Daisypath Anniversary tickers

4 August 2017

Lawatan Cik Qaira Ke Sunway Lagoon

Assalamualaikum.
.
Ni sekarang  banyak corat-coret throwback je..
.
Sebab bila tengok album gambar banyak sangat kisah di balik gambar-gambar. Tapi memang majority gambar si anak la kan. Gambar sape lagi.
.
Ni cerita 20hb Julai lepas. Saya telah melepaskan anak dara saya berumur 4 tahun untuk mengikuti rombongan tadika pergi ke Zoo di Sunway Lagoon.
.
Memula suspen dan risau jugak. Seminggu jugak ding dong berfikir nak bagi kakak pergi ke tak. Abah nya kata ikut kata mama. Mama yang banyak mikir. Hehehe..
.
Dari satu sudut hati risau takut terjadi sesuatu. Di satu lagi sudut hati rasa kena bagi dia keluar berdikari bersama kawan-kawan tanpa mama dan abah. So saya decide, bagi dia pergi dan dia sangat excited okey. Tak sabar.
.
Mama cakap, kalau nak pergi kena dengar pesanan mama. Sambil mama membuat senarai aturan dia kena ikut, mulut dia laju je bercakap, lagi?lagi mama?lagi? ;')
.
Biasala pesanan mama. Dengar cakap teacher, jangan terpisah dengan kawan-kawan yang baju sama, nak kencing cakap dengan teacher, jangan ikut orang tak kenal. Panjang mama punya reminder.
.
Hari dia pergi naik bas, dia lambai-lambai mama tersenyum girang. mama ko pulak touching rasa nak takung mata. Hahaha! Siap pesan dengan teacher, nanti ambik gambar Qaira dalam bas sebab mama hantar kat bawah bas je. Tak pepasal hari tu gi opis pukul 7:30am tau mengantar anak dara naik bas!


So far so good. Perjalanan lancar. Dorang sampai Sunway Lagoon pukul 10am . So mama pun boleh buat kerja dengan tenang dekat office.
.
Dah lewat malam sikit baru teacher hantar gambar aktiviti kat sana. Penat dorang semua ni dari pagi, sampai rumah pukul 7:30pm baru sampai rumah.

 
Banyak sangat aktiviti kanak-kanak riang ni buat kat sana. Paling seronok masa dorang tengok pertunjukan haiwan la kot. Burung terbang-terbang je tepi dorang. CIkgu dia hantar video.

 
Seronok pulak tengok anak seronok jejalan dengan kengkawan dia. Rasa berbaloi pulak melepaskan dia pergi rombongan.
.
Tapi ada jugak mak-mak yang ikut gi rombongan ni. Haha. Nak tergelak tengok. Padahal anak dorang pun dah 6 tahun.
.
Bukan nak gelakkan sebab anak saya hebat sangat boleh gi rombongan walaupun umur baru 4 tahun. Tapi sebab berapa lama si ibu nak mengikut anak ke mana-mana tanpa bagi mereka peluang berdikari tanpa si ibu di sisi. Tapi lain orang lain pandangan mereka terhadap penjagaan anak masing-masing kan.
.
Ada seorang parents jumpa saya, dia tanya anak saya berapa tahun, Then saya cakap 4 tahun. Lepas tu dia sambung, 'Tapi anak awak nampak berdikari la. Masuk kelas sendiri. Tak menangis'.
.
Saya senyum je. Dulu masa si kakak terpaksa masuk taska dari umur 2 tahun, setiap pagi dia menangis tak mo gi taska. Dan masa saya tengah berpantang adik dia, dia masih liat nak ke taska. Pepagi mesti perang punya.
.
Tapi lama-lama tu start umur 3 tahun dia dah okey. Dah seronok nak ke taska setiap hari. Bila dah 4 tahun, cikgu offer dia masuk tadika. Macam terlalu awal bagi saya untuk dia belajar. Tapi bila melihat dia dah boleh menulis huruf dengan agak tersusun dan teratur, rasa tersentuh pulak. Sebab umur mama dia 4 tahun menulis pun tak pandai, sibuk bermain lagi.
.
Kemahiran berfikir untuk budak sekolah sekarang pun sangat tinggi. Terpaksa korbankan waktu kecil dia. Macamanapun, tadika belajar halfday je. Petang boleh main.
.
Hehe. Okey la. Sambung kerja sikit. Celoteh panjang-panjang untuk kenangan akan datang.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~
.

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page