Pink Diamond

12 November 2014

Mandi-manda Desa Water Park KL

Assalamualaikum..

Fuh fuh fuh.. Tiup sawang kat blog ni. Bukan main lama terbiar. Busy bebonar tuan blog! Tapi memang busy sampai selalu off internet data kat opis. Nak fokus! Fokus bekerja..

Ini cerite 2 minggu lepas. Saje testing bawak budak kecik ni gi main air. Kat KL aje pun.. 
Nampak tak sape yg hover? Cer komen! Heee!

Sampai je kat Desa Waterpark, beg galas aku bawak tu kene godek dulu dengak mak guard. Mujur mak guard tau! Sebab atas 1x dalam beg adalah pakaian dalaman! Ops!

Lepas tu, harusla sandwich yang cuba aku seludup dari umah kantoi! Mak guard tanya, apa dalam bekas? Aku jujur jawab sandwich je... Dia bukak tengok.. Sambil tengok Qaira dia cakap, untuk baby? Aku jawab, ya ya. Dia pun lepaskan sandwich aku. Fuhh.. Lega..

Lepas tu bayar tiket.. Untuk tiket, RM35 dewasa. RM25 bebudak. Qaira free berdasarkan ketinggian. 😊

Masuk je dalam, shopping pelampung dulu.. 
Haa.. Nampak? Nak yang ada stereng hokeiii.. Pelampung RM35. Harus 2x ganda mahal untuk tempat begini. Sobsobsob..

Aku sebagai mak budak, harus la main kat bahagian kedalaman air 0.3m je. qaira pun jalan je dalam tu. Relax je. Tapi memula tu dia takmo jugak masuk air..

Dah lama berendam, bawak Qaira naik recharge bateri. Bukan main selera dia makan. Tak pernah tengok dia makan penuh kesungguhan macam tu..
Dari tengahari bawak ke petang, Qaira tak nak tinggal air pullak.. Ades.. Nanges-nanges dia bila nak bawak mandi..

Masuk kereta, terus tido kepenatan.. Sampai dukung bawak masuk kedai makan pun tak sedar.. 

Bila dah bangun, air mama,abah,acu dia, dia habiskan..
So, happy tengok anak seronok nooo main.. Next trip, gi Melaka pulak la ye Qaira.. Hehe.. Nampak tak tinggi angan-angan mama awak nak bawak awak bercuti..

*mak ke anak yang excited nak jejalan?? Haha!


2 comments:

  1. wah..berjalan sakan la Qaira 2,3 bulan ni ye??Pandai cakap dah ke May??

    ReplyDelete
  2. lama dah tk g desa water park ..

    salam perkenalan sis

    jemput ke blog nana :)

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page