Pink Diamond

21 February 2016

Cup cake princess untuk si kakak

Assalamualaikum

Hai hai. Berkeudara sambil bersantai hari ni. Si kecik tengah tido. Si kakak berkepit dengan abah. Bila abah dia ada, rasa lega. Dapat la rehat sikit. Kalau idok, memang non stop la.

18hb feb baru ni, genap si kakak Qaira berumur 3 tahun. Plan asal nak buat birthday celebration kat taska. Tapi dia tak nak pulak gi taska sebab aku masih cuti berpantang. So, aku orderkan cup cake princess untuk birthday kakak ni. Sambut sesorang dia je la. Heheee.. Kesian.. Sebab aku pun masih berpantang. Abah dia pun baru balik kerja tengahari tu.
Jadi la kan ada belon sesikit. Hikhik..  Seronok dia tengok cup cake sampai tidak menyabo nak makan.
Tiup kek pun eksaited. Ni pestime dia tiup lilin. Selalu bawak g makan kat secret recipe je. Tu pun mak pak dia habiskan kek. 
Muka happy tak hengat. Tapi lepas tu kek tak makan sangat punnnnn. Rasanya lepas ni mama buat kek pisang je buh lilin kat atas tuh. Senang..
Adik pun kene paksa bergambar! Haha..

Sian adik. Muka terpaksa sangat.

Btw, happy birthday to my dear doter. I love u so much.. Walaupun selalu marah kakak, sebab tidak tertahan kadang dengan sel otak dia yang sedang berhubung.. Mama doakan kakak berjaya dunia akhirat. Jadi anak yang solehah..

Andainya blog ini masih wujud masa mama dah tak wujud lagi, kalau kakak baca tulisan ni, mama nak kakak tau mama sayaaaaaang sangat anak mama ni.. 

Eh tetiba rasa mata bertakung. Dah kenapa aku ni...



No comments:

Post a Comment

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page