22 August 2017

Resepi Sup Ikan Merah Ala May

Assalamualaikum..
.
Sifat keibuan amat terserlah bila mana setiap kali upload gambar menu masak kat IG dan FB.
.
Baru ni tepek gambar sup ikan merah. Tu dia komen bersepah terus kat facebook. Siap mintak resepi.

 
.
Saya share resepi sup ikan merah kat sini la ye..

RESEPI SUP IKAN MERAH

Bahan utama untuk 2 orang

~ 2-3 potong ikan merah
~Bawang merah 1 biji *
~ Bawang Putih 2 biji *
~Halia*
~ Sup bunjut sup ikan merah (kalau takde, boleh jugak pakai kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
.
Untuk hiasan tambahan atau bagi sup tu meriah boleh letak kentang sebiji (saya potong 8), tomato sebiji (saya potong 4), kalau ada carrot pun boleh letak, cendawan pun nice jugak campur dalam sup.
.
Bahan yang bertanda * tu blend je. Kemudian tumis je bahan yang dah blend dansup bunjut ikan merah tu ke dalam minyak yang dah panas.
.
Agak bau dan warna dah naik, masukkan air dan kentang. Agak kentang dah empuk baru masukkan ikan, tomato, cendawan, carrot.. 
.
Bila dah siap , perasakan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
.
Jangan masuk ikan awal-awal pulak! Nanti ikan hancusss... ;')
.
Kerja masak sup paling senang kan!
.
Selamat mencuba. =)

1 comment:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page