Daisypath Anniversary tickers

28 August 2017

Instant Shawls By Hayat Hijab Pasti Siap Cepat!

Assalamualaikum..
.
Ada yang mencari instant shawl tak? Saya recommended sangat dekat mereka yang cari instant shawl cuba Melissa Mis 4.0 by HayatHijab.
.
Material kain sangat superbbbb. Saya pun dah ada 3 helai koleksi daripada Melissa Mix ni.
.
Nampak agak labuh tapi boleh laras ikut paras mana yang kita nak. Selesa memang selesa sebab kalau saya yang pakai kacamata ni pun rasa tak de masalah untuk sarungkan Melissa Mix ni.
.
Warna kali ni founder keluarkan warna pastel yang rasa macam nak makan je.


 

 

 

 

 

 

 

 
Latest koleksi saya ialah warna orchid plum. Tak sabar nak tepek gambar kat sini okey... hiks.
.
Harga? Sangat mampu milik dan boleh hadiahkan kepada mak, kakak, adik, sepupu, semua la yang suka pakai shawls.
.
Hanya RM59.00 dan untuk postage tambahan RM8 menggunakan poslaju. Senang.
.
Sebenarnya, ada duit cash atau duit dalam akaun pun sama je bahayanya sekarang kan. Sebab sekarang ni semuanya dihujung jari je.
.
Oh ya. saya merupakan dealer sah untuk Tudung dari Hayat Hijab ni. 
.
Kalau nak cuba jangan segan silu whatsapp kat sini  `~012-9628636 ~
.
Okey. Jangan tak cuba. Sebab kalau dah cuba, komfem repeat warna lain lagi.
.
Thanks sudi baca. bye~

Macaroni Aglio Olio Mudah Tak Cukup Bahan


Assalamualaikum.

Hai.. Happy 28 August 2017! Hari gaji dah masuk. Hari gaji keluar bayar hutang piutang.. Begituuuu je la.. sob-sob sob.....
.
Jangan sedih-sedih. Usaha lebih kuat lagi untuk menikmati hari-hari mendatang dengan lebih indah. Heh..
.
Lagi indah tengok gambar makanan kan. Jom cuci mata tengok makaroni ni..
.

 
.
Saya tak tau macamana dan bagaimana anak-anak saya amat menyukai makaroni. Sikit-sikit makaroni. Dan biasanya nak bagi kena dekat tekat saya, saya buatkan aje makaroni goreng. Senang.
.
Baru-baru ni saya try Makaroni Alio Olio kot namanya.
.
Saya tak tahu resepi ni orang buat tak dengan makaroni? haha. Yang saya tahu biasa buat dengan spagheti ataupun fettucini. Tapi, ada saya kisah?Kita guna je bahan yang ada.
.
Kadang-kadang rasa kelakar. Tapi abaikan je rasa kelakar tu.
.
Resepi tulis pakai minyak olive, saya pakai planta. hehe. Resepi kata tabur spice flakes, blackpepper.. saya tabur blackpepper aje. spice flakes non hado.. yang paling penting, resepi kata guna kiub ayam, saya pakai kiub lembu.kikiki..
.
Bukan nak cakap apa la..dah siap tu sedap jugak..hehehee..
.
Dah malam-malam memang sebat apa yang ada kat dapor je. Tak kuasa la nak g kedai cari bahan masakan tanpa perancangan ni.hiks..
.
Korang ada macam ni jugak tak? kalau ada kita geng..

23 August 2017

COD Shaklee Vit C & Omega Guard. Bagus ke vitamin ni?

Assalamualaikum..
.
Cak!
.
Awal-awal entry tepek gambar anak bujang kan....

 
.
Sesaja nak suruh dia selfi dengan product mama memang tak dapek la kan. Tunggu punya tunggu la nak snap gambar dia macam ni.. Kekonon duta produk la.. aci tak?
.
Hehehe...
.
Ni member office yang order. Biasanya order stok shaklee ni memang dari kengkawan yang tahu saya dan Shaklee since 2012. Haa gittewww.. hehehe...
.
Promot sesangat tu takda pun sebabnya banyak sangat multitasking setiap hari.
.
Jom nak share sikit kebaikan Omega Guard dan Vitamin C dari Shaklee ni.
.
Apakah Manfaat Utama Omega Guard?
❄ Omega-3 merupakan asid lemak yang penting yang diperlukan untuk membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos
❄ Omega-3 diperlukan untuk mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS
❄ DHA and EPA boleh menentang thrombosis tekanan darah tinggi yang lebih rendah, dan kepekatan darah
❄ Membantu melincirkan saluran darah, dan peredaran darah yang lancar
❄ Membantu mengekalkan tekanan darah normal
❄ Membantu merendahkan tahap kolesterol, menghindar kolesterol LDL
❄ Mengawal masalah obesiti
❄ Mencegah arteriosclerosis
❄ Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
❄ DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran
❄ Mencegah penyakit Alzheimer
❄ Memelihara penglihatan dan pendengaran
❄ Mencegah migraine
❄ Mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, serta penyakit buah pinggang
❄ Omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat, dan kolon
❄ Merangsang kesihatan hati selepas pembedahan
❄ Paras asid lemak omega-3 larut dalam tisu rawan dan membantu untuk mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan
❄ Membantu memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout
❄ EPA dan DHA membantu menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan mental termasuk kemurungan
.
Secara ringkas kebaikan Vitamin C Shaklee
Tubuh kita amat memerlukan Vitamin C seharian. Kenapa?
❤ untuk merangsang pembentukan sel kulit yang sihat
❤ untuk merangsang pembentukan collagen
❤ untuk merangsang tulang, gigi, dan gusi yang sihat
❤ untuk menyokong kesihatan otot, cartilage (tisu), dan saluran darah
❤ untuk membantu melindungi sel akibat pencemaran sekitar
.
Sedikit sebanyak kebaikan produk Shaklee yang saya sempat kongsikan untuk hari ini. Harap-harap ianya bermanfaat untuk semua.
.
Kalau nak cuba jangan segan silu whatsapp ke nombor 012-9628636 untuk pencerahan lanjut. =)
.
Thanks sudi baca.. Bye..~

Roti Telur Goreng Semudah 1,2,3 Siap!

Assalamualaikum..
.
Hai. Buat apa tu?Buntu ke nak sediakan kudap-kudapan setiap hari? Meh saya kongsi idea Roti Telur Goreng.
.
Ni paling senang tahap boleh pejam mata je masa buat tu.
Ewah! Macam la saya pun goreng roti sambil pejam mata kan. kan. heh.. Jangan kecam akak okei.

 
.
Baru-baru ni kan musim dingin je. Ada ke musim dingin?? Sukati je kan.. Sebenarnya musim hujan. So agak dingin sejuk-sejuk. Asyik nak mengunyah aje kerjanya.
.
So terjadila roti telur goreng ni. Memang sedap bila lama tak makan,. Tapi jangan amalkan selalu sebab nya banyak minyak terserap weh. Membuntal nanti.
.
Tak pernah buat? Nak try. Meh saya share kan untuk newbi ok.
.
Bahan-bahan :
~ Beberapa keping roti. (saya potong 4 sebab senang anak-anak nak makan.)
~ 2 biji telur untuk lebih kurang 5 keping roti
~ sedikit garam
.
Cara-cara :
~ Masukkan 2 biji telur dalam mangkuk, letak secubit garam. Kacaukan telur tu macam buat telur dadar.
~ Celupkan roti yang dah dipotong ke dalam telur. Agak-agak semua bahagian roti dah bersalut telur terus masukkan dalam minyak yang dah panas.

Mudah kan? petik jari je siap!
.
Tapi jangan goreng lama-lama ok. Nanti hangus.
.
Buat la sampai roti uols tu habis. Seterusnya boleh la ngap sambil tengok tv.
.
Anak-anak saya suka makan sampai habis 5 keping roti tu. Bila saya buat lagi 2 keping roti telur goreng, dah tak laku. hehehe.. Jemu dah dorang makan benda sama kot. hehe..
.
Okei la.. Selamat mencuba.
.
Bye.

Lotion Putih Ajaib by Rozita Che Wan???

Assalamualaikum.
.
Hai hai hai.. Buat apa tu.. Sibuk ke.. Kalau tak sibuk meh baca cerita lotion Che Ta ni.
.
Saya tak tau pun pasal lotion ni.. Sebenarnya sesaja pergi ke kedai jamu dekat office. Ingat nak cari lotion bakar lemak.. Haha. Rasa dagu ni macam dah berlapis-lapis pulak macam kuih lapis.. Pusing-pusing cari, takde. Tapi ternampak pulak lotion putih ajaib?
.
Ajaibnya?

 
.
Saya angkat kotak lotion tu baca-baca letak balik.
.
Lepas tu pusing lagi gi ambik lagi lotion tu letak  balik. Hahaha... Hadoiyai..
.
Benda lain yang dicari, benda lain yang dibeli..
.
Seterusnya, sebab tak jumpa lotion bakar lemak tu, saya pun pergi ambik lotion Che Ta ni.
.
Kikiki.
.
Kekonon dengan kandungan Collagen beserta Vitamin E dalam tu mampu mencerahkan kulit ios ni bak kulit orang Korea.
.
erk!
.
kikikiki. Pengaruh sangat dengan retis kan!
.
.
Harga? Harganya RM35.90. bodek-bodek tokey kedai nak less.. Dapat la rega RM33.00 sahajo.. Jadikla...
.
Okeila.. penat sudah membebel ni..
.
Sambung buat kerja sikit ye. Bye~

22 August 2017

Resepi Sup Ikan Merah Ala May

Assalamualaikum..
.
Sifat keibuan amat terserlah bila mana setiap kali upload gambar menu masak kat IG dan FB.
.
Baru ni tepek gambar sup ikan merah. Tu dia komen bersepah terus kat facebook. Siap mintak resepi.

 
.
Saya share resepi sup ikan merah kat sini la ye..

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan utama untuk 2 orang

~ 2-3 potong ikan merah
~Bawang merah 1 biji *
~ Bawang Putih 2 biji *
~Halia*
~ Sup bunjut sup ikan merah (kalau takde, boleh jugak pakai kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
.
Untuk hiasan tambahan atau bagi sup tu meriah boleh letak kentang sebiji (saya potong 8), tomato sebiji (saya potong 4), kalau ada carrot pun boleh letak, cendawan pun nice jugak campur dalam sup.
.
Bahan yang bertanda * tu blend je. Kemudian tumis je bahan yang dah blend dansup bunjut ikan merah tu ke dalam minyak yang dah panas.
.
Agak bau dan warna dah naik, masukkan air dan kentang. Agak kentang dah empuk baru masukkan ikan, tomato, cendawan, carrot.. 
.
Bila dah siap , perasakan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
.
Jangan masuk ikan awal-awal pulak! Nanti ikan hancusss... ;')
.
Kerja masak sup paling senang kan!
.
Selamat mencuba. =)

Mee Goreng Basah Dengan Mee Lidi Lebih Menyelerakan

Assalamualaikum.
.
Hai.. bersiaran lagi cerita menu makan-makan. Hehe.. Rasanya masak dan menu makanan tak terlepas dari setiap entry saya. Rasanya bab makan ni la yang ramai suka google kan. kan. kan..
.
Sapa la tak suka makan kan. Lepas tu ramai pulak mommy yang suka cari resepi untuk cuba.
.
Kalau nak tahu, dari zaman saya baru kahwin, saya memang selalu post pasal mee saya masak sebab saya guna mee lidi. Bukan mee kuning. Tak percaya? Tengok kat popular post saya belah kanan ni. Ada cerita pasal mee kan. Hehe..
.
Salah satu post pasal mee goreng ala May ni ialah yang ini --->> Resepi Mee Goreng Ala May
.
Tapi resepi tu baru letak jugak dalam awal tahun ni lebih kurang. Cara sama cuma bahan campuran bagi macam-macam ado tu lain sikit. Biasanya bergantung kepada apa yang ada dalam peti.
.


.
Saya scroll-scroll jugak mencari di manakah gambar mee goreng masa saya masak memula kawen dulu. Akhirnya jumpa...
.
Nak tengok? tengok kat sini --->> Mee Goreng Baru Kawen .
.
Saya pun nampak beza warna mee goreng baru kawen dengan mee goreng dah 5 tahun kawen. Hahahahaha.. Serius rasa kelakar bila tengok entry zaman dulu kala. Hadei... 
.
Hari ni cerita pasal mee goreng je kan. Rasa macam wajib je menu mee ni kat rumah. Sebab saya supply stok mee lidi kat kedai runcit area rumah saya. Jadi, kat rumah pun memang standby sekotak mee lidi. Hahaha!
.
Anak pun suka mee lidi. Saya yang dulu tak suka makan mee, akhirnya kini dah jadi pemakan mee goreng tegar. Tapi mee yang saya masak la. Kalau kat luar, mee bukan la pilihan utama tapi kalau tiada pilihan, saya makan jugak..
.
Okei la.. pepegi cerita pasal makan. Korang sarapan apa pagi ni????
.
~

17 August 2017

Sedap Jugak Jantung Pisang Tumis Belacan

Assalamualaikum.
.
Alhamdulillah murah je rezeki baru ni officemate yang duduk dekat area rumah saya ni hantarkan pucuk paku dengan jantung pisang dari kampung.
.
Selambak pulak dia punya pucuk paku. Masak half je pucuk paku tu. Saya buat masak lemak pucuk paku la favourite husband. =) Lawan dengan ikan goreng pulak. Memang dia tak sentuh langsung tomyam campur dapat sayur favourite dia. Hehe.. Tapi ini resepi sabtu masa husband ada kat rumah.
.
Esoknya tu baru la saya masak jantung pisang si jantung hati. Menggoogle resipi la jugak sebab saya tak pernah makan lagipulak masak kan!

 
Biasanya saya suka guna resipi dari kak Azlita dan Azie Kitchen. So saya pilih yang paling senang. Hahahaha.. Dasar pemalas kan!
.
Dari hasil carian google pulak, memang ada cerita jantung pisang ni agak bergetah. Tapi takdela macam getah cempedak tu. Masih kategori  biasa je tak renyah cuci.
.
Tengok jantung pisang dah belah dua ni, memula putih. Bila getah dah keluar jadi kelabu tu..
.
 
Saya tengok semua potong jantung kecik-kecik. Saya pun potong je la kekecik. Lepas tu malas. Biar je besor-besor.. Kikikiki.....
.
Pemalas teruk ni. Lagipun saya sorang je yang makan jantung pisang ni. Anak komfem tak nak makan punya. Abahnya kerja lagi takde kat rumah.
.
Hasilnya..Tara..~
.
 
Eh sedap rupanya jantung pisang ni kan? Ruginya dah umur 31 baru nak cuba masak dan makan.
.
Saya ratah-ratah je sampai habis semangkuk ni.. Hehe. Buruk lantak sungguh. Anak pulak suka kuah je. Bahan tumis tu saya blend je semua bahan.
.
Eh mehla tepek sikit cara saya buat Jantung pisang tumis belacan ni.
.
.
.
Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan Cara Mama May.
.
~1 biji jantung pisang dihiris
~2 biji bawang potong 4*
~ 2 biji bawang putih *
~Sedikit belacan*
~sedikit ikan bilis dan udang kering *

Bahan-bahan bertanda * saya kisar je dalam blender.
.
Lepas tu saya panaskan sedikit minyak. Lepas minyak panas saya tumis bahan kisar tadi. Agak-agak dah naik bau saya campur sedikit air untuk kuah. Bila kuah dah gelegak, baru saya campurkan jantung pisang yang dah dihiris nipis bersama sedikit ikan bilis yang tak dikisar.
.
Campur garam dan gula secukup rasa. Siap!
.
Walaweh.. cara yang simple ni la buat saya makan nak berulang tambah. Tapi mikirkan berat bertambah ni, saya ratah je la jantung pisang ni. Hehehe..
.
Pergila cuba cepat! Selamat mencuba.
.
Bye~

14 August 2017

Senang Je Buat Bubur Kacang Hijau Rupanya!

Assalamualaikum.

Happy monday. Ada yang monday blues ke?Saya tak sempat nak blues-blues.. 
.
Baru ni sempat buat bubur kacang hijau. Eh tak sangka pulak senang je rupanya ye? Hahaha..
.
Ingatkan susah.
.
Rupanya hanya guna daun pandan, santan, kacang hijau, gula merah/ manisan yang seketul tu. Saya panggil gula melaka.

 
Seronok pulak tengok anak ekcited makan. Yang tak tahannya. si Qaira cakap dengan abah dia, ' Cepat tengok apa budak gemuk masak hari ni'
.
+_____+
.
Dia panggil mama budak gemuk.. Grrrr...~
.
Lately ni dia memang tau. Asyik cakap mama gemuk je.
.
Gemuk ke? Nanges kang. Naughty anak mama sorang ni.
.
Okey. Nanti sambung entry baru.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

12 August 2017

Resepi Ikan Merah Masak Asam Sedap!

Assalamualaikum.
.
Ada orang ke pagi-pagi sabtu ni... 😄
.
Semalam kan, saya share gambar menu dinner saya dan anak-anak dekat facebook. Amboi aih.. ramai  pulak yang nak resepi.
.
Sebenarnya... saya pun google jugak resepi ni sebab saya asalnya memang bukan suka memasak. Dan jarang memasak dari zaman bujang. Semuanya belajar lepas kawin jerr..
.
Jom cuci mata tengok gambar lepas masak. Saya ni sebenarnya memang tak berbakat tangkap gambar makanan bagi nampak menggiurkan. Hahaha..
.

Resepi ikan merah masak asam
(Kredit resepi asal : Norazlita Aziz)
.
👉🏻3 ketul bahagian ikan merah
👉🏻3 batang bendi
👉🏻 1 biji tomato
👉🏻1 biji asam keping *masa ni saya kehabisan asam keping, saha gantikan dengan sedikit air asam jawa*
👉🏻1 inch halia * diketuk
👉🏻1 batang serai *diketuk
👉🏻Air, garam dan gula secukup rasa
.
Bahan Kisar
.
👉🏻2 tangkai cili kering *untuk berpantang/anak-anak kecil tak letak pun takpe
👉🏻2 biji cili padi *saya tak letak sebab takut anak kepedasan
👉🏻2 ulas bawang putih
👉🏻Sedikit belacan
.
Cara memasak:
👉🏻 Siang ikan, bersihkan dan dicuci. Asingkan.
👉🏻Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan masukkan air secukupnya.
👉🏻Masukkan halia dan serai
👉🏻Letakkan di atas dapur sehingga mendidih barulah masukkan ikan dan asam keping/air asa.
👉🏻Masukkan bendi dan tomato.
👉🏻Biarkan sehingga bendi empuk, masukkan garam dan gula secukup rasa
👉🏻Siap!
.
Sedia untuk dijadikan hidangan.
.
Resepi di atas saya olah sedikit ikut tekak anak takut dorang kepedasan.
.
Resepi asal kak Norazlita boleh tengok di SINI .
.
Selamat mencuba.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

10 August 2017

Pekena Mee Tarik Warisan Rawang

Assalamualaikum.
.
Hari-hari pun nak cerita bab makan. Lepas tu membebel dagu tu dah bertambah lagi selapis. Stressnye jiwa ragaku ni tengok gambar baru snap tengahari tadi. 
.
Tengahari biasanya saya balik makan kat rumah. Hari ni acah-acah malas balik rumah terus gi lunch kat Jusco Rawang. Officemate ajak makan mee tarik warisan. Sebab saya pun tak pernah try, so kita layannnn.. zasss..
.
Memula tengok gambar ni. huwargh pipi pau!!! Dagu kuih lapis. ni la hasilnya hari-hari memasak, makan dan sebagainya. Anak makan tak habis pun ku sebat jugak bagi clear dapur. Tak boleh jadi ni.

 
Lupakan sekejap kisah pipi pau saya tu.. Kita layan mee tarik punya penangan dulu.  Boleh tahan rasanya. Yang ni menu paling special kot. RM15.90 semangkuk.

 
Kengkadang bila makan RM15.90 semangkuk untuk mee je rasa macam tak berbaloi. Tapi sekali-sekala bertukar selera tak apa lah kot di zaman-zaman ekonomi Malaysia turun naik ni. Saya sedang amalkan  minum air kosong sekarang ni, jadi tadi saya order air kosong. RM1 okey segelas air kosong. 
.
 
Saya ni macam biasala.. Makanan berkuah macam ni biasanya memang hirup hingga titisan terakhir. Tapi ni saja tak nak habiskan sampai titisan akhir supaya tak terlalu obvious kerakusan saya menghirup kuah. Hehe. Nanti dorang cakap gelojoh betul sampai takde setitis kuah pun. =p

 
Datang tempat ni hari khamis, jadi suasan nyaman tanpa bising-bising suara manusia lain. Peace je..
.
So uols dah pekena ke Mee Tarik Warisan?Kalau belum pi la try.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

Herblax Penyelamat Berat Badan

Assalamualaikum.
.
Tahu tak? Herblax ni ialah penyelamat berat badan di kala naik mendadak?! Haha. Sesiapa yang rasa susah nak membuang toksin dari badan, boleh la cuba herblax ni. Selamat! Badan pun rasa ringan.
.
Biasanya pengambilan herblax ni seminggu 2 kali sahaja. 




Kebaikan Herb Lax


  • pembersihan najis yang tersekat
  • meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  • membantu masalah sembelit
  • tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi
  • mengempiskan perut
  • ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. sesuai di ambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
.
So sesiapa yang ada masalah pembuangan tu boleh la cuba herblax ni.Hehe.. Nak dapatkan dari saya pun boleh sebab alwaysssss ready stock. =)
.
Eh. Thanks sudi baca.
.
Bye.

Menu Lunch : Tenggiri Masak Kicap Sambal Terung

Assalamualaikum...

Ketandusan idea nak buat entry apa? Jom kita cerita masak-masak. Korang masak apa tu untuk lunch duhai mommy-mommy...
.
Kadang-kadang jadi mama/emak/ibu/mommy/ummi ni memang ketandusan idea jugak nak masak apa tetiap hari. Sebelum tido memikirkan menu sarapan hari esok. Lepas sarapan memikirkan menu tengahri. Selepas makan tengahari memikirkan menu dinner pulak. Tak habis-habis berfikir. Begitulah seterusnya setiap hari.
.
Saya ni suka sangat masak tumis menumis. 
.
So kali ni menu nya ikan tenggiri masak kicap dengan terung sambal terung. Lagi satu bekas bertutup tu sardin dinner yang tak habis. Kalau ada stok roti memang makan sandwich sardin la jawabnya. Dah takde roti, panaskan la balik lauk tu untuk makan tengahari pulak.



Suami saya pulak entah kenapa memang tak nak makan terung. Pelik jugak padahal tak pahit. Dia memang kurang makan sayur-sayuran ni especially yang pahit. Tapi kalau sayur campur yang colourfull tu dia makan jugak.
.
Asalnya idea terung tu , saya dan officemate pergi lunch kat luar. Saya ambik terung dalam 2 potong je dah RM1.50. Sabor je la.. Balas dendam punya pasal, saya beli terung 5 batang macam tu dalam sebungkus plastik. Dalam RM2.50 kot boleh buat 2x masak. Ha..amekawww. Yang dalam gambar kat atas ni pengabisan stok tinggal 3 batang terung.Makan la sesorang sebab suami tak makan. Hehe.. Sebab tu u kurus kot. eh..kurang zat sayur..Hahaha..
.
Yang puan mama pulak kekonon nak diet. Diet ke mana ntah! Macam tu la dulu kini dan selamanya. Huh~
.
Ok la. Sambung buat kerja sat. Eh! Ni bukan menu lunch hari ni ye. Pastinye menu tengahari semalam. ;p
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

7 August 2017

Sayang Si Budak Hijau!

Assalamualaikum.
.
Hye semua. Selamat bekerja di petang hari.
.
Hari-hari cerita kisah si kakak kan. Hari ni rasa nak up seketoi cerita si adik ni.
.
Ni rompers baju melayu adik ni last year punya. Means masa dia belum setahun masih muat sampai sekarang! Now dah setahun 7 bulan.
.

Lambatnye besau dik! Kakak ko time ni bolat tau.
.
Takpe dik, as long sihat dan yang penting graph chart buku kesihatan adik masih dalam kategori normal dan tak cecah line-line bahaya pun.. ;)
.
Masa ambik gambar adik ni, pengasuh dia nak ambik bawak gi jalan. Bukan main siap hensem-hensem lepas tu dia gi tido. Jadi, tak dapat la gi jalan dik. Sian.. hehehe...
.
Alhamdulillah dapat pengasuh yang sayang sangat dengan adik ni. Mungkin sebab jaga si adik ni dari habis pantang lagi, so sayang nya lebih la.
.
Saya cadang-cadang nak hantar adik ke Taska Playschool macam kakak dia dulu. Tapi adik ni lahir hujung tahun sangat. Tak sampai hati nak hantar ke Taska. Dia lahir 30 Disember 2015 jadi hujung tahun ni baru cukup 2 tahun. so still kecik lagi la dik.
.
Kakak dia dulu 2 tahun sebulan mama dah hantar gi Taska Playschool tu. Tapi kakak ni lahir awal tahun. So nampak matured sikit. Adik comel-comel je.;)
.
Sapa ada pengalaman anak yang umur muda sangat ni?Share sini meh.
.
Thank you sudi baca.
.
bye~

4 August 2017

Lawatan Cik Qaira Ke Sunway Lagoon

Assalamualaikum.
.
Ni sekarang  banyak corat-coret throwback je..
.
Sebab bila tengok album gambar banyak sangat kisah di balik gambar-gambar. Tapi memang majority gambar si anak la kan. Gambar sape lagi.
.
Ni cerita 20hb Julai lepas. Saya telah melepaskan anak dara saya berumur 4 tahun untuk mengikuti rombongan tadika pergi ke Zoo di Sunway Lagoon.
.
Memula suspen dan risau jugak. Seminggu jugak ding dong berfikir nak bagi kakak pergi ke tak. Abah nya kata ikut kata mama. Mama yang banyak mikir. Hehehe..
.
Dari satu sudut hati risau takut terjadi sesuatu. Di satu lagi sudut hati rasa kena bagi dia keluar berdikari bersama kawan-kawan tanpa mama dan abah. So saya decide, bagi dia pergi dan dia sangat excited okey. Tak sabar.
.
Mama cakap, kalau nak pergi kena dengar pesanan mama. Sambil mama membuat senarai aturan dia kena ikut, mulut dia laju je bercakap, lagi?lagi mama?lagi? ;')
.
Biasala pesanan mama. Dengar cakap teacher, jangan terpisah dengan kawan-kawan yang baju sama, nak kencing cakap dengan teacher, jangan ikut orang tak kenal. Panjang mama punya reminder.
.
Hari dia pergi naik bas, dia lambai-lambai mama tersenyum girang. mama ko pulak touching rasa nak takung mata. Hahaha! Siap pesan dengan teacher, nanti ambik gambar Qaira dalam bas sebab mama hantar kat bawah bas je. Tak pepasal hari tu gi opis pukul 7:30am tau mengantar anak dara naik bas!


So far so good. Perjalanan lancar. Dorang sampai Sunway Lagoon pukul 10am . So mama pun boleh buat kerja dengan tenang dekat office.
.
Dah lewat malam sikit baru teacher hantar gambar aktiviti kat sana. Penat dorang semua ni dari pagi, sampai rumah pukul 7:30pm baru sampai rumah.

 
Banyak sangat aktiviti kanak-kanak riang ni buat kat sana. Paling seronok masa dorang tengok pertunjukan haiwan la kot. Burung terbang-terbang je tepi dorang. CIkgu dia hantar video.

 
Seronok pulak tengok anak seronok jejalan dengan kengkawan dia. Rasa berbaloi pulak melepaskan dia pergi rombongan.
.
Tapi ada jugak mak-mak yang ikut gi rombongan ni. Haha. Nak tergelak tengok. Padahal anak dorang pun dah 6 tahun.
.
Bukan nak gelakkan sebab anak saya hebat sangat boleh gi rombongan walaupun umur baru 4 tahun. Tapi sebab berapa lama si ibu nak mengikut anak ke mana-mana tanpa bagi mereka peluang berdikari tanpa si ibu di sisi. Tapi lain orang lain pandangan mereka terhadap penjagaan anak masing-masing kan.
.
Ada seorang parents jumpa saya, dia tanya anak saya berapa tahun, Then saya cakap 4 tahun. Lepas tu dia sambung, 'Tapi anak awak nampak berdikari la. Masuk kelas sendiri. Tak menangis'.
.
Saya senyum je. Dulu masa si kakak terpaksa masuk taska dari umur 2 tahun, setiap pagi dia menangis tak mo gi taska. Dan masa saya tengah berpantang adik dia, dia masih liat nak ke taska. Pepagi mesti perang punya.
.
Tapi lama-lama tu start umur 3 tahun dia dah okey. Dah seronok nak ke taska setiap hari. Bila dah 4 tahun, cikgu offer dia masuk tadika. Macam terlalu awal bagi saya untuk dia belajar. Tapi bila melihat dia dah boleh menulis huruf dengan agak tersusun dan teratur, rasa tersentuh pulak. Sebab umur mama dia 4 tahun menulis pun tak pandai, sibuk bermain lagi.
.
Kemahiran berfikir untuk budak sekolah sekarang pun sangat tinggi. Terpaksa korbankan waktu kecil dia. Macamanapun, tadika belajar halfday je. Petang boleh main.
.
Hehe. Okey la. Sambung kerja sikit. Celoteh panjang-panjang untuk kenangan akan datang.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~
.

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page