Daisypath Anniversary tickers

14 March 2015

Part 2 Tempat Best Cuti-cuti Langkawi.

Assalamualaikum..

Sambil tidokan Qaira, meh nak sambung ceritera Langkawi kami hari tu..

Untuk PART 1 meh click SINI.

Hari tu dah cite tempat-tempat menarik kami pi lepas sampai pulau kan. So aktiviti petang tu pulak adelah... Tido sebentar lepas check in kat Resort. Hehe.. Dalam pukul 2pm gitu pi check in kat Langgura Baron Resort. Kengkawan dok rekemen tido situ. Harga RM180/night untuk bilik yang ada bath tab & RM150/night untuk bilik yang takde bath tab. Aku amik bilik mane??? Tentulah yang ada bath tab sebab anak suka berendam.


So dah check in, lelap mata sejam dua gitu.. Lepas tu aku ajak husbnand keluar pi Pekan Kuah. So kami pi Dataran Lang dulu. Tempat wajib la tu kannnnn.... Lepas tu baru survey tempat nyoping kat Kuah.
Posing sejam dua baru gerak gi tempat lain.

Bila anak takmo dok diam, gitu la hasil bergamboooo..

Amik video dan gegambor kat Dataran Lang dikala senja nan merah, lepas tu perut lapooo. Sebab tengahari tu makan laksa je belakang airport. Laksa power yang digembar-gembur laksa terbaik tu.. Mestila kene try bila dah sampai kannn..
So malam tu try cari tempat makan menarik. Tapi memasing dah penat, cari kedai makan area pantai cenang. Dekat sikit nak balik tido!


Terjumpalah kedai masakan thailan nama kedai tu Sawadee.. Masakan dia memang sedap. Quantity lauk dia hidang banyak. Kami order daging blackpepper, telur dadar + ketam, sotong tepung,  tomyam dengan air buah. Harga pun memang tak murah langsung! Hadei. Tapi sebab sedap & tak habis-habis bibir kami memuji keenakan makanan tu, tak de la menyesal kene bayor sampai rm60. Memang kenyang tahap tak larat nak habiskan lauk tu.


Malam tu balik bilik terus tido! Sebab nak bangun awal pagi untuk aktiviti island hopping pulak! Yeay!


Meh bagi teaser untuk entry Langkawi Part 3 pulak!



Ahaha.. Tunggu part 3 okeiii. Nak tdo dulu la nii. Nitezzz...




No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page