10 January 2014

Jumpa Mia Yang Sangat Ramah-Tamah!

Hari ni pegi kerja naik KTM  sebab budak yang aku tumpang tu kene gi HQ.So, gigih le pepagi aku gi stesen KTM Putra..

Macam biasa la... Turun dari kereta terus gi kaunter tiket... Beli tiket untuk ke Kuang.. RM2.30 je sehala... Lepas tu, gi duduk sementara tunggu next ketapi...

Tetiba adik kat sebelah aku tegur... 

'Akak, kalau nak gi Rawang boleh naik dari sini kan? '

Aku pun angguk...sambil senyum je.. Aku tak expect la dia ni budak lepas SPM yang tengah runggu tunggu result..  Tengok perwatakan ala-ala muslimah.. Baik budak ni.. Lepas tu di celah-celah kebisingan tu, dia boleh la tanya macam-macam kat aku.. Mana yang aku dengar, aku boleh jawab.. Hahaha.. Mana yang tak clear sangat sebab tengah bising aku hangguk-hangguk kepala je... =p

Bile ketapi sampai, kami masuk sesama...

Dia banyak tanye weee... dan banyak jugak bercerita.. Perjumpaan setengah jam tu je dah boleh buat aku tau hampir separuh dari kisah hidup dia.. Haha. tak pernah jumpa budak ramah camgini...

Dia bagitau nama dia Mia, tengah tunggu result spm. Sekarang ni dia nak g sekolah sebab amik STAM sementara tunggu result UPU. Dia nak amik masscom kalau boleh.. sebab parents dia nak dia belajar bisnes management atau perguruan.. 


Ak tanye la pulak, dia pandai ke jalan kat Rawang sesorang gini?sebab dia cakap dia datang dari Kajang..
Dia pun cite la parents dia ada umah kat BB.. Dalam hati aku dok memikir, menate gapo la BB ni.. Rupanya Bukit Beruntung. Weekend-weekend dorang sefamily akan lepak kat rumah BB tuh..

Aku tanya lagi, adik beradik ramai ke.. Dia cakap mereka 3 beradik je.. Akak sulung nak kawen bulan depan.. Akak sulong dapat offer study g Mesir..tapi tolak.. Akak yang kedua pulak tengah belajar.. Dapat offer study gi Jordan, tapi tak g jugak.. So, dia harap dia dapat gi Mesir.. tapi kat Mesir takde course yang dia minat tu...

Lepas tu baru dia tanya aku..
'Akak keje kat mane?' Aku senyum je sambil jawab.. 'Akak keje SPNB.. ' Tapi aku tak tau la dia tau tak SPNB tu menate gapo.. hakhak.. 
'Akak dah kawen belum?' Lagi lebor aku senyum... 'Dah kawen..'
'Ada baby tak?mesti comel kan?Tengok!'

Aku pun bukak henpon.. Tunjuk gambar Qaira.. Dia jerit seronok wei... 'Comelnye!' kata Mia..
Alahai la Mia.. Awak ni sangat ramah.. Memang layak sangat la kot nak sambung belajar Masscom tu.. 

Sebab cita-cita dia nak jadi pengacara kat tv nun. Jumpa setengah jam, tapi dia cite semua sampai aku rasa dah kenal semua family dia.! Mak dia keje kat I.K.I.M tau!! hehe..Tapi kite jumpa sekejap je.. Ketapi pun sampai kat Kuang.. Aku turun dulu... Sempat aku cakap kat dia, ' Nanti belajar rajin-rajin ye dik.. Semoga dapat capai cita-cita awak.'

psst!boring tak entry tak bergambo?ahaha!

5 comments:

  1. wakaka.. ramah gila budak tu.. hai..mintak mintak la dia terpa borak ngan orang baik2 aje.. buatnya borak ngan orang jahat, boleh kena culik...

    ReplyDelete
  2. seronok juga berkenalan dgn org ramah ni kan May..takde lah bosan perjalanan kita..
    ok juga, entry tak bergambar ni cuma teringin juga nak tengok rupa gadis ramah tu hehehe..mesti cantik kan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. kenapa tak ambik gambar dengan dia.??tak sempat sebab dia cakap banyak sangt??

    ReplyDelete
  4. May keje kat spnb bangsar ke. Dekat ngan opis akk. Leh jumpo

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page