17 August 2017

Sedap Jugak Jantung Pisang Tumis Belacan

Assalamualaikum.
.
Alhamdulillah murah je rezeki baru ni officemate yang duduk dekat area rumah saya ni hantarkan pucuk paku dengan jantung pisang dari kampung.
.
Selambak pulak dia punya pucuk paku. Masak half je pucuk paku tu. Saya buat masak lemak pucuk paku la favourite husband. =) Lawan dengan ikan goreng pulak. Memang dia tak sentuh langsung tomyam campur dapat sayur favourite dia. Hehe.. Tapi ini resepi sabtu masa husband ada kat rumah.
.
Esoknya tu baru la saya masak jantung pisang si jantung hati. Menggoogle resipi la jugak sebab saya tak pernah makan lagipulak masak kan!

 
Biasanya saya suka guna resipi dari kak Azlita dan Azie Kitchen. So saya pilih yang paling senang. Hahahaha.. Dasar pemalas kan!
.
Dari hasil carian google pulak, memang ada cerita jantung pisang ni agak bergetah. Tapi takdela macam getah cempedak tu. Masih kategori  biasa je tak renyah cuci.
.
Tengok jantung pisang dah belah dua ni, memula putih. Bila getah dah keluar jadi kelabu tu..
.
 
Saya tengok semua potong jantung kecik-kecik. Saya pun potong je la kekecik. Lepas tu malas. Biar je besor-besor.. Kikikiki.....
.
Pemalas teruk ni. Lagipun saya sorang je yang makan jantung pisang ni. Anak komfem tak nak makan punya. Abahnya kerja lagi takde kat rumah.
.
Hasilnya..Tara..~
.
 
Eh sedap rupanya jantung pisang ni kan? Ruginya dah umur 31 baru nak cuba masak dan makan.
.
Saya ratah-ratah je sampai habis semangkuk ni.. Hehe. Buruk lantak sungguh. Anak pulak suka kuah je. Bahan tumis tu saya blend je semua bahan.
.
Eh mehla tepek sikit cara saya buat Jantung pisang tumis belacan ni.
.
.
.
Resepi Jantung Pisang Tumis Belacan Cara Mama May.
.
~1 biji jantung pisang dihiris
~2 biji bawang potong 4*
~ 2 biji bawang putih *
~Sedikit belacan*
~sedikit ikan bilis dan udang kering *

Bahan-bahan bertanda * saya kisar je dalam blender.
.
Lepas tu saya panaskan sedikit minyak. Lepas minyak panas saya tumis bahan kisar tadi. Agak-agak dah naik bau saya campur sedikit air untuk kuah. Bila kuah dah gelegak, baru saya campurkan jantung pisang yang dah dihiris nipis bersama sedikit ikan bilis yang tak dikisar.
.
Campur garam dan gula secukup rasa. Siap!
.
Walaweh.. cara yang simple ni la buat saya makan nak berulang tambah. Tapi mikirkan berat bertambah ni, saya ratah je la jantung pisang ni. Hehehe..
.
Pergila cuba cepat! Selamat mencuba.
.
Bye~

1 comment:

  1. SA selalunya rebus..pas tu cicah ngan sambal belacan atau budu...best

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page