Pink Diamond

27 June 2014

Aroma ikan bakar Jeram

Assalamualaikum...


Entry bersambung untuk entry birthdayout hari tu..


Husband belanja makan ikan bakar dekat Jeram. Dia pun tak bagitau nak bawak pi sana. Kalau tak,boleh jugak servey kedai yang ngetop-ngetop kat sana.. Sebab tak tau pape sangat pasal kedai menarik kat sana,kami terus singgah di Aroma Ikan Bakar.


Boleh tahan besar dan ramai customernya yang tengah beratur pilih ikan,udang,ketam,sotong dan macam-macam lagilah!


Aku & adik ipar terus beratur.. Mak dengan yang lain pi duduk je kat meja.. Pilih punye pilih.. Kami amik ketam..


Ketam masak berlado... Rasa? Boleh tahan lah..

Lepas tu pilih sotong.. Sotong buat goreng tepung. 2 ekor sotong besar bersamaan 1 pinggan je bila dah siap goreng.. T_T


Tapi gambar sotong takde sebab sotong sampai lambat. Aku tengah dok mencekik time tu, tak lalu dah nak amik gambar. Haha..


Next menu,ikan siakap 3 rasa. Macam menu wajib je ikan neh. Yang ni sedap!

Lepas tu kupang ke kepah kot namanya. Aku pun tak tau. Haha.. Yang ni masak tumis serai.. Rasanya? Biasala.macam masak kerang tumis tuuuuuu...

Lepas tu ikan pari bakar.. Yang ni pun tak de gambar sebab sampai lambat sangat. Nasik dah nak habis,baru ikan pari bakar sampai. Rasanya? Dengan warnanya pun failed! Hitam macam kene bakar terus sampai rentung! (Bila aku share cite ikan pari bakar aroma ikan bakar ni dekat bos aku,dia pun sependapat dengan aku part ikan bakar tu)


Air,tembikai sejug! Pueh hati minum perabih sejug.

Muke hepi adik aku dapat makan besar! Kebetulan sangat la dia datang umah aku ari sabtu,ahd pulak birthday aku. Langkah kanan. Adik ipar aku pun,kebetulan datang umah aku petang sabtu sebab tak jadi pi umah akak dia kat Ampang. Akak dia,a.k.a kak ipar aku la. Hehee. Kalau tak,harus la aku pi makan dengan Qaira & abahnye je..


Malam tu memang kenyang sesangat. Balik umah je,semua orang pengsan!
posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. nyum2.. semua nampak menyelerakan la... :)

    ReplyDelete
  2. turn off gila kalau lauk lambat sampai.. lagi la kalau dah kebuluran kan.. mau terbalik meja..hahaha..

    btw.. happy belated birthday..

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page