17 November 2017

Bihun Goreng Simple Bila Ala Malas

Assalamualaikum...
.
alahai mood malas-malas je kan nak masak. Tapi nak jugak masak. Sebab anak suka makan. Kalau beli je mesti rasa tak berbaloi. Sebab tak boleh makan ulang-ulang.. ;p
.
Saya sebenarnya suka sangat masak jenis tumis menumis. Jadi bila saya masak bihun goreng, nasik goreng rasa lebih kurang je sebab bahan tumisan sama je. Hehehe.


 

Nak tau resepi bihun goreng style malas?hehe.. Saya tepek jugak la walaupun takde yang request.
.
Bahan tumis untuk anggaran 2-3 orang makan.
-1 biji bawang merah size sederhana
-2 ulas bawang putih
-2-3 biji lada kecik * nak pedas boleh lebih
-segenggam/kurang ikan bilis direndam dulu
.
Blend / tumbuk bahan-bahan di atas. Saya blend je sebab malas nak menumbuk.
.
Panaskan minyak, tumis bahan blend sehingga naik bau. Letak cili boh sesudu, sos tiram sesudu, kicap pekat sesudu. Campurkan sedikit air, perasakan garam dan gula.
.
Lepas tu masukkan bahan yang kita ada dalam peti. Udang ke, ayam cincang ke, sotong. Bila dah agak masak haiwan-haiwan tu , baru letak bihun. Kacau sehingga agak sekata semuanya. Lepas tu masukkan sayur.
.
Kalau takde apa dalam peti kan, saya letak je telur dan ikan bilis. Pun dah boleh sedap tekak ni.
.
Siap!
.
Saya perasakan garam dan gula tu awal sikit sebab nak bagi rasa tu sekata. Kalau letak garam lepas dah letak bihun/mee, takut ada certain tempat masin, tawar. Lebih kurang macam tu la kot. Takde yang bagi tips ni. Saya sendiri yang buat tips sendiri. ;p
.
Selamat mencuba resepi bihun ala malas saya ni.Hehe..

4 comments:

  1. laaa senang je rupanya. hahaha nanti nak try buat :D

    ReplyDelete
  2. Tahniah awak menang GA ni, jom tuntut hadiah.. dah lama sy tunggu awak bg details.. :)
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/11/pemenang-giveaway-besar-besaran-by.html

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page