni.

Taska? Bukan hantar rumah orang ke dedolu..?

Masa memula pindah sini Qaira turn 1 year. Hantar pengasuh. Sebab aku tak konfiden nak hantar Taska yang ramai budak ni.. 

Tapi, bila pengasuh aku kerap sakit, aku pun tak mampu nak bertahan lagi. Sekali dia demam, aku kene cuti 2,3 hari. Lepas tu kekerapan demam tu tinggi pulak. Selalu aku amik EL. Kekawan pejabat pun dah bising. Bila aku EL, reason pengasuh demam. Dorang pun dah muak.. Dalam sebulan mesti aku EL! Sebab cuti banyak, aku tak kisah la sangat..

Biasanya aku sedapkan hati dorang.. Aku cakap, sakit tu bukan kite mintak.. Dah nak sakit, nak buat macamane...

Tapi, ada sekali tu, aku cuti straight seminggu, pergi bercuti & rehat kat rumah.. Hari 1st day aku bekerja lepas cuti, pengasuh Qaira cakap dia sakit mata.. Terus aku macam hilang sabar. Sakit pulak hati kite ni.. Tak kan baru habis cuti seminggu nak cuti lagi? Cammon la... Esoknya terus aku hantar Qaira gi trial kat Taska bawah rumah aku..

Nama Taska tu Naluri Bestari.

So far, aku memang dah riki-riki taska ni dari FB dia 2,3 bulan sebelum kejadian aku hilang sabar tu. Taska ni ada sediakan aktiviti ikut kumpulan umur kanak-kanak. Takkan yg baby2 nak diajak mewarna kan.. Hihi.. Macam umur 2-4 tahun ada aktiviti dia, baby pun ada aktiviti dia.

So 1st day tinggalkan Qaira, dia menanges bagai nak rak dekat setengah jam. Lepas dah penat baru dia reda sikit. Aku dengan abah qaira, duduk kat luar taska sambil dengar je la dia melalak. 2 hari gitu qaira tak nak join sangat aktiviti. Lepas tu, dah ok. 









So tu la aktiviti-aktiviti dorang. Cikgu-cikgu pun rajin update ibu bapa.. Hantar gambar anak-anak. So, we know they are happy every day.

So, pengasuh lama anak aku pun dah lancar perang dingin dengan aku. Bila jumpa buat tak kenal. Aku wasap tak reply. Masa awal februari aku ada cakap dengan pengasuh nak hantar Qaira ke Taska. Dia tak bagi. Bila aku hantar jugak, perang dingin dari dia la yang aku nampak.

Apa pun aku dah mintak maaf dekat dia & aku dah explain kenapa aku tukar Qaira gi Taska dengan short notis. Aku mintak dia halalkan makan minum Qaira sepanjang setahun Qaira dijaga.

But then, dia tak reply. Marah kot.

Kalau korang jadi aku, pe korang buat ??







14 March 2015

Dapat Duit 'Ganti' Dari TOUCH N GO

Assalamualaikum.

Cerita pasal kad touch n go aku. Aku up gred kad watson jadi touch n go. Bila ada even kat pwtc, aku pun topup RM20. Sebab nak gi pwtc naik KTM je dari rumah. 

Lepas tu aku perasan kredit dalam kad aku macam dipotong lebih RM5 untuk penggunaan kali pertama. So aku consider ada caj tersembunyik kot. Biar je la. Kasi halal..

Beberapa hari lepas tu, aku topup lagi. Sebab kene pergi course kat Hotel Dynasty Jalan Ipoh. Lepas topup je hilang lagi hampir RM5.

Aiik.. Ni memang dah menduga kesabaran aku. 

Terus aku call hotline touch n go nak tau apa masalahnye. Dah bagi detail kad, staff touch N go bagitau tu penalty sebab dorang tak boleh nak track location aku naik KTM.

Mungkin aku touch kad tak betul kot? Kan..

So dorang akan refund semula duit tu dalam tempoh sebulan. Kalau aku tak call, for sure aku pun tak tau dorang akan refund duit. Dan dorang pun tak tau kene refund duit aku. Ceewaah. Hahaha..
Duit tu pun dah selamat masuk dalam akaun. Alhamdulillah...



Part 2 Tempat Best Cuti-cuti Langkawi.

Assalamualaikum..

Sambil tidokan Qaira, meh nak sambung ceritera Langkawi kami hari tu..

Untuk PART 1 meh click SINI.

Hari tu dah cite tempat-tempat menarik kami pi lepas sampai pulau kan. So aktiviti petang tu pulak adelah... Tido sebentar lepas check in kat Resort. Hehe.. Dalam pukul 2pm gitu pi check in kat Langgura Baron Resort. Kengkawan dok rekemen tido situ. Harga RM180/night untuk bilik yang ada bath tab & RM150/night untuk bilik yang takde bath tab. Aku amik bilik mane??? Tentulah yang ada bath tab sebab anak suka berendam.


So dah check in, lelap mata sejam dua gitu.. Lepas tu aku ajak husbnand keluar pi Pekan Kuah. So kami pi Dataran Lang dulu. Tempat wajib la tu kannnnn.... Lepas tu baru survey tempat nyoping kat Kuah.
Posing sejam dua baru gerak gi tempat lain.

Bila anak takmo dok diam, gitu la hasil bergamboooo..

Amik video dan gegambor kat Dataran Lang dikala senja nan merah, lepas tu perut lapooo. Sebab tengahari tu makan laksa je belakang airport. Laksa power yang digembar-gembur laksa terbaik tu.. Mestila kene try bila dah sampai kannn..
So malam tu try cari tempat makan menarik. Tapi memasing dah penat, cari kedai makan area pantai cenang. Dekat sikit nak balik tido!


Terjumpalah kedai masakan thailan nama kedai tu Sawadee.. Masakan dia memang sedap. Quantity lauk dia hidang banyak. Kami order daging blackpepper, telur dadar + ketam, sotong tepung,  tomyam dengan air buah. Harga pun memang tak murah langsung! Hadei. Tapi sebab sedap & tak habis-habis bibir kami memuji keenakan makanan tu, tak de la menyesal kene bayor sampai rm60. Memang kenyang tahap tak larat nak habiskan lauk tu.


Malam tu balik bilik terus tido! Sebab nak bangun awal pagi untuk aktiviti island hopping pulak! Yeay!


Meh bagi teaser untuk entry Langkawi Part 3 pulak!



Ahaha.. Tunggu part 3 okeiii. Nak tdo dulu la nii. Nitezzz...




7 March 2015

Tips bercuti Langkawi part 1

Assalamualaikum..

After the chinese new year, kami laki bini gi Langkawi. Almaklum, laki bini jarang jalan jauh lepas kawen. Kene pulak sekarang si suami keje isnin-ahad. 

Tu yang terjadi holiday seminggu tapi 3 hari je kat Langkawi. Hari kelima cuti rest golek golek kat umah untuk restart energy sebelum masuk keje. Hehe

Tips paling senang nak bercuti, menabung lah. Hehehe... So since takde chance nak jejalan sebab dia busy, aku telah menubuhkan 1 tabung percutian. Isi je la brp hengget nak isi pun. Bila dapat chance nak berjalan tu baru la guna kann.. So tak kacau duit gaji. Takde la lepas balik bercuti menunggu gaji jatuh ke riba gituuuuu..

Tabung untuk 2014, tapi berjalan 2015 pun boleyyyyyyyhhh!

So duit tabung tu yang kami laki bini guna untuk beli tiket, nyoping kat haji ismail group, beli tiket gi pulau lah, naik cable car, makan, minum, bayar kereta sewa, hotel dan sebagainya. Hehehe..

Tips kedua, beli tiket flight yang boleh sampai awal pagi kat Langkawi.  Ahaaa.. So dalam sehari tu banyak tempat boleh pi. 

Aku booked tiket flight MAS. RM399 include tax & luggage 90kg. Aku beli 3 tiket untuk kami laki bini dan anak dara yang dah 2 tahun tu. RM399 tu tiket pergi dan balik. So kos untuk sehala is lebih kurang RM199.50 bagi 3 orang. Tiket pun aku takde la booked awal setahun pun. Booked dalam awal seminggu gitu..
Ni tiket nak balik KL..

Masa outbound ke Langkawi, aku hamek tiket 7:30am. Sampai Langkawi 8:30am. Tapi, pukul 4:30am dah gi KLIA koooooo. Sebabb kene check in awal 2jam. Mujur anak dara jarang ngamok bangun awal.

Sampai Langkawi, amik kereta sewa pukul 9:30am. Sewa honda jazz RM180 untuk3 hari.

Terus kami gerak pi tempat  cable car. 

Sampai sana baru pi breakfast. Lepas breakfast terus beratur pi hamek tiket combo yang super jimat untuk 3 aktiviti. Ingatkan datang hari selasa tak ramai orang. Rupanye, kene serbu jugak dengan ramai orang. Tapi tak le lama sangat beratur. Kalau weekend ni mau basah ketiak nak beratur amik tiket. Haha RM54/person untuk naik Cable Car, Skydome & kenderaan darat air duck tour. So tiket Qaira free. Kami laki bini punye tiket RM108. 

So dalam pukul 10 am dah masuk skydome dulu. Sumpah nyesal amik tiket skydome ni. Tah pape. Cecepat kitorang kuar pi naik cable car. Baru rasa bahagia.
Sejuk sangat dok atas. Angin kuat. 
Sampai tido-tido si Qaira. Hehee..

Dok kat atas tu hamek gambor bebanyak. Baru turun bawah. 

Lepas turun cable car, amik tiket Duck Tour. Sejam sekali kenderaan perjalanan itik ni ambik pelawat. So kalau terlepas, tunggu lagi sejam..
Duck tour ni, tiketnye mahal kalau diambil berasingan. Tapi kalau tiket combo murah ckit ler. Duck tour bawak kite jejalan kat darat dulu menghala ke pantai dan seterusnye ke laut. Memang berbaloi-baloi bak hangggg. 
Dapat tengok banyak pemandangan santek.


Lama jugak pusing kat laut. Thats Y la iols cakap berbaloi baloi....

Desiran angin buat Qaira tido lagi di riba mama. Cian. Mungkin ngantok bangun pukul 4am. Hehe..

So, nanti kite sambung ceritera langkawi part 2 pulak okei.. 

Daaaa..


22 February 2015

JOM BOOKING LIMO TAXI BUDGET UNTUK KE KLIA/KLIA2!!

Untuk sesiapa yang sedang merancang untuk bercuti atau ada urusan kerja yang kena naik fligth kat KLIA, boleh la hubungi Encik Mohd Khairulazwan di talian yang tertera di sini kerana dia ada menyediakan servis untuk kenderaan teksi LIMO budget. Teksi LIMO ni bukanlah teksi yang warna merah putih @ biru putih tu yer? Ini memang teksi untuk airport sahaja. So, tak boleh la korang nak tahan dekat tengah-tengah jalan mintak hantar ke Bukit Bintang! Hehe...

So, rupe paras teksi LIMO Encik Mohd Khairulazwan begini.. Cuma di bahagian no plat tu ada tertera LIMO.. so itulah teksi LIMO..

Servis yang disediakan adalah untuk hantar anda dari KLIA ke mana-mana destinasi di Semenanjung Malaysia. Nak ke hotel? Rumah? Ditanggung beres je..  Juga bersedia untuk menjemput anda dari hotel/kediaman ke KLIA & KLIA 2. Untuk KLIA 2, teksi LIMO hanya boleh hantar anda sahaja ke sana. Tak boleh nak tunggu di KLIA 2 kerana teksi LIMO ni khas untuk menunggu penumpang mereka kat KLIA aje.

Harga? Sangat budget dan ekonomi bergantung la lokasi korang nak pergi tu.. Daripada korang drive & park kereta kat KLIA while korang tengah fly or dok suruh orang gi KLIA jemput jauh-jauh, baik naik teksi LIMO je. 

017-9667969
017-9667969
017-9667969

Boleh call, mesej ataupun whatsapp yer! Buat tempahan awal untuk servis ni okey!

Daaaa..!!!!


Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page