Daisypath Anniversary tickers

26 May 2016

Pantang Larang Untuk Bayi atau Anak Berkahak

Assalamualaikum...

Lama betul tidak ke udara. Tipu betul Cik May ni kan. Tiap kali post entry bagitau lepas ni cuba update entry seminggu sekali. Tapi lepas tu ke lauttttt.. Lepas tu janji lagi. Kemudian, ke laut dalam lagi..

Okey la. Back to topic ye. Entry ni entry pendek sahaja..

Bulan lepas saya ada bawak baby Qayyum saya berumur 4 bulan ke pusat Rawatan Terapi Sonotron. Hujung May ni baby dah 5 bulan la di kala saya up entry ni. Untuk masalah kahak dia yang berjangkit dari kakak yang batuk & selsema. Masa buat rawatan terapi sonotron tu, pembantu terapi tu share makanan apa yang perlu pantang sepanjang anak berkahak ni. 
Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, ibu-ibu mestilah berpantang 3 jenis makanan iaitu ;

1) kentang- ubi kentang, kentang kepsi, kentang putar, kentang goreng, karipapa kentang. Apa-apa mengandungi kentang!. Di sini saya amat kecewa keraba tidak boleh makan karipap kegemaran. Huwaaaaaaa... Tapi saya memang kuat gile makan kentang. Patut la kahak dia tak surut.

2) chocolate - segala jenis choc! Milo pun choc kan? Dari pantang, hampir setiap hari saya minum milo/ tamar cocoa. Dan patutlaaaaaa.... Kahak qayyum tak reda jugak..

3) buah! - omg.. Buah pun tak boleh.. Saya sedih.. Saya suka makan buah oren sunkist lately ni. Siap blend lagi buat fresh owen. Katanya buah ni sejuk & akan membuat kahak melekat serta pekat.

Saya tanya why? Why? Why??

Menurutnya, 3 sumber makanan tersebut boleh menyebabkan kahak semakin pekat. Oh.. Begitu.. Anak dah 2 orang baru saya tahu..

So demi kesihatan anak, saya berpantang lah untuk 3 jenis makanan tu. Bertabah je gorengkan kentang untuk si kakak tanpa saya menjamahnya.. 

Tapi, kita positifkan balik. Bukan selamanya berpantang kan? Since baby kecik ni je demi kesihatan dia sepanjang full breastfeed! Tapi kalau nak pantang terus pun bagus jugak! Orang yang jaga makan-minum ni insyaAllah kesihatan lebih terkawal!

Ok. Senyuuuuuum je tak boleh minum choc.. (^____^)


2 comments:

  1. coklat? wah... anak makan biskut yang ada inti coklat tu pun tak boleh eh? patutla dah beberapa hari kahak tak hilang lagi.

    ReplyDelete
  2. Laaa...yer ker. Ketiga² makanan tu adalah feveret kita...uwaaaa... Ni baby kita yang nak masuk 3 bulan ni batuk & selsema. Dok nursery...biasalah. Thanks for the info dear. Kena pantang nampaknya nih sbb baby nyusu badan.

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page