23 August 2017

Roti Telur Goreng Semudah 1,2,3 Siap!

Assalamualaikum..
.
Hai. Buat apa tu?Buntu ke nak sediakan kudap-kudapan setiap hari? Meh saya kongsi idea Roti Telur Goreng.
.
Ni paling senang tahap boleh pejam mata je masa buat tu.
Ewah! Macam la saya pun goreng roti sambil pejam mata kan. kan. heh.. Jangan kecam akak okei.

 
.
Baru-baru ni kan musim dingin je. Ada ke musim dingin?? Sukati je kan.. Sebenarnya musim hujan. So agak dingin sejuk-sejuk. Asyik nak mengunyah aje kerjanya.
.
So terjadila roti telur goreng ni. Memang sedap bila lama tak makan,. Tapi jangan amalkan selalu sebab nya banyak minyak terserap weh. Membuntal nanti.
.
Tak pernah buat? Nak try. Meh saya share kan untuk newbi ok.
.
Bahan-bahan :
~ Beberapa keping roti. (saya potong 4 sebab senang anak-anak nak makan.)
~ 2 biji telur untuk lebih kurang 5 keping roti
~ sedikit garam
.
Cara-cara :
~ Masukkan 2 biji telur dalam mangkuk, letak secubit garam. Kacaukan telur tu macam buat telur dadar.
~ Celupkan roti yang dah dipotong ke dalam telur. Agak-agak semua bahagian roti dah bersalut telur terus masukkan dalam minyak yang dah panas.

Mudah kan? petik jari je siap!
.
Tapi jangan goreng lama-lama ok. Nanti hangus.
.
Buat la sampai roti uols tu habis. Seterusnya boleh la ngap sambil tengok tv.
.
Anak-anak saya suka makan sampai habis 5 keping roti tu. Bila saya buat lagi 2 keping roti telur goreng, dah tak laku. hehehe.. Jemu dah dorang makan benda sama kot. hehe..
.
Okei la.. Selamat mencuba.
.
Bye.

3 comments:

  1. wah..suka lah kalau resipi mudah & cepat ni!

    ReplyDelete
  2. Lama tak buat. Hehe. Hi2. Lama tk singgah sini. Hehe anyway, cx daha da 2org anak dah tau . Tak sangka masih ada rakan blogger yg follow cx since bujang. Terharu rasa. Rasa nak up entry. Hahaha

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page