Daisypath Anniversary tickers

18 April 2014

Hasil susu perahan selepas anak berusia 1 tahun 2 bulan

Assalamualaikum...


Tengahari tadi, makan kat rumah member opis. Buat housewarming masuk rumah baru.. Ekceli rumah dia sebaris floor dengan umah aku je.. Memang dekat la.. So,bila staff laki gerak gi masjid untuk solat Jumaat, yang pompuan-pompuan ni amik kesempatan untuk bermalasan sambil meluruskan urat terlentang di depan tv..


Aku pulak, terus mintak izin balik rumah sendiri.. Nak basuh periuk dan pinggan yang aku tinggalkan kat sinki pagi tadi.. Pepagi memang tak sempat nak mencuci..


Lepas tu nak pam susu pulak.. Sebab stok dalam peti kian menyusut.. Risau jugak.. Hasil pam hari ni..


Alhamdulillah. Agak banyak dari biasa.. Mungkin sebab pagi tadi Qaira tak banyak df sebab lena sangat tido kan....

Bangun pukul 3am buat kerja sendiri. Keluar masuk almari baju. Hadui... Upah susu ingat nak bagi tido, lepas dia nyusu,panjat pulak badan mama.. Bila tak bagi merayap, mengamok sampai abah dia bangun..


Tu kisah malam tadi..


Ni kisah susu.. Bila pam susu je,teringat dulu.. Masa memula berpantang.. Susu memang sikit. Rasa down sangat..

Haa.. Terjumpa gambar susu masa pantang.. Sikit je kan.. Bila pam, amik gambar.. Hantar kat abah Qaira. Cakap susu sikit. Frust.tension.semua ada.. Hari-hari stress pikir..


Mula pikir nak bagi susu formula..


Mujur abah Qaira tenangkan fikiran.. Mak mertua yang hari-hari buat jus daun pegaga.. Kawan-kawan yang pernah alami turut bagi semangat supaya jangan bagi susu tepung.. Dan vitamin shaklee yang setia di sisi.. Hari-hari berdoa,semoga dimudahkan olehNya. Sebab sehingga menitis air mata bila pam dan tengok muke Qaira..

Muke Qaira version dalam tempoh 44 hari pantang. Hehee..


Memula habis pantang, masuk kerja,gigih pam pukul 8am,10am,1pm,430pm,1030pm.. Penat sangat rasa masa tu..


Alhamdulillah.. Niat yang baik di mudahkan jalan. Dengan usaha tak putus minum air masak,makan suppliment, makan nasik banyak.. Haha.. Kejap je peti penuh dengan stok susu. Sampai peti tak muat nak buh lauk basah.



Pernah dapat sampai 3 botol penuh sekali pam. Dalam tempoh singkat.


Masa ni memang every weekend kene kemas peti.. Sebab kena susun balik susu lama dan baru..


Setiap kali pam,memang teringat kisah sendiri. Sebab tu aku rase frust dengan orang yang takde usaha nak bagi anak susu badan..


Jadi, ibu muda yang bekerja kat luar sana,try your best for your baby ok!!!


Pesal aku touching touching petang gini. Tetibe je. Haha!

2 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page