Daisypath Anniversary tickers

16 January 2014

Servise penghantaran super cepat dari Zalora vs taQbin

Assalamualaikum...

Saper dah baca entry aku pasal cardigan dari Zalora semalam??? Dah baca?dah? Belum?? Boleh tengok kat sini entry tuh..


Kalau nak tau,itu entry pertama aku yang di sponser oleh Zalora...di sponser ye? Di sponser pun boleeehh..hihi....


sebelum ni aku pernah publish entry pasal jemputan untuk collaborate dengan Zalora.. Jadi, Zalora bagi aku free RM150 voucher untuk shopping di Zalora lepas aku bersetuju untuk buat 1 entry berkaitan dengan Zalora dan ada deadline untuk buat entry itu. Zalora bagi target entry adalah berkisar pasal 'cardigan'. Aku pun terus buat..dan emel ke Zalora.


Padahal,aku memang tak pernah shopping pun kat Zalora ni...


Lepas je entry publish,terus Zalora bagi kod untuk redeem free voucher RM150.. Aku pun terus pilih barangan. Eceh.. Heaven oiii bershopping free!!


Aku pilih 1 kot blezzer.. Kekonon kalau malas iron baju gi keje,boleh la sarung blezzer ni untuk baju aku yang berkedut kat dalam! Haha.. Then,aku pilih beg.. Sebab beg converse aku,laki aku dah rembat buat letak tools dia keje.. Hurm.. Beg berjenama pertama aku beli masa memula kerja dulu. Huhu.. Ok. Takpe.. Kuhalalkan.hee.. Then,ada lagi extra RM10.. Pe lagi aku nak soping ni... So,aku amik je body shower for her brand Lotto.. Ntah wangi ke tak... RM9.. Saje nak perabih voucher je pun.

Yang aku rasa best giler dengan Zalora semalam order area 430pm kot submit order.pukul 10am++ taQbin dah sampai! Servis via TaQbin. Hebat!

Zalora siap hantar text kat henpon aku petang semalam. Barang tu akan di hantar ari ni.. Suruh standby..tak cukup text,emel lagi... Ish ish...


Pukul 930am hari ni,orang taQbin call tanya ada kat alamat delivery tak.. Dia dah on the way hantar barang.. Lepas tu, tup tup pukul 10am++ gitu dah sampai opis.


Woww.. Sangat jakun tengok servis penghantaran TaQbin & Zalora.. Poslaju yang jamin barang sampai dalam tempoh sehari pun tak sepantas ni. Ops!


Bila bukak box tu,tengok-tengok...




Ada voucher lagi.. Alahai.. Banyak pulak voucher nye nak suruh shopping lagi..hehee.. Yang bestnya,siap ada doket poslaju untuk kite return balik barang tu kepada penerima(dorang dah key in siap-siap alamat dorang kat doket poslaju tu) sekiranya barang yang diterima tak sama / rosak.


Gud service! Tak payah la kita nak pi pejabat pos timbang pulak barang untuk hantar ke penjual.

Thumb up!
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. diorg mmg tiptop bab anta brg nie...hehe...order smlm hrni dh smpi, sy pn dpt gitu gk..

    ReplyDelete
  2. Akk tak redeem lagi voucher zalora. Lambat lagi expired date ☺☺

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page