30 October 2017

Reunion 10 Beradik Abah di Sungai Besar

Assalamualaikum...
.
Hai lama tak ke udara. Sibuk sikit. Alasan sibuk je sepanjang masa kan. Bila tak sibuk ntah la..
.
Ni entry tersadai dekat draf berapa lama tah ye. Hari ni baru teringat nak update sikit.
.
Pertengahan bulan Oktober baru ni, ada pertemuan kembali untuk 10 orang adik beradik abah saya kat Sungai Besar, Selangor. Saya beria-ia la jugak suruh abah saya datang. Hajatnya memula abah saya tak nak pergi sebab abah duduk jauh kat Segamat. Cepat-cepat saya bagitau adik abah yang bongsu suruh pujuk. Sebab bagi saya ini pertemuan julung kalinya dan bukan senang nak himpun mereka 10 beradik.
.
Perancangan ni semua last minit atas permintaan kakak abah yang sulung. Dia nak berjumpa semua 10 adik beradiknya memandangkan tengah uzur. Jadi, dalam group whatsapp keluarga sebelah abah, sepupu sepapat semua aturkan 1 tarikh untuk semua datang.



Alhamdulillah akhirnya abah setuju nak datang lepas adik beradiknya pujuk. Abah saya yang kopiah hitam tu. Sebelah kanan abah ialah adik kedua bongsu dan sebelah kiri abah abang sulung, kira paling tua la.



Ni lengkap 10 orang adik beradik abah. 5 lelaki dan 5 perempuan.
.
Jujurnya memang saya tak kenal ke semua pun. Jadi saya pun tanya abah, kata ada 10 beradik, kenapa kat gambar ni ada 11? Haha.. Abah cakap yang baju hijau tu abang ipar dia, suami kepada kakak abah yang sulung. Panjang la ooooo saya..
.
Adik abah yang paling bongsu yang paling kiri, paling tinggi. Ha, sihat walafiat dan baru je pencen sebagai doktor kat Klinik Kesihatan.



Ni lah kakak abah saya yang berhajat nak berjumpa semua adik beradiknya. Memula saya ingatkan kakak sulung ialah anak sulung. Rupanya kakak abah ni anak no.2 tapi kira kakak pertama dalam adik beradik, tu yang abah saya dok cakap kak Sur ni kakak sulung dia.



Tak sempat nak bergambar dekat banner susunan nama 10 adik beradik abah. Abah saya anak ke?? Lapannn...

Anak bujang ni je sempat bergambar kat sini. Mamanya sibuk tangkap gambar atok dorang nak buat kenangan. Sebab saya sorang je wakil anak abah yang datang. Lagipun saya sorang je dalam adik beradik saya yang merantau jauh duduk kat Selangor ni. Yang lain semua duduk Pahang je.



2 orang budak ni tak meragam sangat as long dorang dapat merayau. Kalau duduk setempat memang panas bontot lagi-lagi si kenit tu. So bebudak ni bawah pemantauan abah dorang. Merayau-rayau dekat bawah pokok sawit tengah panas litlit tu. hadei..
.
Saya pulak?Makcik bawak berpusing nak berkenalan dengan cousin yang memang dah saya tak kenal. Habis di bawak saya pusing-pusing khemah. Yang cousin duduk dekat rumah memang kenal sangat.Ni yang bila sebut nama je pun dah hilang arah sebab tak kenal. hahaha.
.
Dah lama saya tak balik kampung sebelah abah since abah dan mak saya bercerai masa saya kecik. Saya lebih banyak balik kampung sebelah mak je. Dari kecik memang kamceng dengan cousin sebelah mak.
.
Pertemuan macam ni ada baiknya untuk mengeratkan silaturrahim sesama keluarga yang memang dah lama tak berjumpa. Alhamdulillah tuan rumah siap buat senarai kedatangan dan seramai 160 orang cucu cicit dikenal pasti datang ke majlis pertemuan ni.
.
Lepas zohor macam tu, saya terus culik abah saya bawak balik rumah. Ajak dia bermalam kat rumah sebelum saya hantar balik Segamat esoknya. Malam tu saya masa masak lagi ikan Patin Masak Tempoyak untuk abah. =) Masak lain sebab abah tak sempat makan yang saya masak masa potluck.
.
Saya yakin, mereka yang diraikan sangat gembira dengan pertemuan ni. Alhamdulillah. selesai hajat makcik saya. =)

2 comments:

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page