11 October 2017

Shopping Buku di Kinokuniya KLCC

Assalamualaikum.
.
Chak!Buat apa tu? Baru siap memasak ker.. Hehe..
.
Siapa biasa pergi Kinokuinya kat KLCC?Saya baru kali pertama jejak kaki kat sinun. Lepas habis survey basikal adik kat Chow Kit, terus hala ke KLCC. KLCC ialah tempat paling jarang saya pergi. Sebab toooo big for me. Takut sesat parking kereta. Haha.. Plus malas nak pusing penat weh. Tapi tengok IG kengkawan, sesikit g KLCC. wow sangat tengok.
.
Pergi KLCC baru ni pun sebab husband nak bawak anak pergi Petrosains. Tapi dah petang, so staff tu cakap tak berbaloi bayar tiket masuk sejam. Dorang suggest datang pagi so boleh tawaf sampai muntah kat dalam tu.
.
Terus saya ajak husband pergi Kinokuniya. Memula masuk je, huwargh pening tengok banyak nya buku. Haha.. Terus mencari ruangan buku untuk budak-budak tadika. Dah jumpa je terus bersila duduk cari buku yang sesuai.

 

Seriusly banyak sangat buku tapi semua ber'wrap' dengan plastik. Staff kedai cakap boleh bukak kalau nak tengok. So dorang bukakkan buku yang mana kita rasa nak beli tu.


Cari buku untuk kakak je. Sian adik takde buku kan. Kat rumah dah ada buku adik yang jenis material kain tu. Tapi adik ni suka jugak menconteng buku. Suka pegang pen.

 
Untuk kakak dapat 2 buku yang rasa berbaloi untuk dia but latihan sambil asah otak. Cuma dia tak pandai membaca lagi. Baru 4 tahun kan. So mama kena baca arahan untuk dia. Tapi kalau exercise tu jenis padankan, dia boleh agak-agak je soalan tu nak apa terus dia buat suai padan.
.
Material buku kat untuk kanak-kanak pra kat Kinokuniya ni berkualiti. Agak tebal dan boleh tahan lama. Berbaloi la dengan harga 1 buku saje dekat RM39.00.
.
Keluar dari Kinokuniya je dah rasa penat. Belum tawaf habis lagi tu..
.
Hadeh macam makcik-makcik sangat je rasa cepat penat. Haha.. Rasa macam nak grab semua buku je. Macamana la orang lain boleh pergi Kinokuniya dan keluar dengan 1 buku je kat tangan dah puas. Tenang betul dorang ni kan.Saya je gelojoh rasa nak grab semua buku.
kikiki..
.
Boleh kata berbaloi untuk korang pergi cari buku kat sini. Macam-macam jenis buku ada weh... 
.
Thanks sudi baca. ;)

1 comment:

  1. Lama tak jejak kaki dekat kinokuniya nie.. dulu sha suka lepak sini membaca..

    ReplyDelete

tinggalkan jejak banyak-banyak tau!!
Terima Kasih Daun Keladi,
Nanti-nanti datang la lagi.. =)

Pink Diamond
 

Copyright © 2017 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page