Daisypath Anniversary tickers

30 January 2014

Kerja-kerja membungkus barang

Assalamualaikum...

Malam tadi, dah mula kerja-kerja pack barang harian.. Yang bebarang lain dah pack sesikit ari tu.

Malam tadi,incek suamiku bukak piring astro,bukak tv..hoho

Masuk kotak balik tv LED.. Lepas tu,keluar kan telibisyen masa aku bujang.. Telibisyen yang gemok mok tu.hehe..

So,malam tadi tengok pakai telibisyen lama.. Haha..

Hari ni nak mencuci umah..fuh.g keje bawak seluar track dalam beg!

Jom!tolong cuci umah aku.. Nanti bagi upah singget!

posted from Bloggeroid

23 January 2014

Restock produk shaklee

Assalamualaikum.

Saje nak tempel iklan kat sini...

Sesape nak produk shaklee,dengan harga muuraaah... Boleh emel ye.. Untuk item ready stok boleh terus cod..

Untuk yang tak ready stok,jangan risau.. Stok akan dipos terus ke alamat anda.

Jom dapatkan sekarang.
sid:882638
Mayzura@ymail.com

posted from Bloggeroid

Spontan : Kurangnye kebersihan makanan di luar.


klik SINI untuk citer asal

22 January 2014

Garu kaki,potong jambu

Assalamualaikum.

Entry tak bergambar...lokasi sebenar dirahsiakan.

Turun KTM.. Naik tangga..
Ada makcik jual buah...

Aku singgah.. Beli mangga..
Makan sambil berdiri kat tepi gerai makcik tu..

Kunyah-kunyah sambil tunggu incik suami aku peratikan makcik tu.. Potong buah..

Lepas tu henpon dia bunyik..

Dia jawab call.. Sambil tu,tangan kanan dia garu-garu betis dia. Memula garu dari luar seluar je.. Lepas tu tangan tu selak seluar tinggi sikit.. Garu betis..

Owwww...

Aku tunggu dan lihat lagik...
Lepas jawab call, dia pun sambung masukkan buah dari baldi yang dia potong tadi. Tak basuh pun tangan. Terus celup je.

Terus..
Aku rasa mangga yang dah habis sebungkus tadi nak keluar balik.

Tekak meremang-remang je.

Kalau anda bagaimana?

posted from Bloggeroid

21 January 2014

Rasa muda

Assalamualaikum...

Everyday is busy at my office.. Walaumacamanapun, aku tetap meng'cool'kan diri. Balik keje still cooking,angkat kain,jemur kain.. Lipat kain tunggu bakul penuh. Pfft!

Hari ni,aku berjumpa dengan ramai orang.. New departmnt,new division..new job scope. Kene jumpa orang hebat-hebat.. Ngeeriii...

Yang bestnye,jumpa ramai orang,ramai yang rasa aku budak lagi.. Wah.. Haha.. Muka tak matured ke.. ;p poyonye ayat kawwww...

Budak opis pulak tegur, tak nampak macam mak orang la.. Hekhekhek... Muka cool je dengar bait-bait ayat tu. Dalam hati siapa yang tau..

Okei la.. Buat entry macam ni boleh buat yang membaca muntah darah.. Jom freshkan tekak tu dengan tengok muka Qaira.


Abaikan gambar aku. Tapi suke tengok gambar Qaira tu.. Dia senyum.. Oh..sweetnye baby kan. Tengok baby je geram!aum!

;p

posted from Bloggeroid

16 January 2014

Servise penghantaran super cepat dari Zalora vs taQbin

Assalamualaikum...

Saper dah baca entry aku pasal cardigan dari Zalora semalam??? Dah baca?dah? Belum?? Boleh tengok kat sini entry tuh..


Kalau nak tau,itu entry pertama aku yang di sponser oleh Zalora...di sponser ye? Di sponser pun boleeehh..hihi....


sebelum ni aku pernah publish entry pasal jemputan untuk collaborate dengan Zalora.. Jadi, Zalora bagi aku free RM150 voucher untuk shopping di Zalora lepas aku bersetuju untuk buat 1 entry berkaitan dengan Zalora dan ada deadline untuk buat entry itu. Zalora bagi target entry adalah berkisar pasal 'cardigan'. Aku pun terus buat..dan emel ke Zalora.


Padahal,aku memang tak pernah shopping pun kat Zalora ni...


Lepas je entry publish,terus Zalora bagi kod untuk redeem free voucher RM150.. Aku pun terus pilih barangan. Eceh.. Heaven oiii bershopping free!!


Aku pilih 1 kot blezzer.. Kekonon kalau malas iron baju gi keje,boleh la sarung blezzer ni untuk baju aku yang berkedut kat dalam! Haha.. Then,aku pilih beg.. Sebab beg converse aku,laki aku dah rembat buat letak tools dia keje.. Hurm.. Beg berjenama pertama aku beli masa memula kerja dulu. Huhu.. Ok. Takpe.. Kuhalalkan.hee.. Then,ada lagi extra RM10.. Pe lagi aku nak soping ni... So,aku amik je body shower for her brand Lotto.. Ntah wangi ke tak... RM9.. Saje nak perabih voucher je pun.

Yang aku rasa best giler dengan Zalora semalam order area 430pm kot submit order.pukul 10am++ taQbin dah sampai! Servis via TaQbin. Hebat!

Zalora siap hantar text kat henpon aku petang semalam. Barang tu akan di hantar ari ni.. Suruh standby..tak cukup text,emel lagi... Ish ish...


Pukul 930am hari ni,orang taQbin call tanya ada kat alamat delivery tak.. Dia dah on the way hantar barang.. Lepas tu, tup tup pukul 10am++ gitu dah sampai opis.


Woww.. Sangat jakun tengok servis penghantaran TaQbin & Zalora.. Poslaju yang jamin barang sampai dalam tempoh sehari pun tak sepantas ni. Ops!


Bila bukak box tu,tengok-tengok...




Ada voucher lagi.. Alahai.. Banyak pulak voucher nye nak suruh shopping lagi..hehee.. Yang bestnya,siap ada doket poslaju untuk kite return balik barang tu kepada penerima(dorang dah key in siap-siap alamat dorang kat doket poslaju tu) sekiranya barang yang diterima tak sama / rosak.


Gud service! Tak payah la kita nak pi pejabat pos timbang pulak barang untuk hantar ke penjual.

Thumb up!
posted from Bloggeroid

15 January 2014

Cardigan Cantik! Jom Bergaya Dengan Cardigan!!!

Suka pakai cardigan tak??? Cardigan ni senang nak matching dengan pakaian kita.. Especially baju yang berlengan pendek kat dalam... Kalau aku malas nak iron baju gi kerja, pakai je cardigan kat luar terus nampak macam baju smart casual.. hikhikhik...

Hari tu masa ngandung pun aku selalu pakai cardigan ni bile keluar..hehe.. Senang.. Tak payah kalut-kalut nak cari baju mengandung.. =D


Gambar kat atas ni masa ngandung 5 bulan kalau tak silap.. Yang kat bawah ni pulak tengah tunggu hari nak bersalin..


Haa...senang kan pakai cardigan?? Tak pening kepala nak carik baju..

Cardigan sekarang ni kan banyak jenis.. Ada yang sesuai bawak gi opis..bawak g jejalan.. Nak tengok lagi banyak pilihan cardigan??

Ada banyak sangat pilihan cardigan yang cantik dan meletop. Semuanya ada kat Cardigan di Zalora Malaysia .

Tak percaya?? Jom la serang hendap Cardigan Zalora untuk aneka pilihan cardigan!

13 January 2014

Home Made Rainbow Cake by Azlina HMC

Kesinambungan untuk entry surprise birthday my husband kat Flora Cafe Ampwalk ari tu.... Hari ni nak cite pasal kek itu.. Aku ada order kek dari Kak Azlina ni.. Sebelum ni aku memang dah pernah makan kek dia buat.. Sebab ada budak opis aku order..Memang sedap.. So. sebab tu aku decide nak order kek birthday husband ni dari dia jugak..
Aku ada request nak kek tu macam ni macam tu macam-macam.. Tapi aku nak simpel je..tak suke sarat-sarat... Aku nak dia guna fresh cream.. harga 1kg kek RM75.. Aku nak setengah kg je.. sebab takde jemputan pun untuk birthday husband ni.. Hanya kami-kami je.. Setengah kg RM40. Hasilnye adalah....
Tebal giler fresh cream..yummy!!! Kak Azlina tanya nak tulih ape kat atas kek tu.. Sebab aku tak suka messy-messy.. Aku suh tulih angka 28 je.. lepas tu cocok hepi besday.. 

Kak Azlina pulak rasa tak syiok sebab simpel sangat.. so,dia buat bunga dengan nombor tu foundant.betul ke aku eja foundant ni?haha!!. Lepas tu dia tabur choc rice kat bahagian bawah kek...


So, memang lembut sangat kek tu..Bile balik umah, taruk dalam peti, kek tu rapuh sangat masuk mulut.. Memang rasa nak order lagi untuk makan sesuke hati aku.. hurm..nyummy sangat.. Sape yang ada area Ampang, aku rekemen sangat akak ni untuk make ur day.. Haha..

Ni address intagram dia ye! iena_hmc


10 January 2014

Surprise dinner untuk birthday husband di Flora Cafe

Assalamualaikum...

Ni cerita 2,3 ari lepas.. Tapi baru nak buat entry. Memerlukan kegigihan yang tinggi sebab entry yang agak panjang. Fuhh. Bertabahla korang membacanya.ok!

Flora Cafe ni kat Ampwalk,Ampang. Dekat dengan umah aku..

Hari-hari nak gi keje,mesti lalu Ampwalk ni.. Flora Cafe ni kat pintu utama nak masuk Ampwalk ni. Flora Cafe nk ada servis buat surprise event. Dalam pakej tu siap ada kek, dinner menu kampung style,jurufoto,deco table. Complete! Korang just book je. Bagitu ni surprise part ke,romantik dinner ke kan!

So,untuk event aku ni,aku tak bagitau kat husband pun aku dah booked tempat celebrate besday dia tapi aku dah pesan sesiap,malam tu aku belanje makan,jadi jangan nak makan banyak.. Aku tak bagitau nak dinner sespecial ni.. Hihi.. aku amik pakej kemboja. Untuk 2 orang.. Pakej 2 orang ni RM195.. Deco meja dengan lilin bagai... Kek.. Tapi aku tak amik kek sebab dah order homemade cake rainbow dengan fresh cream yang melimpah ruah.. So,kalau tak de kek harga jadi rm165..

Bila sampai je kat Flora Cafe dalam 820pm, dorang dah siapkan meja dengan babychair. Lagu romantik giler hokeii.. Duduk je terus dorang serve. Tuang air. Hidang menu.. Menu dinner masakan kampung.. Nasik putih,ayam kampung goreng berempah,ikan masak asam pedas,sambal udang,sayur kailan,daging masak kicap,air sirap sejag. Jug tu cantik wei. Ingat nak beli juga jug tu. Laki aku cakap semak. Okkkkkk..

Terus makan. Aku lapor giler.. Nak buat surprise sangat kan.. Hoho..

Nampak kan muka kebulur sesangat.

Sambil makan jurufofo flora cafe ligat tangkap gambar. Argh.. Control ayu sero.. Hikhik...

Lepas habes makan.. Keluar dessert pulak.. Sedap pulak lama tak pekene dessert ni.. Tak sampai 3 minit habis!

Nampak buruk lantak perangai tu.. Tapi sebab Qaira dah berbunyik. Kene makan cecepat.Time Qaira tido kan tapi dok merayap kat luar mengcelebret besday abah dia.

Lepas tu.. Aktiviti surprise bermula. Kek dibawak dari belakang.. Dengan lilinnye.. Aku tak bagi lilin pun masa hantar kek tu. Tetiba ada lilin malam tu.hihi..

Tapi,memang nampak husband agak terkejut.. Mungkin dia bayangkan hanya dinner-dinner je..

Terus bagi kissed.. Eceh. Malu. Tapi dah plan dalam hati. Haha.. Nampak tak gediknye.. Orang tak kawen pun tak rasa malu nak kissed depan orang kan. Kite yang dah halal ni pulak memalu nak kiss depan orang. Hikhik.. *tersipu*

Tetiba husband cakap kat jurufoto amik 1 lagi gambar nak kissed wife dia.. Arrr... Terus kak ton tala pipi. ;p

Makan kek dalam sepotong je.. Buat syarat..

Lepas tu mintak dorang bungkus kek.kami nak balik. Anak nak tido weii..

Tapi,kene amik gambar dulu. Kata Mell.. Boss Flora Cafe rasanye.


Lepas tu baru balik umah.. Sebagai penutup,

Tepek muka Qaira.. Haha

Ok.. Panjang kan.. Take 5! Hepi bidthday my hubby!

*esok tu nak gi opis,lalu depan Ampwalk, husband tengok je Ampwalk. Mungkin baru perasan kewujudan bangunan tu.Haha!

posted from Bloggeroid

Jumpa Mia Yang Sangat Ramah-Tamah!

Hari ni pegi kerja naik KTM  sebab budak yang aku tumpang tu kene gi HQ.So, gigih le pepagi aku gi stesen KTM Putra..

Macam biasa la... Turun dari kereta terus gi kaunter tiket... Beli tiket untuk ke Kuang.. RM2.30 je sehala... Lepas tu, gi duduk sementara tunggu next ketapi...

Tetiba adik kat sebelah aku tegur... 

'Akak, kalau nak gi Rawang boleh naik dari sini kan? '

Aku pun angguk...sambil senyum je.. Aku tak expect la dia ni budak lepas SPM yang tengah runggu tunggu result..  Tengok perwatakan ala-ala muslimah.. Baik budak ni.. Lepas tu di celah-celah kebisingan tu, dia boleh la tanya macam-macam kat aku.. Mana yang aku dengar, aku boleh jawab.. Hahaha.. Mana yang tak clear sangat sebab tengah bising aku hangguk-hangguk kepala je... =p

Bile ketapi sampai, kami masuk sesama...

Dia banyak tanye weee... dan banyak jugak bercerita.. Perjumpaan setengah jam tu je dah boleh buat aku tau hampir separuh dari kisah hidup dia.. Haha. tak pernah jumpa budak ramah camgini...

Dia bagitau nama dia Mia, tengah tunggu result spm. Sekarang ni dia nak g sekolah sebab amik STAM sementara tunggu result UPU. Dia nak amik masscom kalau boleh.. sebab parents dia nak dia belajar bisnes management atau perguruan.. 


Ak tanye la pulak, dia pandai ke jalan kat Rawang sesorang gini?sebab dia cakap dia datang dari Kajang..
Dia pun cite la parents dia ada umah kat BB.. Dalam hati aku dok memikir, menate gapo la BB ni.. Rupanya Bukit Beruntung. Weekend-weekend dorang sefamily akan lepak kat rumah BB tuh..

Aku tanya lagi, adik beradik ramai ke.. Dia cakap mereka 3 beradik je.. Akak sulung nak kawen bulan depan.. Akak sulong dapat offer study g Mesir..tapi tolak.. Akak yang kedua pulak tengah belajar.. Dapat offer study gi Jordan, tapi tak g jugak.. So, dia harap dia dapat gi Mesir.. tapi kat Mesir takde course yang dia minat tu...

Lepas tu baru dia tanya aku..
'Akak keje kat mane?' Aku senyum je sambil jawab.. 'Akak keje SPNB.. ' Tapi aku tak tau la dia tau tak SPNB tu menate gapo.. hakhak.. 
'Akak dah kawen belum?' Lagi lebor aku senyum... 'Dah kawen..'
'Ada baby tak?mesti comel kan?Tengok!'

Aku pun bukak henpon.. Tunjuk gambar Qaira.. Dia jerit seronok wei... 'Comelnye!' kata Mia..
Alahai la Mia.. Awak ni sangat ramah.. Memang layak sangat la kot nak sambung belajar Masscom tu.. 

Sebab cita-cita dia nak jadi pengacara kat tv nun. Jumpa setengah jam, tapi dia cite semua sampai aku rasa dah kenal semua family dia.! Mak dia keje kat I.K.I.M tau!! hehe..Tapi kite jumpa sekejap je.. Ketapi pun sampai kat Kuang.. Aku turun dulu... Sempat aku cakap kat dia, ' Nanti belajar rajin-rajin ye dik.. Semoga dapat capai cita-cita awak.'

psst!boring tak entry tak bergambo?ahaha!

Testing

Assalamualaikum...

Test test..

Semalam type entry pepanjang tak boleh publish.. Try ari ni pulak...

Eh..boleh??

posted from Bloggeroid

7 January 2014

Pengasuh Baru Qaira dah dapat.

Assalamualaikum...


Aku mencari pengasuh baru untuk si Qaira bila masuk umah baru. Tapi agakla susah.. Sebab Qaira sekarang dah pandai memilih. Grr..

Dia dah taknak dengan semua orang. orang yang dia akan carik sampai bilik air ialau aku atau ibu dia.. Kalau orang lain pegang,ngamok la.. Hadui. Nak mandi pun tak tenang..

Kebetulan ada tadika nak bukak bawah rumah baru aku tu..

Tapi,aku ni tak sedap ati nak hantar situ.. Baru ni dah jumpa cikgu tadika tu. Katanye untuk bilik tadika pengasuh,dorg amik budak setahun ke atas. Qaira ni bulan depan dah setahun dah.. Tapi,nak ke Qaira dengan dorang tu.. Hurm.. Tengok gaya macam aku kene cuti panjang je..

Lepas tu,malam tadi abah Qaira cakap,hantar kat wife kawan dia la. Dorang pun baru beli umah atas blok kami.. Wife kawan dia nak resign dah. Nak duduk umah je..

Okei.. dorang ni kawan husband keje Fuji Xerox dulu pasangan laki bini tu. So,hati macam tenang sikit..

Bulan depan kot baru tukar pengasuh.. Mintak-mintak okei la.. Kalau tidak,mau aku hangkut Qaira gi opis. Mujurnya opis dekat. Jalan kaki pun sampai. Tapi peluh sikit la.
posted from Bloggeroid

6 January 2014

Dapat jemputan untuk collabarate dengan Zalora

Assalamualaikum...

Hari ni cek emel.. Ada emel menarik perhatian aku dari Zalora.. Eem.. Macam pelik ni..

Teruskan membaca emel tersebut..

Ok. Jelas dan nyata kan..

Erm.. Macam best je.. Korang rasa??

posted from Bloggeroid

My sweet home!!

Assalamualaikum...

Masih nak cerita pasal pondok kecil kami... Heheee... Ni gambar masa datang tengok last week.. Masa tu tukang tengah cat rumah..

Cat putih je dulu.. Sebab nanti husband nak cat sendiri..

Macam lambat je kemajuan kerja kan.. Tapi insyaAllah dalam bulan ni masuk umah..

Tapi tetiba last week aku suruh kontraktor tukar tile.. Gatal kan.. Last-last minit baru nak tukar..

Dah la end of this month ada penyewa baru kat umah aku.. Pengantin baru... Penyewa baru mengingatkan aku kepada detik aku pindah umah ni dulu..

Cuma,dulu aku masuk rumah ni kosong.. Dia masuk nanti,banyak barang yang akan aku tinggalkan.. Contohnye....peti ais ku.kabinet dapur.rak pinggan.. Hukhukhuk.. Nak letgo.. Mujur penyewa baru tu kawan aku. Bertuah ko nokkk... Peti ais tu baru setahun lebih..


Ok bai...

Sambil kesat air hidung bile tengok peti ais.

posted from Bloggeroid

1 January 2014

Welcome 2014!




posted from Bloggeroid

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page