22 August 2017

Mee Goreng Basah Dengan Mee Lidi Lebih Menyelerakan

Assalamualaikum.
.
Hai.. bersiaran lagi cerita menu makan-makan. Hehe.. Rasanya masak dan menu makanan tak terlepas dari setiap entry saya. Rasanya bab makan ni la yang ramai suka google kan. kan. kan..
.
Sapa la tak suka makan kan. Lepas tu ramai pulak mommy yang suka cari resepi untuk cuba.
.
Kalau nak tahu, dari zaman saya baru kahwin, saya memang selalu post pasal mee saya masak sebab saya guna mee lidi. Bukan mee kuning. Tak percaya? Tengok kat popular post saya belah kanan ni. Ada cerita pasal mee kan. Hehe..
.
Salah satu post pasal mee goreng ala May ni ialah yang ini --->> Resepi Mee Goreng Ala May
.
Tapi resepi tu baru letak jugak dalam awal tahun ni lebih kurang. Cara sama cuma bahan campuran bagi macam-macam ado tu lain sikit. Biasanya bergantung kepada apa yang ada dalam peti.
.


.
Saya scroll-scroll jugak mencari di manakah gambar mee goreng masa saya masak memula kawen dulu. Akhirnya jumpa...
.
Nak tengok? tengok kat sini --->> Mee Goreng Baru Kawen .
.
Saya pun nampak beza warna mee goreng baru kawen dengan mee goreng dah 5 tahun kawen. Hahahahaha.. Serius rasa kelakar bila tengok entry zaman dulu kala. Hadei... 
.
Hari ni cerita pasal mee goreng je kan. Rasa macam wajib je menu mee ni kat rumah. Sebab saya supply stok mee lidi kat kedai runcit area rumah saya. Jadi, kat rumah pun memang standby sekotak mee lidi. Hahaha!
.
Anak pun suka mee lidi. Saya yang dulu tak suka makan mee, akhirnya kini dah jadi pemakan mee goreng tegar. Tapi mee yang saya masak la. Kalau kat luar, mee bukan la pilihan utama tapi kalau tiada pilihan, saya makan jugak..
.
Okei la.. pepegi cerita pasal makan. Korang sarapan apa pagi ni????
.
~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page