Daisypath Anniversary tickers

30 June 2014

Perubahan Waktu Bekerja Bagi Bulan Puasa & Onde-ondenye.. ;)


Ni emel dari pihak pengurusan..


PER : PERUBAHAN WAKTU BEKERJA SEPANJANG BULAN RAMADHAN 1435 HIJRAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa, pihak Pengurusan telah meluluskan waktu bekerja di sepanjang bulan Ramadhan 1435 Hijrah seperti berikut:-

Hari
Waktu Bekerja Pada Bulan Puasa

Isnin hingga Khamis
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga 4.30 ptg
Waktu Rehat    : 1.00 tgh hingga 1.30 tgh

Jumaat
Waktu Pejabat  : 8.00 pg hingga  4.30 ptg
Waktu Rehat    : 12.30 tgh hingga 2.30 ptg










Sehubungan itu semua kakitangan adalah diminta untuk mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan selaras dengan SPNB Code of Conduct.

Bagi pihak pengurusan, adalah diucapkan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Balik pukul 430 pm! yeay!!!!! Sempat la nak buat onde-onde kan? Haks! Giler tekak aku ni di bulan puasa..tu nak buat..ni nak buat...Nak buat tau??? Bukan nak pi tunjuk kat gerai bazaar... ;p

Cadangnya nak buat onde-onde ni lebih,nak bagi kat jiran sebelah.. Nak rasa nikmat puasa macam kat kampung zaman aku kekanak dolu.. Bertukar-tukar makanan.. Hehe.. Tak nak tukar dengan aku pun tak pe... Niat aku je nak hantar kat umah jiran.. Dah 4 bulan pindah, baru nak bagi salam perkenalan.. hadeh.....

So, ni untuk pindaan waktu bekerja di opis kami... Bagaimana dengan opis kamu??? ;)

1 comment:

  1. perghhh... best gilaa... kami 8:30-5.. tapi sebab carpool ngan biras terpaksa ikut masa kerja dia kot.. gugugu

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page