Tu dia tajuk bak angggg.... Macam karangan dah.. (^~^)
Nak story mory kaedah sonotron ni dengan uols yang ad baby kecik haluih belum cukup setahun..
Kisahnya baby qayyum batuk berjangkit dengan si kakak.. Biasalah kakak duduk taska ramai kawan.
Yang jadi risau bila pengasuh cakap qayyum kurang minum susu. Jiwa tak tenang. Mungkin sakit tekak dah batuk tu.. Jadi tak selera nak minum susu lagi..
Bawak gi klinik.. Doc suruh share ubat dengan kakak cuma kurangkan dos. Saya tanya doc, takpe ke baby bawah setahun makan ubat? Dia cakap ok.. Tak de masalah. Tapi kat botol tulih jangan bagi ubat kepada budak bawak setahun. Ah sudah. Kompius pulak mama..
Google- google.. Ingat nak bawak sedut kahak kat klinik dr nadir yang glemer sangat dari review-review bloger kita. Tapi takut tak tahan tengok dia masuk wayar dalam hidung baby pulak..
Carik info lagik.. Kaedah sonotron pulal katenye. So copy paste link tunjuk ke husband.. Husband decide sonotron je sebab dari semua penulisan cakap tak sakit..
So, lokasi paling hampir dengan rumah ialah di Klinik Dr Fauziah di Sg Tua, Batu Caves. Nasib baik aku buat called dulu ke sana.. Kene buat appoiment rupanya..
Aku buat appoinment malam. Pukul 9. Tapi tetiba husband kene hantar orang ke Melaka. So kitorang sampai klinik pukul 9:30pm. Jadi orang terakhir buat terapi.
So, bila masuk bilik tu, baju baby kena bukak dulu..
Benda alah macam hair dryers tu akan di hala ke bahagian dada, leher, tepi badan, hidung & belakang badan baby. Tak sakit pun mommy.. Tak kene badan pun. Baby akan rasa warm-warm je.
Yang terujanya, baby lain semua menanges-nanges. Qayyum ni tengok je orang yang buat terapi tu.. Tapi muka takde perasaan habis.
Buat sonotron ni ambil masa 15 minit per sesi. So dalam 1 jam terapi tu boleh buat 4 orang.
Kalau nak tau, arus terapi tu berfungsi tolak ke tepi kahak-kahak & dikeluarkan melalui najis atau pun muntah. Arus tu akan ada dalam badan selama 8 jam.
Cukup 8 jam esok subuh tu Qayyum berak selambak habis..
Dalam 2x rasanya Qayyum ada muntah kahak. Tapi tak nanges. Dia kenyang minum susu, then terbatuk, kahak keluar.
Rawatan tu disarankan buat 3hari berturut-turut. Kalau korang nak buat sekali pun boleh. Depends.
Untuk anak saya ni, saya buat 3x. Bayaran dikenakan ialah RM30/sesi.. 3x maknanya RM90.
So far, batuk Qayyum berkurangan. Takde bunyi sangat kat dada. Minum susu pun dah kembali normal macam biasa. Takde datang lagi pusat sonotron ni lepas rawatan 3x tu.
Kakak the happy sister. Tunggu turn adik dipanggil, dia boleh main kuda-&kuda. Abah nya pulak tido kepenatan penat kerja siang hari.
So, kalau korang pun nak buat booking, boleh terus call no ni: 03 6187 0757
Ahad tutup ye. Beroperasi dari Isnin-Sabtu sampai pukul 10pm je.
Semoga perkongsian ni bermanfaat. ^^
good info ni. pernah terbaca ni gak dulu tapi tak pernah try.
ReplyDeleteqayyum dah berapa bulan may?
saya dh try semlm...tp anak sy x muntah n buang air pown sampai la nie...confius gk
ReplyDelete