Daisypath Anniversary tickers

9 April 2014

Call dari Vacation Club, Offer Percutian 3h2m di Swiss Garden Resort Hotel.

Hari ni aku kene masuk meeting dengan our contractor.. Tengah pom pang pom pang dalam bilik meeting tu (aku tukang dengar je) aku dapat call dari nombor yang tak dikenali..Terus aku keluar dari meeting room. Ingat orang jual insurans. Memang nak cantas je segala percakapan beliau sebelum dia offer memacam..


Tup-tup he said (sepiking tawwww) dia dari Vacation Club Swiss Garden Resort Hotel. Aku pun dengar la apa dia nak cakap. Dia menawarkan percutian 3hari 2malam dengan nilai voucher RM900.00. Banyak kan? Secara percuma pulak tu.. Tapi, aku masih rasa macam saspen. Ekcelli aku tak percaya sangat benda-bende free ni.. Mana ada orang nak bagi memenda free wei... Logic la sikit kan...


Aku pun tanya la pulak, dari mana dia dapat detail nama penuh dan no telefon aku ni. Katanya dari Matta Fair bebaru ni kat PWTC.. Lagi la aku rasa macam tak kena sebab aku takde gi Matta Fair pun.. 
Aku memang tengah berfikir nak pergi bercuti dengan my small family, tapi tak terlalu beria sampai nak gi Matta Fair tu.. Mamat tu pun bagitau yang dia dapat details aku daripada pengunjung Matta Fair a.k.a kawan-kawan aku yang letak contact aku untuk orang-orang Vacation Club ni hubungi.. Mungkin 'kawan a.k.a pengunjung' tu dapat some rewards  dari mereka dengan meninggalkan nama dan no telefon kengkawan mereka kat sana.


Aku still was-was tapi masih nak dengar lagi offer ni.. Aku tanya macam ne nak mengesahkan ni bukanla panggilan yang menipu atau apa-apa lah. Dia bagitau la opis dia kat Level 7 Swiss Garden Hotel, berhadapan dengan Pudu Jail, near dengan IPD & blalalalalala.. So, dia tanya aku balik, untuk ape dia nak tipu aku sedangkan dia nak offer voucher percutian percuma.. Dan kalau aku rasa dia tipu, boleh la bawak ke IPD berdekatan.. Then, dia cakap dia akan hantar detail pasal voucher ni dengan menggunakan henpon peribadi dia sendiri. So, in case nak datang ambil voucher tu boleh terus call / text je dia.. Voucher tu kene datang ambil sendiri kat Swiss Garden Hotel KL. Tapi, untuk percutian boleh pilih Swiss Garden Hotel Kuantan ataupun Swiss Garden Damai di Lumut.. Valid selama 3 bulan..


Dalam sejam lepas dia letak phone, baru mesej masuk...


JEMPUTAN KHAS : EKSKLUSIF PRIVIU DAN HOTEL TOUR (60MIN) MPDEN MODEN KONSEP DAN PENGINAPAN PERCUMA 3H2M DI SWISS GARDEN RESORT & SPA KUANTAN ATAU SWISS COURT HOLIDAY APERTMENTS DAMAI LAUT PERAK (GOLF RESORT) VOUCHER NO : SRMV1 & LOKASI ; TKT 7 SOUTH TOWER SWISS GARDEN RESIDENCES INTERNATIONAL HOTEL JLN GALLOWAY 50150 KL. & SYARAT TERTAKLUK KUNJUNGAN YANG BELUM PERNAH HADIR SAHAJA.DARIPADA : H**** & SWISS GARDEN INTERNATIONAL VACATION CLUB BHD (A member of PJD Group)


Lepas tu aku pun menggoogle dan call Swiss Garden Hotel.. Nak kepastian pasal offer ni.. Dorang pun bagi aku 1 no tepon untuk hubungi pasal voucher tu.. Aku suruh budak opis aku yang call on behalf aku.. Hahaha.. Tapi dia tak dapat bercakap dengan sesiapa pun. Sebab operator tu cakap, "Hello, TQ for call Vacation Club blalalala.... Please call after lunch hour". Hehe..


Aku tak de call balik pun.. Maleh..


Jap tadi, aku google pulak tengok sesapa pernah dapat call / offer dari Vacation Club ni... Tetibe jumpa entry kak Rai.. Dan aku tengok jugak review-review dari blog dan forum orang lain.. 


Hasilnya, ramai yang cakap dorang (Vacation Club) nak promot kita untuk jadi Member Club dorang.. hurm...


Sapa pernah dapat offer macam ni? Korang accept tak? Boleh caya ke benda gini?

24 comments:

  1. saya rsa ofismate ada dpt mcm nie..memg baucar free..tp bila dh jd membe, ada time kena wat bayaran pd diorg dan ada contract yg di ikat..once kita say YES, trus ja done!. berhati2 may dgn cara mcm nie..

    ReplyDelete
  2. yang call xsure la plk..tp penah kene kat matta fair salu buat ni..dia akan explain bla bla bla kat kita..xambik jd member pn xpe just dengar tp akan dpt free pakej bercuti ni..huhu..tp dia akan sedaya upaya pujuk join member..tp akan ade bayaran member tu yg dia bla bla bla..

    ReplyDelete
  3. Biasalah tu. Klo dah bagi benda free mcm ni, mesti ada something wrong somewhere.

    ReplyDelete
  4. Biasalah tu. Klo dah bagi benda free mcm ni, mesti ada something wrong somewhere.

    ReplyDelete
  5. Saya pergi preview Swiss Garden ini.

    Okay, style dia macam ni. Dia akan minta kita dengar talk dari salesperson yang call kita tu.

    Dia akan tunjukkan kelebihan Swiss Garden Hotel yang ada di Malaysia dan affiliate dia di dalam dan luar Malaysia.

    Then dia akan bawak kita tour hotel baru dia. Bawa ke bilik, tengok gym dan lain-lain.

    After that, dia akan offer membership programme dia. Bayar dalam masa 5 tahun kalau tak silap, dan enjoy the deal (penginapan di hotel) selama 20 tahun.

    Memang menarik, cuma pastikan kita betul-betul mampu nak bayar. Bila bayar mesti pakai. Tapi setiap tahun ada maintenance fee. Dia akan beri kelayakan hotel mengikut pakej.

    Saya pergi sahaja, tapi tak join pun sebab dah join membership lain huhu.

    But voucher tu mesti ambil tau sebab FREE setelah mendengar talk itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la ye free? tk byrkan sbb sy pun bru dpt

      Delete
  6. pergi dengar..lepas tu ambik voucher.. sila keraskan hati.. kalau jenis rajin duk hotel, berbaloi la ambik..kalau tak tak payah lagi baik kot dari tambah commitment.. good luck

    ReplyDelete
  7. Td ada member tny kt wasap pasal ni. Google jmpa ur sharing. Dh fwd link ke dia. Tq ya for sharing.

    www.rashidahjuhari.com

    ReplyDelete
  8. Hehee,aku dapat call Dari swiss garden ni td , kesimpulannya, ambik voucher, jangan join ahli camtu....

    ReplyDelete
  9. Saya dah terkena palace of golden horses vacation club... mmg diorg nk bagi baucer free... tapi jgn terpedaya dgn vc ni.. konsep jual bilik 7 mlm utk setahun.. sy terpedaya sebab ada ejen kata bole buat auto rental.. contoh semalam bilik kita rm500 dia tolong jualkan rm700.. konon2 untung kita dapat.. lepas sy sign agreement tu... dlm seminggu tu ejen tu x balas msj dan call.. saya dah rugi rm23k

    ReplyDelete
  10. Assalam awk.sy bru dpt sms dari swiss garden majlis koktel sabtu ni 28 mei 2016..Selasa lepas die call.siap tnye sy keje as ape and kat mana.sy jawab general je.die siap gelak knpe takut.bukan cik keje kat sini.siap betul plak tu.post kat group sms td.pastu mmber mengaku die yg bg contact tu.tp mmg die dah pergi event tu than mmg kna dengar ceramah 45 minit.pastu die promote pakej than mmg dpt voucher tu.cume tak pasti voucher tu betul betul free or mmg kena byr.sy ni masih keliru nk join tak sabtu ni....:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanya sket. Awak mmg dah Ambik voucher tu tanpa bayar anything n join club member ke. Psl saya br je trima col dr swiss garden. Kalu mmg btol confirmed dpt voucher berbaloi gak ni

      Delete
  11. I pun baru dapat call. Suruh Pergi collect voucher Tu sendiri. So is this really free just go and stay for 3 nights? If we don't join member, any payment need to make for staying for the 3 nights? Thanks.

    ReplyDelete
  12. Dpt kol dr swiss garden kuantan suro dtg anek voucher 3d2n.. to kene dgr taklimat 45 minit.. x amek pakej pon xper janji dgr.. dh tau taktik jahat diorg ni sori la aku nk dtg.. pafahal dh aet time nk jmpe kol 5.30 ni.. naseb google dulu.. tq..

    ReplyDelete
  13. Baru dpt call,berminat voucher free tu ,kebetulan nk ke Pahang cuti nnt,tapi weekend or public holiday valid x dlm 3 bln tu? ~dila

    ReplyDelete
  14. Pergi dengar...45 minit..dia promote masuk member..kena kuatkan iman..lpas tu boleh ambik voucher penginapan free..poin..MESTI KUAT IMAN..kalau tak, sure terjoin jd member..ha ha..ha tp voucher is real..rugi x ambik..

    ReplyDelete
  15. BAGI FREE AMBIK. TAPI DONT JOINT!!! TERPERANGKAP MCM AKU! 3 6 BULAN BARU DPT BILIK. SGI VACATION JAHANAM!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam boleh tanya.. Dpt balik pe yer?? Boleh cancel?? Mcmna nk cancel??

      Delete
  16. baru ja...pergi dengar mggu lepas, set ja nak free 2 mlm....lain2 bebelan tu buat kering ja....selamat dah dpt baucer n tak berjaya di psycho...hehe

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas review ni, sng skit aku nak cerita pada bini aku dia dpt panggilan mcm ni la. aku kata relax dulu

    ReplyDelete
  18. Tak pernah ada kosong bilik. Susah giler nk book memanjang full lagi2 time cuti sekolah. Dah kita mmg cikgu mmg nk holiday time cuti. Sampai pencen la x merasa nk book SGI. Pulak tu annual maintainace kena bayar walau x pernah menginap dah 3/4 tahun sia2 je jadi gold member. Boleh ke buat aduan pd pengguna kes teraniaya mcm ni?

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page