Daisypath Anniversary tickers

3 August 2017

Bila Mama Letak 3 Syarat Setiap Hari

Assalamualaikum.
.
Cerita hari-hari seorang mama 2 orang anak. Kena hadap kisah macam ni setiap pagi.
.
Ni si kakak Qaira umur 4 tahun. Kakak dah masuk tadika 4 tahun. Comel kan uniform warna pink. Tahun depan nak pakai uniform Tadika yang baru.
.

 
Ni gambar dia baru lepas mengamuk. Tapi sebab dia nampak mama nak tangkap gambar, muka dia ada manis sikit la.. Kalau tak masam muncung boleh sangkut hanger baju!
.
Tiap malam sebelum tidur, buat perjanjian bersyarat dengan kakak. Sebabnya kakak ni jenis cakap dia kena ikut. Kalau tak ikut, alamatnya tantrum datang. Menangis kaw2...sekarang dah upgred sikit. Suka masuk bilik hempas pintu. Wow... perangai baran mama tu menurun sangat dekat dia.
.
So mama dapat satu idea. Sebelum tidur ingatkan dia 3 syarat untuk mama ikut kemahuan dia. Biasanya dia nak pergi beli sarapan donut dengan petang-petang masa jemput dia balik, dia nak mama bawak dia naik motor pusing kampung belakang dan dia nak beli bubur. 
.
Permintaan dia tu senang je takde la susah sangat. Tapi sebab nak ajar dia tak semua yang dia nak boleh dapat dengan senang kalau tak dengar cakap mama. Kejam pulak rasa kan.
.
Syarat pertama ; bangun tido tak mau mengamuk.
Syarat kedua : tak boleh menangis nak bangun pergi mandi
Syarat ketiga : Bangun mesti awal.
.
So far, dalam minggu ni isnin - khames, hari selasa je syarat sempurna dan dapat 3 good. Yang lain-lain tak dapat 3 good.
.
So bila tak dapat 3 good, masa pergi tadika takde singgah memana. Masa balik tadika terus naik rumah. Takde naik moto atau singgah kedai runcit dekat tadika.
.
Hari isnin hari tu dia ajak gi kedai. Mama buat keras je cakap 'No sebab pagi tadi kakak bangun tidor mengamuk menangis.'
.
Dia dengar mama cakap macam tu, terus dia jalan kaki balik rumah sambil mengomel-ngomel dan hentak kaki. Mama buat tak tau je.
.
Hari selasa dia dapat beli donut dan naik motor sebab dapat 3 good. Bangun tido terus senyum. Ko hadooo?hahaha..
.
Hari rabu bangun awal tapi menanges. So mama tak bawak beli donut. Balik petang tu dia redha je takde tanya apa-apa terus balik rumah. hehehehe..
.
Hari khames, dia menanges. Tapi bangun awal dan amukan tak teruk sangat. So mama cakap 2 je good. Kalau ikutkan tak dapat la beli donut. Tapi abah dia ada, dia ajak abah dia g kedai. 
.
Kalau dengan abah, of kos la dapatkann..
.
Sebenarnya bukan nak berkira dengan anak bab makan. Cuma nak ajar dia tak semua benda dia nak boleh dapat dengan mudah. Dan nak dia bangun awal tanpa buat mama naik darah tiap pagi.. kikiki...
.
Bila dia ngamuk pepagi bangun tido, si adik mesti terbangun. Bila adik bangun awal, makanya mama punya time memang lari habis la.. 
.
Abah dia pulak biasanya memang keluar awal gelap sebelum subuh. Nak hadap sesorang bebudak ni memang kecoh tiap pagi.. 
.
Okei la.... sambung buat kerja lagi sikit.
.
Thanks sudi baca.
.
Bye~

No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page